www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws     www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws

Scroll images by bigoo.ws


MySpace

MySpace






lovely_nouraz
September 7th 1985  (Age 24)
Female
Johor Bahru

MySpace

MySpace


nickNORA, AZZY, JIEYA, G, E, YAN, KAY, A.K, ATOM, TOMN, ETC...freetimeBERANGAN, MENULIS, MELUKIS, TENGOK MOVIE, REKA FESYEN, MUZIK... birthday7SEPTEMBER1985... homeLARKIN JAYA, JB... i likeSKY JUICE, LEMONADE, GINGER BEER... really likeKOREAN MOVIES, CHINESE MOVIES, ACTION MOVIES, LOVE STORY,ETC... sometimesTHINK ABOUT SOMEONE... somebodyWHO SUDDENLY COMES IN MY LIFE WITHOUT EXPECTED!... somedayWANNA BE HAPPY... somethingNOT IMPOSIBBLE... hateSTRESS, CHECK-UP, SOMETHING STUPID, SOMEBODY OUT THERE!...etc

Online Degree


Blog ni sedang dalam perancangan untuk dijadikan website. Dalam sebulan dua lagi kot? Senang korang nak bace. Lagipon, ramai gak yang masuk, so berbaloilah kalau bersusah-payah siket. Teruslah bagi support pada I. Bukan rugi pon.



NNerdy
OOrganic
RRounded
AAmazing
ZZippy
IIrresistible
AAmazing
HHuge

Name / Username:

Name Acronym Generator
From Go-Quiz.com

<< March 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Monday, December 11, 2006
ncd - prolog

...firstly...

    Ketika di kolej, rasanya aku ini seperti manusia halimunan. Kehadiranku tidak pernah diendahkan, hanya kerana aku tidak pandai bergaya. Terus-terangku katakan, gaya yang simple adalah gaya pilihanku. Tak pernahku kenal apa itu ‘eye shadow’. Tak pernah terfikir pun hendak mencalitkan mekap di pipi. Setiap hari, hanya lip balm yang kucalitkan di bibir. Itu pun tidaklah berapa ketara. Cara pakaianku juga sangat sederhana. Aku selesa berbaju kurung, kerna kata ibu, aku sangat manis jika berbaju kurung. Sekali-sekala aja aku memakai blaus dipadankan dengan seluar jeans. Dan, mungkin juga, kerana aku bertudung, maka aku tidak layak bercampur dengan mereka.

            Di kolej, terdapat sekumpulan gadis yang digelar ‘Ratu’ oleh pelajar lelaki. Mana tidaknya, ke mana saja mereka pergi, pasti ada pengikutnya. Alah, macam ratu lebah. Ada saja anak buah baru setiap hari. Dan, aku pernah ditawarkan untuk mengubah imej oleh ketua mereka, Nelly, namun tidak pernah ku terima. Bayangkan, dengan fesyen tak cukup kain, skirt pendek serta blaus ketat, cukup untuk aku berasa tak selesa. Dan tak pernah terfikir langsung untuk mencubanya.

-“Kau jangan risau, aku akan jadikan kau seorang puteri. Dengan imej yang berbeza, mungkin mereka yang bodoh itu akan terperasan akan kewujudan kau kat kolej ni.”

            Bagiku, itu bukan perlawaan, tapi ia sekadar sindiran. Suka hati akulah. Aku selesa dengan gaya hidupku. Aku tak menyusahkan sesiapa. Dan, aku tahu, Nelly sanggup datang berjumpaku semata-mata untuk menarik aku masuk ke dalam kumpulannya. Juga, bukan kerana apa, tapi, kerana Hadi.

...to be continue...

Posted at 12/11/2006 8:43:37 pm by lovely_nouraz
Make a comment  

my 2nd story

    Cerita kedua ni pun takde kena-mengena dengan kehidupan sesiapa (yang pertama adalah sikit). Amacam dengan 1st story? Teruk ke jalan cerita I? Anyway, I memang suke kalau ade yang minat kat hasil karya I. Lagi orang suke, lagi best I buat. So, any komen, just contact me.

