lovely_nourazSeptember 7th 1985 (Age 24) Female Johor Bahru
 MySpace
nickNORA, AZZY, JIEYA, G, E, YAN, KAY, A.K, ATOM, TOMN, ETC...freetimeBERANGAN, MENULIS, MELUKIS, TENGOK MOVIE, REKA FESYEN, MUZIK... birthday7SEPTEMBER1985... homeLARKIN JAYA, JB... i likeSKY JUICE, LEMONADE, GINGER BEER... really likeKOREAN MOVIES, CHINESE MOVIES, ACTION MOVIES, LOVE STORY,ETC... sometimesTHINK ABOUT SOMEONE... somebodyWHO SUDDENLY COMES IN MY LIFE WITHOUT EXPECTED!... somedayWANNA BE HAPPY... somethingNOT IMPOSIBBLE... hateSTRESS, CHECK-UP, SOMETHING STUPID, SOMEBODY OUT THERE!...etc
Online Degree
Blog ni sedang dalam perancangan untuk dijadikan website. Dalam sebulan dua lagi kot? Senang korang nak bace. Lagipon, ramai gak yang masuk, so berbaloilah kalau bersusah-payah siket. Teruslah bagi support pada I. Bukan rugi pon.
| N | Nerdy | | O | Organic | | R | Rounded | | A | Amazing | | Z | Zippy | | I | Irresistible | | A | Amazing | | H | Huge | Name Acronym GeneratorFrom Go-Quiz.com
|
 |
Tuesday, December 12, 2006
Tapi, aku tersilap. Rupa-rupanya, ibu sudahpun punya calon. Alamak!
Habislah aku. Takkan umur semuda 22 dah nak jadi bini orang. Maka, berkilo-kilo
aku merayu pada Pengetua agar tidak meluluskan permohonan ibu aku untuk
memberhentikan pembelajaranku di kolej ni.
-“Itu bukan masalah saya.”
Senangnya kata Pengetua.
Malah lecturer yang lain juga bersetuju. Tapi, nyata sekali yang Puan Zita tak
setuju langsung. Mukanya berubah dan setiap kali aku merayu, dia kelihatan
benar-benar simpati. Tapi, dia seorang tak mampu melawan lecturer yang lain.
Hinggalah satu masa,
akhirnya aku terima apa saja keputusan ibu dan baba. Memandangkan semua semakin
galak mengeji aku, jadi ini mungkin cara yang terbaik. Jadi, kukatakan pada
Nick bahawa aku akan belajar di sini hingga hujung minggu ni saja. Itu pun
sebab nak habiskan semester ni. Rugi pulak kalau tinggal macam tu aje. Nick pun
faham, dan dia yang berbangsa asing tu pun tahu budi bahasa. Hanya Nick seorang
saja yang tahu, sedangkan CT, Adam mahupun Hadi, tak pernah menegurku sejak
surat layang kedua tersebar seluruh kolej.
Tibalah saatnya, suatu
hari, berkat dari doaku setiap malam, tiba-tiba saja Pengetua membuat spot
check dalam dewan kuliah. Terkejut beruk juga. Macam bebudak sekolah pulak.
Tapi, Pengetua kata, baru-baru ni selalu ada kes, jadi terpaksa diadakan bagi
ketenteraman umum. Padahal dia nak sindir aku. Aku tahu. Yang aku nampak, muka
Nelly terus berubah. Dan, bila tiba saatnya beg dia dibongkar, dia terus panik.
Dan, akhirnya Pengetua dan lecturer lain terjumpa sesuatu dalam beg dia, lantas
memanggilnya keluar. Aku pun malas nak layan. Suka hati dialah. Dan, waktu tu
pulak Nick takde. Aku seorang-seorang aje yang dok tercegat kat barisan paling
tepi. Biasalah, siapa yang nak kawan dengan minah bodoh ni.
Waktu balik kuliah, aku
sengaja melalui bilik pengetua. Dari jauh, aku ternampak kelibat Adam, Hadi
dengan Encik Ehsan keluar dari bilik pengetua dengan muka satu macam. Bila
diorang mendongak dan ternampak kelibat aku, aku terus aje berpatah balik. Tak
ingin langsung nak terserempak dengan mereka. Dan, Hadi yang bersuara lantang
tu, terus memanggil aku tak henti-henti menyebabkan aku naik takut, lalu
berlari dengan lajunya menuruni tangga lalu bersembunyi di toilet perempuan.
