lovely_nourazSeptember 7th 1985 (Age 24) Female Johor Bahru
 MySpace
nickNORA, AZZY, JIEYA, G, E, YAN, KAY, A.K, ATOM, TOMN, ETC...freetimeBERANGAN, MENULIS, MELUKIS, TENGOK MOVIE, REKA FESYEN, MUZIK... birthday7SEPTEMBER1985... homeLARKIN JAYA, JB... i likeSKY JUICE, LEMONADE, GINGER BEER... really likeKOREAN MOVIES, CHINESE MOVIES, ACTION MOVIES, LOVE STORY,ETC... sometimesTHINK ABOUT SOMEONE... somebodyWHO SUDDENLY COMES IN MY LIFE WITHOUT EXPECTED!... somedayWANNA BE HAPPY... somethingNOT IMPOSIBBLE... hateSTRESS, CHECK-UP, SOMETHING STUPID, SOMEBODY OUT THERE!...etc
Online Degree
Blog ni sedang dalam perancangan untuk dijadikan website. Dalam sebulan dua lagi kot? Senang korang nak bace. Lagipon, ramai gak yang masuk, so berbaloilah kalau bersusah-payah siket. Teruslah bagi support pada I. Bukan rugi pon.
| N | Nerdy | | O | Organic | | R | Rounded | | A | Amazing | | Z | Zippy | | I | Irresistible | | A | Amazing | | H | Huge | Name Acronym GeneratorFrom Go-Quiz.com
|
 |
Saturday, December 16, 2006
Hari ni memang malang betol. Sudahlah kena tipu ngan ayah, kena pakse keje lagi ngan... siapa ntah namenye... Fine, dia nak air pepsi, meh aku dengki kau. Minumlah pepsi puas-puas, sampai pengsan pong aku tak larang.
Lalu, dengan rase marah ngan penat giler, aku pong angkut tiga botol besar air pepsi bawak masuk office dia. Sanggup aku tambah duit, sebab pade pikiran aku, kalau dah beli banyak, esok-luse tak yah beli lagi. Tapi... jangan risaulah, esok aku takkan datang punye. Nasib kaulah, mamat sombong!
-"Ada ke saya suruh beli 3 botol besar? Saya kate ape? Cuma dua tin pepsi sahaja. Now, turun bawah balik, pulangkan air ni semula, mintak duit balik dan beli semula dua tin pepsi sekarang!"
Cis! dah tahap melampau ni. Aku beli sebab nak mengenyangkan dia. Biar dia sumbat semua air dalam perut dia, pastu tu terbongkanglah cam ular sawa. Mesti tak membebel punye. Tapi, lain plak ceritenya...
"Encik ni teruk tau. Encik tau tak, minum air gas tetiap hari ni tak elok." -"Apasal pulak? Ada saye mintak duit awak? Lagipun, berdosa ke minum air gas tetiap hari?"
"Memang dose besar. Bayangkan, Encik pakse saye beli, saya dah maki dalam hati, dah satu dosa. Encik terlalu cerewet, saya dah ngumpat dalam hati, dah tambah dosa lagi. Lagi pulak, Encik minum air gas, esok lusa kena kencing manis, pastu saye pulak cakap dalam hati, 'padan muke Encik', dah tambah satu lagi dosa."
Perkh! Sebenarnye, aku pong tak tau camne aku boleh cakap ulasan panjang bukan main camtu kat dia. Tapi, faham-faham ajelah, aku ni kan penulis, ade aje idea dalam kepala otak ni. Kan, sekali lagi dia terdiam lantas merenung aku dengan muka toya.
-"Firstly, kalau awak ikut cakap saye, saye takkan marah dan awak takkan mengumpat. Keduanya, siapa suruh awak mengumpat, saye suruh ke? Ketiga, ade ke saye suroh awak ambik tau pasal kesihatan saye, takde. So?"
