lovely_nourazSeptember 7th 1985 (Age 24) Female Johor Bahru
 MySpace
nickNORA, AZZY, JIEYA, G, E, YAN, KAY, A.K, ATOM, TOMN, ETC...freetimeBERANGAN, MENULIS, MELUKIS, TENGOK MOVIE, REKA FESYEN, MUZIK... birthday7SEPTEMBER1985... homeLARKIN JAYA, JB... i likeSKY JUICE, LEMONADE, GINGER BEER... really likeKOREAN MOVIES, CHINESE MOVIES, ACTION MOVIES, LOVE STORY,ETC... sometimesTHINK ABOUT SOMEONE... somebodyWHO SUDDENLY COMES IN MY LIFE WITHOUT EXPECTED!... somedayWANNA BE HAPPY... somethingNOT IMPOSIBBLE... hateSTRESS, CHECK-UP, SOMETHING STUPID, SOMEBODY OUT THERE!...etc
Online Degree
Blog ni sedang dalam perancangan untuk dijadikan website. Dalam sebulan dua lagi kot? Senang korang nak bace. Lagipon, ramai gak yang masuk, so berbaloilah kalau bersusah-payah siket. Teruslah bagi support pada I. Bukan rugi pon.
| N | Nerdy | | O | Organic | | R | Rounded | | A | Amazing | | Z | Zippy | | I | Irresistible | | A | Amazing | | H | Huge | Name Acronym GeneratorFrom Go-Quiz.com
|
 |
Friday, January 12, 2007
Aku mula sedap untuk mengenakan orang. Bile aku balik, aku terus call mamat tadi. Bukan nak ngorat eh, sorry sikit. Tapi, aku saje nak cungkil rahsia...
"Hai, awak tengah buat ape tuh? Teringat kat Snow White ke?" -"Tak ah. Buat apa. Yelah, saya takkan terjumpa dengan dia lagi. Tak mungkin." Suaranya macam siket putus asa. Ces! Hampes betol. Padahal, dia betol tengah dok bercakap dengan Snow White idaman dia skang nih.
"Tak cube tak tau. Pernah ke awak terbayang yang satu hari nanti, awak terjumpe dia semula?" -"Mungkin!" "Pernah tak awak fikir yang dia ni sebenarnya jodoh awak?" -"Mungkin." "Pernah ke awak fikir yang dia ni bakal jadi ibu kepada bakal anak-anak awak?"
Dia terdiam. Maybe tengah pikirlah tu. Tapi, kekadang bile pikir-pikir balik, tak baik langsung aku main-mainkan dia sampai macam tu sekali. Melampau! Tapi, seronok gak.
-"Sudahla. Jangan kacau saya lagi. Saya nak bukak internet jap." "Eh! Awak bukak internet buat ape hah?" -"Yang awak sibuk apasal? Saye suka chattinglah." "Oh! Ingatkan suke tengok...." -"Oi! Jangan nak tuduh bukan-bukan eh. Saya bukan jenis macam tu tau." "Alah, kalau dah nama lelaki, bukan boleh caye." -"Hek'elleh. Sebab tulah ramai nak cari gaduh dengan awak. Perangai macam ni rupenya." "Iyer ke? perangai saye teruk sangat ke? Oh! Sebab tulah orang tak suke saya. saya selalu sorang-sorang aje. Takpelah kalau gitu. Maaflah kalau saye dah menyusahkan hidup awak. Sorry yea. Saye janji, saye tak akan ganggu awak lagi. And, saye doakan awak akan jumpa apa yang awak nak."
Aku buat-buat suara sedih lalu terus letak telefon. Biar dia rase. Aku sememangnya tak sedih langsung. Malah aku happy bile aku dah kacau hidup orang... Hmm, takpelah. Aku bet, dia gerenti call aku balik. Tak esok, lusa.
'ding, dong'...
Tetibe aje loceng rumah aku berbunyi. tak lain, ini mesti akak. Memang nak kena cekik tau akak aku yang sorang nih, sanggup dia beri nombor phone aku pada mamat tua bangka tu. Kebetulan, handset aku pulak bunyi, so aku tengoklah nombor id. Keh! Keh! Keh! Mamat tadi. Kan aku sudah bilang?(slang Indon)...
Aku bukak aje pintu, aku terus membebel... "Sape suroh akak bagi nombor phone pada mamat tua tu?"
Tapi, rupenya... Alamak!
-"Saya ke mamat tua tu? Tapi, saya tak dapat pon nombor phone awak?" "Oho! Ho! Ex-bos tingkat 9. Buat pe kat sini?"-bengang gile.Tapi aku bukan kate dia -"Acha nak jumpe awak." - aku cume senyum sumbing bile Acha terus peluk aku. -"Awak jaga Acha kejap, saya nak jumpa mamat tua tu kejap." - alamak! "Eh! Encik ex-bos tingkat 9, jangan ngadu kat dia pulak." - aku cume berbisik... -"Huh! Kalau saya ngadu, apa awak nak buat?" - entahlah!
Rumah aku kosong, Acha nampaknya tak kisah. Dia cume duduk atas lantai aje. Tapi, tadi aku ade beli ais krim. Oh! Ya, memandangkan aku dah tolong akak, so akak belikan satu ice box kecik untuk aku. So, aku beli ais krim bebanyak, pastu humban dalam peti ais. Makin gemoklah badan aku nanti... And, aku cuma bagi Acha makan ais krim aje, itupon sebab rumah aku takde jus.
