www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws     www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws

Scroll images by bigoo.ws


MySpace

MySpace






lovely_nouraz
September 7th 1985  (Age 24)
Female
Johor Bahru

MySpace

MySpace


nickNORA, AZZY, JIEYA, G, E, YAN, KAY, A.K, ATOM, TOMN, ETC...freetimeBERANGAN, MENULIS, MELUKIS, TENGOK MOVIE, REKA FESYEN, MUZIK... birthday7SEPTEMBER1985... homeLARKIN JAYA, JB... i likeSKY JUICE, LEMONADE, GINGER BEER... really likeKOREAN MOVIES, CHINESE MOVIES, ACTION MOVIES, LOVE STORY,ETC... sometimesTHINK ABOUT SOMEONE... somebodyWHO SUDDENLY COMES IN MY LIFE WITHOUT EXPECTED!... somedayWANNA BE HAPPY... somethingNOT IMPOSIBBLE... hateSTRESS, CHECK-UP, SOMETHING STUPID, SOMEBODY OUT THERE!...etc

Online Degree


Blog ni sedang dalam perancangan untuk dijadikan website. Dalam sebulan dua lagi kot? Senang korang nak bace. Lagipon, ramai gak yang masuk, so berbaloilah kalau bersusah-payah siket. Teruslah bagi support pada I. Bukan rugi pon.



NNerdy
OOrganic
RRounded
AAmazing
ZZippy
IIrresistible
AAmazing
HHuge

Name / Username:

Name Acronym Generator
From Go-Quiz.com

<< March 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Thursday, June 28, 2007
sct - ep 5

-“Bos, tolonglah dia. Dia ni memang mulut celupar sikit. Tapi... dengan 500 ringgit tu, apalah yang dia dapat?” – kata akak ‘andartu’ pada bos kiteorang.

       Warkh! Rupanya, diorang pakat beramai-ramai lalu jumpa bos aku petang tu juga. Semuanya gara-gara kata-kata aku untuk cari pembunuh upahan dan tembak kepala dia. Padahal, aku main-main aja. Lagipun, manalah cukup duit aku nak upah orang. Nak beli basikal pun terpaksa hutang. Masa ni mungkin aku susah sikit kot, nanti bila misi dah selesai... (rahsia), barulah senang dan berduit!

*-“Jadi, dia hantar awak semua untuk memujuk saya?”

-“Sebenarnya, dia tak tahu pun yang kiteorang datang sini. Kesian dia, sekarang ni tengah menangis teresak-esak kat depan tu.”

*Story yang diceritakan oleh mat despatch pada aku*

       Memula tu, bos tak percaya. Berkerut-kerut muka dia. Tapi, bila akak andartu cerita dengan penuh keinsafan (keji betul), barulah bos teragak-agak nak maafkan aku, dengan syarat, bos nak tengok sendiri keadaan aku. Kata akak andartu pada bos, aku nangis terguling-guling, sampai dah keluar air mata darah. Keadaan pun dah tak terurus (teruk betul si andartu ni).

    Tapi, sebaliknya, bila bos datang tempat aku... “Aku tengah makan roti sambil dengar lagu KRU dengan senang hati sambil ‘download’ movie cerita ‘Con Air’.”

“Err... apa buat ramai-ramai kat sini? Ada lawatan sosial ke, atau... nak cari salah orang?”

    Bos mula menjeling ke arah akak ‘andartu’ yang mukanya cam kera kena belacan tu. Tapi, bos ni jenis tak puas hati. Ditanyanya aku bertalu-talu, macam dalam court!

 

-“Kenapa makan kat sini?”

“Takkan nak makan dalam toilet pulak? Lagipun, akak Ju makan nasi lauk gulai lagi kat tempat dia, boleh pulak” – bos jeling lagi pada akak ‘andartu’.

-“Apasal dengar lagu ni?” – still tak puas hati dengan aku.

“Alah, bos jeles sebab bilik bos takde radio.” – kataku selamba.

-“Kenapa ‘download’ sesuka hati? Haram tau.”

“Iye ke? Bukan ke hari tu saya nampak bos ‘download’ lagu Eminem. Sudahlah lagu mencarut, copy haram pulak tu.” – muka bos sedikit bengang.

-“Jadi, awak tak kisahlah gaji awak dipotong?”

“Suka hatilah.”

-“Tak nak buat rayuan?” – bos cakap macam nak menyindir...

“Tak perlu.”

-“Fine. Dua bulan berturut-turut awak tak dapat gaji. Jangan ada hati nak ambil O.T.”

