www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws     www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws

Scroll images by bigoo.ws


MySpace

MySpace






lovely_nouraz
September 7th 1985  (Age 24)
Female
Johor Bahru

MySpace

MySpace


nickNORA, AZZY, JIEYA, G, E, YAN, KAY, A.K, ATOM, TOMN, ETC...freetimeBERANGAN, MENULIS, MELUKIS, TENGOK MOVIE, REKA FESYEN, MUZIK... birthday7SEPTEMBER1985... homeLARKIN JAYA, JB... i likeSKY JUICE, LEMONADE, GINGER BEER... really likeKOREAN MOVIES, CHINESE MOVIES, ACTION MOVIES, LOVE STORY,ETC... sometimesTHINK ABOUT SOMEONE... somebodyWHO SUDDENLY COMES IN MY LIFE WITHOUT EXPECTED!... somedayWANNA BE HAPPY... somethingNOT IMPOSIBBLE... hateSTRESS, CHECK-UP, SOMETHING STUPID, SOMEBODY OUT THERE!...etc

Online Degree


Blog ni sedang dalam perancangan untuk dijadikan website. Dalam sebulan dua lagi kot? Senang korang nak bace. Lagipon, ramai gak yang masuk, so berbaloilah kalau bersusah-payah siket. Teruslah bagi support pada I. Bukan rugi pon.



NNerdy
OOrganic
RRounded
AAmazing
ZZippy
IIrresistible
AAmazing
HHuge

Name / Username:

Name Acronym Generator
From Go-Quiz.com

<< March 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Thursday, February 08, 2007
mym - epi 33

    Setelah menceritekan lebih kurang pada waiter tu, (namenya Alex-chinese), dia pon paham. Dan, dia terus menemukan aku dengan seseorang yang juga merupakan seorang lelaki cina.

    Lelaki yang aku jumpe tu rupenya seorang bisnesman. Namenya Nicholas. Hensem, tapi nampak simple. Apa yang si waiter tu dah kelentong dia agaknye, hingga dia sanggup nak ambik aku kerje... untuk sehari-dua ni ajelah!

-"I tak suruh U buat banyak benda. But, I nak U temankan I. That's all."
"Temankan U? Dari segi apa tu? Actually, I'm muslim and..."
-"i understand. I'm also muslim." - ye ke? Aku ingat dia kristian ke...
"Hmm... that's good. Tapi, apa kerjenye?"
-"I cuma nak berehat kat sini. Nak release tension. And, I juga harap dapat kawan untuk berbual."
"And?" - sebenornye, aku kurang paham.
-"U temankan I berbual setiap hari. So simple."

    Huh! Lega aku. Kalau itulah keje aku, senang sangat. Dia kate, aku cume temankan dia berbual, teman dia jalan-jalan. Just nak hilangkan tension. Tapi, aku rase yang dia ni tak banyak bercakap. Hmm... bagus juge. Taklah penat mulut aku nak melayan. Yang bestnye tu, gaji aku dibayor ikut jam. Rasenya, aku mampu kot nak bayor chalet ngan duit makan campor tambang. Tapi, aku dah janji, aku akan bayar balik ngan dia bile dah balik sana nanti.

    Tapi, kalo korang tengok muke dia, memang chinese betol. Aku tak tipu punye. Tapi, itulah, aku tak tau bile dia masuk islam. Rasenya macam baru setahun dua kot. Umur dia pon macam 29-30, muda lagi tu. Dia ni pendiam, and... suka melukis rupenya. Aik? Melukis? Baru aku teringat sesuatu. Danial! Mamat PC! Mane agaknye dia ni yea?

    Esoknye, dia ajak aku berbasikal. Huh! Nasib baik aku reti bawak. Kalau tak, turunlah gaji aku nanti. Katenya duit makan semua dia bayor. Ho! Ho! Kalo gitu, aku mesti makan banyak-banyak. Dia siap dah aturkan jadual lagi. Katenya, lepas berbasikal, sarapan, lepas tu, teman dia naik bot. Tengahari, teman dia melukis kat tepi pantai. Sukatilah, yang penting gaji aku jangan lupe bayar!

    Actually, aku suke juge dengan cara dia. Dia tak banyak bercakap, tapi ekspresi dia tu. Kite paham-paham sendirilah. Tapi, yelah... sebagai 'orang gaji', aku kenalah angkut barang-barang dia. Beg campinglah, berat cam batu, tapi nak buat camne. Macam nilah rase orang yang merempat dan disingkirkan.... Hai...

-"Apa yang buat awak sampai sini?"
"Hm... kalau tak pegi, salah. Pegi pon salah. Entah ape silapnye, sampai saye dilayan macam ni. Maybe sebab saye jahat kot? Pompuan apelah saye ni agaknye yea?"
-"Takde orang yang nak mengaku dirinya jahat, kecuali..."
"Kecuali saya. He! he!."

    Then, lepas tu dia bagi aku kertas dengan pensil. Dia suruh aku lukis ape yang aku suka. Dia kate, dia tak hingin bagi aku lukis gune water colour, nanti jahanam water colour dia. Aku pong setakat ketawe ajelah. Bile dipikir-pikir balik, lumayan aku hari ni. Berape jam aku teman dia. Sampaikan pegi surau pon sama-sama.

-"Jom. Teman saye pegi jumpa kawan kejap."
"Eh! Kate awak sorang aje kat sini?"
-"Sepatutnya iya. Tapi, semalam saya terserempak dengan dia."

    Dan... orang yang dimaksudkan adalah....

                                                                  ..... Nick? Dengan pompuan tu? Apa dia buat kat sini? Macam mana diorang boleh kenal? Hmm....

    Dia mengenalkan diri sebagai Amy, pembantu sementara kepada Nick. Setahu aku, aku ke sini dengan dia, untuk tujuan bercuti, bukan untuk bekerja. So, kiteorang duduk berempat, without Acha. Muka dia terus berubah sejak datang ke sini. Tak taulah nak tunjuk perasaan ke ape, tapi dia cuma order air kosong dengan chewing gum aje. Lepas tu, dia terus mintak izin nak duduk kat meja lain.

-"Macam mane U boleh jumpa pompuan ni?"

    Man cakap terlalu kuat sehingga Eiya terasa. Yelah, aku pon suspen juga. Tak naklah jadi gaduh ke, bertumbuk ke...

-"Kalau I, tak ingin I nak menggajikan pompuan seteruk tu."
Nick cuma menggelengkan kepala. Yes! Maybe Man marah sebab Eiya dah lukakan hati Acha, tapi tak semestinya buat dia macam tu. Eiya pon nampaknye dah mule merah-merah mukenya. And...

-"Fine! Apa yang awak tak puas hati? Cakap sekarang? Pasal Acha? Saye tanak tolong Acha kemas beg dia malam kelmarin? Sebenarnye, saya taknak dituduh pompuan murahan dengan datang ke rumah lelaki malam-malam bute. Salah saye? Fine, saye mintak maaf. Then, ape lagi?"

-"Oh! Pasal awak marah dia, pasal awak tengking dia... tak mention pulak? Acha kata, awak marah dia, kata dia yang bukan-bukan, tengking dia sesuka hati. Lepas tu, awak fitnah saya dengan abang Rizal. Awak bawak balik jantan... Ingat saya suka ke dengar macam tu?"