-"Kak, boleh tanya satu benda?" "Yea. Apa dia?" -"Kenapa Acha takde mama?" "Err... Aa, macam nilah. Acha cakapla kat papa, Acha nak mama baru. Papa mesti cari punye." -"Acha memang nak mama baru, tapi Acha tak nak orang lain. Acha nak akak." "Ehem!... Err... Tak... Tak tau akak nak cakap ape." - terbatuk-batuk aku. -"Papa teruk, papa selalu tak mandi sebelum tidur. Kadang-kadang, papa tak makan pun ada." "Acha takde orang gaji ke?" -"Dulu ada. Sekarang dah lari. Itu pasallah papa cume masakkan Acha maggi aje tiap-tiap pagi." "Acha, cakap kat papa, tak bagus makan maggi tetiap hari. Tak berkhasiat. Acha dengan papa, kenalah makan nasi, ikan, sayur..." -"Tapi, papa tak makan sayur. Papa kate sayur tak sedap."
Aha! Pecah rahsia. Rupenya mamat ni pemalas. Tak mandi malam. Tak makan sayur. Apa lagilah rahsia yang Acha nak beritahu aku yerk?
-"Malam-malam, papa selalu takde kawan. Papa selalu berangan sorang-sorang." "Acha temankan papa. Acha berbual dengan papa. Nanti papa tak boring." -"Tapi... papa pun tak pandai sterika baju sendiri. Tiap-tiap hari, papa cuma gosok baju Acha aje. Pernah sekali dua, papa gosok baju, lepas tu berlubang."
Wah! Ha! Ha! Nak tergelak aku dengar benda-benda merepek daripada budak kecik ni. Tapi, sebenarnya, aku kesian. Agaknya, macam nilah hidup orang menduda. Susah sangat, carilah pengganti.
"Macam nilah, kalau Acha free, datangla rumah akak. Nanti akak dah beli oven, kite belajar buat roti, nak tak?" -"Nak! Acha nak. Nanti hari Sabtu Acha suroh papa hantar yea?" "Boleh. Tapi, minggu ni tak boleh sebab akak nak kena beli barang rumah dulu. Ayah akak dah janji nak sponser barang-barang rumah." -"Sponser tu ape kak?" "Err....."
Tak lama lepas tu, papa dia pon datang ambik. yang tak bestnya, ex-bos aku pon dok bersidai kat luar rumah. Menyibok aje. Nak nyindir akulah tu. Mase tu pulak aku pakai pyjamas, (seksi siket), pasal tu aku malu giler ngan diorang.
"Okeylah Acha. Nanti ape-ape hal telefon akak yea. Tapi ingat, nombor ni jangan bagi orang tau. Rahsia." -"Papa pun tak boleh tau ke?" - perkh! Tanye depan papa dia pulak tu. Tapi, memandangkan ade ex-bos aku, so aku pon jadi beranilah sikit. Nak tunjuk lagak. "Papa pun tak boleh tau." -"Okey. Jumpe lagi kak. Love you."
Amboi mak! Saperla yang mengajor budak kecik ni cakap macam tu. Mesti papa dia. Macam biase, Acha peluk dan cium pipi aku. Aku tak kisah, maybe dia rindu kat mama dia kot? Tapi, jangan anggap aku ni mama dia pulak. Then, bile diorang dah pegi, ex-bos aku tak blah lagi tu...
"Oho! Apelah tu projek ngan mamat blurr tu. Mesti ade plan nak ngenakan orang." -"Maybe! Nak tau ke?" "Kem salam banyak-banyak!"
Dan teros blah macam tu aje... sedangkan telefon bimbit aku still berbunyi...
Posted at 1/12/2007 8:43:11 pm by lovely_nouraz
Permalink
Aku seorang pelukis. Walaupon bunyinya remeh, tapi setiap lukisan aku dapat dijual dengan harga ribuan ringgit malaysia. Malah, lukisan aku yang bertajuk 'A drop of Inspiration' juga telah dibeli dengan harga 2790 pound sterling masa aku lelong kat Internet dulu. Not bad.
Walaupun aku agak loaded, tapi kehidupan aku agak simple. Dengan kereta Volkswagen buruk, aku meronda sana-sini untuk cari inspirasi. Siapa sangatla yang kenal Ahmad Danial? No one! Lukisan aku hanya dijual melalui internet, dan kebanyakannya pelanggan dari luar negara. Tapi itu tak bermakna rakyat Malaysia ni buta seni...
Baru-baru ni, aku ketandusan idea. Dah berminggu-minggu aku tak melukis. Takkan asyik duduk diam aje? Duit dalam bank pun dah makin susut. Alahai... Kebetulan, aku ternampak satu iklan 'Pen Pal' dalam magazine. Aku saja-saja aje tengok. Ternampak pula, seorang calon... nama, Eeya, 25. Hobi, berangan, melihat, mendengar. Suka menulis, benci orang buta seni. Tak pelik ke tu? Kononnya, aku nak kenal dengannya bukan kerana dia perempuan, tapi kerana ciri-cirinya yang membuatkan aku rasa hairan. Ada juga manusia jenis macam ni kat dunia ni rupanya. So, aku just simpan number dia kat dalam handset aku, tak tau pulak macam mana aku boleh terdail tengahari tadi. Buat malu betol. Jadi, untuk mengcover, aku katalah nak cakap dengan Hisham, sedangkan 'Hisham' pun aku tak kenal!
Rasanya budak ni mesti troublemaker. Bila call aje dia mesti cakap secara terdesak, takpun marah secara tibe-tibe. Takpelah. Aku cuma nak tau peribadi dia, kot-kot boleh datang inspirasi. Boleh buat duit!
Petang tadi, aku terjumpa seseorang. So cute! Aku tak tau apa sebabnya mata aku tak boleh lepas dari memandang dia. Dia bukannya cantik seperti model, ataupun macam bidadari. Dia nampak macam gadis biasa yang takde apa-apa. Tapi, entahla... Nampaknya, dialah inspirasi terbaru aku. Dan, aku gelarkan dia sebagai 'Snow White'... Fine, bila dah dapat mood, aku akan lukis wajahnya, dan pakaian ala-ala Snow White.. Tapi, aku takkan lupa akan wajahnya... suaranya... senyumannya... Dan, tin pepsinya!
