lovely_nourazSeptember 7th 1985 (Age 24) Female Johor Bahru
 MySpace
nickNORA, AZZY, JIEYA, G, E, YAN, KAY, A.K, ATOM, TOMN, ETC...freetimeBERANGAN, MENULIS, MELUKIS, TENGOK MOVIE, REKA FESYEN, MUZIK... birthday7SEPTEMBER1985... homeLARKIN JAYA, JB... i likeSKY JUICE, LEMONADE, GINGER BEER... really likeKOREAN MOVIES, CHINESE MOVIES, ACTION MOVIES, LOVE STORY,ETC... sometimesTHINK ABOUT SOMEONE... somebodyWHO SUDDENLY COMES IN MY LIFE WITHOUT EXPECTED!... somedayWANNA BE HAPPY... somethingNOT IMPOSIBBLE... hateSTRESS, CHECK-UP, SOMETHING STUPID, SOMEBODY OUT THERE!...etc
Online Degree
Blog ni sedang dalam perancangan untuk dijadikan website. Dalam sebulan dua lagi kot? Senang korang nak bace. Lagipon, ramai gak yang masuk, so berbaloilah kalau bersusah-payah siket. Teruslah bagi support pada I. Bukan rugi pon.
| N | Nerdy | | O | Organic | | R | Rounded | | A | Amazing | | Z | Zippy | | I | Irresistible | | A | Amazing | | H | Huge | Name Acronym GeneratorFrom Go-Quiz.com
|
 |
Tuesday, December 26, 2006
Pagi ni, aku kelam-kabut lagi. Acha meronta-ronta tak nak pegi tadika. Selalunya Acha tak macam ni. Dan, yang aku hairan tu, Acha selalu merungut, kononnya dia nak jumpa dengan akak. Akak mana? Aku rase, itu mesti gadis tu. Entah apa dia dah bomohkan si Acha ni agaknya.
Pagi ni, aku ternampak dia, tergesa-gesa masuk lif, sambil pegang sekampit maggi kat tangan kanan, dan setin pepsi kat tangan kiri. Huh! Manalah badan tak montel. Kiri kanan pegang makanan. Aku ingat nak lepaskan dia dulu naik lif, tak ingin sebenarnya aku nak naik sama dengan dia, tapi bila terfikirkan Acha, aku terus ikut walaupun pintu lif dah separuh tutup.
Dalam lif, aku selamba aje tengok muke dia, dia pulak buat-buat tak nampak aku. Fine, baru aku tau yang dia ni memang kuat berangan. Jangan kate dalam lif, entah-entah tengah bagi rimau makan pun sempat berangan lagi. Agaknya, tangan dah kena kunyah pun tak perasan juga. Lalu, dengan geramnya, aku sempat juga cakap kat dia, sebelum aku turun.
"Kenapa awak suka ganggu hidup saya?"
-"Warkhhh!" - dia terperanjat lalu menjerit. Nampak sah dia tak dengar cakap aku. Aku ada kat sebelah pun tak perasan.
-"Eh! Encik tingkat sembilan. Buat apa kat sini?"
"Makan kari!... Naik liflah, habis tu awak ingat saya tengah potong daging?"
-"Heh! heh! Tak...Tapi, orang zaman sekarang ni pelik sikit. Tengah shopping pon boleh gosok gigi."
"Hah! Dah gila apa?"
-"Itu dalam iklan tu."... mukanya serius.
Sebenarnya, aku tak faham kenapa dia suka main-main macam ni. Tapi aku tau, orang suka pada dia sebab perangainya tu. Walaupun aku tak berkenan dengan cara dia, tapi sekurang-kurangnya, dia jauh lebih baik dari gadis moden zaman sekarang.
"I just want to say, saya tak nak terserempak dengan awak lagi. Tolong jauhkan diri daripada saya, juga anak saya. Understand?"
Dia tak menjawab, sebaliknya menunduk dan mengangguk. Aku kesian juga tengok dia. Nampak gaya, dia bukannya orang senang. Cara pakaian pun, tak terlalu daring, biasa-biasa aje. Tapi, dia memang nampak cantik dengan baju kebayanya tu.
Tahu tak kenapa aku mahu dia jauh dari aku? Sebab aku selalu ingatkan dia. Parah betul. Pertama kali aku tengok dia, nampaknya macam budak baik. Dia memang comel, and macam tak matured pun ada. Mungkin, sejak aku terserempak dengan dia untuk kali kedua kat tempat parking hari tu, hati aku dah mula terpikat... Terpikat? No way! I don't like her. I hate her. Tapi... aku cuma menipu diri sendiri aja... Kalaulah dia boleh jadi ibu kepada Acha, alangkah baiknya...
Tak taulah sekarang ni, sama ada suka... atau benci. Dua perkara itu ada pada dia. Suka kerana dia gadis yang baik, benci kerana dia buat aku terpikat. And, gelaran 'bos tingkat sembilan' adalah gelaran aku yang pertama, bunyinya begitu pelik, tapi sedap juga didengar... Hai...
Posted at 12/26/2006 2:05:34 pm by lovely_nouraz
Permalink
Monday, December 25, 2006
-"Huh! Tak payah. Sorry and thank you! Sorang lelaki pun tak dibenarkan masok rumah saye, kecuali... my husband!"
Ape maksud dia? Dia dah kawin ke? Tapi, gayenya memang serabai. Very simple, without makeup, dengan gaya percakapan yang kurang sopan, ada ke lelaki nakkan dia? Tak percaya aku. Tapi... buat apa aku susah hati pikir pasal status dia pulak? Dia bukannya makwe aku... Tapi, sedikir sebanyak, aku happy gak sebab sekarang ni, rumah dia memang direct berdepan ngan rumah aku. Hmm... boleh kacau tetiap hari!
Pagi ni, aku tak tau dia nak keje lagi ke tak nak. Sejak beberapa hari lepas, dia asyik buat silap aje, aku tau dia sengaja. Supaya aku pecat dia! Hey, jangan nak berangan. Sampai ke tua pun kau tak boleh jadi penulis, sebab kau takde bakat. Setakat tulis novel cam manuskrip cerita Aladin, tak laku dik!