-"Oh! Jadi... awak lebih percayakan Acha daripada saya?"

-"Of course, dia anak saya. Now, awak merendahkan maruah awak pulak dengan bekerja sambilan kat sini. Awak ingat orang sekeliling tak pandang? Pegi mana-mana berdua, ingat orang tak mengata? Sakit mata ni memandang, tau tak."

-"Okey. Saye jahat. Sayelah pompuan paling jahat dalam dunia ni. Saya teruk, tak gune. Ape lagi?... But, saye cuma nak cakap, saye keje semata-mata nak bayar duit chalet, duit tambang balik, and nak cari duit makan... Mungkin awak suke dengar saye kunyah chewing gum tetiap hari, sebab saye nak jimat duit. Saye ni bodoh kan, entah macam mana saye boleh ikut orang-orang kaya, orang standart macam awak. Saye tak banyak duit, tapi tak bermakne saya akan gadaikan maruah saye untuk hidup senang."

Semua terdiam! Percakapan dia dah makin lemah. Mungkin dia sedih agaknya. Nampak sangat air matanya dah mule mengalir...

-"Fine, saye memang tak gune.... Saye... Tapi, saye tak pernah memburuk-burukkan Encik dan Encik depan Acha. Malah, saye tak pernah marah ataupun tengking dia. Dan, saye juga tak pernah bawak balik lelaki. Yang Encik ni pon bodoh, duduk depan rumah takkan tak perasan. Nampaknye saye yang kena fitnah. Sesungguhnye, dosa memfitnah itu lebih besar dari dosa membunuh!"

Lepas tu, dia terus berbisik pada Nick...
"Maaf awak, mulai saat ni, saye resign. Tak payah bayarla gaji saye. Saye hargai budi baik awak, thanks."


    Dan terus berlalu. Dan, kebetulan Acha pulak datang dari belakang dan terus menjerit...

-"Akak tak buat macam tu. Acha yang reka cerita, supaya semua orang sayang pada Acha, supaya papa dengan Uncle bencikan akak."

    Dia berhenti seketika untuk mendengar pengakuan Acha. Nampaknya, papa dia memang terperanjat. Aku lagilah, menyesal betol aku terlalu percaya pada Acha. Sekarang, aku tak tau macam mana benda ni nak settle semula.

-"Akak, Acha mintak maaf. Acha cuma marah sebab akak tak nak datang malam tu. Tapi, Acha mengaku, akak memang baik. Baik sangat. Sebab tu Acha suka akak. Sebab tu semua orang suka akak."

    Keadaan dah makin bercelaru. Man dah pening kepala. Dia pulak paling ke belakang, mungkin tak ingin nak tengok muka kiteorang lagi... And, dia pun cakap, dan terus pegi. Fine, kalau aku kat tempat dia, aku juga akan buat benda yang sama...

-"Acha, akak ni miskin, tak banyak duit. Akak takde ape-ape, akak cume ade maruah aje. Kalau maruah akak pun orang main-mainkan, jadi akak da tak punye ape-ape lagi. Kalau Acha kesiankan akak, tolonglah... jangan ganggu akak lagi."

    Sebenarnye, Acha tak berape faham tentang apa yang dia kata. Tapi, aku tau, dia tujukan khas untuk aku dengan Man. Memang, aku memang menyesal. Dan, Man pulak rasa bersalah... Salah kerana terlalu memanjakan Acha...

Posted at 2/8/2007 7:44:47 pm by lovely_nouraz
Make a comment  

mym - epi 32

   
    Semalam, Acha mengadu macam-macam pada aku. Katanya, akak tu marah-marah dia. Siap tengking lagi. Aku geramlah, sebab sebelum ni, aku tak pernah langsung cuit dia, apatah lagi nak tengking. Acha teresak-esak nangis, dia cakap pada abang Rizal, Eiya kata abang Rizal ni dungu. Entah Acha faham ke tidak maksud dungu tu. Aku nampak, dia diam aje tahan geram. Nampaknye, dah makin teruk perangai pompuan tu. Ingat kau baik sangat?

    Hari ni, sepanjang perjalanan, sorang pon tak tegur dia. Dari kaki dia jejak kat van ni, sampai tibe, tak sorang pon yang nak berbual dengan pompuan jahat macam dia. Yang kiteorang geram tu, pompuan ni sendiri beritahu Acha yang dia dah berpunya. Malah, Acha kate, dia pernah ternampak Eiya ni bawa balik lelaki. Aku pun tak tau bila, tapi memandangkan aku tengah marah, so aku memang percaya kata Acha bulat-bulat, sebab Acha tak pernah tipu aku. Dan, aku gerenti, budak kecil tak pandai berbohong...

    Sampai kat chalet, aku terus minta chalet. Tapi, sorry, takde bilik untuk pompuan tu. Kalau dia nak, tempah sendiri. Dia pon macam paham-paham sendiri, semua orang tak suka dia. Abang Rizal pon mana nak layan. Semua buat hal masing-masing, termasuk Acha. Tapi, kekadang aku rasa kesian pada pompuan ni...

    Chalet yang kiteorang pilih......

                                              ...... bersebelahan antara satu sama lain. Sebenarnya, aku tak tau ape kesalahan aku. Bayangkan, diorang langsung tak tegur aku. Aku ni macam patung ke ape. Rasenya, aku ni macam terhegeh-hegeh ikut belakang diorang sedangkan diorang cam tak nampak aku je. Takkan pasal tak tolong Acha semalam buatkan diorang marah gile-gile pada aku? Acha tu saper? Kalau anak Raja ke, bolehla diorang buat aku macam tu. Manje betol. menyampah aku!

    Confirm aku lebih terasa! Ex-bos tingkat 9 order makanan untuk semua, kecuali aku. Tengok? Aku juga ke yang jahat? Malu aku tau. Waiter tu pun macam paham-paham aje yang kiteorang ni tak bertegur. Jadi, dengan rasa yang sangat kecewa (cis, macam drama TV la pulak), aku pun bangun dan duduk kat meja lain yang lebih tersorok. Aku merajuk sebenarnye. Walhal, diorang yang ajak aku, tapi layan aku macam tunggul!

    Alamak! Aku mane bawak duit banyak. Abis aku camni. Memule tu, ingatkan semua benda diorang yang settle, habis dah sampai sini, seme nak buat hal. Duit makan bolehla aku tampung, abis sewa chalet? Takkan nak melantak maggi aje tetiap hari. Warkh! Mase balik nak naik ape? Mesin ATM pulak takde kat sini. Aku mane ada kredit kad... Wakrhhh!

    Lalu, dengan muke tak malunya, aku pon hantar sms pada ex-bos. Harap dia tolong aku...

"Saye mane banyak duit. Macam mane saye nak bayar semua bende. Sewa chalet pun, saye nak bayor dengan ape? Nak makan pon terpaksa berkire-kire. Ini belom campur duit tambang balik. Encik, tolongla, kesiankan saye."

    Tapi, malangnye.... sms langsung tak berbalas. Rasenye...