       Bos pun pergi dengan muka tak puas hati. Dah, semua dah dapat bahagian. Bos tak dapat kenakan aku – padan muka dia. Akak ‘andartu’ dapat malu. Mat despatch rasa salah pada aku. Dan yang penting, gaji aku dipotong dalam masa dua bulan ni. Wah! Bagusnya, ni semua pasal akak ‘andartu’ tu nak sangat berbual dengan bos, lantas aku yang jadi mangsa!

 

Posted at 6/28/2007 7:29:34 am by lovely_nouraz
Comment (1)  

sct - ep 4

“Bukan salah saya. Bos yang suruh kerja sampai malam.” – aku kata dengan muka selamba...

-“Awak tahu tak, apa akibatnya kalau office ni dibiarkan tak berkunci?”

“Alah, apa sangatlah yang orang boleh curi. Komputer pun dah buruk.”

-“Jadi, awak nak saya potong gaji awak untuk beli komputer baru?”

“I hope so.”


    Dan juga, kerana mulut celupar aku, maka Pinggan dengan sesuka hatinya terus aje bersetuju nak potong gaji aku setiap bulan untuk tukar komputer baru – untuk aku ajalah!

“Mana aci! Kalau nak potong, potonglah gaji semua orang. Kenapa saya seorang aja?”

-“Sebab awak ni loya buruk. Maklumlah, komputer buruk, siapa nak curi. Kalau ada pencuri masuk, kurang-kurang ada komputer awak untuk dicuri.”

“Mana aci macam ni?”

-“Aci takde. Thambi ada, kat luar sana.”

“Bos ni, perangai cam Bangladesh jual sambal kat rumah saya tu. Degil dan kuat dengki.”

-“Iye? Betullah tu. Tapi, awak tak dibenarkan letak jawatan dalam masa 6 bulan ni, hingga hutang awak selesai! Understand?”

     Dengan muka yang masam, aku terus aja keluar dari office dia dan berkira-kira nak tunjuk perasaan. Tengoklah, aku akan kenakan si Pinggan ni. Tapi, 6 bulan dari sekarang? No way! Kurang-kurang pun, aku ada masa lagi 4 bulan aje untuk kerja, lepas tu, I’m free... Ceh! Kacau plan orang aja.

 

-“Oit! Masamnya muka kau. Gaduh dengan Pinggan lagi ke?”

“Apalah lain yang buat aku marah?”

-“Apalah kau. Kalaulah aku, aku ngorat dia. Kipas dia cukup-cukup.”

“Kau jangan nak mengajar aku pulak.”

-“Tapikan, aku tengok... kau seorang aja yang berani lawan cakap dia.”

“Yelah. Sebab aku seorang aja yang selalu kena buli dengan dia.”

      Petang tu juga aku dapat surat daripada dia, - Warkh! Gaji aku dipotong 30 percent. Yang tinggal cuma RM 500 lebih aja? Apa aku nak makan tetiap hari? Nak simpan duit lagi. Hampes betul.

 

Posted at 6/28/2007 7:27:09 am by lovely_nouraz
Make a comment  

Wednesday, June 27, 2007
sct - ep 3

    Esoknya lagi, hari Jumaat. Aku pakai baju kurung biru. Memang sweet (puji diri sendiri pulak). Dan, hari tu juga, bos baru aku masuk kerja. Pertama kali tengok, hensem seh! Memang bergaya betul. Gayanya serupa macam ‘Dr. Fazley’. Dan, yang kesiannya, macam nak pengsan akak ‘andartu’ tu lepas dapat salam dengan bos baru aku yang hensem tu. Dan, oleh kerana mata dia besar dan bulat macam pinggan, maka aku pun panggil dia, ‘Bos Pinggan’. Dan yang bestnya, semua bebudak office pun dah terbiasa panggil dia ‘Pinggan’ (belakang-belakang aja). Hmm... apa boleh aku kata? Bukan salah aku.

     Boleh dikatakan, aku ni memang selalu jumpa ‘Pinggan’. Yelah, semua urusan pejabat, aku yang settle. Lagipun, assistant manager yang lepas pemalas gila, semua kerja di tolaknya pada aku. Sampaikan aku yang cuma kerani akaun ni dah tahu buat kerja-kerja assistant manager. Yang bagusnya, dia dah dipecat, dan patutnya, akak ‘andartu’ tu yang ganti (agaknyalah kot?).  Hmm... tak sabar akak ‘andartu’ tu nak menatap muka Pinggan ni tetiap hari.
 