Dah pukol berape ni, dia tak bukak pintu pun. Aku bukan nak ngorat (iyerlah tu), cume nak ajak pegi saing aje. Iyelah, baik naik keta buruk aku daripada naik teksi. Lambat betol minah ni. Nak kena ni. Lalu, dengan muke tak malu, aku terus aje tekan loceng rumah dia. Entah-entah belum bangun tidor.
-"Ndak ape ngacau orang pagi-pagi bute ni?"... dia cakap dalam keadaan tengah tutup mate. Selebet betul. Belum mandi lagi? Aku sure dia baru bangun. Tapi, dia nampak lawa dalam keadaan natural... Ish! Tak baik fikir bebenda macam tu.
"Oh! Siapa mengacau? Ni apasal dah lambat pun tak siap lagi? Dah jom pegi office."... lalu aku terus tarik tangan dia, nak ajak pegi samalah tu.
-"Sorry yea abang jiran sebelah rumah, saye ni penganggur. Saye tak kerje and saye takde office nak pegi."... lalu terus mencekak pinggang.
"Fine, awak nak apa? Cuti? Gaji lebih? Pepsi? Maggi?"... sebenarnye, aku malu betol. Rasa jatuh maruah aku, macamlah aku terdesak sangat sampai kena merayu kat dia sampai cam tu sekali.
-"Aik, keje pon ade special offer cam tu ke? Rasenya saye tak nak mintak, tapi saye nak bagi. Bagi surat letak jawatan!"
Alamak! Dia dah pandai main tawar menawar ngan aku pulak. Ape aku nak kelentong yek?
"Atau mungkin... Encik kena ikut semua syarat saye. Setuju?"
Cis! Lepas aku dah setuju, baru dia cakap semua syarat-syarat tu. Teruk betol.
"First, boleh minum pepsi, seminggu dua kali aje. Second, jangan suro saye buat benda-benda yang merepek. Third, layan saye seperti pekerja, bukan orang gaji. Fourth, jangan ambik tau pasal hal saye walaupun kite berjiran. Fifth, jangan rampas maggi saye. Mengerti?"
Amboi mak, cakap slang Indon lagi. Menyampah! Tapi, asal aku ada member kat office tu, aku tak kisahlah. Lagipun, maybe lagi beberapa bulan aje lagi aku akan dipecat. Jabatan tu pun bakal dibubarkan tak lama lagi. And then, jumpe pulak minah becok ni, boleh kate kiteorang sekepala. So, no hal!
Posted at 12/25/2006 7:53:10 pm by lovely_nouraz
Permalink
Tengah aku dok tunggang-terbalik ngan barang penuh kat tangan, ternampak pulak kelibat orang tua tu. Saper lagi kalo bukan bos aku. Ceh! Tak guna. Aku ingat, bile aku pindah sini, aku gerenti hidup aman damai, rupenya... Hai...
Yang aku malu gile tuh, mase tu aku cume pakai T-Shirt garfield warne pink dengan seluar hitam paras lutut. Biaselah, dah malam saper nak tengok. Rambut pulak serabai. Confirm esok dia kutuk aku bertubi-tubi kat office.
-"Hah! Apsal sengaja pindah dekat-dekat sini ni, hah? Nak mengintai orang ke?"
"Oit! Bile mase lak saye nak ngendap? Kalau Encik ni budak-budak bujang sebaya ngan saye, nak juga saye tengok."
-"Eii... Gatal!"... dia cakap sambil ketawa. Hmm... hensem gak!
-"Nak saya tolong angkat tak?"
"Huh! Tak payah. Sorry and thank you! Sorang lelaki pun tak dibenarkan masok rumah saye, kecuali... my husband!"
Lalu aku terus menghempas pintu. Pirah! Ingat aku nak ngorat dia agaknye. Tapi, sejak bile plak dia pandai bergurau ni? Selalunye, dia cume tau ngarah dengan mengenakan orang aje. Ho! ho! ho! Nampaknye, aku dah nampak saper mangsa aku lepas ni. It must be him! Kalo dia buat hal kat office, confirm aku tuang minyak tanah dalam kasut dia. Eh! Tapi... aku kan nak berenti? Okeylah. Esok aku tak yah datang lagi. Bazir mase aje. baik aku dok rumah menulis. Kot-kot boleh jadi penulis skrip ke, cantek gak.
Ni lagi satu citer yang korang tak tau, rupenye... rumah aku tu kosong betol! Hampes! Aku ingatkan lengkap ngan perabot. Tapi, nasib baik ade satu sofa kat ruangtamu. Maknenya, terpakselah aku tidor kat sofa sebab kedai perabot pong dah tutup. Lagipong, mane ade orang beli katil malam-malam bute ni? Dah kemaruk ke apa? Hmm... takpelah.
Malam tu aku mimpi...
Ade satu majlis besar, siap ade tari-menari lagi. Aku memang cantik giler, pakai evening gown warne merah maroon. Seksi pulak tu, sudahla takde lengan, skirt pulak terbelah sampai ke betis. Kalau alam realiti, haram aku nak pakai bebenda cam tu. Tengah aku dok posing kat tengah-tengah dewan menari tu, tetibe aje ade orang tepuk bahu aku. Aku noleh, mak oiii! Itu bos aku tu. Cube korang bayangkan, dah tua gayut pon, kostume dia ngalahkan artis. Dia pakai baju ala-ala Putera Raja zaman dulu, konon nak ngorat aku, ajak aku menari sama. Tapi, aku pulak tampor dia, pastu siram dia dengan air sirap. Aku ambik kek, lalu tepek kat muke dia. Siap aku ambik lilin lagi, aku bakor rambut dia. Padan muke kau.(tak baik betol!). Pastu, aku ketawa berdekah-dekah, lalu aku berlari keluar hinggalah aku bertemu dengan seorang lagi yang paling aku tak suka, bos tingkat 9. Dia ade depan aku, pakai baju cam vampire. Terkezut I. Dia terus aje bagi aku bunga, aku ambiklah.(romantiklah tu konon). Tetibe aje, bunga tu jadi anak ular time aku tengah pegang. Nasib baik aku tak cium bunga tu. Pastu ular tu patuk plak tangan aku. Lepas tu....