                                                                                              ... Man dah bertindak terlalu kasar. Bile terbaca sms dia, rasa simpati pulak. Macam mane yer? Aku kesian jugak, tapi bila teringat balik kata-kata keji yang dilemparkan pada aku, Ish! Naik meluat pulak. Tak ingin aku nak tolong.

    Tengahari tadi, sepatotnye kiteorang makan bersama, tapi Man dah buat perangai, membuatkan dia terus menyingkirkan diri. Petang tadi, dia cuba join kiteorang berkelah, tapi Acha yang tibe-tibe menyindir dia menyebabkan dia terus pegi dari situ. Dan, nampaknya, malam tadi dia langsung takde masa kiteorang sedang makan malam. Takkan dia takde duit kot? Man tak terasa ke atas apa yang dia lakukan? Katakan ape yang Acha cakap tu, cuma bohong semata-mata, siapa yang akan dipersalahkan? Nampaknye...

                                                             ..... malam ni aku cume kunyah chewing gum ajelah. Aku tak boleh membazir duit, kalau betul diorang tak nak tolong aku, macam mane? Takkan aku nak meringkuk dalam lokap. But. it's ok. Kalau terdesak, aku call akak ajelah. Sebab akaklah aku terpaksa ikut diorang.

    Now, kerana terlalu bosan, so aku berjalan-jalanla tepi pantai... sambil dok pikir camne nak cari duit. Actually, kat sini takde keje sambilan ke? Sekurang-kurangnye, boleh bayar duit chalet, okeylah tu.

"Hah! Baik aku jumpe waiter tadi. Dia mesti boleh tolong aku punye."

    So, sebelum pegi restoran tadi, aku ngendap-ngendapla sana-sini. Kang nampak dek diorang, dah jadi satu lagi problem...


Posted at 2/8/2007 6:52:19 pm by lovely_nouraz
Make a comment  

mym - epi 31


"Saye ada dapat ilham, kalau awak betol-betol sukekan Snow White awak tu, Sabtu ni, pegi kat Desaru. Stay sehari-dua. Tak confirm boleh jumpe, tapi sekurang-kurangnye, awak ade dekat dengan dia, and jike bernasib baik, awak akan terserempak dengan dia."

    Itu sms yang aku hantor pade mamat PC tu. Prince Charming konon! Kalau aku ni Snow White sekalipun, tak ingin aku ambil dia jadi laki. Yelah, dia suke kat orang tu, sebab orang tu cantik. (perasannyer I) Abis, camne nasib orang-orang yang kurang cantik? (tak baik betol). Sebenaornye, aku saja-saja nak ganggu emosi dia... heh heh. Aku ni memang jahat sket. (jahat banyak sebenornyer!). Aku akan buat sampai dia tak tido malam, sampai dia tak selera makan, and sampai dia tak mandi (aik? kang berbau pulak!). On the other hand, aku akan cube buat ex-bos-ex-bos aku cemburu... See, I'm a genius!

    Esok aku dah nak pegi, so malam ni kenalah packing-packing. Ape yang aku nak bawak yer? Kalo bawak satu almari, tak bleh ke? Tapi, mase tengah ngemas tu, Acha pulak call aku. Katenya dia tak reti sterika baju. So, dia mintak aku datang rumah dia, sekarang jugak.

"Erk! Mane boleh Acha, ni dah pukol 8 ni. Kalo Acha cakap awal siket, bolehla akak datang."
-"Abis, kalau pukul 8 pagi, bolehla yea?"
"Acha, kalau orang nampak nanti, macam mane? Nanti, orang kate akak ni ade affair ngan papa Acha, Acha suke ke dengar macam tu?"
-"A-fer' tu ape? Hmm...Kalau gitu, nanti Acha telefon Uncle, suruh Uncle bawak akak pegi sini."
"Uncle mane?" - aku buat-buat bodoh. Manelah aku tau, siape Uncle tu...
-"Takpe, akak tunggu aje. Nanti, kejap lagi dia mesti datang."

    Huh! Malasla aku nak melayan budak ni. Banyak songeh betol. Mentang-mentangla aku baik ngan dia, asyik nak buli aku aje kerjenya. Nasiblah. Aku tak penah bagi address aku kat dia. So, 'Uncle' tu takkan datang punye. Aku berani bet!

'ding, dong'...

Alamak! Dia dah sampai ke? Abis aku!... Aik, cam kenal aje?

-"Apesal awak memandai suroh budak Acha tu call saye?"
"Apesal pulak? Bile mase saye.... Oh! Uncle?"
-"Ape uncle-uncle, perasan mudalah tu. Ni, saye banyak keje lagi kat rumah tau."
"So, ape problemnye? Nak suroh saye tolong? Pegi jalanlah!"
-"Awak yang janji dengan Acha nak tolong dia kemas beg."
"Bile mase lak? Saye sendiri banyak keje. Tu, sampah dah berape hari tak buang. Baju lak dah berape kurun tak basuh."
-"Heh! Heh! Pemalasnye awak ni yea? Saye yang keje pagi balik malam pun sempat lagi basuh baju, buang sampah. Siap sempat masak lagi."
"Cis! Kantoi!!!"
-"Ehem! Habis, camne cerite ni?"
"Mane saye tau, awak pegilah deal ngan Acha. Saye tak tau."
-"Haa... Apa kate, kite tipu dia. " - aku mengangguk setuju!
"Kite cakap, Encik sakit perut, cirit-birit tak boleh kuar dari toilet. Kalau kuar, terpakse pakai pampers."
-"Merepek!!!" - perkh! Marah seh! Siap jerit lagi. Malulah tu!!!

    Huh! Rupenya dia call ex-bos aku. Melenting dia bile dia dapat tau, aku yang suruh ajak. Walhal, aku takde kena-mengena pong. Kate ex-bos aku pandai buat keje rumah, so import ajelah dia datang sana. Aku sendiri pemalas. Camne nak tolong orang?

    Jadi, setelah bermain 'o-som' and dia pulak kalah, jadi dia kene pegi sorang. Rajin pulak nak pegi sorang tu. Aku cume ugut aje. Sukatilah.

Tapi, apsal dia sungguh-sungguh tak nak bagi aku pegi? Hmm....

    Esoknye, aku ngan ex-bos tunggu kat tempat parking. Aku cume simple aje, t-shirt kuning dengan seluor jeans. Siap bertopi lagi. Yang ex-bos aku, lagilah pemalas, ada ke pakai t-shirt ngan seluor pendek aje? Pelik betol aku tengok!
-"Hey, semalam Acha merajuk ngan awak."
"Apesal pulak? Bukan saye yang tanak pegi, awak yang tak bagi ikot."
-"Nasiblah. Bukan dia merajuk ngan saye." - senangnye cakap!

    Dari jauh dah nampak van buruk (tapi belom nak roboh lagi), van Rusa kaler merah. Acha dudok belakang lagi. Aku rase, van ni mesti abang Norman sewa. Takkan dia punye pulak...

    And, sepanjang perjalanan ke Desaru, buat aku pressure. Sorang pon tak layan aku. Acha confirmla merajuk ngan aku. Papa dia pon, tentula marah kat aku, sebab aku layan anak dia camtu. Ex-bos pulak, takut nak berbual ngan aku. Takot kena pulau ngan dua-beranak tu lah agaknye. Then, aku cume sensorang....