"Encik ni memang teruk tau.. Kalau camni, bukan setakat tujuh hari, tujuh jam pun belum tentu. Baru tujuh minit pong dah tak tahan lagi. Kalau tujuh bulan, mungkin anak tekak Encik saye potong!"
-"Sekarang, awak pegi almari depan tu, ambik fail AZ007. Jangan banyak soal, dan jangan sesekali ngumpat kalau tak nak dosa."
Eleh, ingat kau baik sangat. Tengoklah, cukup tujuh jam kat sini, aku chow chin chow! Tapi... banyak mulut pulak aku hari ni. Heh! heh! Selalunya, punyelah susah mulut nak bercakap, especially dengan orang yang baru kenal dalam 5 minit. Macam patung beb!
Huh! Almari cam nak roboh. Sudahlah pintu dah tercabut. Kalaulah kat rumah aku, dah lama aku humban dalam longkang. Aik? Takde plak fail AZ007, rasenya aku tak silap dengar tadi.
"Encik, yang mana satu ni. Mane ade fail AZ007, Yang ada nombor siri sampai AM aje, N, O, P, Q, R, S semua takde."... biaselah, dengan nada marah cam nak telan orang.
-"Oh! Iya. Kalau giitu, ambikkan saye fail ape yang ada. Kalau boleh yang warna ungu, kalau takpun yang hijau pucuk pisang. Dah tu, cekkan sekali, bakul sampah dah kosongkan ke belum. Ni, paip toilet perempuan dah rosak, kalau awak nak guna toilet, betulkanlah sendiri. Jangan sesekali guna toilet kat tingkat lain. Faham."
Tengok tu. Dah mule buat perangai lagi. Suke-suke hati dia aje ngarah kat aku camtu. Oit! Aku ni anak kepada pengarah urusan syarikat swasta tau. Ayah aku ada restoran mewah kat Indonesia lagi. Kalau diikutkan, tak kerja kat tempat buruk ni pong takpe. Sedangkan duduk rumah pun dapat duit bulan, apa lagi kalau bekerja. Tak kaye ke aku? Eh! Jangan-jangan ayah dah tak nak tanggung aku lagi tak? Tapi, kan aku dah cakap, satu hari nanti filem aku akan meletop punye. Walaupun ayah ngan ibu tak caye, tapi diorang mengangguk aje. Ah! Tak kisahlah, yang pentingnya, aku akan buktikan yang aku ni memang berbakat...
-"Hah! Tengok, berangan lagi. Macam manelah melayu nak maju."
Kebetulan pulak mase tu, aku tengah pegang penyapu sambil berangan-angan kononnya aku dapat award penulis skrip terbaik satu hari nanti. Huh! Teruk betol!
-"Dah, saye nak keluar, ade hal penting. Awak jaga office, kalau saye lambat, balik pukul 6, tutup semua lampu. Air cond pun."
"Air kon konon. Dahlah rosak, kuar bau pelik lagi. Ini ha, lampu terkelip-kelip, ada yang tak nyale langsung pun. Kipas tu, habuk dah setebal 10 inci agaknye. Miang rasenya dok terperap kat office macam ni."
-"Kalau macam tu, saye arahkan awak siapkan kerja yang saya beri tadi, kemudian bersihkan office, lap kipas, kemas meja, sapu lantai dan siapkan semuanya sebelum pukul 5 petang! Faham?"
Aku cuma mencebikkan muka. Buat hape aku nak susah payah? Esok confirm dia tak jumpe muka cute aku lagi...
"Hmm..."... tengah fikir jap!