'krrrriiiinnnnngggggg'... jam loceng aku dah bunyik.
Tipu jer, aku pindah pong luper bawak jam. Aku bangun pagi pong sebab perut aku dah berkeroncong, fungsinye cam jam loceng gak. Tengok-tengok jam kat henset aku, rupenya dah pukol tujuh lebih. Pagi ape, selalunye pukol enam mate aku dah terbukak besar and pikir camne nak dipecat ngan bos aku tu. Hampes betol! Tapi, ape kesudahan mimpi aku yerk?
Posted at 12/25/2006 7:13:21 pm by lovely_nouraz
Permalink
Friday, December 22, 2006
Aku sampai rumah dalam pukol 7 setengah malam. Penat betol. Bos aku tu memang takde hati perut. Sebenornye, aku pong tak tau ape status aku kat situ. Nak kate secretary, takkan pulak. Maybe kerani kot? Tapi, kerani cabuk ni jugak yang jadi cleaner tukang mengelap lantai. Entah-entah, aku ni stakat jadi cleaner aje kot? Hah! Kalo gitu, esok tak ingin aku nak pegi lagi.(eleh, cakap aje lebih). Boleh blah!
Lepas masak maggi, aku pong dok depan TV sambil makan maggi plus coklat cadbury,(manalah badan tak...). Sedang aku terketawa terbahak-bahak sambil tengok citer Tom and Jerry, tetibe aje aku terdengar bunyi muzik yang kuat dari arah rumah minah chinese tu. Aku pong ape lagi, alang-alang hati tengah panas, baik aku jalankan operasi sulit. Rupenye, Ces! Minyak tanah dah abis pulak. Maka, aku pong menggunakan kuah maggi tomyam lalu menghendap-hendap dulu sebelum mula mencangkung-cangkung untuk menuang kuah yang memang lazat berkrim disukai ramai tu. Perkh! Dulu kasut lain, malam ni guna kasut kulit seh! Ape lagi, aku pong tuang kuah tu dalam setiap kasut. Tapi, yang kasut kulit ni, bau dia masyaAllah, boleh pengsan lo...
Tengah aku dok tercangkung-cangkung sambil terasa cam ade tanduk kat kepala,(perangai cam s*t*n), terdengar pulak bunyi tapak kaki diorang. Alamak! Diorang dah nak kuarlah. Ape lagi, aku pong terus masuk dengan tergesa-gesa. Masuk aje rumah, aku terus melekapkan telinga kat pintu. Nak dengor juga komen mangsa-mangsa perbuatan keji. heh! heh! Tapi, ape yang aku dengor..
-"Apa ni, gua terpakse beli kasut baru setiap kali lepas pegi rumah lu. Lu nak sabotaj gua ke hah?"
Oh! Rupenya, member dia ni lelaki melayu. Hmm... lantak kaulah!
-"Haiya. I mana tau lo. Bile ada orang datang rumah I, ada aje benda yang jadi. Kasut I hah, itu hali ada susu dalam. I pun tak tau kenapa dia olang benci sama I."
Bodoh betol. kalau kau tak bukak radio cam nak pecah gegendang telinga aku, takdelah aku benci kat kau. Apesal citer pasal susu aje, padahal, dah macam-macam benda aku taruk. Pisang busuk, kulit ayam mentah, even minyak goreng ikan pun aku penah curah dalam kasut diorang.(Jahat rupenya aku ni, korang jangan ikot lak). tapi, yang lawoknye, aku terdengar minah chinese tu cube pujuk member-member dia.
-"Ala.... you hantar dobi lah, nanti I bayar."...Tapi, member dia jawab,,, -"Bodoh. Dobi mana yang nak cuci kasut."... pastu terus dah tak dengar bunyi ape-ape lagi. Kesian gak aku tengok minah tu, tapi aku lagi kesiankan gegendang telinga aku nih.
Malam tu jugak, aku terfikir sesuatu. Kalau macam nilah gayenya, baik aku pindah aje. Apartment yang ayah aku belikan tu agak besar, kononnye aku nak pindah situ lepas aku kawin nanti,(entah bile agaknye). Tapi, bile dipikir balik, aku nih member lelaki pong takde, jadi kalo aku tak kawin sampai ke tua, apartment ni nak jadi ape? Gua musang?
Fine, aku pong mule kemas-kemas untuk bawak ape yang patot. Aku tak penah pegi lagi apartment tu, rasenye mesti dah complete dengan perabot. Maklumlah, ayah ngan mak aku kan sayangkan aku... Takkan bagi kosong-kosong aje. And, bole kate, aku ni memang suke buat keputusan tergesa-gesa. Tak sampai sesaat pun aku bole pilih nak kawin ngan siape,(ye ye kelape ajek). Yang terpikir kat kepala otak aku skang nih, cume baju, komputer, TV ngan maggi aje. Yang lain tinggal ajelah. Aku bukan tak mampu beli.(ps:jgn jadi belagak cam aku!).
And, malam tu jugak aku serahkan balik rumah tu pade pakcik yang bagi sewa kat aku. Aku dah deal dengan dia, barang-barang dalam rumah tu seme aku bagi dia. Biorlah, entah berape sen sangat harge dia,(memang meninggi diri). Lalu, aku pong terus mintak tolong kat sepupu aku yang ade van. Punyelah susah nak cari apartment tu,(padahal dekat-dekat situ jugak). Tapi, oleh kerana malam punye pasal, apartment yang ade depan mate pong aku tak perasan. Sampai disindir ngan sepupu aku yang sememangnye jeles tu. Sukati akulah. Aku mintak tolong dia bukannye free. Aku bayar upah lagi.