2nd Story
Title : Nama Cerita Dia
Gadis Pujangga : Noura Zya @ Puteri Bawang
Idea Asal : Noura Zya @ Puteri Bawang

Enjoy!!!

Posted at 12/11/2006 8:35:35 pm by lovely_nouraz
Make a comment  

episod 23

...dah nak abis!!!...

    Dah lime bulan aku pregnant, dan sepanjang tu juga aku tak hantar hubby aku pegi kerja. Dia bawak keta Beetle kesayangan aku. Walaupong katenya...

-"Bawa keta ayang ni, perasaannya macam pakai skirt pendek. Geli betol!"...

...tapi dia bawak juga. Keta Iswara dia yang macam dah nak roboh tu dah dijual dua bulan lepas. Dan, lepas tu aje, dia terus dah tak kedekut nauzubillah lagi. Heh! heh! Aku dah ceramah kat dia. Aku bukan nak ngokot duit dia, tapi janganlah sampai nak beli gayung pong kena tunggu claim overtime, teruk betol.

    Sekarang, baru padan muke dia. Walaupong aku pregnant, tetiap hari aku masak special untuk dia. Kan, sejak kawin ngan aku, berat badan dia naik aje setiap bulan. Baik-baik dulu 50kg, skang dah dekat 60 lebih. Kekadang tu, aku memang sengaja suroh dia makan nasi setinggi gunung. Masak pulak lauk favourite dia, huh! Apa lagi, berpinggan-pinggan dia makan setiap hari. Itulah, dulu ngata aku, kononnye aku banyak makanlah, sekarang dia pong sama.

    Zehra... sayangnya, oleh kerana dia tak pandai jaga husband dia yang hensem bebenor tu, maka husband dia pong dah kawin lagi satu. Wife ke-2 yg namanya Nadia, taklah secantik Zehra, malah lebih berumur, tapi dia respek pada Zehra. Dan, macam biase, Zehra tak akan pernah nyesal seumur hidup dia. Hmm... apa nak kate lagi?

    Hubby aku, selain dah makin montel, aku jugak perasan yang dia semakin sayaanggg.... pada aku. Dah tak kedekut lagi, tapi suka membazir pulak. Itu lagi satu nak kena bebel ngan aku. Ade satu hari tu, dia cuba nak masakkan aku tom yam, tapi tawar hebeh, lagipong bahan tak cukup, tapi oleh kerana dia masak khas untuk aku, jadi aku makan juga. Ade ke masak tom yam guna timon? Tak pernah pulak aku tengok? And then, lepas aku dah makan dulu (dengan muka yang kelat, tapi aku ngaku sedap), dia pong makan sama. pastu dia marah aku, katenya nape aku tak ngaku yang masakan dia tak sedap langsung. Tapi, untuk mengcover, aku cakaplah...

"Yelah, abang guna perencah special, sebab tu jadi sedap."

-"Perencah apa? nasi goreng adabi?"

    Masya Allah, rupanye dia masukkan sekali perencah nasi goreng dalam tom yam tu. Pasal tu rasenye pelik sikit. Takperlah! Lalu, aku pong explain, perencah special tu adalah 'keikhlasan ngan kasih sayang'. Pecaya tak korang, kalo korang ikhlas masak untuk family korang, maka masakan korang yang tak seberapa tu akan jadi sedap (betol tak tipu sebab saye yang masak kat umah). Maybe hubby aku nak buat surprise kat aku kot?