Posted at 12/16/2006 7:22:50 pm by lovely_nouraz
Permalink
Aku Erizal, 39 tahun. Straight to the point - aku memang suka berlagak, kaki buli, suka mendesak, dan... satu-satunye hobi aku ialah membuat syarat yang tak masuk dek akal. Syarat aku yang paling popular dikalangan bekas pekerja dulu ialah 'Kalau nak masuk office tingkat 17, kena naik lif sampai tingkat 18, pastu turun setingkat guna tangga. Saje-saje nak ngacau hidup diorang. Ada juga, 'kalau nak mc - mase cuti mc, buatkan aku air orange dan simpan dalam peti ais kat rumah diorang. And, bila dah naik kerja, bawak sekali air orange tu dan bagi pada aku.'... Setakat ni, ada orang yang ikut syarat aku, ada juga yang menipu. Tapi, jangan haraplah. Aku ni memang peka orangnya. Aku tau siapa yang menipu aku.
Hari ni, pagi-pagi lagi aku dah jumpa dengan pekerja terdesak, (gelaran bagi mereka yang tibe-tibe didesak untuk kerja). Aku tak suka dia, dan dia juga tak suka cara aku. Nampak budaknya muda sangat. Kuat berleter pulak tu. Tapi yang bagusnya, dia tak pernah cuba nak memikat aku, mengenyitkan mata sambil senyum sumbing. Itu paling aku menyampah! Tapi, yang ni overlah pulak, asyik nak membebel, muka masam mencuka. Kekadang tu, dahi dah tak nampak licin lagi sebab asyik berkerut aje. Hmm.. sukatilah.
Dulu, aku memang paling famous dalam company. Semua orang respek kat aku. Yelah, aku manager bahagian pemasaran. Kini, sejak datangnya mamat hidung belang,(anak ketua pengarah), maka office aku jadi kelam-kabut. Anak buah aku semua lari. Dan mungkin, bahagian aku akan dibubarkan tahun depan. Lagi 2-3 bulan aje. Aku tahu, dia sengaja nak sabotaj aku. But, it's okey. Mentang-mentanglah kau kelulusan luar negera, ingat aku heran? Rasanya, ade orang atas yang tak suka cara aku, lantas screw aku dari belakang, hinggalah kedudukan aku tergugat sampai tahap macam ni sekali.
Hinggalah office aku jadi macam sarang tikus, tingkat 17 dah takde seri lagi. Dan, akulah satu-satunya yang masih kerja kat tingkat 17 ni, hingga munculnya minah terdesak, yang bernama.... Eh! Siapa nama dia ek?
Posted at 12/16/2006 6:56:09 pm by lovely_nouraz
Permalink
Esoknye, ayah aku call secara tibe-tibe. Dia mintak aku pergi kat satu tempat ni. Aku tanye nak buat hape? Lantas dia kate, kalau aku pergi, dia akan hadiahkan aku laptop pentium 4 punye. Perkhh! Saper tak nak? Sememangnya, ayah aku tau yang aku ni memang suke diumpan dengan barang-barang camtu. And, lepas dah bersiap ala kadar aje, aku pong pergi kat tempat yang diperkatakan...
Aku sampai kol 9.50 pagi. Oh! Rupenye, tempat yang ayah aku suroh pegi tu rupenya office besar. Tengok dari luar, fuyoo! Bangunan dia canggeh seh! Aku tak tau pulak kewujudan bangunan ni kat sini.(itu pong sebab dah lame tak kuar rumah!). Ayah aku kate, pegi kat tingkat 17, pastu jumpe dengan bos kat tempat tu. Memula tu, aku takut gak. Yelah, aku jarang jumpe orang, ape. Satu-satunye orang yang aku kenal ialah lelaki yang digelar abang Mat. Itupun sebab dia jaga kedai mamak tempat yang selalu aku beli maggi. Siap kena sindir lagi. Dia kate, tekak aku stereotype. Cubelah sesekali tu masak sardin ke, kacang panggang ke...(semua jenis makanan dalam tin punye).
Tingkat 17, alamak! Kenapa suram? Office dia? Kenapa kelam-kabut camni? Tengah aku dok jenguk-jenguk kat tepi lif, tetibe aje ade orang negur dari belakang.
-"Awak buat ape kat sini? Buat kerja sekarang! Tu, nampak penyapu tu, pegi sapu!"