    Kalaulah aku tau benda camni akan jadi, dah lame aku tarik diri. Yelah, ape perasaan korang, pegi same-same, tapi aku kena singkir.... Salah aku ke?

    Kalau camni, takde canlah aku nak mengenakan diorang. Plan aku, tarik perhatian ex-bos tingkat 9, berbuat baik dengan Acha, sakitkan hati ex-bos dan permainkan emosi PC... Nampaknye, aku yang akan dipermainkan...

Posted at 2/8/2007 7:30:09 am by lovely_nouraz
Make a comment  

Saturday, February 03, 2007
mym - epi 30

    Ish! Geramnya aku. Kenapa dia dah mula berabang-abang pulak dengan Man. Dia orang ni dah serius ke? No way! Aku jumpa dia dulu. Man tak berhak nak rampas dia daripada aku. Huh! Aku mesti pegi!

"Camne nak cakap dengan minah tu. Nanti dia kata aku jeles, aku juga yang malu."

    Tak sedar rupanya, dah dua jam aku mundar-mandir depan pintu rumah dia. Dia tak perasan ke? Atau, dia sengaja buat-buat tak perasan? Tadi, ada ke dia ugut aku, nak buat repot kononnya aku ni pencuri gila s*ks. Kureng asam betol. Aku langsung takde ciri-ciri macam tu. Ish! Tak boleh jadi ni...

'Ding Dong'.... Dia pun keluar dengan muka mengantuk.

"Laa... kata tak nak tidur, nak cari ilhamla tu konon. Rupanya, buat taik mata."
Serta-merta pintu ditutup!

"Cis! Hey awak, dengor sini. Kalau awak tak bukak pintu nih, saya buat repot yang awak curi baju dalam saya!" -aku menjerit, kuat jugak...

Tetibe, pintu terbukak balik... dan terdengor gelak ketawa dia...

-"Wah! ha! ha! Sejak bile awak pakai baju dalam? Nampaknye awak tu yang giler!"
Dia ketawa tak henti-henti, siap pegang perut lagi. Tapi, betollah katenya tu, aku ni pun dah tersalah cakap. Dahla tiru ugutan orang... Jadi, untuk cover...

"Hey, orang laki pun pakai baju dalam tau. Abis, singlet tu ape?" - aku bermuka bengang...

-"Wah! ha! ha! Saye? Nak curi singlet awak? Hey, pikir sikit bang, kalo awak tu 'Kevin Cosner' ke, Johnny Depp ke, paling koman pun, Justin Timberlake, bolehla saye nak curi singlet awak tu. Ini, entah makhluk mane ntah yang tibe-tibe perasan glamor. Kalo buat repot pun, buang mase polis tu ajerk nak dengor cerita karut.  Silap-silap nanti, Encik kena tangkap masuk tanjung rambutan!"

"Oh! Habis, awak nak tuduh saya ni pencuri gile s*ks boleh pulak?"
-"Itulah keistimewaan seorang perempuan!" - lalu terus sambung ketawa...

    Aku just cekak pinggang aje, sedangkan aku malu betul. Ade logiknya jugak dia kate. Aku ni jer yang tersasul. Kan, dah malu setahun.

-"Ehem! Iyerla, saye tahu yang Encik nak ikut. So, cakap ajelah. Tak payah nak reka citer bukan-bukan. Repot polis konon.Dah, esok kite bincang lagi. Saya tengah chat ngan boyfriend baru ni, kacau aje." - nak menipu akulah tu.

"Boyfriend baru apa. Tadi, dia tengah sedap buat tahi mata. Tidur aje kerjenya. Nak menipu lah tu. Sudahla kuat makan."

-"Mustahil takde orang suka kat saye." - dia cakap sambil tenung aku. Cam tau-tau aje. Macam nak suruh aku mengaku.

-"Saye berani bet, sekurang-kurangnye, pada saat ni, ada dua orang yang tengah cube nak tarik perhatian saya. Seorang cube nak mendapatkan saye, dan seorang lagi, cuba nak merampas saya. I can feel it."

Katenya sambil terus masuk ke dalam dan menghempas pintu. Nadanya macam tujukan pada aku. Tapi.. betullah tu. Sedangkan, siape lagi seorang tu? Man ke? Hmm... orang seni ni memang pelik!

ps: thanks to Kak Eijay, Myrol, Kak Na and sesiape aje yang cube bagi semangat pada kite, walaupon kite still belum recover. Thanks a lot! Kite akan cube buat yg terbaik (cam AF lah pulak), and sorry sbb dah lame tak nulis!

Posted at 2/3/2007 6:22:21 pm by lovely_nouraz
Make a comment  

Wednesday, January 31, 2007
mym - epi 29

     Seminggu lepas tu, tetiba aje ex-bos tingkat 9 ajak aku pergi bercuti (bukan honeymoon tau!). Memula tu, aku malas betul nak ikut. Tapi, entah berape hinggit ex-bos tingkat 9 dah bayor kat akak aku agaknye sampaikan akak aku tak henti-henti pujuk suruh aku ikut. Pressure betol. Tambah lagi dengan Acha yang asyik calling-calling. Sampai nak masuk toilet pon tak senang!

    At last, aku pegi dengan syarat, ex-bos kena ikut sekali. Aku bukan ape, kang orang dok ingat kiteorang ni satu family, aku jugak yang susah. Tak hingin aku berlakikan dia. Pergi jalanlah. But, first, aku kena tanye mamat tu dulu, kot-kot dia tak mau pegi, susah gak... So, dengan selambe dek aje, aku dok terpacul kat depan pintu rumah dia, malam -malam buta pulak tu...

-"Ndak ape?"
"Err...." - segan gile nak cakap, macamla aku ni pelahap benor.
-"Ndak pinjam duitla tu. Itula... dulu orang suro kerja, tak mau. Takde bakat, ada hati nak jadi penulis."
"Perkhh! Takde keje lain ke selain nak menyindir orang?"

    Lantas aku tutup mulut dia rapat-rapat, pastu aku ugut dia. Kalau dia melawan, aku report polis, kononnya dia ni pencuri seluar dalam. Heh Heh! Malu seh! Tak baik langsung buat orang macam tu...

"Memule tuh, kite ingat nak ajak Encik ikut sekali, yelah, ex-bos tingkat 9 dah ajak saye, takkan saye nak tinggalkan Encik pulak, yea? Tapi, memandangkan Encik jual mahal, tak dapatla den nak nolong."

Dia meronta-ronta, dan terus menepis tangan aku.
-"Hah! Nak ajak saye honeymoon?" - lagaknye cam terperanjat beruk. Takot gak aku tengok. Tetibe aje, dia senyum balik...
-"Heh! heh! Boleh. Ndak ikut" - menyampah aku tengok cara dia senyum, cam mamat gatal!

"Aik? Tadi Encik jugak yang kate, saye ni takde duitla, asyik nak harapkan duit orangla, takde bakatla..."
-"Hek'eleh. Tu pun nak merajuk. Kalau gitu tak ingin saya ikut."
"It's okey. 'Abang Norman' pun ada. Dia boleh tengok-tengokkan saye..."