    Dan, hubungan aku jugak baik dengan Nadia. Dan, Nadia pernah citer kat aku yang dulu laki dia@ laki Zehra jugak pernah suka pada aku. Buat hal betol, citer depan hubby aku pulak tu. Dah... muncung aje muke dia dari pagi sampai ke malam. Tapi, Nadia ni okey pulak. Dia kate, aku ni comel, sebab tu orang suka. Yer-yer kelapa aje. Lalu aku tanye kat hubby aku, apa yang buat dia terpikat kat aku, dia kate 'nothing' sambil memalingkan muke. Jeleslah tu.

    Akhirnye, aku pong selamat melahirkan sepasang kembar yang sangat comel (muke ikut aku kot?) Kembar perempuan yang hubby aku namakan 'Nur Azalya' dengan 'Nur Emilya' memang sebijik rupenya cam rupe aku. Yelah, kalo ikut muke hubby aku, payah juga. Maklumlah, laki aku asyik buat muke toya aje. Nanti muke baby aku pong jadi muke toya. Dan, hubby aku adalah insan yang paling happy waktu tu. Dan, sebelum tu, belum pong aku sempat kuar dari dewan bersalin, hubby aku dah bisik kat telinga aku, tahun depan dia nak baby lagi. Alamak! habis aku!

    Kini, aku pong hidup bahagia dengan kembar aku (2 thn), juga dengan seorang lagi baby lelaki bernama Adam Heykal (12 bulan). Itu pong hubby aku ada hajat nak tambah lagi. Tak tau betapa penatnye jaga kembar. Menakal aje kerjenye tetiap hari. Asyik conteng dinding aje, dengan sos tiram pulak tu. Menyirap aje aku. Sudahlah dapur aku diselongkarnye. Yang Heykal pulak, ade ke dia rendam handset 3G aku dalam air Dettol lap lantai. Perkh! Sakit hati betol. Oleh kerana itu, aku mintak hubby aku handset lain. Iyerlah, dia juga yang nak calling-calling nanti.

    Hai... penatnye ada family dalam usia yang sangat muda. Umur 21 dah kawin, umur 21 juga dapat anak, sekarang, umur dah 24 tahun dah ade tiga anak. Nunggukan nak masuk umur 30, anak aku dah sembilan agaknye... Tapi, itulah yang buat hidup aku happy tetiap hari. Dengan hubby yang penyayang, dengan anak-anak yang comel tapi nakal... Hai.... Walaupong hidup tak kaye, but happiness is everything in our life.... Believe me!

... sedihnyer... citer i dah abis!...

Title : My Life As A 21 Years Old Girl With Love.
Gadis Pujangga : Noura Zya

Posted at 12/11/2006 7:40:24 pm by lovely_nouraz
Comment (1)  

Sunday, December 10, 2006
episod 22

...mak aih!...

    Satu pagi, aku dengar honey aku nyanyi-nyanyi kat dapur. Lagu favourite dia, 'Lovefool'. Rasanya, lagu ni macam dia tujukan untuk aku... Yang aku dengar...

-"love me, love me, say that you love me
  ....just say that you need me
  I can't care bout anything, but you..."
  
... lebih kurang camtulah lirik dia....

    Mase tu dia sediakan sarapan untuk aku. Bau macam roti canai segera. Suka hatilah! Then, bile aku sampai aje, aku terus grab tangan dia. Tetibe aje, dia tenung aku dengan muke semacam. Berkerut-kerut dahinya. Aku pun cubelah berbuat lawak, tak alih-alih dia jeling tajam kat aku. Entah kenapa, mood dia tetiba berubah. tadi bukan main happy, pelik juga.

    Nak dijadikan cerita, pagi tu dia suruh aku drive keta sendiri, waktu lunch, katenya dia tak datang, aku kena makan sendiri. Aku pun jadi hairan. Selalunya honey aku tak macam tu. Sekali lagi aku cubit-cubit pipi tembam dia, pastu dia terus aje pukul aku dengan sudip. Apa ke halnya? Dah buat perangai pulak!