Bile sampai aje kat apartment tu, terkezut I. Memang apartment mewah. Bukan calang-calang orang yang dudok situ. Wah! Aku pong rase happy giler, bukan sebab dikelilingi orang kaye, tapi sebab aku confirm, orang kaye mane campur hal orang lain. Aku ni pong anti sosial, memang ngam-ngam soi lah tu.
"Hah!"... sesampai aje kat sane, aku memang terperanjat. Memang terperanjat berok. Apasal.... Cis!
ps: Thanks kpd sesiape yg minat kat hasil karya saye yg tak seberape nih. Bukan ape, saje nak kongsi citer ngan korang, kalo yang tak minat tu, sorrylah yek. Yg selalu masuk blog nih, bagilah komen sket. Nak tau gak ape komen korang dgn idea merepek saye ni. For me, "Merepek Nombor Satu!"
Posted at 12/22/2006 7:31:40 pm by lovely_nouraz
Permalink
Thursday, December 21, 2006
Dengan muke yang bengang-bengang tu, aku turunlah sekali lagi. Korang tau tak, aku sampai aje kat lobi, kebetulan ade dua orang mat despatch agaknye, tengok kat aku, lalu diorang cakap...
-"Hah! Kan aku dah cakap. Hari ni aje dah 5 kali. Nunggukan sampai ke petang, mungkin 50 kali dia turun naik lif. Jakon agaknye."... sambil ketawa terbahak-bahak.
Hoi! Boleh jalanlah kau. Aku tak nyusahkan hidup kau pong dah kire baik. Rupenya, hal aku turun naik lif dah jadik berite hangat kat office. Bile aku turun, mesti ade orang yang jerit, 'sepuloh', kekadang sampai 'tujoh puloh' pong ade. Ini seme si mamat bos tu punye pasal. Ndak sangat kenakan aku yer? Jaga kau!
Then, lepas aje aku bagi pepsi dua tin kat bos, aku terus ajerk cakap kat dia...
"Hmm... luper nak bagitau. Tadi tayor keta bos tinggal tige aje. malaun mane ntah yang rembat."...selamba dek ajelah aku cakap. Kononnye nak buat die panik, tapi sebaliknye...
-"Tayor kereta saya memang selalu kena curik. Nasib baik office kite dekat dengan kedai tayor."
Cis! Macam tau-tau aje aku kelentong dia...
"Baguslah camtu. Suke sangat nak menyedekahkan tayor kat pencurik. Duit gaji tetiap bulan abis buat beli tayor aje. Saje nak mengayakan penjual tayor."
Aku sindir dia bertubi-tubi. Pastuh, jeng-jeng-jeng! Muke dia cuak seh. Dia ingat betol-betol tayor dia kena rembat. Kelam-kabut dia ambik kunci pada aku, pastu terhegeh-hegeh turun bawah. Yang herannye, tak nampak pulak muke toya aku yang tengah senyum-senyum kambing nih. Hah! Lantak kaulah. Biar dia rase...Heh! heh! heh!
Mase dia takde, aku masukla bilik dia. Perkh! Aku baru kemas semalam. Hari ni, bukan setakat tin pepsi aje, siap ade chewing gum melekat kat bawah meja lagi. Tak senonoh betol. Pengotor! Sudahla, tak ingin aku kemas lagi. Bile difikirkan balik, takut gak keje sorang-sorang ni. Bayangkan office sebesor-besor tidak, cume dua orang aje pekerjenya. Dia sedap-sedapla dok dalam bilik, aku juga yang keje sensorang kat luar. Tak aci betol!
Tengah aku duduk kat kerusi besor dia,(feeling-feeling nak jadi bos), tetiiba aje telefon berbunyi. Terkezut I, siap termelatah lagi. Nasib baik takdak orang. lantas, aku pong jawab panggilan yang sememangnye menyusahkan aku sebab aku baru aje perasan nak jadik bos.
"Helo. Ndak ape ni hah?"... Alamak! Abis aku. Selalunye, bile aku tengah 'hot' kat rumah, camtulah care aku jawab panggilan orang. Tapi... ini kat office!
"Ho! Ho! Maap yek. Ingatkan penjual gas tadi. Nak cakap dengan bos ke? Apa? Tak nak? Abis tu? Suroh bos datang sana? Okey. Jap lagi bile bos saye datang, saye suroh dia call Encik dulu yea."
-"Awak ni secretary dia ke?"... alamak! Ape aku nak jawab ni? Aku pong tak tau ape jawatan aku kat sini...
"Tak. Saye cume orang gaji aje. Heh! Heh!", lalu terus letak telefon. Ha'ah yea. sedangkan name bos aku pong aku tak tau, apa lagi nak ambik tau pasal jawatan aku. Yer tak yer jugak, gaji aku berape ek? Aku keje sini pong bukannye ade interview ker, isi borang ker. Tup-tup datang, terus dia desak aku suroh buat keje. Tak tau malu punye bos!
Aku tengah membayangkan yang skang ni, bos aku tengah mengendap-ngendap tayor keta dia. yang mane satu ilang agaknye. Pastu, bile dia perasan yang tayor dia semuanye complete, dia terus 'hot' and nak cari idea untuk kenakan aku balik. Sambil-sambil tu, dia sempat fikir, ape yang dia nak marah aku kali ni. Dalam mase yang sama, dia terhegeh-hegeh nak naik lif, tersangkut pulak bajunye yang serabai tu kat pintu lif. Kebetulan, ade awek cun, malu giler rasanye. Lepas tu...
-"Oh! Tayor keta ilang... Apa? Saya mengayakan penjual tayor? Pandai pulak pencurik tu pulang balik tayor keta saya yea?"
Alamak! Dia ade kat blakang pulak. Kebetulan aku tengah dok kat kerusi dia yang empuk tu.