Tempat paling selamat di mana bebudak lelaki tak boleh masuk. Dalam dua jam
terperuk dalam toilet, beberapa kali miss call daripada Hadi, juga Adam. Sms
pun berlambak-lambak, tapi langsung aku tak bukak. Tak layan sekalipun. Aku
sengaja biarkan mereka tertanya-tanya di mana aku sebenarnya, dan kenapa aku
tak jawab panggilan. Aku nak diorang rasa, macam itulah perasaan aku apabila
diorang langsung tak percayakan aku, tapi percaya pada benda bodoh yang ditulis
oleh budak bodoh! Tapi, kenapa aku lari? Aku tak bersalah apa? Ish! Bodoh
juga...
Posted at 12/12/2006 8:31:23 pm by lovely_nouraz
Permalink
Gelaran minah bodoh dah semakin sinonim denganku. Dulu, mungkin aku kecil
hati, marah pun ada. Sekarang, dah tak hairan lagi. Malah, aku menyahut saja
bila dipanggil begitu. Bila ada study group, aku pasti mendiamkan diri. Dan
sememangnya, mereka dah tak mahu lagi bergaul denganku. Hinggalah satu masa,
aku rasa macam tunggul kayu. Lalu, aku deal sekali lagi dengan Nelly, agar kami
bertukar group. Nelly tentunya suka. Kata Nelly, aku dah tak layak bersama
dengan lelaki kacak tu lagi. Dan, untuk pertama kalinya, aku memasuki kumpulan
Nelly yang terdiri daripada minah-minah blurr dan seorang lagi student baru,
Nick.
Takku sangka, aku diterima
baik dalam kumpulan tersebut. Mungkin sebab mereka tak ambil pusing dengan apa
yang terjadi. Dan, aku mula rapat dengan Nick, budak cina yang agak terror
berbahasa inggeris. Dia banyak ajar aku tentang pepatah inggeris yang
sememangnya tak pernah langsung aku dengar. Dia juga peminat lagu evergreen.
Aku layankan ajelah. Dia pun tahu masalah aku, tapi dia tak kisah langsung.
Bila orang kutuk aku depan dia, dia buat dek aje. Bila dah tahap kritikal,
pernah juga dia tunjuk penumbuk pada bebudak yang kurang ajar. Mungkin juga,
kerana aku tak berapa layan mereka ni, maka berita pasal ni mula lenyap sedikit
demi sedikit...
Aku perasan, Hadi selalu
memerhatikan aku dari jauh. Ada kalanya, aku selalu sendiri sebab lain course
dengan Nick, tapi bila course yang sama, kiteorang mesti pegi saing. Dan, aku
perasan, Nelly makin galak memikat Hadi. Dan, pernah aku berpesan dengan CT
supaya memikat Adam dengan cara halus. CT pun cantik apa. Dan, sesuai benar
dengan Adam. Tak lama lepas tu, diorang dah pun couple, walaupun Adam tahu CT
adalah member baik aku.
Sekali lagi tsunami
melanda apabila surat layang kedua mula muncul di kampus kiteorang dengan
menggunakan nama, AKU! Sekali lagi aku dicemuh. Sekali lagi aku di hina, dan
sekali lagi aku diminta membuat pengakuan dan meminta maaf di atas kesalahan
yang tak pernah aku lakukan. Semakin panas kemarahan Hadi padaku kerana isi
surat tu macam kena pada sasarannya. Kononnya Hadi suka gila pada aku, tapi aku
tak layan. Dalam surat tu tertulis, aku dengan Hadi pernah keluar bersama, tapi
dalam masa yang sama, aku couple dengan Adam. Lagilah Adam naik angin. CT pun
hampir-hampir tak percayakan aku lagi. Katanya, aku sengaja nak merosakkan
hubungan dia dengan Adam.
Ibu telah dimaklumkan
dengan perkara ni. Dan, aku betul-betul rasa malu. Baba pula menyuruh aku
berhenti belajar dan sambung di kolej lain. Makin keliru jadinya. Lantas, ibu
dan baba mengambil keputusan agar aku diberhentikan belajar lalu berkahwin atas
pilihan mereka sendiri. Aku terkejut, tapi aku tahu, ibu mesti makan pujuk rayu
aku punya. Tengoklah nanti. Dan, untuk membuat perkara jadi lebih rumit, aku
sengaja menggembar-gemburkan perkara ni. Biar semua orang suspen. Termasuk
Hadi.