    Nak pegi keje pun hati tak senang. Lepas keluar aje, honey aku terus tutup pagar. cam marah kat aku jer. Entah-entah sebab aku tak bagi dia makan tak? Takpun sebab aku tercalitkan minyak angin cap kapak kat mata dia malam tadi. Bukan aku sengaja. Dan, boleh kata, sejak pagi tadi, aku asyik fikir aje apa kesalahan aku. Sudahlah tak kiss aku pagi ni, teruk betolllah honey aku ni.

    Oleh kerana terlalu tension dan malas nak pikir banyak, maka aku pun balik waktu lunch, dengan harapan honey aku dah cool dan bolehlah aku korek cerita sebenar. tapi, alangkah terkejutnye aku bile balik rumah, honey aku tengah terbaring lesu kat atas katil. Tuala basah diletakkan atas dahi. Bile aku dekat aje kat dia, terus dia ngelak. Aku risau gak, takkan lah merajuk pasal minyak angin kot? Pujuk punya pujuk, tup-tup, tetibe aje honey aku rase loya dan nak muntah. Aku pun jadi suspen. Rasenya, honey aku tak sihat sebab dia.... (tak confirm lagi).

    Aku terus aje bawak honey aku gi klinik dekat-dekat. Aku pun doktor, jadi aku surohlah doktor klinik tu buat apa yang patot. And then... Yea! Yea! Hari Raye!... Eh! Bukan rayelah... tapi honey aku... Ho! Ho! Ho!.

    Walaupon honey aku berleter sambil pegang minyak angin mase dalam keta, aku sempat gak nyakat dia. Aku kate, walaupun honey aku belasah aku sekalipun, aku tetap akan rase happy. Dan, bile dia nyakat aku pulak...

-"Macam mana kalau ayang tak kiss abang selama seminggu berturut-turut?"... nadanya cam marah, tak sukalah aku kacau agaknya.

    Perkh! Mana buleh camtu. Baru sehari dia tak kiss pipi aku, rase cam nak sakit jantung dibuatnye. nak ugut akulah tu. tak takutlah. Bile sampai rumah, aku terus layan honey aku first class punye. Apa dia nak makan, semua aku bagi. Dia nak buat apa? Tidor? Baring? Tengok TV? Berangan? Suka hatilah. Yang penting dia happy.

    Dan, sebenarnya.... aku diwarning oleh Doktor pakar pada hari tu sebab aku lunch lebih dari 3 jam. Padan muke aku. Didenda bekerja lebih masa, dan yang lebih penting... Happynye aku! Sayang honey aku.

...memang real!...


Posted at 12/10/2006 8:21:53 pm by lovely_nouraz
Make a comment  

episod 21

...jangan jeles!...

    Nampaknye dah seminggu aku tak makan malam lagi. Aku cuma makan ngan hubby aku aje time lunch, petang aku cuma minum milo ais, malam tak makan. Oleh kerana itu, aku telah pong menurunkan berat badan sebanyak 2kg (tak lame lagi naiklah balik, bukan buleh caya). Rasenye aku dah selesa dengan cara ni, tapi yang aku heran tu, tetibe aje hubby aku marah, disurohnye aku makan malam. Aik? Bukan ke dulu dia yang beriya-iya nak suroh aku diet. Cakap putar belit.

    Semenjak aku dapat keta Beetle kuning (hadiah daripada hubby aku), maka aku willing nak hantar hubby aku setiap hari. Memandangkan dia memang kedekut, keta Iswara merah yang macam nak roboh tu, aku cadangkan supaya jualkan aje. Kalo dia nak drive, guna keta aku. Tapi, dia kate tak syok, sebab keta aku keta pompuan. Bile drive keta tu, rase cam pakai baju gown, ade ker patot?