"Iyelah. Tayor dahla buruk. Takde bunga pulak tu. Siapalah yang bodoh sangat nak curik tayor camtu. Rasenya, memula tu dia feeling-feeling nak curi jugak, tapi bile ngenangkan perbuatan dia tu cume sia-sia, jadi dia pulangkan semula tayor yang entah berape sen tu."... loye buruk aku dengan dia. Walaupong aku tengah cuak, tapi idea datang bertimpa-timpe menyebabkan aku terpaksa berbohong sunat dan terus menambahkan dosa-dosa kecik.
"Bos tak marah, kan?"... aku sengaje cakap dengan suara manje. Dia plak tengah cekak pinggang dengan muke cam orang order piza tapi dapat roti prata.
"Iyelah. Saye ngaku. Saye sengaje kenakan Encik sebab Encik yang kenakan saye dulu. Lagipon, orang-orang kat bawah seme ngata saye. Tak baik tau. baru dua hari keje kat sini name saye dah famous. Famous sebab terlalu jakun macam orang tak pernah jumpe lip."
-"Siapa suroh awak jakun? Kenapa nak guna lif?" "Tanye konon. Encik yang suroh saye turun naik turun naik. Reti?" -"Dah! Lain kali guna tangga."
Ah! Sukati kaulah. Aku pong tak heran. Dalam dua hari ni, kejenye tak seberape, gaduh aje lebih. Aku ni pon macam anti betol bile terserempak ngan dia. Cam nak toreh aje telingenya tu. Waktu rehat pun dah nak abis. Lalu aku pong mengeluarkan sekampit maggi perisa tom yam dan terus masak air panas guna kettle. Jimat ape guna cara tu. Kalo nak makan luar, habis duit aku lime hinggit. Tapi, maggi sekampit baru lapan posen aje.
-"Makan ape tu? Cam sedap aje bau dia."
Pastu dia terus rampas maggi aku dan bawak kat bilik dia. Kureng asem betol. Ndak aje aku curah dengan air panas. Punyelah penat aku nunggu air tu masak,(padahal 2 minit aje), sesenang aje dia rembat maggi aku. Dahla tu satu-satunye maggi yang aku bawak. Hai... rasenya, aku terpaksa tahan lapar sampai petang nanti. Hampes!
Posted at 12/21/2006 7:15:32 pm by lovely_nouraz
Permalink
Wednesday, December 20, 2006
Hampes betul. Sudahla mamat bos tak suke aku, sekarang bos yang satu lagi ni pong tak suke aku. Baguslah. Agaknye, aku ni memang jenis tak disukai orang. Tapi, apsal dia bawak anak dia pegi office ni? Hmm... sukatilah!
Cari punye cari, terjumpelah keta Kenari buruk , ntah zaman bile punye agaknye. Berlumpur-lumpur, tak pernah basuh agaknye. Memang dasar pemalas. Tapi, bos pong kedekut nak beli keta ke? Aku ni pakkal takde lesen, kalau tak, ndak juga aku beli keta mahal,(kalo kayelah). Kalau tak berape kaye, keta murah pun okey, asal jaga dengan baik. Lepas dah carik barang-barang yang dia suruh tu, aku pong terus balik office semula. Mase kat lif, terserempak lagi dengan bos sombong ngan anak dia yang namanye cam pelakon cerita Heart tu. Tapi, memang cutelah anak dia. dah besar sure cantik punye. Tak macam aku, dahlah kuno, rupe pong tak seberapa.
Aku sebenornya memang tak perasan langsung sebab mase tu aku tengah menilik buku nota bos aku. Dah tua bangka pon guna buku nota yang ade gambor kartun. Perasan mudelah tu. Siap pegang payung lagi. Tup-tup, budak Acha tu yang tarik-tarik baju aku. Perkh! Terkejut beruk aku. Bukan sebab terjumpe dengan budak tu, tapi sebab terserempak dengan ayah dia. Habislah aku kali ni. Bukan ke ayah dia memang marah betul kat aku. Bile nampak muke aku aje, terus muka masam. Jadi, oleh kerana kiteorang bertiga aje dalam lif, maka aku beralah. Baru kat tingkat tiga, aku terus tekan butang lif,(nak turunlah konon), tapi tetiba aje dia kate...
-"Bukan ke awak nak pegi tingkat 17?"... Aku mengangguk dan langsung tak tengok muke masam dia tu. Tapi rasenye, cam nak terjun keluar aje. Walaupon begitu, dia tak bagi aku keluar, ditutupnya pintu lif sampai aku tak terkata apa.
Aku diam cam patung sampailah dia turun kat tingkat 9. Tapi, sebelum tu, budak tu sempat juga tarik tangan aku, aku tunduklah. Lepas tu dia terus cium pipi aku. Dah... ayah dia tengok semacam aje. Lagi bengang aku. Tak cukup tu, sebelum pintu tertutup, sanggup budak tu tunggu depan pintu lif sambil menghadiahkan aku flying kiss. Ape ke halnye budak ni? Tak tau agaknye ayah dia tengah 'hot' dengan aku. Confirm, lepas ni kalo aku terserempak dengan diorang lagi, aku sanggup sembunyi kat mane-mane...
Yang lebih menyakitkan hati, bile aku bagi aje buku nota dengan payung kuning tu kat bos, dengan muka tak bersalah, dia terus kata...
-"Eh! Lupa pulak nak kirim awak dua tin pepsi."
Warkhh! Nampaknye dia nak suroh aku turun lagilah tu. Kureng asem tol. Rasenya, kehidupan aku kat sini banyak turun naik lif aje. Lame-lame, lif pun dah bosan tengok muke aku. Siapa tau?
Posted at 12/20/2006 9:23:09 pm by lovely_nouraz
Permalink
Dulu, kehidupan aku memang happy. Setiap hari, Wana tunggu depan rumah, baby aku, Acha main buai kat laman rumah. Best betol. Kehidupan aku memang perfect. Makan, pakai, tempat tinggal memang lebih dari cukup. Malah, aku mampu belikan kereta Mercedes sport untuk isteri aku, walaupun dia menolaknya.