Gila! Ini first time aku jadi gila macam ni sampaikan tin pepsi yang dia dah buang pon sanggup aku kutip balik. Macam pengemis! No way! Kenapa aku suka dia sedangkan aku dah ada tunang! Ina. Ina memang perfect, dialah kawan aku sejak kecil, dan tiba-tiba, lepas dia keluar U, terus aje dia ajak kami bertunang, sedangkan aku tak pernah cintakan dia! kami jauh berbeza. Aku suka seni, dia suka wang. Aku suka simple, dia suka complicated. What's wrong with us? Kenapa aku boleh setuju untuk bertunang dengan dia? Bodoh betol!
Dan kini, dalam fikiran aku... cuma... 'Puteri Salji'... Snow White!
Posted at 1/12/2007 8:08:38 pm by lovely_nouraz
Permalink
Bagus! Padan muke aku. Dah kuar dari mulut rimau, masok pulak kat mulut buaya (betol ke peribahase aku nih?). Hish! Kenapelah boleh jadi camni? Kalao boleh, aku tak nak ade ape-ape urusan lagi dengan diorang, walaupon dengan akak aku. Semua buat masalah ajek.
Memula tu, aku memang tension giler. Blah aje dari cafe tu, aku teros aje melencong ke tempat lain, iaitu taman berdekatan dengan kondominium aku. Lepas singgah 7eleven, aku teros dudok kat tepi tasik. Memang cantik giler, takde orang plak tu. Biaselah time kerje saper nak datang, yer tak? Aku pong terus landing kat satu bangku sambil minum Pepsi. Tengah aku dok kat situ, telefon aku berbunyi lagi...
-"Awak pegi mana? Nak lari dari rumah yea?" Siape plak mangkuk yang tetibe aje nak menyerang aku nih? "Ni saper nih? Tak tau malu nak ambik tau pasal anak dara orang." -"Suka hati sayelah saya ni siapa." Alamak! Ex- bos aku. Ini mesti akak yang bagi number. "Ape pasal kacau saye? Sejak bile pulak akak saye bagi rasuah? Berape hinggit dia bagi memandangkan akak saye tu memang jenis kedekut?" -"Saya call, takde kena-mengena dengan akak awak. Saya nak tanye, ada tak awak ambik pepsi saya?" "Oh! Sudahla mengintip orang, ada hati nak nuduh orang pulak." -"Habis, pepsi yang ada kat tangan awak tu?"
Alamak! Dia ade kat sini ker? Menyusahkan betol. Aku pong pandang kiri-kanan depan belakang. Terhendap sana-sini Kot-kot dia tengah mengendap aku.
-"Confirm awak tengah pandang belakang, yer tak? Amacam, dapat cari saya tak?" "Encik ex-bos, awak kalo kacau saye lagi, saye call polis!"
Lalu terus memutuskan line telefon. Piirah! Sengaja kacau aku, ingat aku ndakkan sangat 'call me bonus' tu. Tetibe, handset aku bunyik lagi.
"Oit! Nak sangat saye panggil polis? Kang, dengan awak, ex-bos tingkat 9, dengan akak saye sekali tidur lokap malam ni, tau!" -"Hai! Ada problem lagi ke?"... Gulp!
"Ho! Ho! (bengang). Awak ni mamat tadi ke?" -"Yeah! Ingat pon. Saya bet, awak mesti tengah berangan sambil minum air pepsi kat bangku depan tasik bawah pokok. Yer tak?" "Hah!" - Ish! Camne dia boleh tau ni. Tapi, maybe dia cube agak aje kot?" -"He! He! terperanjat? Sebenornya, saya tengah relaks kat taman ni. Kebetulan, kat taman ni takde orang. Saya cume nampak seorang gadis, tengah minum pepsi sambil dok kat bangku. Saya bayangkan yang gadis itu adalah awak."
"Heh! Heh! Takdelah..." - Cis! Itu betollah aku. Ape aku nak buat nih? Tapi, selagi dia belom tau itu aku, aku still selamat. Control... jangan cuak lak.
"Gadis tu... cantik ke tak?" - saje nak test. -"She's not very beautiful." - Huh! Nyesal tanye. -"But. she's cute, very simple person... someone like Snow White." "Snow White? I'm not Sno... Ops! Oh! Ye ke? Kalau dia Snow White, then who you are?" -"I'm Prince Charming." "Eii, perasan!"
Sebenornya, aku perasan dia ade tak jauh dari aku. Tapi, aku tak berani menoleh. Kot-kot dia perasan nanti, habisla aku. Iyelah, logik ke jalan cerita macam ni? Korang pon tak boleh caye, kan?...
-"But... I know, dia seolah-olah menyembunyikan sesuatu. And... she's so special." "Laa... tadi kate dia tak berape cantik. skang kate special plak?" - happy seh! -"Entah... dia ade satu tarikan. Tarikan yang menyebabkan seorang lelaki ingin terus pandang dia, dengar suara dia." -
Ish! Bahaye tol. Dia ni perogol bersiri ke? Takot aku... Tapi, sebelom pergi... aku akan pastikan emosinya terganggu, sebelom dia ganggu emosi aku!
"Okeylah, bye! Saye ade hal." Tak sempat dia cakap ape-ape, aku terus cakap bye, supaya dia putuskan line. Then, aku berpura-pura bercakap di telefon macam biasa. Kantoilah kalau aku pong simpan handset aku balik. Tapi, aku ade satu plan untuk mengenakan dia. Aku pong nak tengok juge rupe dia camne. Takkanla dia aje yang tengok aku dari tadi...