-“Apasal awak tak buat interview untuk pekerja baru?” – dimarahnya aku pagi-pagi buta.

“Sebab, saya bukan assistant Encik! Saya kerani akaun. Ke-ra-ni a-kaun.”

-“Jadi, awak tak nak naik pangkat? Naik gaji?”

“Naik gaji, nak. Naik pangkat, tak mahu.”

-“Mm... mata duitan juga awak ni yea?”

“Ya juga. Kalau Encik ada spek yang boleh nampak ‘x-ray’, tentu Encik boleh nampak simbol duit dalam mata saya.”

-“Jadi, awak cabar saya?”

“Mungkin.”

      Kerana hal bodoh tu, aku telahpun diberi kerja yang berlambak-lambak hingga tak larat aku nak habiskan. Sekarang dah pukul 9 malam, tak balik-balik rumah lagi. Sudahlah dia orang kata kat office ni ada... Eii! Seram gitu. Dan, oleh kerana terdengar bunyi telefon, aku pun terperanjat lalu terus meninggalkan office macam tu aje, tanpa menutup lampu, air-cond dan sebagainya.

 Esoknya, kena marah lagi!

 

Posted at 6/27/2007 2:17:35 pm by lovely_nouraz
Make a comment  

sct - ep 2

    Sebenarnya, aku bukannya seronok sangat kerja kat sini. Misi aku cuma satu, nak cari duit untuk...– ehem! Rahsia. Nanti kau orang tahulah sendiri yek. Aku terdesak ni. Kalau tak, tak ingin aku kerja. Pergi pagi balik petang. Baik aku sambung belajar. Itu cita-cita aku, tapi rasanya tak kesampaian... sebabnya... Rahsia! Aku cuma ada beberapa bulan aje menjelang ‘hari’ tersebut. Maka itu, aku takkan membazir duit untuk benda-benda yang merepek. Bagi aku, lebih baik tidur daripada makan. Tidur free, kalau makan, koman-koman pun kena ada RM 5 dalam tangan. Payah seh!

     Esoknya, aku dikejutkan dengan satu berita... berita yang paling benci untuk aku dengar, dan selalunya aku buat-buat tak layan aje.

-“Nisha, ada orang minat kat kau.”

“Yer ke? Sorry, tapi aku tak minat nak ambil tahu.”

-“Oit! Orang lain semua berebut-rebut nak cari laki, kau boleh buat macam tu aje?”

“Kalau gitu, kau ajelah yang sambar lelaki tu. Okey what? Dia pun hensem orangnya, kaya pulak tu. Boleh belanja kau tetiap hari.”

-“Macam mana kau tahu rupa dia sedangkan ‘dia’ pun kau tak tau siapa?”

“Aku agak aje.”

     Dan, memandangkan aku malas nak layan, maka diaorang terus aja berkumpul satu tempat dan mengumpat pasal aku. Itulah konsep yang paling aku tak gemar – mengumpat depan-depan! Yang geramnya, aku terdengar angin sepoi-sepoi yang mengatakan aku ni ‘Lesbian’? kurang ajar betul. Itu pasallah aku malas sangat nak campur diaorang ni. Mulut semua celupar.

Posted at 6/27/2007 2:14:26 pm by lovely_nouraz
Make a comment  

Secret! - Ep 1

Hari ni kena berleter lagi dengan bos aku. Katanya, aku kuat tidur. Asyik-asyik muka aku aje yang dok terbaring kat meja tu. Alah, aku bukan menyusahkan hidup dia. Bukannya aku tidur dengan air liur meleleh. Aku sanggup tak makan tengahari pasal nak tidur punya pasal. Benci betul tengok muka orang tua ni.
    Tapi, memandangkan tak lama lagi ada bos baru yang akan ganti, jadi tak terfikir pula kat kepala otak ni nak berhenti kerja.

-“Mintak-mintaklah bos lelaki duda yang hensem.” – Itu kata akak ‘andartu’ yang memang terkenal dengan kari ikannya tu. Bila open house – buat kari, kenduri – masak kari lagi, meeting kat office pun, - kari lagi dan lagi. Naik muak, tapi tak boleh kata apa-apa, maklumlah, makanan free...

-“Aku rasa, bos kita mestilah perempuan cantik yang seksi.” – Itu pulak angan-angan dari despatch yang tak sedar diri. Bini dah dua pun nak menggatal lagi.