    Aku cube nak menjeleskan dia. Biar, lantak kaulah. Asyik nak sakitkan hati aku jer.

-"Abang? Sejak bile dah pandai berabang-abang ni?" -- jeles nampak?
"Hmm... entahla. Memula berabang dulu, tak lame lagi, bertunangla kot." - muke aku dengan riak dengki... Ho! ho!

    Lalu aku terus memusingkan badan lalu menjeling dia yang tengah terpinga-pinga dengan  muke toya. Boleh blahla lu. Asyik aku aje nak jaga hati dia, sesekali kau terkena, baru padan muke kau. Aku bet, malam ni dia mesti tak tidur lena punye. Silap-silap, dia dok jalan mundar-mandir depan pintu rumah aku nanti...

    Tapi... cara aku cakap, macamla dia tu boyfriend aku! Hmm... tak mungkin punye. Buat hape dia nak risau? Dia bukan suka aku, tapi suka menaya aku, iyalah. Lagipun, aku bet, dia takde hati pong kat aku. Sia-sia aje aku pegi jeleskan dia tadi. Buang air liur ajerk!
   

Posted at 1/31/2007 9:01:01 am by lovely_nouraz
Comment (1)  

Thursday, January 25, 2007
notes - Al-Fatihah

    Saya mengucapkan takziah kepada diri sendiri dan keluarga dengan pemergian ayah tersayang, Allahyarham Hj Atan B. Pandak pada hari Isnin, 22 Januari 2007 pukul 7 malam. Juga Al-Fatihah buat arwah mak, Hjh. Normah Bt. Md. Nor diatas pemergiannya pada hari Selasa, 25 Oktober 2005 pukul 4.57 petang (lagi 8 hari nak Raya Aidilfitri). Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman...

   

Posted at 1/25/2007 6:57:51 pm by lovely_nouraz
Comments (3)  

Saturday, January 20, 2007
mym - epi 28


    Alangkah malunya aku bile Acha menceritakan segala-galanya. Gadis tu dukung aku? Waktu tu aku tak pakai seluar? Wah! Jatuh maruah aku. lagi pulak kalau dia sengaja cerita hal tu pada abang Rizal, kecoh pulak satu office... Confirm aku pindah tempat lain!

    Tapikan, aku macam nampak satu kelainan kat rumah aku. Rumah yang paling aku rimas ni, boleh jadi sekemas ni? Bilik dah berkemas, takkan Acha yang buat kot? Apelah yang budak 5 tahun tau buat?

-"Papa! Acha tak kira, Acha nak mama baru, sekarang jugak!"
"Mane papa nak cari sayang?"
-"Itu."

    Dengan pantas Acha menunding jari kepada Eeya yang sedang menyidai baju. Aku hanya mengendap dia dari tingkap. Dia ni memang pelik sikit, jemur baju pun boleh membebel. Entah ape yang dicakapnye tu. Mengumpat akulah tu kot?

-"Pa, kite suruh akak tinggal sini nak?"
"Mm.."
-"Yelah. Kalau akak ade, akak boleh jaga papa, kemas rumah, basuh baju, jaga Acha. Lagipon, papa taklah tidur sorang-sorang tetiap malam. Akak mesti temankan papa."

    Huh! Terkedu aku dengar jawapan Acha. Memula tu, aku ingatkan Acha cakap macam nak jadikan Eeya ni orang gaji. Tapi, bile dah sampai bab teman tidur ni, dah lain macam pulak rasenya. Fine, aku boleh menurunkan ego, mintak dia supaya kawin dengan aku, tapi dia nak ke? Sudi ke dia? Atau, bile dia tak terima nanti, dia pasti akan malukan aku? Ish! Ini yang kena plan elok-elok ni. Kebetulan pulak, tak lame lepas tu, abang Rizal sampai. Mesti Eeya yang panggil. Itu yang aku rase diorang ni ade ape-ape. Bile aku cakap Eeya ade kat bawah tengah sidai baju, terus aje dia tergesa-gesa turun. Macam ade hal aje...

    Sebelum diorang balik, aku still baring kat katil lagi. tak larat rasenya nak bangun. Tapi, bile terdengar suara dia, rasa lega sikit. Yelah, dia tanye, aku dah okey ke tak? Kalau aku dah okey sekalipon, bile dengar aje suara dia, terus rase cam sakit balik. Demam cinta kot? Aku tengok mukenya memang penat. Lalu, dia terus mintak diri and balik dengan abang Rizal. Dari cara Acha cakap, dia macam ade kat sini dari pagi tadi, sampai pukul 5 setengah petang. Dan, masenya cume habis untuk membuat kerje rumah aje...

Malam tu, aku pegi bilik Acha, Acha tidur sambil pegang kertas kecik yang ade nombor phone dia. Acha ni lain sikit, dia sayang kertas tu, sama macam dia sayang pada dia (agaknye)... Dengan muke tak tau malu, aku pun terus salin nombor tu and masukkan dalam handset aku. Lepas tu, terus keluar bilik, takot pulak Acha terjaga nanti. Hmm... nak call ke tak nak? Call.. malu pulak! Call, tak... Okey! Confirm aku...

"Hello."
-"Hello. Siape ni?" - nampaknye moodnye baik.
"Saya, err.. Norm, Norman." - tetibe aje bunyi handset jatuh.
"Awak okey ke?"
-"O..Okey. Cume tangan ni tetibe aje tergeliat."
"Thanks... Awak susah payah tolong saye."
-"Acha yang call tadi. Tak sampai hati pulak. Kalau diikutkan hati, tak ingin saya... Eh! Tak! Tak ingin saya pegi naik teksi, patot naik bas aje."
"Tentang seluar...." - aku segan nak cakap pasal tu...
-"Oit! Jangan bimbangla. Saya takkan cakap pada orang punye. Walaupon saye ni mulut becok sikit, tapi bab-bab sulit ni, tak baik hebohkan kat orang. Lagipon, yang tau cuma saye ngan Acha aje."
"Thanks sebab kemaskan rumah saye tadi."
-"Ingat free ke..." - suaranye perlahan. Ala-ala dengar tak dengar.
"Apa awak cakap? Tak dengarla..."
-"Tak! Untung juga orang buatkan kerje free... heh! heh! Lagipun, dapat makan free pon sedap juga..." - aku langsung tak paham ape yang dia cube nak cakap!
-"Mm... macam nilah yea. Acha dah cerita sikit-sikit ngan saye. Maybe awak tak jaga diri ngan Acha betul-betul. Daripada awak fikir masalah orang gaji, baik awak kawin aje."
"Iye? Nak kawin dengan siapa?"
-"Siape-siape ajelah. Asal dia boleh jaga awak, jaga Acha, jaga rumah, jadilah. Tak payah yang lawo-lawo pon takpe. Kalau nak yang lawo, nampaknye sampai ke tua pon still menduda lagi."
"Kawin eh? Bukan senang... Lagipon, kalau kite suke kat orang tu, orang tu pulak tak suke kat kite. Nanti, kite juga yang malu."
-"Masalahnye, orang tu tau tak yang awak ni suka kat dia?"
"Tak!" - awaklah gadis tu...
-"Camnilah. Memandangkan saye ni kesian betul pada Acha, ape kate kalau saye jadi orang tengah. Cakap aje, sape orangnye, bagi nombor telefonnye, saye boleh callkan. Lagi pulak, nanti saye  puji-pujilah awak sikit. Saye cakap yang awak ni baik ati, hensem pulak tu, gerenti pompuan tu terima. Saye berani bet!"
"Sebenarnya... saya tak berape kenal dia. Camne kite nak kenal  ciri-ciri seorang gadis?"
-"Oh! Senang aje. Kalau nampak cam dia tu ngengada , baik tak yah. itu macam, semua jantan pon dia nak. Kalau dia ni pendiam, mungkin  susah sikit nak ngorat dia. Kalau  dia ni banyak mulut,  maybe susah juga, sebab gadis banyak mulut ni, disukai ramai orang."
"Macam awak?"
-"Tak ah! Saya banyak mulut dengan orang-orang tertentu aje. Setakat ni, dengan family, awak, ex-bos ngan Acha aje. Saya takde kawan lain. Lagipon, malasla saya nak fikirkan  boyfriend-boyfriend ni. Nanti kena fikir pasal kawin lagi. Baik saya fikir pasal  karier saye dulu. Kalaula ada orang yang nak sangat kawin ngan saye, dia terpaksela tunggu."
"Maksud awak, abang Rizal?"
-"Hah! Ex-bos? Tak hingin saye nak kawin dengan dia. Boleh sakit jiwa."