Huh! Terkejut beruk aku. Bile mase plak aku keje sini? Lalu aku pong jawab...
"Encik, saye bukan pekerja sini. Lagipun, mestilah sapu pakai penyapu, takkanlah pakai berus gigi pulak."... sesungguhnye, aku memang suke loya buruk, especially dengan orang-orang yang belagak gile cam dia.
Dia terus mencekakkan pinggang, lalu menolak aku dengan fail dari belakang. Cis! Takde adap betol. Ni lagi sorang nak carik gaduh. Tolak punye tolak, sampailah kat bilik dia. Oh! Rupenya Ketua Pengurus... Pasal itulah perasan best!
Aku dahpun masuk kat bilik dia yang macam sarang tikus tu. Tin pepsi bersepah-sepah atas lantai. Dan takde rupe cam office lagi. Dengan kertas-kertas lama yang menimbun kat tepi dinding, rimas aku tengok.(Padahal, same aje ngan rumah aku!)
-"Ambik fail ni, taip satu-satu jangan silap walau hanya satu huruf sekalipun. Lepas tu save dalam Word. Saya nak awak siapkan dalam mase 20 minit."
Perkhh! Melampau betol mamat ni. Sudahlah pakse aku buat keje sesuka hati dia. Ade ke fail setebal 3 inci nak disiapkan dalam 20 minit. Dah kemaruk agaknye.
"Encik, saye tak keje sinilah. Saye datang sebab ayah saye yang suroh."... aku melawan gak dengan nada yang garang.(kononnya)
-"Ayah awak suroh? Baguslah. Siape aje yang jejakkan kaki kat tingkat 17, maka dia kena kerja kat sini secara automatik." lalu menghempas fail tadi.
"Walaupun makcik cleaner yang tersalah masuk? Atau pengemis yang nak mintak sedekah?"
Huh! Terus terdiam dengar cakap aku. Manelah ade orang dalam dunia ni buat syarat camtu. Tapi... aku rase, dia ni mesti member ayah. Dan, ayah sengaja nak mengenakan aku!!!
Sedang aku berangan sambil menyesal sebab terpedaya ngan ayah aku dengan umpan laptopnye, mamat tu terus aje mengetok meja sekuat hati.
-"Dah, pikir ape tu? Pegi turun bawah, belikan saye pepsi."...
Oh! Patutlah tin pepsi merata-rata tempat. Boros betul mamat ni. Nak kena ngan aku nih. Bile aku dah naik angin nanti, habislah kau!
-"Dan, awaklah assistant saye yang ke-17, dan saye pasti awak akan letak jawatan dalam mase tujuh hari dari sekarang!"
"Whatever!", kateku dengan nada marah sambil mengambik duit RM 5 untuk beli 2 tin pepsi...
Posted at 12/16/2006 6:21:06 pm by lovely_nouraz
Permalink
Thursday, December 14, 2006
Dulu, aku penah gak cite-cite nak jadi model, okey jugalah walau kate orang aku tak cukup tinggi. Yang aku tak puas hati tu, diorang memanglah ajak aku berlakon iklan, tapi iklan stokin, cap murahan pulak tu. Lepas tu, ade lagi datang offer, tapi iklan berus gigi. Mase belakon iklan tu, aku kena pura-pura terdesak nak gosok gigi, tapi oleh kerana terlalu excited, maka aku tergodok berus gigi tu dalam tekak. Pastu terus muntah, and iklan tu cancel. Siap ganti dengan pelakon popular lagi. Nyampah aku! Jadi, aku surrender nak jadi model, aku pilih jadi penulis plak. Itu pong ade problem juga. Macam-macam hal!
Skang, aku lebih selesa dok kat umah, tak campur orang, takde member, senang hati aku. Rasenya, aku cume keluor rumah sebab nak beli maggi atau tengok wayang (itu pong sebab skripnye aku yang tulih). Aku keluo sorang-sorang tau. Saper yang nak member ngan aku, sudahla kuno, anti sosial pulak tu. Sebab tu, sebelom orang dekat kat aku, aku dah lari dulu. Tak suke beb!