Posted at 12/12/2006 8:28:26 pm by lovely_nouraz
Permalink
Sebenarnya, aku tak mahu memalukan ibu bapa aku. Dan, aku juga tak mahu
menyusahkan hidup aku. Satu hari nanti, bila semua dah settle, gerenti ada
orang pecah lobang punya. Apa yang aku nak, ketika waktunya mereka dapat tahu
bahawa itu bukan hasil kerja gila aku, waktu tu aku dah takde hati nak
memaafkan diorang. Even Hadi dan Adam! Dan, gelaran ‘Minah Bodoh’, betul-betul
buat aku tension.
Pagi isnin, aku
dikehendaki membuat pengakuan di dewan besar bahawa akulah penulis surat
tersebut. Aku juga yang menyebarkan berita palsu, dan aku juga yang memalukan
Encik Ehsan. Dan, dengan muke selamba dek, aku terpaksa mengaku. Hingga hampir
semua pelajar kolej menjerit-jerit dan memalukan aku. Dan, yang pentingnya, aku
diakhir ucapan, aku sempat memberitahu mereka...
“Terima kasih sebab bagi saya pahala free. Sesungguhnya, doa orang yang
teraniaya akan dimakbulkan tuhan.”
Ramai yang terdiam. Bila
kupandang CT, ternyata CT benar-benar simpati dengan nasib aku. Tanpa
menghiraukan mereka, terus ku turun dari pentas, keluar dari dewan dan kudail
nombor ibu. Ku ceritakan segala-galanya kepada ibu, nasib baik ibu tak
pelangkung aku. Ibu menyokong aku. Kata ibu, takkanlah puteri intan payung dia
nak buat macam tu, yer tak? Dan, kubincangkan sesuatu dengan ibu, agar keadaan
kembali pulih.
Posted at 12/12/2006 8:25:10 pm by lovely_nouraz
Permalink
Malam tu, CT beritahu aku, Adam dengan Hadi nak jumpa aku dekat depan
hostel. Tak ingin aku. Sudahlah malam-malam buta. Ditangkap pak guard nanti,
nahas! Dan, telefon aku berdering beberapa kali, pun aku tak mahu angkat.
Hinggalah CT janji nak teman aku jumpa diorang. Alah, aku tahu, CT memang
berkenan pada Adam.
-“Bagus taktik kau. Gunakan aku untuk menaikkan nama kau. Supaya semua
lelaki mengutuk aku, dan supaya semua gadis kagum dengan kau.”
“Apa yang kau cakap ni?”
-“Wanie, aku bukan apa. Kalaupun kau dengki sangat pada Nelly, janganlah
gunakan aku dengan Hadi sebagai mangsa.”
“Masalahnya, sepatah haram pun aku tak faham apa yang korang kata.”
Lalu, dengan perasaan marahnya, Hadi menyerahkan beberapa keping surat yang
difotostat. Surat yang ditaip menggunakan komputer tertulis sesuatu yang memang
memalukan Adam dan Hadi. Kononnya mereka lelaki paling bodoh dalam kampus
sehingga senang terpedaya dengan pujuk rayu aku. Malah, surat tu juga
menyatakan bahawa betapa hinanya mereka kerana mengapit aku dan mendewa-dewakan
aku. Dan, nama penulisnya tercatat sama, WANIE!
“Eh! Surat ni bukan aku yang tulis. Aku tak tahu apa-apa pun.”
-“Maaf. Aku dah tak caye lagi dengan kau!”
Lantas terus blah dari situ. Dan, bila aku tengok semula surat tu, geram
juga. Sebab, habis dimakinya Adam dengan Hadi. Dan, kononnya aku terlalu
meninggi diri hingga memperkecilkan kaum lelaki. Malah, Encik Ehsan yang
merupakan lecturer kami juga terlibat sama. Entah apa sebabnya. Yang penting,
aku mesti hentikan semua ni. Kalau tak, habis aku.
-“Kau dah terlambat.”
“Apasal pulak? CT, kau tau apa-apa pasal surat ni?”
-“Yang aku tahu, seseorang telah fotostat surat ni dengan banyak, lalu
menyebarkan di seluruh kolej. Esok, habislah kau.”
“Hah? Tapi CT, aku tak buat.”