    Dan, aku memang tau punye. Adalah sekali tu, dia pujuk aku, suroh aku makan coklat kit kat, pelik tak? Bile aku kate aku diet, dia tak caye, dia kate aku merajuk. Ade pulak sekali tu, dia ajak aku makan malam kat luar, tapi bile aku order air kosong aje, tetibe je dia cam tak senang duduk. Pastu terus orderkan aku nasi goreng kampung and pakse aku makan depan mate dia. Hai... Untuk tak nak mengecikkan hati dia, maka aku terpaksa makan separuh. Lagi separuh aku suro dia habiskan. dan, bile aku tanye,

"Kenapa? Abang tak suka ke ayang slim?"... sambil minum air kosong. Lantas, dia terus kate...

-"Tak boleh, abang tak suka orang tengok wife abang, apatah lagi nak ngorat"... lalu merenung tajam abang kipas sate yang kebetulan tengah tengok aku dengan senyum sumbingnya tu.

    Tapi, kan aku dah kate, aku ni pencinta yang setia (puji diri sendiri pulak). Hubby aku adalah lelaki pertama yang ada kunci untuk bukak pintu hati aku, so? Aku takkan curang punye. Even perdana menteri British datang minang pong, hati aku takkan berubah. Walaupon aku disogok dengan sebuah keta Ferrari... Hm.. ndak jugak. He! He! Tak ah. Memain jerk!

... alahai! bile nak abis nih? Korang jemu dak?...

   

Posted at 12/10/2006 7:48:47 pm by lovely_nouraz
Make a comment  

episod 20

...why must I miss her?...

    Walaupun aku menghadiahkan senyuman ikhlas kepada Gina, tapi kecewanya hati aku, tak siapa yang tahu. Menyesalnya aku, kenapalah aku tak ditakdirkan bertemu jodoh dengan Gina? Mengapa mesti Zehra? namun, takdir tuhan, takde siapa yang dapat menghalang...

    Bile difikirkan kembali, aku tak faham kenapa Zehra dengan mak begitu membenci Gina. Pada aku, Gina ni baik orangnya, manis dan pandai memasak. Cuma dia tidaklah se'slim' Zehra. Tapi, bagi aku ukuran badan bukan menentukan kebahagiaan rumahtangga seseorang. Yang aku hairan tu, Zehra selalu kata yang Gina ni tak pandai masak, tapi bagi aku sebaliknya pulak. Yang lawaknya, masa tu dia saje-saje nak bermanja ngan aku (geli betol, menyampah pun ada), terhegeh-hegeh dia tanya aku nak makan apa. Lalu, dengan muke selamba dek, aku katelah nak makan sambal sardin, bagi aku, itulah satu-satunye resepi yang paling senang untuk dia masak. Ade ke patot, dia bukak tin sardin tu, pastu tuang dalam sambal belacan? Gile agaknya. Dah tu, paksa aku makan pulak tu. Sudahlah hanyir semacam. Memang confirm dia tak pandai masak.

    Satu hari tu, aku sengaja belikan dia buku resepi, mahal punya tau, dengan harapan agar dia dapat belajar lalu masak lauk yang sedap untuk aku. tapi, lain pulak jadinya. Memula tu, dia kate nak masak nasi beriani gam. Amboi mak, sudahlah nasinya jelantah, lauk pun entah apa-apa entah. Kononnya nak masak lauk ayam masak merah, oleh kerana malas, dia masak lauk sardin sambal (yang dengan sambal belacan tu), Ayamnya digoreng biasa, itu pun hangus. Last-last, aku makan nasi beriani jelantah berlaukkan sardin sambal belacan dengan ayam goreng hangus. Naik loya aku. Lepas tu, dia sempat tuduh, katenya aku sengaja nak mengenakan dia, dengan erti kata lain, SINDIR! Tapi, bile terkenangkan nasi beriani, pernah sekali aku makan nasi beriani masakan Gina. Dengan lauk daging kurma dengan ayam masak merah, buat aku tak berenti makan. Aku bukan nak memuji isteri orang, tapi... untungnya husband dia dapat isteri macam tu!!!