Tengah dok pikir-pikir love story yang tak datang-datang lagi ideanye, terdengar pulak bunyi muzik kuat daripada jiran depan rumah. Ini lagi satu minah yang nak carik gadoh ngan aku. Minah chinese ni, suke buat parti malam-malam bute. Aku rase, member-member dia yang tak siuman tu terdiri daripade orang kaye-kaye. Pakai baju, bukan main lagi jenamanye, tapi kalo beli kat Chow Kit, tak tau plak aku.
Lalu, dengan rase marah yang meluap-luap, aku pong terus menjalankan misi yang dinamakan, "Misi tuang-menuang'. Rupenye diorang ni tak sedar diri lagi agaknye. Dah beribu-ribu kali aku buat, (padahal baru sekali-dua aje), itu pong tak serik-serik jugak. Aku pong bukak pintu senyap-senyap, lantas terus mencangkung lalu tuang sebotol minyak tanah dalam setiap kasut yang ada. Eleh, kasut kulit konon. Kelentong akulah tu. Macam aku tak nampak, 'made in Thailand'. Itu pong dah kire nasib baik aku tak bakor kasut sorang-sorang. Lepas misi aku selesai, aku pong masuk dengan harapan... 'Padan muke hang! Rasekan!"...
Posted at 12/14/2006 6:42:54 pm by lovely_nouraz
Permalink
Wednesday, December 13, 2006
Aku baru nak start tulis skrip terbaru, maybe love story kot? Aku memang minat menulis ni, dan cite-cite aku memang nak jadik penulis. Dulu, aku penah hantar skrip kat sebuah syarikat, dah dijadikan filem pon. Tapi, sayangnye, filem pertame aku yang bertajuk 'Suka-suka Hati Kau Aje Nak Buat Ape' (SSHKANBA) yang aku pikir ideanye cam nak giler rupenya langsung tak laku. Cis! Tapi, takpe. Aku akan buktikan yang aku nih memang berbakat.(perasan betol!).
Tengah aku syok gile pikir tang ape yang patot aku tulis, jiran sebelah rumah pulak memekak. Ade ke dia jerit kat aku...
-"Woi, minah sebelah! Kau ade rembat seluor jeans aku tak?" - dengan nada marah, cam nak telan orang. Lalu, aku pong jawab...
"Oit! Saper yang bodoh sangat nak rembat seluor jeans kau yang busuk tu? Orang giler pong tak teringin!" - aku marah jugak ape. Banyak lagi benda aku nak kena pikir, termasuk jiran depan.
Sebenornye, aku menyewa kat umah flat. Biaselah, nak umah besor-besor malas pulak nak mengemas nanti. Lagipong takut tinggal sesorang dalam rumah besor. Family aku kaye, ayah aku ade bisnes kat Indonesia. Diorang sibuk ajak-ajak aku ikot sama. Tapi, aku malaslah. Tapi, ayah aku dah belikan sebuah apartment standart untuk aku. Tapi aku tak terpikir lagi nak tinggal situ ke tidak. Kalo terdesak, baru aku pindah kot?
Oh! Ya. Nick name aku, Eeya, umur aku 24 tahun(tapi perasan muda). Lepas STPM aku tak sambung belajar ataupun kerja, sebab aku minat giler nak jadi penulis. Tapi, rasenya, kalo filem lepas ni pong fail, terpakselah aku surrender!
Setiap bulan, ayah ngan ibu bagi aku duit poket. So, tak payahla aku bimbang pasal duit sebab aku pong bukannye jenis pompuan yang suke shopping. Tetiap hari pun asyik melantak maggi aje. Malas nak masaklah katekan. Akak aku penah tanye, aku tak boring ke makan maggi tetiap hari. Tapi, aku jawab, bukan ke ade bermacam-macam perasa. Pilih ajelah nak yang mane. Mungkin minggu ni perasa tom yam, minggu depan, laksa asam, bulan depan maggi goreng pulak. Nak sampai ke tahun depan, dah berkilo-kilo maggi masuk dalam perut aku. Nak buat camne, malas punye pasal.