Kini, kehidupan dah makin berubah semenjak aku kehilangan Wana. Wana dah pergi untuk selama-lamanya. Tinggallah aku, dengan Acha yang semakin membesar dari sehari ke sehari. Setiap hari, Acha asyik tanya pasal mamanya. Memula, bolehlah aku tipu, kononnya mama balik kampunglah, pergi kedailah... tapi sampai bila. Satu hari nanti, dia akan tau juga. Dan, semenjak itu juga, aku dah tak mampu lagi untuk tersenyum...
Semalam, baby sitter Acha dah surrender. Tak mau lagi jaga Acha sebab Acha ni memang nakal. Iyelah, di potongnye orang tu punye wayar telefon. Dituangnye air pada komputer, yang tak tahan tu, mase baby sitter dia tengah tidur siang, sempat pulak dia ambik gunting lalu dipotongnye rambut orang tu. Hai... bile ditanye, pandai pulak menjawabnye. Katanye dia nak jadi tukang gunting rambut. Alahai...
But first, nama aku Norman, 36. Aku kerja sebagai Ketua Pengurus kat syarikat ni. Dan mungkin, kerana aku ada rupa, mungkin juga kaya dan berpangkat, maka semua perempuan cuba-cuba nak rebut hati aku. Ada yang bagi makananlah, ade yang buat-buat manja, yang terbaru, sengaja minta tandatangan untuk tarik perhatian aku. Huh! Ingat aku layan sangat. Jangan haraplah!
Hari ni, aku terpaksa ambik Acha balik dari tadika dan bawak datang office waktu tengahari. malang betol. Acha tu pun bukannya calang-calang budak. Mau satu office dia mengecah. And, ketika sampai kat tempat parking, Acha dah mula nangis-nangis, katenya nak main kat taman. Manalah aku ada masa nak pegi taman. Lepas ni pun kena bawa dia lunch dulu. Tapi, dia tak dengar cakap aku, lalu berlari ke sana-sini...
"Ish, mane peginye baby aku ni?"
Tengah aku dok kunci pintu, alamak! Hilang pulak baby aku. Mana dia lari? Panik giler. Manelah tau kot-kot dilanggar orang. Kat tempat parking ni ade juga orang yang drive laju. Tengok sana tengok sini, ternampak pulak kelibat baby aku tengah tercegat kat depan seorang gadis, dan gadis tu sedang mencangkung sambil mendepakan tangan, macam memujuk. Dan, bile dilihat dari dekat... Itulah gadis tadi!
-"hai dik, siapa nama?"...Acha cuma diam. -"Mama mane?"...
Cis! Kurang ajar betul. Sebelum ni, takde siapa-siapa pun yang berani tanya pasal mama dia depan aku. Lalu, aku pun terus mendapatkan Acha dan memarahi gadis tu.
"Awak ni kenapa? Selama ni, takde seorang pun yang berani tanya Acha pasal mama dia. Dari tadi asyik nak ganggu hidup orang aja."
-"Mane saye tau."... Amboi, senangnye cakap dengan muke selamba.
"Mulai hari ni, saya tak nak tengok muke awak lagi. Jangan ganggu anak saya lagi dan jangan pedulikan dia. Kalau tak, siap awak saya kerjakan."... kirenya memang marah gila ni... Tapi, tetibe pulak Acha panggil dia...
-"Kak, siapa nama akak?"... Acha jerit sambil tanya kat gadis tu.
Gadis tu dah nampak macam serba salah. Nak bercakap pun salah, tak cakap, kesian pulak pada Acha. Lalu, dia melambai tangan pada Acha, (panggillah tu) lalu membisikkan sesuatu, dan terus berlalu pergi...
Posted at 12/20/2006 8:27:40 pm by lovely_nouraz
Permalink
Terok betul orang tua ni. Dahlah tak bagi aku berenti, pastu dera aku pulak. Ada ke suroh mintak sain semua orang kat dalam office ni. Sampai ke malam pong gerenti tak habis. Eleh, dia sengaja nak mengenakan aku. Iyelah, best juga kalau mengenakan orang ni. Especially yang kuat melawan cam aku.
Memula tu, aku pegilah kat ground floor, not badlah orang-orangnye, tak sombong pong. Tapi, ade plak yang bagi syarat, kalo aku nak sain dia, aku kena bagi nombor phone aku dulu. Aku pong ape lagi, bagi ajeklah,(sambil ketawa dalam hati), Itu nombor dah expired 2 tahun lepas. Lantak engkaulah. Siape suroh menggatal?
Setakat ni, aku dah dapat 399 sain daripada orang ntah ape-ape ntah. Bukan aku kenal pong. Tapi, lebih dari 300 daripadenya adelah lelaki dan diorang cube-cube nak ngorat aku. Boleh jalanlah! Yang seksanya, nak jumpe bos-bos diorang. Ade yang muke garang, tapi gatal merenyam pulak. Yang muke baik, rupenya garang bukan main. Tup-tup, mase kat tingkat 9, aku jumpelah bos bahagian pengeluaran. Macam aku kenal, tapi dalam mimpi kot?(heh! heh!). Masuk-masuk aje bilik dia...
"Sorry Encik, bos saye yang tingkat 17 tu suroh mintak sain kat semua orang dalam bangunan ni, termasuk makcik cleaner ngan pak guard. Jadi... saye ndak..."
Belompun habis aku cakap...
-"Sorry saya takde masa nak layan kerenah awak."
Cis! Dalam ramai-ramai bos yang aku jumpe, dialah yang paling biadap sekali. sanggup halau aku camtu ajerk. Malu tol muke aku. Rasenye setebal 17 inci. Ini semua mamat bos tu punye pasal. Nak kena nih!
Lalu, dengan perasaan yang tengah hot, panas meletop-letop tu, aku terus aje naik semula kat tingkat 17. Tak kire, aku mesti marah orang tua tu. Naik aje kat office tu, terus aje aku ternampak kelibat dia tengah nyanyi lagu Dealova. Perkh! Suara dahla garau, nyanyi sengau-sengau plak tu. Ape lagi, ketawa terbahak-bahak aku dari jauh. Aku ingat dia tak dengar, rupenya...