    Hmm... mungkin diorang takde ape-ape. Cume sekadar teman sepejabat, atau sebagai jiran... atau mungkin, salah satu daripada kawan rapat dia. Jadi, ada canlah aku. Tapi... nampaknye aku terpakse menunggu....

"Agak-agak awak berape lame nak kena tunggu?"
-"Adelah sepuluh tahun."
"Hah?"
-"Heh! Heh! Taklah. Hingga cita-cita saye nak jadi penulis tercapai, saye akan terime saje siape yang datang minang dulu..."

    Kalau macam tu, aku harus bersedia dari sekarang... Rasenya, pesaing terdekat aku, confirm 'abang Rizal'! Sebabnya, abang Rizal bukan calang-calang lelaki. Dan, dia bukannya senang nak rapat dengan perempuan, especially yang umurnya baru setahun jagung... macam... Azalya Emyrah Syed Anuar!



Posted at 1/20/2007 6:50:26 pm by lovely_nouraz
Make a comment  

Sunday, January 14, 2007
mym - epi 27

   
    Semalam, aku teman ex-bos aku pegi shopping. Happy gile dia, walaupon aku sengaje suroh dia beli kemeja yang mahal-mahal punye. Aku tau dia memang kedekut, itu pasallah dia cuma belanja aku milo ais aje. Kalo tak tentu dia dah belanje aku makan Mc Donald (sekurang-kurangnye).

    Hari ni, aku nak rehat sambil cari idea. Sekarang, baru aku tau betape payahnye idea nak masuk dalam kepala otak. Maybe jugak sebab aku ni kurang berbakat (bukan tak berbakat langsung tau). Tengah dok pikir-pikir tu, handphone aku pon bunyi. Lagu Crazy Frog tu tak habis-habis berbunyi, naik pekak telinga aku. Lantas, aku pong angkat and terus memaki hamun...

"Ini ape ke halnye? Takde keje lain ke selain nak menggatala tangan dok dail nombor telepon orang?"
-"Kak" - dengar suaranya sayup-sayup aje. Wah! Rupenya Acha!
"Ho Ho! Acha rupenye. Nak ape sayang..."  Aku pujuk-pujuk gak, takot budak tu nangis.
"Papa pengsan..." - Acha cakap sambil nangis. Laa... last-last aku yang cuak.

     Nak tak nak, lepas aku mintak alamat pada ex-bos, aku pong terus naik teksi and menuju ke rumah Acha. Aku dah bagitau ex-bos, kalo dia free, aku mintak dia datang sekali. Bukan ape, takot nanti jiran-jiran diorang ingat aku ni kaki maksiat pulak.

    Perkh! Mewah gile rumah die, tapi langsung tak berkemas. Aku rase, ni mesti gara-gara orang gaji lari lagi. Acha pulak merah-merah matenya sambil tarik tangan aku. Kebetulan, aku ternampak ex-bos tingkat 9 tengah terbaring kat dapur, berkemeja, cam nak pegi keje, 'TANPA SEMPAT MEMAKAI SELUAR!'...Fuh! Nasib baik pakai seluar pendek!

"Acha, camne nak angkat papa Acha ni?"
-"Akak angkatla, Acha tak reti."

    Kalo dia tak reti, aku lagi tak tau. So, aku call ex-bos aku, dengan harapan dia akan datang, sekarang jugak. Tapi, sebaliknye...
-"Apehal call saye ni? saye tengah meeting tau."
"Ak'alah! Orang nak mintak tolong siket pong sombong. Pirah!" - lalu menghempas telefon!

    Lantas, dengan kederat aku yang tak seberape ni, aku pong dukung dia kat belakang badan. Itu pon aku teringat kat cerita Korea minggu lepas. Angkat camtu lebih senang rasenya, especially orang-orang yang badan jenis besar gedabak ni!

    Terhegeh-hegeh aku dukung, sampaila kat bilik dia. MasyaAllah, badan aje kurus, beratnya macam angkat 8 kampit beras sepuloh kilo! Mak oi! baju kotor bersepah sana-sini. Katil tak berkemas.(Heh! Nak ngate orang, aku pon same) So, aku suruh Acha lapkan kepala papa dia guna kain basah, tak reti. Aku suruh ambikkan ais, tak reti! Aku suruh pakaikan papa dia seluar, pon tak reti. Habis, ape yang dia reti. So, kiteorang decide, tutup aje kakinye dengan selimut, kan senang?

    Sambil-sambil tu, aku bongkar jugak dapurnye, cari jus ke, air manis-manis ke. Oit! Aku tetamu apa? Teruk betol. Tapi, bile ternampak pulak pinggan mangkuk yang baunye cam dah sepuloh tahun tak cuci tu, aku pong basuh. Kesian pulak. Pastu, siap kemas ruangtamu lagi. Habis, semua majalah-majalah lame aku humban. Naik gatal muke aku dengan habuk-habuk, miang betol. Last sekali, aku kemaskan bilik dia. Aku surohla Acha duduk diam-diam kat sebelah papa dia, yelah takot bile papanye dah sedar, kang terkejut berok tengok muke aku, then, pengsan lagi. Kan, aku jugak yang susah. Tapi, walaupon begitu, aku sempat gak order Pizza sebelum kemas bilik papanya yang cam gua musang tu.

    Wah! Bersih gile rumah dia. Cam bilik hotel lagi. Aku pong tak pernah kemas bilik aku sebegini rupe. Siap aku pasangkan mesin basuh lagi, aku humban semua baju-baju dia dalam mesin. Kalau baju mahal dia tu rosak, nasib kaulah. Saper suroh pemalas benor? Kot-kot baju dia standart basuh kat dobi kot? Perkh! Naik bangkrup aku kalau kena bayor banyak-banyak nanti!