    Hmm... rindu pulak aku pada Gina. Walaupun aku sempat kenal dia hanya dalam masa seminggu, tapi aku rase sangat beruntung. Tapi, berdosanya aku sebab rindukan isteri orang. Jahat betol!

...tak pernah kenal erti cinta...



   

Posted at 12/10/2006 7:22:55 pm by lovely_nouraz
Make a comment  

Episod 19

...kesiann... dier...cry

    Sebenarnya, aku bukan tak kasi dia makan, tapi makan tu kenalah berpatotan. macam aku tak tau yang dia ni sememangnya suka makan, (bila aku takde kat rumah). Aku memang suspect sebab dah dua tiga hari aku nampak mangkuk gabus kat tong sampah depan rumah. Takkanlah orang lain pulak yang nak buang kat depan rumah aku. yang aku geram tu, siap nampak kotak biskut dengan plastik coklat lagi. Mesti dia ni takde kerje lain selain makan-makan-makan!

    Setelah aku terjah ketika dia tengah makan nasi petang semalam, aku rase bersalah pulak. Aku pun bukannya buat apa-apa, cuma diam aje. taulah dia salah sendiri. Tapi, bile mengenangkan muke pucat lesi dia, dengan pegang sudu macam patung teddy bear, kelakar pulak aku tengok. Heh! heh!

    Sejak dia dah dapat lesen nih, dia rajin hantar lunch pada aku. Bila waktu tengahari aje, aku pun nampak keta Beetle kuning kesayangan dia tu masuk tempat parking. Pastuh, kiteorang pun makan sesama kat kantin dengan bekal yang dia bawak dari rumah. Dia ni masak ikut mood, time dia happy, siap masakkan nasi beriani untuk aku,(dia ni memang pandai masak), tapi bile dah datang malasnye tu, cuma bekalkan aku nasi berlauk tempe kicap dengan sambal sotong aje. Itu pun lauk favourite aku juga. Tapi, bagi aku, asal dia ada depan mata, makan pasir pun macam makan Laksa Johor, mengancam beb!

    Dan sejak tu juga, setiap hari dia yang hantar aku pegi kerja, dan dia juga yang jemput time balik. Kesian juga aku tengok, yelah, dia dah penat buat kerje rumah, terpaksa pulak hantar-ambik aku. Yang tak boleh tahan tu, sebelum keluar dari keta, dia mesti salam aku, pastu cium pipi. Fuh! Pasal itu agaknye hampir setiap kali aku mesti teringatkan dia. Kalaulah dia yang jadi nurse, gerenti kiteorang pasti berekor ke mana saje kiteorang pegi, (kecuali tandas, nak kena tangkap ke?). Dan, kerana itu juga, aku disindir dengan member-member yang seringkali menghendap dari belakang bile ternampak keta honey aku pagi-pagi buta. Nak tengok drama romantik katenya, alah! Jeleslah tu.

    Hmm... nampaknye dia dah makin kurus pulak. Mungkin dia merajuk ngan aku tak? Alamak! Apa yang aku buat ni?

...susah nak jaga hati pompuan!...

Posted at 12/10/2006 6:59:41 pm by lovely_nouraz
Make a comment  

Saturday, December 09, 2006
episod 18

...alahai...

    Untuk pengetahuan korang, kini aku tengah bahagia disamping husband aku yang sememangnye kedekut Nauzubillah tu. Beli ni tak bole, beli itu tak boleh. Pendek kate, kalo ade dua benda aku nak beli, baju dengan seluar, dia mesti suro beli seluar punye, pastu pilih yang murah pulak tu. Dasar kedekut. tapi, takpe, aku tak kisah.