Aku nampak, dia terpaku kat tempat tadi, sambil memerhatikan gerak-geri aku. Dasar jantan gatal! Meluat aku tengok. That's why, aku akan bagi dia sedikit pengajaran. So, aku jalan melintasi dia, dan berpura-pura menjatuhkan tin pepsi aku yang dah kosong. Perkh! Dia panggil aku balik. Bila aku tengok dekat-dekat, hensem seh! Tergugat keayuan aku sebagai gadis yang tau control cun!
-"Cik... Err.... Aa... Cik punya barang... tinggal." - Dia hulurkan tin pepsi tu.
Cis! Pandai berpura-pura. Dalam telefon, bukan main rancak lagi berkata-kata, depan aku, tergagap-gagap. Muke cuak giler. Badigol betol, dah tentu kat situ ade tong sampah, buang ajelah tin tu, tak payah pulang kat aku semula. Sengal!
"Oh! Sorrylah. Terjatuh tadi." -"Mm... so, so, it's okay." - bertahun aku nak nunggu dia cakap. Jadi, untuk merancakkan plan, aku pon... Heh! heh!... "Thank you, Prince Charming." Lalu aku ambil tin tu lalu buang dalam tong sampah. Aku tak pandang belakang lagi. Yang aku tau, kemachoan dia sebagai lelaki akan tergugat dengan gangguan emosi yang aku rancang. Jangan tak tau, sepatah perkataan boleh buat seorang lelaki gagah jatuh pengsan!
So, aku akan jadikan dia bahan usikan. Tak dapat usik ex-bos, mamat ni pong jadilah! Ho! Ho! Ho! Puas ati gue!
Posted at 1/12/2007 7:06:59 pm by lovely_nouraz
Permalink
Wednesday, January 10, 2007
Aku tak tahu apa yang berlaku dalam hidup aku. Seolah-olah semuanya dah ditakdirkan. Aku ditakdirkan untuk membenci dia, tetapi dia ditakdirkan untuk menghampiri aku, walaupon pada hakikatnya, dia cuba nak mengelak daripada aku. Aku tahu, dia memang takut sebab aku pernah warning dia satu ketika dulu.
Aku dah set dalam kepala, lepas ni aku mesti jumpa dia. Mesti! Tapi, tak sangka pulak aku terjumpa Erra, kawan lama masa kat UKM dulu. Hmm... seronok juga jumpa dia. Dan, aku juga tak sangka yang dia kenal abang Rizal. Katanya abang Rizal ni kawan parent dia sejak dulu. Macam-macam kebetulan. Harapnye, takdelah lagi kebetulan yang lain yang memeranjatkan.
Tengah aku terhendap sana-sini nak cari gadis tu, ternampak pulak Acha yang datang dengan secretary aku. Hah! Sah buat hal lagi. Aku pon tau, walau semahal mana pun aku bayar, secretary aku tetap menolak. Kali ni, dia terpaksa sebab aku ugut nak potong gaji. Tapi, sampai bile aku mesti ugut macam tu? At last, aku bawak dia sekali pegi jumpa Erra. Aku tau, Erra bukan suke bebudak kecil ni. Sebab tu aku kena jaga Acha lebih sikit.
-"Actually, I baru aje balik sini. Family I semua kat Indonesia, except my sister." "Adik you yang cute tu ke?" -"Wah! You ingat lagi rupenya. Sebenarnya, I kesian juga kat dia, sorang-sorang aje. I suroh cari couple, dia tak mau. Ibu I nak tunangkan dia, dia tak suka. habis tu?"
Memula tu, aku betul tak tau siapa dia. Tapi, lebih kurang 6-7 tahun lepas, aku ada jumpe dia. Memang cute, putih giler. Aku pun hampir lupa yang dia ni pernah ada adik perempuan. Hmm... abang Rizal ni diam aje. Takde nak cakap ape-ape ke?
-"Sebenarnyakan, I nak carikan pasangan untuk adik i. Adik I budak baik, so I tak naklah dia berkenan pada mana-mana jantan yang tak berapa baik." "Kalau gitu you kenalkan adik you dengan abang Rizal. Mesti padan." -"Oit, engkau ni. Adik aku muda lagi."
-"Excuse me! Saya bukan senang-senang nak berkawan dengan perempuan. Lagilah saya menyampah dengan perempuan zaman sekarang, over acting!"
-"Belum tengok belum tau bang. Adik saya ni, yelah dia ni old fashion sikit, tapi dia cute. Dia pandai masak tau. And dia ni memang pemalu sikit, lebih-lebih lagi dengan lelaki. Tapi, bile dia dah kenal orang tu, memang panas telingalah asyik kena berleter aje."
-'Rasanya, saya pernah kenal orang yang perangainya macam tu. Dia baik tapi banyak songeh. Not bad, saya suka kawan dengan dia."
"Girlfriend ke abang Rizal?"
Namun, abang Rizal cuma menggelengkan kepala. Aku tau, sejak aku kenal abang Rizal ni, dia memang keras kepala. Mana dia nak layan perempuan-perempuan muda ni. Lagilah kalau mengada-ngada. Agaknya, sebab tu sampai sekarang tak kawin lagi.
-"Yang payahnya, dia tak suka campur orang. Pernah juga sekali dua saya cuba buatkan blind date untuk dia. Yang pertama, dia pegi, tapi sembunyi belakang tiang. Yang kedua, dia tak pegi langsung."
Pada pendapat aku, 'dia' yang dimaksudkan ni bukan calang-calang orangnya. Aku respek 'dia', sebab dia bukan seorang gadis yang gatal miang. Bak kata orang, ada gadis yang suka menyembunyikan diri, macam ada takda aje. Tapi, sampai masa dia muncul, orang tak sangka yang gadis pendiam tu adalah gadis yang paling special sekali. Siapa sangka?