-“Aku percaya kau. Aku tahu, kau takkan buat benda-benda bodoh ni.”
“Thanks.”
Seperti yang dijangka,
esoknya, aku dikagumi kaum perempuan kerana berjaya memperkecilkan Adam dan
Hadi yang merupakan pelajar paling handsome kat kolej. Segala maki hamun
tertulis pada surat tu. Dan, aku juga dipandang serong oleh kaum lelaki dan mereka
menganggap aku ini perempuan ego. Tak sanggup rasanya lagi aku terima semua ni,
hinggalah satu ketika, aku dipanggil oleh Encik Ehsan.
-“Encik Ehsan memang gila bayang. Dah tua, dah kahwin pun masih gilakan
anak dara orang.”
Encik Ehsan mula membaca
surat tersebut yang dikaitan dengannya. Tambah malu lagi bila surat tu dibaca
depan beberapa lagi lecturer lain. Semua pun pandang semacam aje pada aku.
“Tapi Encik, ini bukan saya yang buat. Kalaupun saya yang tulis, takkan
saya begitu bodoh dengan menulis nama kat hujung sini.”
-“Awak ada dua pilihan. Membuat pengakuan dan awak akan terlepas, atau
terus menafikan tetapi awak dihukum.”
“Kalau saya tak buat, macam mana saya nak mengaku.”
-“Jadi, awak nak saya saman awak, atau panggil ibu bapa awak ke mari lalu
membaca surat ni di hadapan perhimpunan.”
“Baiklah. Saya mengaku.”
...continue...
Posted at 12/12/2006 8:21:06 pm by lovely_nouraz
Permalink
Malas betul aku nak layan. Terus aja aku melangkah diikuti Adam. Tak sangka
hari ni aku diapit dua lelaki kacak. Dari masuk ke dewan, dalam dewan hingga
habis kuliah, mereka masing-masing berebut nak mendapat tempat terbaik di sebelah
aku. Dan, kelakar rasanya bila Adam dan Hadi masing-masing nak tarik perhatian
aku, hingga menyebabkan mereka hampir bergaduh masa kuliah tadi. Terpaksalah
aku, sekejap toleh sana, sekejap pandang sini. Tapi, aku pun tak suka bila
orang lain pandang semacam aje. Especially, Nelly!
Tak silap aku, esoknya,
gambar aku diapit dua lelaki kacak terpampang dekat papan notis. Satu kampus
tengok. Malu giler beb. Tapi, yang mamat dua orang ni bukan ambik peduli. Lagi
dia suka, adalah. Menyampah aku. Bila aku ugut nak kecoh pasal secret admirer
dia tu, terus dia berubah fikiran. Lantas memaksa Adam membuat press conference
secara tak rasmi dekat kantin. Sebenarnya, aku pun tak tahu yang diorang buat
PC, entah apa yang diorang kelentong pasal aku. Hinggalah esoknya, tiba-tiba
aje ramai jejaka cuba mendekati aku. Pergi sini ada orang tegur, pegi sana ada
pulak mamat bersiul-siul. Sewel agaknya. Kebetulan pulak, aku terserempak
dengan Nelly waktu balik ke hostel.
-“Nampaknya, kau makin popular baru-baru ni. Jangan nak lawan tokey pulak.”
“Popular? Sebab apa? Eh! Sejak bila pulak kau jadi tokey kedai ni?”
Sebenarnya, aku faham juga
apa yang dia maksudkan. Tapi, aku betul-betul tak tahu kenapa tiba-tiba nama
aku boleh naik. Takkanlah mamat duaorang tu punya kerja.
-“Aku bukan apa. Dah dua semester aku pegang title gadis paling glemer. Aku
tak nak orang yang tak seberapa cuba merampas title aku.”
“Dik! Cuba kau tengok aku. Ada apa-apa special? Takde. Aku cantik? Tak! Kau
sendiri kata, aku kuno. So, siapalah gadis zaman batu ni nak merampas title
kau.”
Aku geram juga. Dahlah
suka mengutuk aku, kata pulak aku nak rampas title dia. Pirah! Tapi, bagi
memulihkan keadaan, aku cuba deal dengan dia sesuatu. Harap mamat-mamat tu
setuju.
