|
-"Lim, nanti aku ambik kau, kite pergi office. Ade berita baru!" Sebenarnya, mereka tak beri aku masuk campur, ialah masalah peribadi, takut aku emosi nanti. Tapi, aku yang berdegil. Aku nak tahu ape perkembangan mereka. -"Okey, sekarang ni, mereka minta kami lepaskan ketua mereka, Adrian Kay, sebelum mereka lepaskan Maria." "Diaorang ni, boleh percaya ke? Maria macam mana?" -"Sabar. Kite buat ikut rancangan. Kita takkan serahkan Ketua mereka dulu. Awak, kami mahu awak jadi orang tengah. Antara polis, dan penjenayah." "Kalaulah saye diberi pilihan, saye nak berada pada pihak mereka." -"Sebab?" "Sebab isteri saye ada pada mereka!" **** Kami dikehendaki memberi nota kepada Adrian Kay dan keputusan selepas itu, terpulang pada mereka. Malam itu, aku, hanya seorang saja yang dibenarkan berjumpa dengan pihak mereka untuk mendapatkan nota tersebut. Pihak polis laintidak dibenarkan masuk campur, jika tidak Maria akan dibunuh! Dalam gelap, di tengah-tengah padang, aku sedang menunggu mereka, sedangkan pihak polis bersembunyi di sebalik semak yang agak jauh. Kami tidak boleh bertindak sebarangan. Tiba-tiba, ade kelibat seseorang yang jalan terhincut-hincut mendekati aku. Mulanya, aku langsung tak kenal siapa dia, tapi bile dia mendekati... itulah Maria... Mulutnya lebam dan berdarah, rambutnya dipotong hingga tak terurus jadinya, kaki kanannya tempang, dan matanya bersinar dengan genangan air mata. Yang lebih menakutkan, dia dipakaikan dengan vest yang penuh dengan bom jarak jauh. Maria kini berada beberapa langkah saja daripada aku. -"Kenapa? Tak berani?" Seorang lelaki cina berada betul-betul belakang Maria. Dia sedang mengacukan pistol ke arah kepalanya. "Hey, berapa you mahu, I sanggup bayar. Personal, tak libatkan polis!" -"Ape kena-mengena you dengan wanita ini? You kekasih dia?" "Berapa? Cakap aje." -"Nah! You berikan nota ni pada Adrian. Lain kali I contact you lagi." "Please! I beg you." -"Gadis cantik ni... paling murah I kena charge, hm.. 3 million." "Okay, deal. I mahu dia malam ni juga." -"You busy sangat kenapa? Apa relation you dengan dia." "Dia... wife I. Please. I love her." -"Malam ni, no way. But, I bagi you 2 minutes." Aku mendekati Maria. Dia benar-benar tertekan. Dia takut nak mendekati aku kerana bom di badannya cukup untuk buat kami berdua hancur berkecai. Tapi, aku berdegil. Aku terus memeluk dia. Waktu itulah, dia menangis teresak-esak. Kami cuma berdiam, tapi aku rasakan yang dia dalam ketakutan. Badannya menggigil. "Maria, I love you, wait for me, I will do anything to save you." -"I tak sangka pulak polis boleh berkahwin dengan investigator. Dunia ni memang pelik." "Hey, I sediakan 3 million you, malam ni juga. You stand by." -"Sudah. Gadis ni, I yang punye. Selagi you tak bayar, selagi itu gadis ni berada dalam genggaman I." Selepas itu, Maria direntap dengan kuat lalu ditarik ke tempat gelap. Mereka terus pergi. Sebelum tu, Maria menoleh ke arah aku, dan melihat dengan wajah sayu sampailah mereka hilang dari pandangan. Sekarang, aku tak hirau lagi nota yang dia kirimkan kepada Adrian. Aku tak peduli lagi urusan polis. Aku hanya mahu isteri aku! "Saye akan sediakan 3 million yang mereka tamakkan sangat tu." -"Adakah awak percaya yang dia akan pulangkan Maria setelah 3 juta berada dalam tangan mereka. Belum tentu! Lagipun, awak ada 3 juta?" "Lebih sepuluh tahun saya kerja dengan pendapatan mewah. Saya ada lebih daripada tu. Saya cuma mahukan Maria semula. Itu saja." -"Okey. Kita akan fikirkan pelan kedua. Ni, awak tak mahu tau ke nota apa yang diberi kepada Adrian?" "Entah. tak peduli lagi." -"Dia mahu Adrian bebas, dan Maria sebagai galang ganti. Jika kita mengapa-apakan Adrian, mereka juga akan lakukan benda yang sama terhadap Maria." "Ya Allah, kenapalah..." Malam ini, aku tumpang tidur office mereka untuk merangka strategi. Mereka juga benar-benar nak tolong Maria, sebab Maria adalah detektif terbaik dan tidak pernah menghampakan. Setiap kes dapat diselesaikan dengan baik. Cume, kali ini Maria tertangkap, dan pegawai polis itu menuduh aku dan Maria masing-masing ada masalah peribadi. Kerana itulah Maria hilang tumpuan. Aku just berbual dengan Fauzan... -"Rupenya jadi P.I lebih banyak buat duit." "Tapi, bahayanya lebih. Takde team, takde back-up." -"Kau dengan dia ada problem ke?" "Ya. Aku dengan dia ada problem sikit." -"Mesti pasal dekat night club tu, kan? Aku nampak semuanya. Cume masa tu, aku tak tahu pulak yang korang ni... suami isteri." -"Entahlah, aku... terlebih emosional malam tu..." "Eh, diorang ada tanye, kesihatan Maria okey ke? Yelah, manalah tahu kalau-kalau Maria... pregnant ke? Bahaya nanti." -"Tak mungkin." "Kalau... mungkin." -"Taklah. Aku belum pernah..." Alamak! pecah rahsia! "Belum pernah? Korang ni kawin kontrak ke? Atau kena paksa kawin?" -"Mm... tak. Yelah, kawin sebab family yang set-up. Tapi, aku mengaku yang aku memang cintakan dia." "Dia cintakan kau tak? Huh, bodohnya soalan aku. Cara dia pandang kau, aku tahu yang dia sayangkan kau. Sebab... dia tak pernah pandang aku macam tu." -"Akulah cinta pertama dia. Tapi, aku bahayakan hidup dia." "Mesti sebab dia tak terus-terang kat kau, siapa dia sebenarnya, kan?" Malam tu, aku dengan Fauzan bercerita semuanya mengenai Maria. Bagaimana dia kenal Maria, bagaimana Maria pura-pura tak terima cinta dia, dan banyak lagi cerita. Barulah aku tahu, Maria ni orang yang macam mana. Sebab itulah, aku tak hairan kalau lebih ramai lagi orang ada hati pada Maria. Tapi, dengar cerita Fauzan, Maria ni bijak dengan strategi. Dan, dia antara detektif paling hebat dalam team ni. Itu yang buat aku takut. Janganlah Maria bertindak sesuka hati... |
| Leave a Comment: |