    Lepas aje aku ngan Acha melantak Pizza (aku bayor dulu, nanti claim kat papa dia), kiteorang pon dok berbual sesama sendiri...
"Camne papa boleh pengsan? Acha tak jage dia ke?"
-"Papakan dah besor, dia tau jage diri dia sendiri."
"Jadi, kalau dia tau jaga diri, kenape baju-baju bersepah? Kenape dia sendiri tak terurus? Kenape Acha tak terbela? Camne orang gaji boleh lari ni?"
-"Acha bubuh kopi mase dia tengah basuh baju papa. Lepas tu, dia takot, terus aje berhenti!"
"Acha janganla menakal macam tu. Nanti papa juge yang susah."
-"Sebenarnya... Acha tak nak orang gaji, Acha nak mama baru!"
"Ape susah, cakapla kat papa yang Acha nak mama baru. Settle semua bende."

    Aku pon bercakap tanpe fikir ape-ape. Sedangkan sebelom ni, aku dah tau, Acha takkan terima orang lain, selain aku. Ish! Nahas betol! Kebetolan pulak, baju dah habis basuh, aku terus aje pegi sidai baju tu kat belakang rumah. Lamannye besar gak, ade tempat untuk sidai baju. Dan, kebetulan pulak, ade makcik jiran yang datang menyapa...

-"Adik ni orang gaji baru ke?" - aku menggeleng...
-"Hmm... kalau gitu, mesti isteri baru." - Perkh! Tersedak-sedak aku, nasib baik tak termuntah sekali. Loya tekak aku dengor!

    Actually, sambil menyidai, sambil berleter jugak. Yelah, baju singletnya dah macam roti jala. Ko tu banyak duit, beli ajelah yang baru. Ade pulak, seluar panjangnye dah koyak, dia tampal dengan sellotape! Tak senonoh punye lelaki. Naik tergelak juga sebab macam ni agaknye keadaan orang-orang yang menduda ni. Tapi, bile pikir balik, kesian juga. Aku taklah kesian kat dia sangat, aku cume kesiankan si Acha tu aje. Entah ape yang dia makan. Pakaiannye entah macam mane gaya agaknye. Tengah aku membebel sorang-sorang, terdengar pulak suara memanggil dari belakang.

-"Oh! Baju dia awak basuh, baju saye tak nak basuh pulak!" - ex-bos aku!
"Buat hape saye nak basuh baju awak. Takde maknenya."
-"Habis ni, ape halnye awak basuh baju dia?"
"Oit! Ingat free ke? Kemas rumah, saye cas RM 300, kemas bilik RM 150, basuh baju RM 350, jaga Acha RM 200. Oh! Campur duit Pizza, RM 60. Kalau awak nak saye buat camtu, bagi dulu RM 700, gerenti semua settle."
-"Apesal RM 700 pulak? Mahal betul. Sekali buat pulak tu. Kalau sepuluh kali dah tujuh ribu. Baik buat duit hantaran." - selamba dek aje dia cakap camtu...
"Tau tak apesal tujuh ratus? Yelah, kemasnye tak seberapa. Tapi, upah membebel aje dah RM 200. Lagi pulak, kalau awak asyik berleter aje, seminit saye cas RM 50. Sepuloh minit, dah RM 500.  Lagipon... nak minang saye tujuh ribu? Sorryla bang!"
-"Habis, berape hantarannye?"
"Hantaran RM 17, 000 - sekurang-kurangnye. Cincin mas putih bertakhta berlian. Sebuah rumah banglo - lengkap dengan perabot, sebuah kereta Beetle... Sebuah laptop... dan, satu warranty bahawa saye takkan dikecewakan! I think, awak takkan dapat."
-"Jangan cabar saye!" - cakap penuh semangat seh!
   
    Aku bukannye demand, tapi aku saje nak mengenakan dia.. Heh! Heh! Lagipon, belom tentu aku pilih dia jadi laki aku. Pendapat akulah, kalau hantaran RM 5000 sekalipon, dengan rumah kos rendah, kereta buruk zaman tok Adam (yang macam nak roboh), cincin murahan sekalipon, asal dia baik, penyayang, bertanggungjawab, cukuplah!

    Tak silap aku, lepas ex-bos tingkat 9 dah sedar, dia nampak aku,  terus aje dia pening kepala. And then, aku pon balik dengan ex-bos aku naik keta Kenari buruk dia, tanpe dapat ape-ape upah sekalipon seperti yang aku fikirkan. Warkh! Buang mase aje aku tolong ex-bos tingkat 9 buat keje rumah tadi!!!

Dan... bulat-bulat aku diketawakan ex-bos aku... katenya aku mate duitan! Ces!!!


Posted at 1/14/2007 9:23:09 am by lovely_nouraz
Make a comment  

Saturday, January 13, 2007
mym - epi 26

      Hari ni, first sekali aku nak cari idea. Sambil-sambil tu, aku cari gak skrip-skrip movie kat internet. Sorry yea, aku bukan tiru tau. Just nak dapat feel aje. Tapi, dah jiwa senilah katekan, baca skrip pong boleh nangis. Ape ke hal? Ni kalau tengok movie betol-betol, mau satu tempayan air mata aku keluor. Kot-kot, boleh jadi hantaran untuk PGL lagi. heh! heh!

    Tengah aku lepak-lepak tu, tetiba aje loceng aku bunyi. Ni takde lain, mesti ex-bos aku (asyik teka aje, bukannya betol pon). Tapi, bile aku nampak muke toya dia kat depan pintu, Yes! Tekaan aku betol. Ngacau betolla mamat ni, aku banyak keje lagi nak buat.

-"Hari ni sibok tak?"
"Sibok! Kejap lagi nak makan, lepas tu berangan. Petang nanti, tidur siang, lepas tu makan. Lepas tu, tengok TV, lepas tu makan..."
-"Makan aje kerjanya!"
"Habis tu?"
-"Temankan saye kejap." - dia cakap sambil tengok tempat lain. Aku perasan betol,  baru-baru ni, dia tak berani lagi tengok mata aku, sebagaimana dia tenung aku macam nak telan mase kiteorang baru kenal dulu.
"Tak maulah. First - saya tak penah keluar dengan jantan. Second - saya tak hingin keluor ngan jantan. Third - saya tak suka keluor ngan jantan."
-"First - saya bukan jantan, saye lelaki. Second - saya pun tak hingin keluor ngan awak, tapi terpaksa. Third - saya pon tak suke keluor ngan awak. Jadi?"
"Macam nak mencabor aje. Ingat saye tak berani ke?"
-"Kalau gitu?"

    Lalu, aku terpakse menyahut cabaran dia. Dia ingat aku pengecut agaknya, takut dengan lelaki (memang iya pon). Tapi, aku tengok stail dia macam bapak-bapak aje, takkan dia nak buat tak senonoh kat aku, yer tak? Lagipong, kalau dia culik aku, mesti dia bawak balik rumah dia punye. Rumah dia pulak sebelah rumah aku. Ho! Ho! Tak boleh lari mane-mane punye.

    Actually, aku ni memang suke mempermain-mainkan perasaan orang. Ini semua aku belajor masa aku berangan cari idea nak nulis skriplah. Agaknye kalau jadi pelakon, Rosyam Nor pong boleh kalah. Jadi, aku pon pakai baju yang kalernya same ngan baju dia. Satu set putih seh! Pastu, dia siap pakai topi, tapi aku ikat rambut dengan reben putih. Perkh! Memang cantik giler. Itu pong aku tiru stail kat majalah.