-"Apesal awak mengendap saya? Tak malu ke intai anak bujang orang?"... dia cakap dengan muke kemerah-merahan, malulah tu!
"Huh! Suara kalo sedap, ndak juga saye ngendap sape yang nyanyi tu. Lagipun... dah tua-tua pun still kire anak bujang ke? Tak sedor diri tol!"
-"Oh! Awak ngata saye yea? Kalau gitu, pegi cuci toilet, sekarang."
Eleh, nak pakse-pakse aku pulak. Ingat aku takutlah tu. Nampaknye, dia dah mule lupa pasal tandatangan yang dia suroh aku mintak tu. Nasib kaulah!
"Oh... Cuci toilet? Fine, sekarang juga saye balik. Hah! Saye balik ni... balik karang... Saye kuar sekarang jugak..."... ugutlah konon. Tapi, dia tak makan ugutan aku, malah dia kate, kalau aku tak buat, dia akan kurung aku dalam office sampai esok pagi. Tapi, ingat aku takut ke? Piirahhh!
At last, sebagai perjanjian, dia nak aku pegi tempat parking, carik kereta dia, pastu carik buku nota dia kat sit blakang. And then, bukak tempat letak barang, ambik payung dia yang warne kuning. Cis! Merepek betol orang tue nih. Nyusahkan hidup aku betol. Sudah tu, cume bagi nombor plat aje plak tu. Langsung takde klu lain. Sekurang-kurangnye, bagilah warne keta ke, jenis ape, keta baru atau dah burok ke... Tak masuk dek akal langsung. Ade hati pulak suruh aku carik barang-barang tu dalam mase 10 minit. Sambil dok terhegeh-hegeh nak cari keta dia, dah buang mase stengah jam. Nyampes!
Sambil aku terngendap-ngendap nombor plat keta orang, aku ternampaklah seseorang yang memang familiar... Siapa yek?
Posted at 12/20/2006 7:44:34 pm by lovely_nouraz
Permalink
Tuesday, December 19, 2006
Esoknya, aku tak pasti sama ada hari ni minah terdesak tu akan datang lagi atau tak. Selalunya, siapa yang dah terkena tu mesti tak muncul keesokan harinya. Tapi, hari ni aku bet dengan diri sendiri, kalau dia tak datang, aku boleh rehat sepanjang hari, tapi kalau dia datang, aku akan ikut apa saja arahan dia, walaupun dia suroh cuci toilet perempuan!
Dalam ramai-ramai pekerja aku, rasanye dia paling muda. Entah berapa agaknya umur minah tu. Sedangkan nama dia pun aku malas nak tanye, apa lagi nak ambik tau pasal umur. Tapi, semenjak office aku dah kucar-kacir ni, dialah pekerja yang ke-17 dan aku rasa, mungkin dia takkan datang lagi. Datang... tak datang... datang kot? Ish! Kalau dia datang, terpaksa pulak aku kena ikut arahan dia. Ceh!
Wah! Diam tak terkata aku bila tengok office yang macam gua tu boleh jadi macam bilik hotel. Wah! Satu habuk pun tak tinggal. Respeklah. Ek, sanggup pulak dia buat ikut arahan aku. Pekerja aku sebelum ni, semuanya lari bila aku suruh buat macam-macam. Actually, aku memang cerewet. Tengok gaya, minah ni macam pemalas, tapi boleh tahan jugak. Even, tin-tin pepsi yang aku lambakkan kat bawah meja pun habis dikutipnya.
Tengah aku berteka-teki pasal dia...(datang ke tidak), tup-tup muncul pulak kelibatnye kat belakang aku sambil bawak dua botol air mineral. Aik? Mana pepsi aku? Cis! Dia datang pulak. Tak pasal-pasal aku kena cuci toilet. Tapi, she's fine. Not bad. Boleh jadi member walaupun dia kuat membebel.
"Apa pasal datang lambat ni? Mana pepsi saya? Kenapa bawak mineral aje? Itu, paip dah betulkan?"
-"Encik, saya datang lambat sebab badan saye sakit, pinggang macam nak patah. Tangan dah naik lenguh, mata pulak sembab sebab tak cukup tidur. Sebenornye, saye tak hingin nak datang hari ni, tapi bile teringatkan Encik yang asyik suka minum pepsi, maka saye datang juge. Rasenya, Encik nak kena 'skolah' ni."
Amboi mak garangnye. Cakap siap mencekak pinggang lagi. Tapi, aku caya juga sebab dia nampak letih sangat. tak baik aku paksa dia kerje semalam. Tapi, betul ke dia nak berhenti? And, apasal dia nak 'skolah'kan aku pulak? Ehem...'skolah' tu ape yek?
-"Dengar sini saye kate, mulai hari ni, jangan minum air gas lagi. Perut dah buncit pun tak sedar diri. Lagi pulak, tak reti-reti nak mengemas office agaknye. Ingat best sangatlah tu kerja dalam gua habuk? Dasar pemalas. Asyik nak duduk aje. Camnelah pekerja nak suka, pengotor betol."
Teruk aku kena membebel ngan dia. Boleh tahan minah ni punye mulut. Cakap bukan main bersemangat lagi. Sampai panas telinga aku dibuatnya. Rasenya, inilah pekerja pertama yang begitu ekstrim dan berani marah aku depan-depan.
"Kalau saye tak nak ikut cakap awak, macam mana?"
-"Sukatilah. Saye tak rugi ape-ape. Ini saye datang pun sebab ayah saye yang suroh. Dia kate, kalau saye tak datang, dia tak nak bagi duit untuk bulan depan."
"Oh! Rupenya selama ni tak kerja. Tak malu, harapkan duit mak bapak aje."
-"Hello. Excuse me. Saye pun usaha sendiri tau. Saye ni penulis skrip. Kalau saye nak jadi kaya, bile-bile mase pun boleh. Masalahnya..."