Dan, seperti yang aku jangka... 'dia' tu adalah dia! Azalya Emyrah Syed Anuar. Kenape begitu banyak kebetulan? Kenapa aku asyik bertemu dengannya kebelakangan ni? Dan... yang baiknya, dia adik kepada teman baik aku. Eeya, gadis yang baik dan pendiam, sering menyembunyikan diri, tak gemar bercampur orang. Baru aku tau perangai semulajadinya tu. Sebab tu, kelakuannya agak pelik. Dan dia benar-benar lain dari yang lain!
Tapi, tak sangka dia betul-betul nak menjauhkan diri daripada aku. Aku tau. Kalau tak, masakan dia cube mencari alasan untuk balik? Dan aku tau, dalam ramai-ramai gadis yang aku kenal, inilah gadis pilihan Acha. Acha suka yang ini. Mungkin ada ciri-ciri keibuan. Acha suka, aku pun... suka....
-"See, I dah kata, dia memang pemalu. Tapi, I bagitau you'all satu rahsia. Memang ramai budak kecil yang sukakan dia. Mungkin sebab dia juga sukakan budak. Memang ngam untuk kawin awal."
"Kawin awal?... kawinla dengan aku..."... aku cuma berbisik sendiri...
-"Apa you cakap? Tak dengarlah?"
"Tak! I cume... hm... takde apa-apalah."
Posted at 1/10/2007 6:32:36 pm by lovely_nouraz
Permalink
Tuesday, January 09, 2007
Senang hati aku. Kerje dah settle, lepas ni bolehla aku stay rumah, dok 24 jam depan komputer pong takpe. Kot-kot skrip aku dah siap, pastu filem aku meletop tahun depan. Fuyoo! Kalau gitulah gayanye, aku sanggup sponsor VCD original bagi pada ex-bos ngan ex-bos tingkat 9. Hmm... iyelah, itu ajelah member aku. And, diorang pon tak caye kat aku, ingat aku ni teruk sangat ke?
Aku call ayah tadi, macam biase, ayah suruh aku kerje ngan akak pulak. Ayah kate, kalau aku berangan aje tetiap hari, sampai hujung tahun ni, belom tentu siap walau sekeping kertas A4 sekalipon. Ni ayah lagi satu, nak memperkecikkan bakat aku. Bile aku mintak laptop, dia kate terlupe pulak. Macam-macam hal!
Okey, jumpe akak kat cafe lepas ni. Aku pon turun lif (bukan jakon tau, takkan nak naik tangga pulak!), terus aje menuju kat cafe. Di sebalik dinding, aku ternampak akak duduk sorang aje, tapi macam tengah bercakap dengan seseorang. Tapi, bile dah sampai dekat-dekat, baru aku perasan... akak duduk semeja dengan ex-bos ngan ex-bos tingkat 9! Warkhh! Parah ni. Siap budak Acha tu ada sekali. Aku pong terjengket-jengket untuk patah balik, tetibe aje budak Acha tu menjerit dengan memanggil aku, 'akak'. Habislah aku kali ni...
-"Kenalkan, ini adik saya, Eeya." Aku pura-pura tak kenal diorang. Aku salam macam biase, tapi bile salam ex-bos aku, aku tekan tangan dia kuat-kuat (tunjuk perasaanlah tu). -"Abang Rizal tak kenal dia ke? Masa abang Rizal jumpa ayah dulu, dia nilah budak perempuan yang suka duduk kat buaian depan sambil makan ais krim." Aku terperanjat, ex-bos aku lagilah muke pucat. Aku tau kenape, sebab dulu dia selalu buli aku. Dia pura-pura ambil ais krim aku, lepas tu lari-lari cam orang tak matang. Mase tu umur aku dalam 9 tahun. Tak guna! Mase kecil nak buli aku, dah besar lagi nak menyeksa aku. Kureng!
-:Eh! Tapi, kenapa Acha boleh kenal Eeya?"... akak mule suspect. Tetibe aje, budak Acha tu menyampuk... -"Acha suke akak ni. Akak ni baik. Akak ni putih, macam Puteri dalam cerita Snow White, kan papa?" Aku nampak muke ex-bos tingkat 9 dah pucat melesi. Mestilah dia bengang, anak dia cakap pasal anak dara orang. Aku bertambah bengang lagi, tapi tak tau camne aku nak pegi dari sini. -"Papa, boleh Acha panggil dia mama?" "Uhuk! uhuk!"... terbatuk-batuk aku. Confirm lepas ni aku tak hingin nak jumpe diorang anak-beranak lagi. Ex-bos aku dah muke pelik, jeles kot. Yang akak aku, mulelah senyum-senyum. Tentulah dia suke sebab dengarnya ex-bos tingkat 9 ni member dia mase kat U dulu.
"Tapikan dik, akak kepada akak ni lebih cantik, macam Cinderella. Adik tentu suke cerita Cinderella, kan? Bukan setakat tu, tak payah panggil dia mama, panggil nenek pon dia sudi."... aku ketawa kecil, tapi dalam hati, berdekah-dekah aku mengetawakan akak. Nampaknye ex-bos aku pon ketawa juga, tapi dia cover. Kirenya, semua terketawalah, kecuali akak aku. Senyum sumbing, malu agaknye. Tak baik betol aku ni...
-"Tapi, Acha tak suke Cinderella, Acha suke Snow White." Lalu terus memegang tangan aku. Aku tak naklah papa dia ingat, aku mempergunakan anak dia untuk mengorat papanye tu. Aku pong tak hingin. Kalau boleh, dengan akak pon aku tak bagi. Siapa nak dia jadi abang ipar aku?