Hari sabtu, tengahari...
sepatutnya kiteorang kena prepare untuk assignment minggu depan. Tapi, aku sengaja
tak datang dan menyuruh Nelly untuk menghantar bahan yang aku ada. Punyalah
terkejut beruk mamat-mamat tu bila nampak kelibat Nelly. Dengan baju kebaya
yang sendat-mendat tu. Berjalan terhegeh-hegeh macam makcik itik. Siap dengan
selendang lagi. Aku pun mengetuk dahi bila ternampak dari jauh. Siapa suruh dia
berpakaian macam tu sekali. Aku suruh dia berbaik-baik dengan mamat-mamat tu,
bukan suruh dia tiru gaya aku. Dah, last-last kena ejek sampai nangis. Dan,
Nelly menyalahkan aku sebab mengenakan dia. Dan, bebudak lelaki tupun menyindir
aku, kononnya dah popular, maka tak nak campur dengan diorang lagi. Teruk juga
aku kena masa tu. Hai...
Posted at 12/12/2006 8:19:10 pm by lovely_nouraz
Permalink
Malam tu, dekat hostel, punyalah penat aku melayan kerenah CT, member satu
bilik aku. Mulut kepoh betul. Dia kata, member dia nampak kelibat aku berjalan
dengan lelaki handsome siang tadi. Punyalah berbuih mulut aku cakap, kitaorang
takde apa-apa. Tapi, dia kata aku tipu. At last, untuk tak nak mengecikkan hati
dia, aku pun cakap yang mamat handsome tu adik aku. Settle. Terus dia senyap.
Tapi, sempat pula nak berkenalan dengan adik aku yang dikatakan handsome tu.
Aku pun berjanji akan memperkenalkan diorang bila ada masa nanti. Tetiba aje
henset aku berbunyi. Bila tengok skrin, entah nombor apa-apa yang keluar. Entah
siapa agaknya yang tak reti-reti nak tidur malam-malam buta ni.
“Hello.”
-“Hai, dah tidur? Ganggu ke? Sedap tak Mc D tadi? Baju dah basuh ke belum?
Kata tadi sakit tekak, dah makan ubat?”
“Apa ni? Menyibuk aje. Orang nak tidurlah.”
-“Nak tidur? Okey. Bye.”
Terus mematikan talian. CT
tanya siapa dia. Aku kata orang gila glemer. Tapi, bila terfikir yang mamat tu
tadi mungkin Hadi, terus saja aku menyorokkan telefon bawah bantal. Takut pula
kalau-kalau aku dah tidur, dia kacau lagi sekali, kena pulak kalau CT yang
angkat. Habis kecoh satu kampus. Then, betul tak aku cakap? Bunyi lagi.
“Kau nak apa, hah?”
-“Kau ada nampak seluar jeans aku tak? Dah hilanglah.”
“Siapa yang nak rembat seluar jeans kau? Kau ingat aku ni balai polis ke
nak buat report?”
-“Oit! Marah nampak? Dah ngantuk ke?”
“Kau cepat pegi tidorlah. Mengacau aje. Nanti esok kalau tak boleh bangun,
aku call bomba, suruh pancit kau dengan air sungai.”
-“Garang rupanya kau ni. Tapi takpe. Jangan lupa, malam ni jumpa lagi. Aku
ingat nak belanja kau KFC pulak, tapi dalam mimpilah yerk. Bye.”
“Hish!”
Geram betul aku. Sengaja
buat aku naik angin. Nasib baik CT dah tidur. Yang hairannya, buat apa entah
telefon semata-mata nak mengacau ketenteraman aku. Kalau aku tahu, dari awal
aku bagi nombor phone Nelly. Biar dia kacau Nelly, Nelly pun suka dia. And,
diorang terus bercinta dan takkan menyusahkan hidup aku lagi.
Pagi ni, di kolej, kecoh
juga orang memperkatakan tentang Hadi. Katanya Hadi dah berubah. Ada juga orang
kata, Hadi bercinta dengan Nelly, maklumlah dua-duanya pun sama, gila glemer!
Huh! Lega aku. Tak payah bagi nasihat yang merepek-repek pada Hadi lagi. Dia
tak perasan agaknya, nasihat yang aku bagi semuanya aku reka sendiri. Kelentong
beb! Yelah, dah puas aku kata aku tak tahu, dia yang paksa. Dah tentu, cinta
pun aku tak kenal. Itu pasallah berkilo-kilo Hadi kena tipu sunat dengan aku
semalam. Walau macam manapun, aku tak sampai hati nak kecoh tentang pertemuan
aku dengan Hadi, dan bagaimana Hadi pujuk aku supaya bagi dia tips pikat
perempuan. Kalau nak jual story aku, laku beb. Pakkal aje aku malas nak campur
hal orang.