Huh! Muke dia terus berubah. Kenapa pulak? Mesti ada something wrong ni...
-"Karya saya tak laku... Lagi pulak, filem pertama pun tak laku... Camnelah nak cari duit sendiri. Hai...."
Dia mengeluh panjang sambil ngurut kepala. Pening agaknya pikir pasal problem dia. Kesian pulak aku tengok.
"Apa nama filem awak tu?"
-"Suka-suka Hati Kau Aje Nak Buat Ape."
"Ape berkau-aku dengan saye ni? Saye tanye betul-betul, jangan main-main pulak."
-"Saya tak main-main tau. itulah tajuk filem saya."
Aku pun tanpa rasa simpati terus aje ketawa berdekah-dekah sambil pegang perut aku yang boroi tu. Mana taknye, tajuk aje dah fail, camne nak tarik perhatian orang. Tak menarik langsung. Mesti jalan ceritanye merepek.
-"Ha'ah! Ketawalah puas-puas. Yelah, saye memang takde bakat, tapi berangan nak jadik penulis. Baguslah, lepas ni lebih baik saye dok rumah, habiskan duit mak bapak aje. Tak payahlah saye usaha susah-payah nak menulis lagi. Buang mase ajerk! Sudahlah, saye nak balik."
"Hey, awakkan kerja sini?"
-"Saye dah berhenti!"
Alamak, camne nih? Takkan merajuk pulak? Aku bukannye master dalam pujuk memujuk ni. Tapi, sempat jugalah nak menghalang dia pergi.
"Fine, awak boleh berhenti dengan syarat, pergi jumpa setiap orang dalam bangunan ni dan mintak sain mereka, now!"
-"What???"
Hmm... Saja bagi syarat macam tu. Dalam bangunan setinggi 20 tingkat ni, dengan pekerja hampir beberapa ribu, takkan cukup masa satu hari, yer tak?
"Remember, jangan tinggal walau seorang sekalipun."
Nampak pulak dia tergaru-garu kepala sambil carik pen dengan kertas. Yang aku respek tu, dia sanggup terima cabaran aku, walaupun susah atau merepek. Dengan muke dia yang masam mencuka tu, sempat juga dia jeling tajam kat aku. Marahlah tu. Tapi, sebelum tu...
"Semalam pukul berapa awak balik? Waktu rehat makan kat mane?"
-"Eleh, dah mengenakan orang, nak buat-buat baik pulak. Ehem... semalam lupe nak makan, cuma sarapan pagi aje. Malam makan coklat. Sibuk sangat buat keje sampai lupe nak makan. Dah tu, balik pulak pukul sebelas setengah, nasib baik tak jadi apa-apa. Mane ade anak dara balik keje malam-malam buta camtu."
"Apasal balik lambat? Apasal tak makan? Memang nak kena budak ni."
-"Huh! Suke-suke hati sayelah nak buat ape!"
Dan, terus blah dengan membawak beberapa keping kertas A4 serta sebatang pen. Entah betol entah tak. Kot-kot dia nak lari dari office tak? Ces! Lupe lagi nak tanye nama!!!
Posted at 12/19/2006 8:13:39 pm by lovely_nouraz
Permalink
Aduss! Penat giler, cam nak patah pinggang aku. Ini semua pasal rajin sangat nak ngemas office orang petang tadi. Eleh, nak cabar aku konon. Piirahhh! Ingat aku tak mampu buat ker? Walaupong aku pemalas, tapi ape yang dia suroh semua aku settlekan. Bukan ape, itula yang orang kate, beri hati!
Confirm lepas ni aku tak hingin kerja luar lagi. Tetiap hari nak pakai baju cantik-cantiklah, nak kena mekaplah, buang mase aje. Oleh itu, aku decide, 'aku akan terus jadi penulis!'. Bak kate orang Indon, 'asyik bangat!'. Sudahlah boleh buat keje bile-bile mase, sambil buat boleh makan, baring-baring, tidor... Lagipun, aku bukannye campur orang sangat. Tapi, tak tau plak camne aku boleh melayan kerenah mamat bos @ apekebende ntah namenyer tu. Kalau diikutkan, aku ndak aje marah dia, tengking pastu tarik rambut, gunting telinga...Aik! Lebih-lebih lak. Tapi, jatuhlah imej aku sebagai gadis ayu.(perasan tol!). Setakat marah-marah gitu jerk, lagipun esok bukannye aku datang lagi. Sorry!!!
Mamat bos tu pong tak patut tau, ade ke suroh aku buat kerje-keje cam tu. Rumah aku sendiri tonggang-langgang. Tadi, punyelah penat aku ngangkot air, pastu siap mop lantai lagi. Huh! Lantai rumah sendiri pong tak penah mop! Aku siap panjat-panjat meja lagi, nak ngelap kipas punye pasal. Nasib baik takde lelaki-lelaki mane ntah yang nampak, kalo tak jatuh saham aku! Lap punye lap, tak tau lak dah pukol 11 stengah malam. Alamak! Aku selalu tengok citer omputih, selalunye kat office mesti ade antu. Eii... seram beb!
Okey, fine, skang nih aku nak pikir idea untuk skrip aku. Ape yea? Pikir-pikir, perkh! Buang mase jerk. Daripade aku teros dok depan komputer sambil makan coklat, baik aku buat something. Kalo tak, malam ni aje sure berat badan aku naik lime kilo. Hmm... tapi best juga ngemas kat office tadi. Bile tengok-tengok balik, masya Allah, teruknye rumah aku. Ruangtamu langsung tak berkemas, bilik pulak bersepah-sepah dengan plastik coklat, siap semut buat sarang lagi. Nasib baik aku rajin basuh baju, (itu pong guna mesin basuh otomatik).
Dan, walaupun pinggang lagi setengah inci aje nak patah, aku kemas juga malam tu. Aik! Seronok rupenya kemas rumah ni, tapi aku sure, esok lusa berkecah semula. Tak caye, tengoklah!
Posted at 12/19/2006 5:48:43 pm by lovely_nouraz
Permalink
|