Kebetulan pulak, handphone aku berbunyi... "Hello." -"Hello, boleh cakap dengan Hisham?".... sebenornya salah nombor. "Oh! Sekejap yea."
Inilah masenya aku nak blah. Tak kirelah, tapi mamat dalam phone ni lah yang menyelamatkan aku. So, aku terus mintak diri, kononnye ada emergency, walaupon akak aku tak caye sebab aku sememangnye takde member langsung!
"Ade hallah, saya balik dulu, yea? Bye!"... terus blah camtu aje lepas salam ala kadar ngan diorang. Tapi, yang pelik tu, Acha siap cium pipi aku lagi. Nak ngampulah tu.
....talian masih belum diputuskan... "Hello, Encik maaflah sebab buat Encik tunggu lama. Encik dah salah number, but thanks sebab selamatkan saya." -"Awak ada problem ke?" "Bolehlah, sikit-sikit..." -"Jadi, boleh ke penyelamat awak ni nak tau apa problem awak tu?" "Err..."
Dah. Confirm tambah lagi satu problem. Yang pasti, lepas ni dia pasti akan jadi member cyber aku yang pertama sebab aku dahpun bagi e-mel address ngan alamat blog aku sekali. So, kite tengok ape yang jadi nanti... Wait and see!
Posted at 1/9/2007 10:02:23 am by lovely_nouraz
Permalink
Monday, January 08, 2007
Warkhhh! Akak tipu aku! Bila mase pulak dia declare yang aku ni Penolong Pengarah? Jawatan apa tu? Aku bukan penolong pengarah, aku ni penulis. Tau tak? Tapi, sebenarnye... best gak! Heh! heh!
Sebenornya, aku terkejut beruk bile ternampak muke ex-bos aku, juga ex-bos tingkat 9. Tapikan, selambe dek aje diorang tengok aku. Cam tak terkejut pon? Takkan tak kenal? Ke nak control macho? Eleh, jeleslah tu. Diorang keje susah payah pagi petang dok kat office sepanjang hari, bertahun-tahun lagi, semata-mata untuk jawatan pengurus. Aku ni, hah! Sekelip mata dah jadi Penolong Pengarah.(aku sendiri terperanjat!). Alah, itu cume gimik akak aje. Yang pentingnye, aku happy sebab dah kenakan dua mangkuk tu.(tak baik betol!)...
Dan, untuk pertama kalinya, aku tau nama mamat-mamat tu. Erizal? Cam nak muntah aku dengor. Tak sesuai betol name tu dengan dia. Aku ingat namenya Bedul ke, Dollah ke... Yang lagi satu pulak, namenya Norman. Apa, budget nak tiru Norman KRU lah tu. Jangan nak perasanlah dik! Semua nama nak tiru cam artis. Tak malu. Lainlah aku. Aku cuma impikan yang satu hari nanti, aku ternampak satu artikel kat surat khabar...'Azalya Emyrah Syed Anuar - penulis Melayu berkaliber.' Heh! heh! Sampai tua pon belum tentu wujud artikel macam tu. Perasan!
Kononnya, lepas tu dah habis meeting, aku pon keluar cepat-cepat sebab tak nak terserempak dengan mangkuk ayun tu. Tetiba aje, kat luar aku ternampak budak Acha dengan secretary bos aku. Lagi cepat aku nak lari, tapi budak tu dah nampak aku dulu. Kebetulan, ex-bos dua orang tu pulak berdiri belakang aku. Cis! terperangkap aku kali ni. Langsung dah tak boleh lari ke mana-mana lagi. Tapi, nasib baik CT tarik aku masuk dalam bilik meeting semula. Cantek! Inilah mase nak melepaskan diri!
Ct pulang balik mekap tu pada aku. Sebelum tu, dia touch-up muke aku. Katenya mekap dah cair. Yelah, mane taknye, mase tengah meeting tadi, berape kali aku lap peluh yang tak berhenti-henti keluar. Aku takot ape. Bukan ke ex-bos tingkat 9 dah warning aku, dia tak hingin tengok muke aku lagi, dan aku jangan berpura-pura terserempak dengan dia. Tapi, pasal tadi bukan aku sengaja, lagipun aku tak tau pulak yang syarikat ni ade kena-mengena dengan syarikat diaorang. Nasiblah...
Kebetulan, akak pulak datang dan terus jumpa aku. Akak senyum-senyum, katenya akak bangga dengan aku sebab semua manager tadi puji aku. Tak tau pulak puji ape. Sebab, ape yang aku cakap bukan ade isi pon, cume buat lawak aje lebih. And then, akak suruh aku call ayah, akak turun dulu dan kiteorang jumpe kat cafe bawah nanti. Boleh juga. Akak memang sayang gile kat aku, tapi kedekut nak belanja makan!
Hinggalah satu kejadian yang sememangnya tak diingini langsung untuk ia terjadi!
Posted at 1/8/2007 8:44:02 am by lovely_nouraz
Permalink
Thursday, January 04, 2007
Sejak dia pegi tengahari semalam, aku rasa macam semangat aku dah hilang. Fine, aku mengaku, aku memang senang dengan cara dia. Aku suka dia sebab kelakuan dia, gaya percakapan yang kekadang over, juga kerut kat dahi dia bila aku suruh buat benda-benda yang merepek.
Tapi, sebenarnya, aku sangat menyesal. Walaupon dia duduk tinggal sebelah rumah, belom tentu aku dapat tengok muka tension dia tu setiap hari. Yelah, takkan nak renung aje muka anak dara orang, nak kena seligi? Rasenya, perkara yang boleh membuatkan aku rasa happy ialah mengacau dia, dan membuat dia berleter sepanjang hari. Hmm... hingga kini, nama dia pun aku tak tau.