Rumah flet aku pong tunggang-langgang. Untung betol aku takde kawan sebab kalo kawan aku nak datang, mau setahun aku habis mengemas. Rumah yang bersepah-sepah dengan surat khabo lame, dengan majalahnye, dalam bilik dengan baju kotor yang bersepah atas lantai, MasyaAllah... Nampak sangat pemalas. penah sekali tu, dapur aku ade satu bau pelik, punyelah penat aku cari punce, rupenya maggi ayam yang dah masak, tapi terlupe makan sampai dah kering, siap tumbuh benda putih-putih cam cendawan lagi. Hai... kalaulah lelaki tau perangai aku cam gini, sampai tualah aku membujang!
Posted at 12/13/2006 8:16:13 pm by lovely_nouraz
Permalink
Actually, I dah ade idea baru. Maybe esok atau lusa baru I start. Storynye, not bad. Dari dulu I dah fikir, cume belom dijadikan cerpen jerk.
Title : Miss Your Maggi Penulis : Noura_zya @ Puteri Bawang Idea Asal : Noura_zya @ Puteri Bawang Genre : Comedy-love-life
Enjoy again!
Posted at 12/13/2006 8:09:38 pm by lovely_nouraz
Permalink
Tuesday, December 12, 2006
Citer yang ke-2 ni, dah lame I buat. Daripade dok terperap dalam pendrive, baik I letak sini. Boleh gak korang bace. Kalo boring tu, sorrylah. Yelah, itu karya I mase dulu-dulu. Sebab tu kuno siket. tengoklah, lepas ni I ade story lagi. I takkan berhenti punye. Manelah tau, kot2 satu ari nanti boleh jadi novelis (berangan aje lebih!)
Posted at 12/12/2006 8:45:52 pm by lovely_nouraz
Permalink
...finally...
Geram gila aku waktu tu. Ingat senang-senang diorang nak kenakan aku.
Jangan mimpilah dik. Selagi aku boleh balas, aku cakap ikut sedap mulut aje.
“Sudahlah. Muka saya dah naik tebal, tak tahu nak letak mana. Sana-sini
pergi kena caci. Orang dah tak suka saya, buat apa saya nak terhegeh-hegeh
lagi. Dan, saya terima rancangan ibu saya. Dan, untuk memuaskan hati semua
orang, saya ingin katakan di sini bahawa saya akan menamatkan zaman bujang saya
tak lama lagi, atas pilihan keluarga. Saya rasa, tak mungkin saya jemput
seorang pun dari pelajar kampus ni. Dan, harapnya, semua gembiralah atas keputusan
saya ni dan ketawalah ramai-ramai kerana berjaya menjatuhkan air muka saya,
imej saya dan maruah saya.”
Dan, aku terus mengambil
beg lalu keluar dari dewan tersebut. Tak ingin lagi aku tengok muka mereka. Dan,
aku berikan nota pada Nick bahawa dia memang kawan sejati, dan aku akan jemput
dia bila aku kahwin nanti. Hadi kelihatan sangat menyesal, begitu juga Adam. CT
yang berada berdekatan juga berasa bersalah, dia ingin datang kepadaku, tapi
aku hanya tersenyum dan berlalu pergi. Rasanya, itulah hari terakhirku di
kampus...
Kini, aku menyesal kerana
tidak menyambung pelajaranku. Aku menyesal kerana akhirnya, tanpa sijil aku
tidak ke mana-mana. Tapi, aku rasa sangat beruntung kerana suamiku yang hanya
ku kenali ketika majlis akad nikah hendak berlangsung adalah seorang lelaki
yang sangat baik dan penyayang. Dan, kami sudahpun dikurniai seorang baby perempuan yang comel, walaupun usiaku baru
menjangkau 24 tahun. Muda sangat. Dan, baruku tahu, sebenarnya, ibuku cuma
gertak aje. Ceh! Sanggup kata nak kahwinkan aku jika aku berhenti belajar.