-"Apasal pakai macam ni?"
"kenapa? Tak buleh ke?"
-"Huh! Macam waitress." - lalu terus berjalan meninggalkan aku kat belakang.
"Encik, kalau gitu saye tukar baju skang jugak."
-"Eh! Jangan." - mukenya cuak. Aku pong tak paham!
-"Takpelah, kot-kot bile makan kat restoran nanti, boleh dapat diskaun."
"Tauke gile mane yang nak beri diskaun pada orang yang pakai baju macam waitress ni, hah?" - aku pong terus blah mendahului dia. Dia pulak tergaru-garu kat belakang. tapi, aku terdengar satu benda yang buat aku makin cuak!

-"Kalau boleh, aku tak suka dia nampak cantik depan orang."

    Walaupon dia berbisik sendiri, tapi aku dengor! Aku dengor! Tak silap beb! Ape sebab dia kate aku camtu? Kenapa pulak aku tak boleh pakai baju cantik-cantik depan orang? Ape kena-mengena dengan dia? (dasar tak paham bahase!)...

"Laa... nak ajak teman beli kemeja rupenya. itulah, dulu pakai baju compang-camping, tak reti bergaya. Pasal tulah pompuan tak suke."
-"Compang-camping? Awak ingat saye ni pengemis apa?"
"Tarafnye tinggi sket daripada pengemis kot? Ho! Ho! Janganla mare. It's okay. Orang seni cam saye memang pandai memilih."
-"Iye. Sebab itulah pilih kerja yang tak sesuai. Orang macam awak ni, patot jadi tukang cuci aje. Tak usah berangan nak jadi penulis."
"Awak nampak tong tu tak? Kang, dengan tong tu saye tangkop kat kepala awak tau tak? Dahla, kate saye tukang cuci kan? Skang juga saye pegi cuci."

    Kebetolan plak ade tukang cuci berdekatan kat situ, aku terus pegi kat makcik tu, lalu aku mintak mop kat dia, dan berpura-pura mop depan orang ramai. Lantas, terus aje dia pegi dan tarik aku balik.

-"Sorrylah makcik, kekadang otak dia ni tak betol sket."
"Oh! Awak kate saye orang giler eh?" - marahla tu konon.
-"Habis, kalau saye kate awak orang gile, awak terus nak pegi rumah sakit jiwa? Hah?"
"Sukati oranglah!"

    Walaupon kiteorang berperang mulut waktu tu, tapi aku memang sure, rase happy semacam. Kate orang, walaupon aku kutuk dia, dia kutuk aku, tapi masing-masing macam tak heran... Walaupun orang anggap dia tu ayah aku, tapi aku tak kisah langsung. Tapi, aku memang marah kalo orang ngate yang dia tu sugar daddy aku. Ingat aku tak dengar? Ex-bos aku pong dengar gak, tapi dia buat muke selambe dek aje. Baguslah tu. Orang lelaki bukan tau malu!

Posted at 1/13/2007 7:02:55 pm by lovely_nouraz
Make a comment  

mym - epi 25

...bagi pihak Erizal...

    Dalam keadaan sekarang, macam-macam perasaan yang datang mengejut. Gembira, aku gembira sebab aku terjumpa satu-satunya gadis yang membuat hari-hari aku sentiasa dalam keadaan ceria. Sedih, sedih kerana dia tak lagi berada di depan mata aku. Marah, marah kerana sekarang ni, 'Man' cuba mempergunakan Acha untuk memikat hati dia. Kecewa, kerana tiada lagi orang yang akan memasak maggi untuk aku. Dan... sunyi. Sunyi kerana tiada lagi insan yang sanggup melayan kerenah aku. Menyesal, kerana aku bukan lelaki pilihannya...

...di hati Eeya...

    Aku rasa pelik. Tak faham dengan situasi sekarang. Dulu, hidup aku penoh dengan gurauan. Tapi, rasenya sekarang dah makin rumit. Takkan satu persatu perlu dibuang dalam fikiran? Ex-bos, lelaki yang garang, tapi rasenya kami agak serasi, terutamanye apabila bergurau. Ex-bos tingkat 9, aku benar-benar tak faham. Bukan ke dia yang selama ini menyuruh aku menjauhkan diri, kini dia pulak yang menggalakkan anaknya berkawan dengan aku. Takkan nak umpan kot? Mamat Prince Charming... kenape dia minat kat aku, ek? Yelah, dia tak tau yang gadis mulut celupar dalam telefon ni adalah gadis Snow White yang dia minat sangat-sangat tu. Hai! Janganla jadi perkara yang bukan-bukan lagi. Aku tak sanggup. Tak ingin aku bermadu tige!

...pada fikiran Norman...

    Dia memang tak layak langsung menjadi isteri aku. Dia bukannya taste aku. Aku tak pernah fikir untuk menerima gadis macam dia, yang aku anggap seperti gadis tak matang. Tapi, baru-baru ni, aku agak tersentuh. Kenapa ya, dah ramai calon aku bawak pada Acha, seorang pun dia tak berkenan, hinggalah Acha sendiri terjumpa dengan dia. Tapi, tak dinafikan, sebelum Acha suka pada dia pun, aku dah rasa, sesuatu perkara akan berlaku, baik pada aku, dia atau Acha. Kalau itulah pilihan Acha, aku terima. Tapi, kata orang, dia ada affair dengan abang Rizal, tapi kenape diorang berpura-pura tak kenal antara satu sama lain? Atau, dia sengaja nak mempermainkan perasaan aku?

...menurut inspirasi Danial...

    Aku ditakdirkan bertunang dengan Ina, dalam keadaan terpaksa. Rasanya, Ina terlalu frust dengan boyfriend lamanya menyebabkan dia memaksa aku menjadi pengganti. Aku takde peluang untuk memilih. Kini, aku telahpun berjumpa dengan gadis idaman aku. Snow White... seorang gadis biasa yang hidup dalam keadaan luar biasa. Ada something special dalam dirinya. kenapelah aku tak berjumpa dengannya dulu, sekurang-kurangnya sehari sebelum majlis bertunangan? Kenapa hati aku diuji sebegini rupa? Dan, aku tak menghiraukan kewujudan Eeya secara tibe-tiba. Buat apa? Takde faedahnya buat aku, kecuali dia boleh membawa Snow White datang kepadaku...

...akhirnya...
~Aku benci ex-bos, sebab dia selalu usik aku. Tapi, aku suka dia, sebab dia memang selamba...
~Aku benci ex-bos tingkat 9, sebab dia suka buat muke toya. Tapi, aku tau dia suka aku pun, sebab budak Acha tu. Kalau tak, haram!
~Aku benci mamat PC, sebab dia suka mengutuk aku, dan buat aku sakit hati. Tapi, belom tentu aku suka dia, walaupun dia suka gile pada Snow White. Aku bukan Snow White. Kalaulah dia tau perangai sebenar aku, hampes!!!

Posted at 1/13/2007 6:25:06 pm by lovely_nouraz
Make a comment  

Previous Page Next Page