    Sejak aku jadi wife dia, aku tak keje lagi. Itu yang selalu mintak duit tu. Memandangkan aku tak payah pegi check-up lagi, so aku check-up kat umah ajelah, dengan dia. Romantik betol. Tapi, kalo dia membebel, panas telinga aku, cam nak pecah. Mentang-mentanglah dia tu doktor. Kekadang dia larang aku makan nasik waktu malam sebab kalori aku tinggi, tapi ingat aku bodoh? Sebelom dia balik, aku dah makan nasik secara senyap-senyap dalam bilik. Pastu, mangkuk gabusnye aku sanggup buang kat tong sampah yang jauh, so,  dia tak perasan punye. Tapi, dia tegur gak, dia kate badan aku makin montel. Dia tuduh pulak aku kuat tidor siang, mana ada, tak baik nuduh orang cam tu. Aku cuma makan sambil baring-baring aje.(heh! heh!)...

    Satu hari, tengah aku syok makan nasik pataya, tibe-tibe pintu bilik terbukak secara automatiknya. Terkezot aku. Ingatkan ...(tuuutttt), rupanya laki aku balik. Alamak! Terkocoh-kacah aku dibuatnye. Itulah, sebelum  ni menipu laki, sekarang dah kantol, padan muke aku. Yang heran tu, laki aku macam tau-tau aje yang selame ni aku tipu dia. Lantas, dengan muka selamba, dia terus duduk sebelah aku,(mase tu aku tengah kaku cam patung sambil pegang sudu), lalu dia suapkan aku nasik. Tersenyum bengang aku. Lalu, untuk mengcover, aku suapkan dia pulak. takut juga dia marah. Tapi, dia ni cool aje. Sebab tu aku sayanggg... bangaaattt sama dia!

    Dan, walaupong dia ni kedekut orangnye, tapi perangainye yang cool tu membuatkan aku tak sampai hati nak menipu dia lagi. Alahai... kesian hubby aku. Okeylah, aku ikut cakap dia. Mulai hari ni, aku takkan makan malam lagi, aku takkan makan jajan lagi. Aku janji!

...iyerlah tu...

Posted at 12/9/2006 9:01:58 pm by lovely_nouraz
Make a comment  

Thursday, December 07, 2006
episod 17

...so romantic, but...

   Lepas majlis kenduri, aku terus ikut hubby aku pergi ke mana yang dia nak bawak. Memula tu, balik rumah dia dulu, hantar barang apa yang patot. Yang aku terkejut berok tu, rupanya dia dah sediakan hantaran yang dihias cantik atas katil. Korang nak tau apa?

   Sebuah handphone 3G, seutas jam tangan (sepasang dengan dia punya), seutas rantai dengan loket kunci 21(kunci kebebasan sebab umur aku baru masuk 21 thn), dan... sebuah laptop. Actually, aku tak mintak pong, aku marah lagi ada. Sudahlah bagi hantaran banyak gile, pastu bagi barang-barang mahal lagi. Buat malu aku aje. Sebelum ni, dia takde cakap pong nak beli bebenda cam ni. Tapi, aku pong ade something special juga...

-"Handset ni, hanya boleh call abang sorang aje. Nombornya biar abang sorang yang tau." - - ehem, nampak sangat kuat cemburu.

-"Laptop ni, abang bagi sebab... sebenarnya..." - Aik, cam suspen ajerk?

-"Lepas ni abang nak ayang berenti kerja, jaga abang, jaga rumah. Sambil boring-boring, bolehlah main game ke, guna internet ke.."- - Oh! Nak umpan aku rupanya.

   Dan, tak lupa, dia kata dia dah orderkan kereta favourite aku, Volkswagen Beetle dan kiteorang akan pindah bile rumah baru siap lagi sebulan-dua ni. Lagilah suprise. Sudahlah aku tak reti drive, tapi dia kate, okeh! Aku tak pernah mintak rumah baru. Kalo dia nak aku tinggal kat rumah teres dia ni pong aku tak kisah. Tapi, aku tau, family dia dulu kaya, ada hartalah katakan. Dan, aku tau yang dia ni memang kedekut, sebab tu dapat kumpul duit banyak.