Tapi, bila dia nampak aku beriya-iya sangat, ibu terus setuju. Nak cepat dapat
cucu agaknya.
Dan, untuk pengetahuan semua, suamiku itu rupanya
sebiji macam rupa paras Hadi. Matanya, rupanya, dan... dia merupakan abang
kepada Hadi. Tak sangka betul! Lagi dua jam nak nikah baru aku tahu yang dia
ada adik nama Hadi. Cis! Walaupun Hadi menyesal, tapi dia dahpun jadi pakar IT
sekarang. Dan, setakat ni, dia cuba mengorat adik kembar aku, Wana Aliya, aku
harap impiannya tercapai. Dan mendoakan kebahagiaan mereka... He! He! Dan bagi
Adam, walaupun handsome, masih lagi tercari-cari. Dulu putus dengan CT sebab CT
tu cerewet. Itulah, apasal tak pilih aku? Padan muka hang.
Dan, kepada mereka yang
pernah mengenakan aku selama ni, tengoklah. Kebencian korang adalah kejayaan
aku. Dan, aku harap agar satu hari nanti, mereka yang pernah mengutuk aku, akan
terpegun melihat seorang perempuan yang berdiri megah dengan kejayaan berada di
dalam genggamannya adalah gadis yang pernah mereka hina selama ni... Wait and
see...
...fin...
Posted at 12/12/2006 8:40:14 pm by lovely_nouraz
Permalink
Esoknya, aku jumpa Nick. Nick dah pecahkan rahsia. Kononnya, semua lecturer
tak bagi aku berhenti belajar dan terus kahwin sebab kata Puan Zita, aku antara
pelajar paling cerdik. So, rugi besar kalau aku lupakan impian dan cita-cita
aku untuk jadi Pakar IT. Nick tahu pun sebab auntie dia lecturer kat situ.
Auntie dia yang beritahu. Dan, sekarang ni, semua lecturer tengah berbincang
macam mana nak slow talk dengan ibu baba aku supaya tarik balik surat berhenti
kolej. Tapi, bagi aku... dah terlambat. Tiada lagi pakar IT, tiada lagi masa
depan. Yang aku nampak, lepas ni aku sedang memasak dekat dapur sambil melayan
kerenah anak aku yang sangat... nakal!
Bila aku sampai ke dewan
kuliah, semua mata memandang aku. Ada yang tersenyum, ada pulak yang kelihatan
bersalah. Hah! Biarlah diorang. Dan, kali ni aku bersama Nick datang bersama.
Kalau ada orang nak kacau aku lagi, awal-awal aku sembunyi belakang Nick. Tak
sangka pulak, dewan kuliah tu dipenuhi dengan bebudak kolej serta beberapa
lecturer juga Pengetua. Rasanya, aku mesti kena berdiri macam patung dekat
depan, lepas tu kena mengaku kesalahan aku. Apa pulaklah kali ni?
Awal-awal lagi aku nampak Nelly, dan kali ni bukan aku saja di panggil ke
depan dewan, malah, Nelly juga begitu. Dan, tak lupa, Adam, Hadi dan Encik
Ehsan pun ada sama. Berdiri tegak macam nak nyanyi lagu Negaraku. Lepas tu.
Nelly dipaksa bercakap oleh Pengetua.
-“Saya minta maaf. Selama ni saya dengki pada Wanie.”
Tapi, aku tahu, dia langsung tak ikhlas. Tengok muka dah tahu. Kali ni,
mereka suruh aku bercakap pulak.
“Takpelah. Tak kisah. Sejak dulu lagi saya memang senang dibuli orang, jadi
tak hairanlah.”