Hari ni, Man minta tolong sangat agar aku temankan dia pergi ke satu mesyuarat tergempar yang diadakan oleh sebuah syarikat terkemuka. Mungkin dia masih tak berani seperti dulu. Dulu, ada juga sekali-dua dia ajak aku sama. Yang kelakarnya, sebelum meeting, cakap bukan main terror lagi, konon dialah yang hebat. Tapi, masa meeting, mulut tu macam dah kena gam, sepatah perkataan pun susah nak keluar. Kesian juga aku tengok. Lagipun, minah tu dah tak keje sini lagi, lebih baik aku ikut aje, buat lepaskan tension...
Hah! Terperanjat gile aku bila Penolong Pengarah yang dimaksudkan adalah minah ni. Apesal namanya susah benor? Aza...lia... Amira? Betol ke ejaan ni? Nama bukan main moden lagi, pasal tu dia tak ingin nak beritahu aku! Oh! Action betol. Jaga kau, nanti kau balik office, aku leter kat kau cukup-cukup. Eh! Tapi... dia kan tak kerja situ lagi? Hai...
Sebenarnya, dia ni memang nampak pendiam, tapi yang aku respek, dia selalu bagi idea yang agak bernas, walaupun kurang logik. Nampaknya, ramai manager, kakitangan syarikat, even pemegang saham pun suka dengan dia. Sebab, dengan adanya dia, meeting ni dah jadi macam stadium. Kecoh dengan gelak ketawa. Tambah pula dia ni memang loya buruk dan suka buat lawak. Tak hairanlah kalau dia jadi idaman semua lelaki, termasuk aku!
Posted at 1/4/2007 6:38:10 pm by lovely_nouraz
Permalink
Wednesday, January 03, 2007
Hari ni ada meeting tergempar. Semua yang terlibat dipanggil, termasuk aku. Sudahla aku letih fikir pasal Acha yang tak henti-henti merengek. Tapi, kerje punya pasal, aku terpaksa suruh secretary aku jaga, dengan bayaran RM50 sehari!
Apasal yea? Hari ni hati aku rase semacam. Macam ada sesuatu akan berlaku. Mungkin sesuatu yang tak pernah aku sangka akan berlaku. Tapi, memandangkan mereka meminta dua orang wakil, maka aku bawa abang Erizal sama. Ini kerana dia memang berpengalaman dalam banyak hal.
Dari tadi, aku tengok muka abang Rizal asyik monyok aja. Entah ape yang difikirkannya. "Apa yang difikirkan tu? Teringatkan isteri ke?"... aku saja mengusik. -"Saya belom kawinlah!"... Ish! Malu betul. Aku tak tau pula yang dia ni belum kawin. -"Rasanya, saya dah kehilangan..." "Harta? Family? Girlfriend?" -"Pekerja merangkap member sekepala. Maybe salah saya, terlalu berkeras."
Tak tau pula siapa pekerja yang dimaksudkan. Tapi, pekerja tu memang amat bertuah sekali, sebab sepanjang pengetahuan aku, dia takkan senang-senang menganggap seseorang tu sebagai kawan baik, apa lagi member sekepala.
Kini, aku dengan abang Rizal dah masuk bilik mesyuarat. Adalah seorang dua yang kenal, itu pun kebanyakannya pemegang saham syarikat. Ramai juga yang hadir, tapi kerusi Pengarah masih kosong. Hinggalah munculnya seseorang yang sememangnya dikenali.
"Dia?" -"Dia?".. aku dan abang Rizal sama-sama terperanjat. Rupanya, Pengarah yang dimaksudkan adalah gadis tu.
Dan, nampaknya gadis tu juga cuak bila terlihat kami. Bukan ke dia kerja kat syarikat aku? kenape dia boleh ada kat sini? Tapi,... dia nampak berbeza.
-"Kenalkan, ini Azalya Emyrah Syed Anuar, Penolong Pengarah syarikat kami."
Penolong Pengarah? Maknanya, dia memang berpengaruh. Tapi, kenapa dia kerja sebagai clerk dekat syarikat lama? Azalya Emyrah Syed Anuar... Sedap nama tu...
Tapi, nampaknya abang Rizal makin tak senang duduk. Mungkin dia kenal Azalya Emyrah ni. Dan mungkin juga dia tak sangka yang gadis maggi yang gemar turun naik lif ni adalah Penolong Pengarah. Hmm... kalau tengok betol-betol, macam tak percaya aja dia ni Penolong Pengarah, sebab gayanya macam takut-takut. Takkan dia menipu pula?
Posted at 1/3/2007 7:55:16 pm by lovely_nouraz
Permalink
Aku balik dengan selambanya lepas bergaduh kecil-kecilan ngan Encik bos tadi. Balik aje, aku terus baring kat sofa sambil makan coklat. Tetibe aje, akak aku dok terjengul dari bilik. Terkezut aku. Ingatkan ade perompak bersiri tadi.
-"Akak nak mintak tolong sikit. Esok, syarikat akak ade meeting tergempar. Tapi, akak tak boleh pergi sebab ade hal. Kau boleh ganti, kan?" "Tapi kak..." -"Nah. Ambil fail ni, baca ape yang patut. Selidik betul-betul. Kalau tak tahu cakap masa meeting esok, diamkan aja. Dan, anggukkan kepala tanda setuju. Apa orang kata, tak payah jawab selain, yes, no! Understand?... Pakai baju ni esok."
Dan, akak aku terus pegi camtu aje. Tak nak pulak belanja makan sebelum balik. Kedekut! Akak aku ada syarikat sendiri, malah akak kerja sebagai Pengarah kat situ. Banyak kali dia suruh aku join, tapi aku bukan belajar tinggi cam dia. Tak naklah aku. Tapi, kali ni akak cam nak kenakan aku aje, sama macam aku terkena dengan ayah. Cume ibu aje yang tak pernah dengki aku. Ibu baik!