   Aku hanya dapat bagi dia sebentuk cincin suasa sebagai hadiah perkahwinan. Dia cuma senyum-senyum malu. Pastu aku cium pipi dia, lagilah dia tambah malu. katenya ciuman aku lebih berharga daripada apa yang dia dah beri pada aku. hmm... iyelah tu. Baru lepas kawin, bolehlah cakap camtu. Bila dah lame-lame nanti, silap-silap dah boring dengan aku. Siapa tau?

   Tapi, buat mase ni, akulah antara insan yang paling-paling-paling happy in the world. Harap-harap kebahagiaan kami akan berkekalan. Doakan kami yek!

...macam real aje citer ni yek!...

Posted at 12/7/2006 7:58:48 pm by lovely_nouraz
Make a comment  

episod 16

...he! he!...

-"Good night abang."

   Walaupun cuma sebaris ayat yang tak seberapa, tapi itu yang buat lidah aku kelu. Iyelah, terperanjat juga. Sebelum ni, mana dia nak panggil aku 'abang-abang' ni. Balik-balik panggil aku Dr. Katak. Lagipun, selalu cakap kasar dengan aku. Tak pernahnya nak berlembut. Tapi... malam ni lain sikitlah. Dan kerana kelainan ni menyebabkan tidur aku terganggu. Itulah, dulu jual mahal. Konon tak suka insan bergelar perempuan, sekarang dah kena penangan, padan muka aku!

   Sebenarnya, aku tak tau apa pandangan orang pada honey aku. Dia jenis yang simple, natural tapi cute. Mukanya cam kacukan arab, badannya tembam. Mungkin sesetengah orang nampak dia macam gadis biasa yang tak punya apa-apa. tapi, bagi aku... she's everything! Tak payah tengoklah, dengar suara pun buat aku lentok, apa lagi kalau nampak dia senyum, fuyoo. Yang heran tu, aku ingatkan aku sorang aje yang nampak keistimewaan dia, tapi rupanya tak. Malah, ramai lelaki pun cuba nak dekat ngan dia. Tapi, aku percaya, dia memang setia. Untungnya aku jumpa dia dulu.

   Hari ni, hari paling bahagia buat aku. Walaupun pernikahan ni serupa macam takde apa-apa, tapi ternyata aku dengan Gina betol-betol happy. Rasenya kita berdua aje yang seronok, orang lain semua mengeluh, kononnya majlis tak semeriah mana. Ramai pulak tu yang datang, rasa cam over budget. Dengan duit hantaran berupa cek bernilai RM 17, 000 serta sebentuk cincin emas putih bertakhta berlian dah bukak mata semua orang termasuk makcik ngan Zehra. Aku rasa pompuan tu cemburu sebab duit hantaran dia dulu cuma RM 6 ribu je. Aku bukan nak berlagak kaya, malah honey aku pun tak tau nilai sebenar sampaikan dia sempat cubit aku lepas terima cek tu, katanya aku ni suka membazir. Dan, sedara-mara yang lain macam tak caya, iyelah, hantarannya bukan main banyak, tapi tak nak buat majlis besar-besaran, kedekut!

   Dan, waktu itu betapa bangganya aku kerana punya seorang isteri yang baik, cantik dan setia. Dan, dikala itu, aku ternampak kelibat mamat tu @ laki Zehra yang bermuram durja di sebalik pokok jambu. Aku bukan nak salahkan dia, tapi aku kesian kat dia. Zehra pulak bukan jenis isteri yang bertanggungjawab. Dah kawin pun sempat ada affair dengan jantan lain. Pelik juga  Nasib baik honey aku bukan jenis perempuan macam tu.

   Dan bermula hari ni, aku akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap Gina. Dan, aku sanggup lakukan apa saja untuknya. Semoga kami bahagia...

...jangan mare! Tak habis lagi tau...

Posted at 12/7/2006 7:34:07 pm by lovely_nouraz
Comment (1)  

Previous Page Next Page