Dalam perjalanan ke dewan
kuliah, aku terjumpa Adam. Adam nampak semakin simple ketika bergaya. Kalau
dulu, siap dengan gel rambut yang melekit-lekit tu, dengan gelang yang entah
apa-apa entah. Sekarang ni, semua tu dah tak nampak lagi.
“Hai, simple aje hari ni?”
-“Ye. Awak tak pakai baju kurung lagi?”
“Baju kurung dah hantar dobi. Dua-tiga hari baru ambik.”
Kebetulan pulak,
terserempak dengan Hadi yang sememangnya betul-betul berubah. Rambutnya
dipotong pendek dan agak terpacak. Dia selesa berkemeja kotak-kotak di luar dan
memakai t-shirt putih di dalam. Nampaknya, dia tiru imej Adam. Tapi, Adam pun
tak hairan. Malah, Adam suka bila ada orang lain yang tiru stail dia.
Sekali-sekala apa salah? Dan, bila Hadi mendekati aku, dia terus tenung dari
atas sampai ke bawah dengan pandangan berbeza. Agak pelik.
-“Kenapa tak pakai baju kurung?”
“Hai, baru sehari tak pakai baju kurung, dah ramai yang merungut?”
-“Jangan sampai aku buat kempen galakan pakai baju kurung nanti.”
“Ha’ah. Lepas tu, kau kena belasah dengan Nelly punya group. Dah tentu
diaorang paling anti dengan baju kurung.”
-“Nak rasa juga macam mana kena belasah dengan orang perempuan ni.”
...wait and see...
Posted at 12/12/2006 8:14:42 pm by lovely_nouraz
Permalink
...
Termenung sekejap aku sambil merenung dia. Sebenarnya, dalam hati tergelak
tak henti-henti. Macam manalah budak gangster ni boleh terpikat pada perempuan
yang dikatakan menyusahkan hidup dia ni. Tapi, aku ni open minded. So, jangan
bimbanglah, Aku takkan beritahu orang punya.
“Aku tak nak ambil tahu siapa yang kau suka, tapi aku bukan apa. Aku
sendiri tak pernah bercinta. Macam mana aku nak tolong kau pulak?”
-“Kau tak pernah bercinta?”
Serta-merta mukanya terus
ceria. Kenapa entah. Dah tu, dia terus tarik tangan aku lalu mengajak aku pergi
ke Mc D. Aku pun apa lagi, orderlah yang mahal-mahal. Dah musuh aku belanja.
“Macam ni lah. Kau cuba korek rahsia dia. Apa yang dia suka, apa yang dia
benci. Lepas tu, kau ubah sikit stail kau. Tengok rambut kau ni, macam orang
zaman batu.”
Aku pun menyapu rambutnya yang terjuntai di dahi. Aku tak bermaksud
apa-apa. Cuma, aku rimas betul dengan rambut dia yang serabai macam beruk mat
yeh tu. Dia yang tiba-tiba merah padam terus saja menyapu rambutnya ke tepi.
-“Kenapa? Buruk sangat ke stail rambut aku?”
“Tak juga. Handsome jika dibandingkan dengan ayam serama.”
Aku cuba buat lawak bodoh.
Lagilah mukanya tambah merah. Takkan aku salah cakap kot? Selalu, kalau dia
kata aku macam ulat gonggok, tak pernah pun aku marah. Bila dia kata aku macam
Godzilla, aku sekadar tendang kaki dia aje. Takkan tak biasa?
“Aku rasa kau dah angau ni. Parah juga.”
Aku melambai-lambaikan tangan
di depan mukanya. Biasalah, mukanya agak selamba. Tapi, aku macam terperasan.
Dia macam cuba menyorokkan sesuatu.
-“Boleh kau beritahu aku, apa yang perempuan suka. Apa yang perempuan tak
suka.”
“Hello dik! Benda ni general. Kadang-kadang gadis ni suka benda ni, gadis
lain pulak tak suka. Ikut sukalah. Manalah aku nak ramal apa benda yang awek
kau suka.”
-“Okey. Katakan, kau ditempat awek tu. Apa yang kau suka?”