"Baju ape nih?"... dia baginya aku blazer dengan skirt putih. Siap bagi make-up lagi. Suka hatilah!
Esoknye, aku bersiap ikut arahan akak. Akak aku ni memang cerewet sikit. Dan, dia tak suke stail aku. Katenya dah ketinggalan zaman! Tapi, yang aku respek tu, dia still nak bawak aku jalan walaupun aku langsung tak reti bergaya. Agaknye, kalau tengok betul-betul, diorang tak percaya yang perempuan cantik tu akak aku, dan perempuan yang stail cam orang gaji ni adalah adik dia.Entahlah.
Aku sampai kat office akak aku, awal gile aku keluar, semata-mata tak nak terserempak dengan ex-bos aku lagi. Pirah! Elok jugak akak bagi tugas camni, dapat juga aku elak daripade kerje yang tak seberape tu. Hari ni, first time aku pakai blazer satu set dengan skirt putih. Akak ade pesan, kalau tak pandai make-up, bawak alat solek mase pegi office dan jumpe dengan secretary akak. Biar dia yang buat. Kalau aku buat sendiri, mau jadi cam badut sarkas agaknye muke aku nanti.
Secretary akak yang namenya CT tu memang baik. Dia pesan kat aku macam-macam. Dia jugak ajar cara berjalan untuk nampak sopan. Aik? Dia buat gitu, sebab nak mengampu atau....? Awal-awal lagi, Ct suruh aku duduk diam-diam dalam office akak, sampai mase nanti dia akan panggil. Maybe meeting start pukol 10 setengah. Tapi, jantung aku punyelah laju berdegup. Takot seh! Aku mane penah buat meeting macam ni, especially dengan orang besar-besar. Setakat meeting hari ni nak masak ape, bolehlah. Itu pon dulu mase kecik-kecik, kirenya meeting ngan orang gajilah.
"Kak, sorrylah kalau meeting ni jadi kelam-kabut. Siape suruh akak pakse?"
Note yang aku tinggalkan kat akak sebelum masuk bilik mesyuarat. Alamak! Semua orang pakai tai, lagi laju jantung aku!
Posted at 1/3/2007 12:29:44 pm by lovely_nouraz
Permalink
Kureng betol. Pagi-pagi aku dah terserempak ngan bos tingkat 9. Muke dahla toya, ade hati nak ngugut aku. Ingat aku takut ke? (memang takut pon). Tengokla, tak hingin aku kerja kat sini lagi. Tapikan... dah beribu-ribu lemon aku cakap macam tu, last-last pegi keje jugak.
-"Nah! Ambik kertas ni, lukis ape aje yang awak fikir dalam kepala."
Ni lagi satu nak kena seligi ngan aku. Takkanlah aku dibayar gaji buta? Datang sini semata-mata untuk menconteng? Ingat tadika ke?
"Encik bos, ini bukannya tadika untuk kanak-kanak." -"Ade ke tadika untuk orang tua?" ... katenya sambil mengetawakan aku. "Ada! Itu, sekolah bute huruf. Kire macam tadika untuk orang tualah jugak." -"Itu bukan tadika, itu sekolah. Faham. Dah, sebelom tu, pegi masakkan saye maggi dulu. Perisa tom yam tau." "Ish! Tau nak makan aje. Aku bukannye orang gaji dia." ... aku ngumpat dengan diri sendiri. -"Ape ngumpat belakang ni? Pegi cepat, masukkan telur sekali."
Perasaannye, macam nak penggal aje kepala dia lalu rebus dengan air klorok. Banyak songeh betol. Manelah nak dapat telur time-time macam ni.
Untuk menunjukkan protes, aku pong masak maggi tu ala kadar, keras berdengkang, kuahnye sikit, macam ade takde aje. Perencahnye jugak, aku taruk setengah tom yam, setengah laksa asam. Ambik kau. Biar dia rase, lain kali dia takkan mintak aku lagi.
Lepas aku letak aje maggi ala kadar tu kat meja dia, aku terus blah dan buat ape yang dia suruh. Lukis? Aku memang pandai lukis. Especially, bebende yang merepek.
Kertas tu aku lukis poster 'Wanted'. Muke orang tua (dialah tu), siap ade bekas jahit lagi kat muke dia. Dan reward 'RM 0.01 sen'. Amacam, cantek tak idea aku?
-"Nampaknye, awak betol-betol marah kat saye." "Tak marah, geram jer... Tapi, kalau ade peluang, ndak juga sumbat mulutnye dengan kasut." -"Buatlah. Saye nak tengok."
Oit! Mamat bos ni cabar aku. Aku ni memang pantang betol. Lalu, aku terus bukak kasut aku, dah sedia dengan action nak sumbat mulut dia ngan kasut ni. Dia nampak selamba, tapi cuak juga. Maybe dia tak sangka aku betol-betol serius nak buat. Tengoklah kau! Mari aku sumbat mulut kau macam sotong. Tup-tup, tetibe aje...
'kring...kring....'
-"Hah! Ade call. Takde can lagi." "Mane aci. Saye belum buat lagi ni haa..." -"Tak kire, dah tak valid lagi."
Dia takut sebenornye. Terus aje angkat telefon disaat-saat kasut aku lagi seinci-dua aje nak dimakannye.
"Sudahla. Hari ni jugak saye resign!"
Aku terus keluar lepas menunjukkan penumbuk sulung kat dia. Pirah! Aku bukan pengecut macam dialah. Lagipun, aku tau... dia mesti buat something yang menyebabkan aku tak boleh blah dari syarikat ni. Aku nak tengok, apelah tu agaknye.
ps: sorry deh! da lame tak dpt masuk internet. Server buat hal!
Posted at 1/3/2007 11:40:38 am by lovely_nouraz
Permalink
|