Selamba dek aje aku cakap depan Pengetua. Sudahlah, aku pun dah nak blah
hujung minggu ni.
-“Wanie, saya harap awak takkan berhenti dari kolej ni.”
Aku nampak, muka Hadi berubah betul Terus menggelabah. Lalu, dia terus
berjalan laju ke arahku lantas berbisik.
-“Kenapa kau nak pindah? Bila? Kenapa tak beritahu aku? Kenapa tiba-tiba?”
Malas nak layan lantas aku segera berdiri di sebelah Puan Zita yang
kuanggap sebagai penyelamat. Kini, Pengetua pula bertanya aku.
-“Bukankah awak bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang yang berjaya
nanti? Awak tak rasa rugi? Pensyarah awak sendiri kata, awak ada potensi untuk
berjaya. Sanggup awak lepaskan peluang depan mata.”
“Dulu, masa saya kata saya tak bersalah, tak seorang pun ambil peduli.
Malah, semua menganggap saya ni perempuan ego, jahat, tak bermoral. Malah, saya
terima panggilan minah bodoh yang diorang selalu panggil tu. Dan, sekarang,
setelah saya dihina bertubi-tubi, setelah saya dikutuk bertalu-talu, ingat saya
masih ada perasaan ke untuk jadi orang yang berjaya? Atau mungkin, saya ni
memang bodoh? Bila dipaksa mengaku, saya mengaku, bila dikata tak bersalah,
saya terpaksa mengaku tak bersalah.”
Posted at 12/12/2006 8:36:48 pm by lovely_nouraz
Permalink
Bila kujenguk ke luar toilet, takde orang. So, terjengket-jengket aku
keluar dari toilet tu. Dan, tak sangka pula Hadi sedang menunggu di tepi. Dok
tercangkung-cangkung macam orang nak tangkap katak. Entah siapa yang dah
pecahkan rahsia agaknya. Aku yang terperanjat terus saja mengeluarkan payung
lipat dan ugut nak pukul dia sekiranya dia mendekati aku. Tapi, bila fikir
balik, apa dia boleh buat pada aku. So, dengan selambanya, aku jalan melintasi
dia, dan tak mahu tengok mukanya langsung.
-“Britney, aku mintak maaf.”
“Britney? Bukan ke nama aku minah bodoh?”
-“Kau memang bodoh.”
Aku terhenti seketika, lalu berbisik sendiri..
“Ya, aku memang bodoh. Jadi, jauhkan diri kau dari makhluk bodoh ni. Takut
berjangkit pulak.”
-“Kau bodoh sebab sanggup mengaku benda yang kau tak pernah buat.”
“Eh! Bukan ke kau kata, benda bodoh tu aku yang tulis?”
-“Aku tak kata. Cuma, aku kurang percaya aje.”
Sementara itu, aku terus berjalan, dan dia masih lagi mengikut aku dari
belakang.
“Sudahlah Hadi. Kau member aku, tapi kau sendiri tak percayakan aku.
Langsung tak backing aku pun. Takpe, aku tak kisah!”
-“Kenapa kau ni? Sejak bila kau jadi macam ni?”
“Sejak jadi minah bodoh.”
Makin hot dia melayan kerenah aku. Malah, banyak pertanyaan yang malas
untuk aku jawab. Sekadar diam dan mendengar sambil terus berjalan ke arah yang
dituju.
-“Nelly dah mengaku. Dia yang tulis surat tu.”
“Baguslah.”
Dan, aku terus masuk ke hostel, takde apa lagi yang perlu aku cakap dengan
dia. Tapi, sebenarnya, aku ada satu benda nak cakap dengan dia.
“Kalau dari dulu kau backing aku, mungkin keadaan jadi ok. Tapi sekarang,
kau dah terlambat.”
Dan terus meninggalkan dia seorang diri, berfikir dan berangan-angan
sendiri.
Posted at 12/12/2006 8:33:48 pm by lovely_nouraz
Permalink
|