“Aku suka berangan!”
-“Laa... itu jer? Takde lain?”
“Fine. Kau nak lebih detail. Aku suka warna merah, bunga rose, baca novel,
chatting, main PS...”
-“Wah! Kau pun main PS?”
“Dik! Perempuan pakai tudung pun ada hati nak main game tau.”
Dan, perbualan kami hari
tu penuh dengan gelak tawa. Sebenarnya, aku pun tak faham kenapa tiba-tiba
kitaorang dah boleh jadi sekepala. Yang aku tahu, dia ni bukannya suka aku
sangat. Nak marah lagi ada. Eleh, pendapat aku, dia cuma mempergunakan aku aje,
bila dia dah dapat awek yang dia nak sangat tu, aku ni ditolak ke tepi.
Biasalah. Macam aku tak kenal insan bernama
lelaki. Tapi, rasanya, entah-entah dia suka Nelly. Sebab, katanya, awek yang
dia suka tu sangat cantik dan sempurna. Siapa lagi kalau bukan Nelly kat kolej
kami. Tapi, tak tahu pulak kalau awek tu bukan budak kolej ni. Paling tidak
pun, lepas hubungan diorang dah settle, aku nak tahu siapa gadis malang tu.
-“Hey, bagi nombor phone kau..”
“Mana boleh! Nombor aku secret. Cuma orang terdekat aje yang boleh dapat.”
-“Alah. Nak sombong pulak. Aku bukan kacau kau. Cuma, kaukan kuat berleter.
Kalau aku tak settlekan assignment, kau juga yang bising. Kata aku ni
lembablah, macam ular sawa terbongkanglah.”
“Kau apasal tiba-tiba nak naik angin ni? Tapi... ada ke aku cakap macam tu
kat kau?”
-“Entah!”
...tunggu yek...
Posted at 12/12/2006 8:11:59 pm by lovely_nouraz
Permalink
...sambung lagi yek...
Satu hari, Hadi ajak aku bincang tentang topik yang sepatutnya dia buat.
Aku pun tak kisah, daripada dia terus desak, aku ikutkan aje. Malas nak layan
mamat ni. Dan, terpaksa pulak aku bohong sunat dengan Adam. Semalam, Adam baru
aje ajak aku pergi library. Korang jangan tak tahu, dia bukannya nak ajak
study. Tapi, ajak main ‘Saidina’ dekat luar perkarangan library. Teruk betul.
Tapi, seronok juga walaupun aku selalu kalah. Tak kisahlah.
Tiba aje kat terminal bas,
aku ternampak Hadi sedang berangan-angan sendiri di balik tiang. Hai, mana
perginya beg? Mana perginya buku? Bila dia terperasan yang aku tengah tengok
dia sejak tadi, tiba-tiba aje tukar jadi macho. Nak berlagaklah tu. Tapi,
pendapat aku, maybe dia ada masalah. Kalau tak, takkan muka ego dia tu, boleh
bertukar jadi muka tempe basi. Bila aku mendekati dia, terus dia tangkap
tangan aku, lalu ngajak aku naik motorsikalnya.
Setibanya di shopping
complex, dia terus bawa ke port tempat dia selalu lepak. Aku terkejut juga.
Dan, sepanjang naik motor tadi, berkali-kali aku pukul dia sebab dia tak
beritahu aku ke mana dia nak bawa aku pergi. Akhirnya, dia mula bersuara...
-“Eh! Aku nak mintak tolong kau sikit, boleh?”
“Aku no hal. Apa dia?”
-“Macam mana... nak... pikat pompuan?”
...teruk betol...
Posted at 12/12/2006 8:09:20 pm by lovely_nouraz
Permalink
...???...
Tak sangka pulak, sejak bercampur dengan mereka ni, cara percakapanku
sedikit bertukar. Mulutku juga menjadi semakin lancang. Masa baru-baru,
bolehlah diorang kutuk aku. Sekarang, jangan harap dik! Dan, untuk lebih
menyakitkan hati Hadi, aku sengaja memanggilnya ‘Adik’. Biar dia malu, lepas tu
dengar cakap aku. Wah! Ha! Ha!
“Dik, ko punya assignment bila nak siap?”
-“Aku dah kata, jangan panggil aku adik. Faham?”
“Eh! Suka hati akulah. Bukan ke kau lagi muda daripada aku?”
-“Oh! Kalau gitu aku panggil kau nenek. Apa perasaan kau?”
Hadi mula meninggikan suara sambil mengugut aku.
Cis! Tercabar juga. Ada ke nak panggil aku nenek? Kahwin pun belum. Tak guna
betul. Dan, setiap kali bergaduh, aku pasti tarik rambut dia. Lepas tu dia
tarik tudung aku. Sampailah Adam datang lalu menyelamatkan keadaan. Dan, setiap
kali Adam tiba, serta-merta Hadi mula berubah. Seolah-olah tak suka. Sebab, aku
lebih suka Adam berbanding Hadi. Adam ni lebih gentle, dan boleh dikategorikan
sebagai budak berakal.
-“Dahla. Kalau kau tak nak buat assignment ni, biar aku dengan Wanie yang
buat.”
“Hey! Aku tak suruh kaulah. Aku suruh minah ni.”
Dah... Macam nak gaduh
pulak. Tapi, selalunya Hadi aje yang banyak mulut, Adam diam aje. Malas nak
layan agaknya. Selalunya, masa kuliah, dia mesti duduk sebelah aku. Katanya
senang nak bincang nanti. Juga satu masalah besar bagi aku bila sekali lagi
Nelly berasa cemburu. Hairannya, Adam bukannya suka aku. Cuma, mungkin dia
setakat nak kawan aje. Lagipun, dalam group kiteorang, bukannya dia minat
sangat nak bergaul dengan Hadi dengan kawan-kawan dia tu. Tapi, aku akui, Adam
memang handsome, kaya pulak tu. Kalau dibandingkan dengan Hadi, macam
burger dengan kacang goreng!
...iyerlah tu...
Posted at 12/12/2006 8:06:22 pm by lovely_nouraz
Permalink
... entahla dik!...
Siapa tak kenal Hadi. Pelajar yang popular, agak kacak, disukai ramai
pelajar perempuan kerana gayanya, juga tergolong dalam lelaki gangster di kolej
kami. Mukanya mungkin nampak selamba, tapi kalau bab bergaduh, serahkan aja
padanya. Namun, dia ada kekurangan, di mana setiap kali kertas peperiksaan tiba
di tangannya, serta-merta dia jadi blank. Kosong! Aku sentiasa memerhatikannya
kerana tempat duduknya tidak jauh dariku. Dan, satu hari aku pernah ternampak,
dia betul-betul tension dan terus keluar dari dewan tanpa menjawab apa-apa. Dan
kerana itu, aku diberi tugas agar membuat study group dengan dia dan beberapa
lagi budak lelaki. Nampak sangat yang dia tak suka kehadiran aku dalam kumpulan
ni. Serta-merta dia meletakkan diri sebagai ketua dan memberi nama kumpulan
kami, ‘Real Hard Core’. Apa yang best sangat agaknya!
Kumpulan kami terdiri
daripada Hadi, Dhani, Izwan dan Adam. Dan, hanya aku seorang saja pelajar
perempuan. Itu pasallah Nelly cemburu lantas mahu mengambil aku sebagai anak
buahnya. Sebenarnya, aku tahu, dia mahu memikat Hadi. Dia pernah menyatakan
hasratnya untuk menukar secara suka sama suka dengan kumpulannya yang
kesemuanya terdiri daripada budak-budak malas. Aku ‘on’ aje, tapi Hadi yang tak
mahu. Dia anggap perempuan ni menyusahkan. Terpaksa pulak aku berpura-pura
bersikap kelakian bila berbincang sesama mereka. Suka hatilah!
-“Hey! Britney, minggu ni kau siapkan projek Puan Zita tu. Kalau tak dia
membebel sepanjang hari. Bosan aku.”
Sebenarnya, aku benci dengan nama tu. Namaku, Warnie Atikah, bukannya
Britney. Sudah banyak kali aku bergaduh mulut dengan Hadi semata-mata kerana
dia memanggilku ‘Britney’.
“Senangnya hati kau. Orang pun banyak kerja apa. Oh! kau orang
senang-senang lepak kat shopping complex, tinggal orang terkontang-kanting buat
kerja sorang-sorang. Tak aci beb! Kalau kau pun malas, korang pun malas, fine!
Kita semua tak yah buat kerja. Biar sama-sama kena berleter.”
...heh! heh!...
Posted at 12/12/2006 8:03:05 pm by lovely_nouraz
Permalink
|