      Bagi aku, tak kisah laki ke pompuan. Yang penting, dia bagi gaji, tak garang, suka senyum, - ehem! Bolehlah aku mengampu. Keh! Keh! Keh!

Posted at 6/27/2007 2:10:05 pm by lovely_nouraz
Make a comment  

Friday, April 06, 2007
Notes...

   
   I'm sorry. Actuallly, I dah lame tak dapat masuk blog. Sibuk dengan english class, bisnes lagi. Oh! I just want to say... congratulations for our new company. I'm the Assistant Manager. And, because of that, I'm really busy and don't have time to do something that I really like - MENULIS!!!

Hai... tapi, korang still tunggu citer latest I kan? It's okay. On the other hand, I terpakse cancelkan citer 'Pencari Cinta' atas sebab-sebab tertentu. So, stay tune!

ps : entah betol entah tak english aku nih!

Posted at 4/6/2007 7:28:07 pm by lovely_nouraz
Make a comment  

mym - epi 37


"Sorry. Tak mungkin salah satu daripada korang akan kawin dengan saya."

    Maka itu, tamatlah sebuah cerita dongeng!...

     Aku dahpun jadi penulis skrip terkenal. Malah, aku juga ditawarkan berlakon filem... sebagai tukang jual Ayam!!! Cis! Tapi, okeylah tu. Skrip aku yang bertajuk, "Kau Jealous" sedang di jalankan penggambarannya dan dijangkakan akan meletup di pasaran! ho! ho! Tak lama lagi, kayelah aku. Akukan mata duitan sikit...

    Dengarnya, ketiga-tiga ex-boyfriend aku tu (yea yea kelape ajerk) dah pun jadi member baik. Ex-bos aku dah bukak kedai sendiri. Dia pun dah nak kawin... dengan janda kaya. okeylah tu. Ex-bos tingkat 9 pulak (abang Man konon!) dah bertunang dengan... Warkh! Akak aku! Walaupun akak aku tak suke budak Acha yang dah pecahkan trofi kaca dia tu, tapi nak marah buat ape, name pon budak-budak. Cume, sakitlah hati aku bile balik raye sama-sama nanti. Nampak aje muke dia, rase cam nak siram minyak tanah aje. Geram seh! Sedangkan, Danial... aku tak berape kenal dia pun. And, dia dah berkali-kali nak ngorat aku, akhirnya aku kenalkan dia dengan sepupu aku yang rambutnye panjang cam 'Rapunzel'. Jangan main-main, sepupu aku ada berbagai jenis, Cinderella ada ( anak yatimlah tu), Alice In Wonderland (kuat berangan), even Sleeping Beauty pong ade.(kuat tidorlah tuh!) Actually, Danial dah lame putus tunang...

    Dan aku... still solo. Sejak jadi kaya ni, aku suke melancong dan mengembara. Dan, cadangnya, aku nak melancong ke Korea pulak lepas ni. Maybe boleh dapat husband yang rupanya cam Hero Korea. Hensem seh!!! Heh! Heh! Korang jeles ngan aku eh? Janganlah cenggitu. Aku serius ni. Esok-lusa-tulat, skrip aku jadi filem, confirm aku jadi kayer!!!

-- END --

Posted at 4/6/2007 6:58:08 pm by lovely_nouraz
Make a comment  

Sunday, April 01, 2007
mym - epi 36

-"What? Nak kawin? Mane boleh. Siape nak jadi pengantin aku?"
"Hoi! Kau jangan nak perasan. Aku yang kenal dia dulu."

    Nampaknye, aku dengan Norman dah gaduh. Yang lebih teruk lagi, Danial pun ade dalam kumpulan tersebut. Cume Acha aje yang dah tidur.

+ "No way. She's my Snow White." - Tiba-tiba Danial mengetuk meja.

-"Shut"
"Up!" -

    Aku dengan Norman dah panas telinga. Dahla baru aje kenal dia tadi, dah nak berlagak lebih. Sudahlah pegang tangan awek aku.

-"Fine, kalau gini kita suruh dia pilih. Siapa yang layak jadi husband dia."

    Aku tau si Norman ni berlagak lebih. Kononnya dia lebih handsome daripada aku. Tapi, dia juga boleh gunakan Acha untuk mengumpan. Kalaulah dia guna taktik kotor macam tu, tahulah aku nak buat apa. Tetibe pula mamat yang tak dikenali tu menyampuk...

+ "Kalau macam tu, konfirm dia pilih aku. Aku tak buat salah pun dengan dia. Lagipun, jangan bimbanglah, kalau dia jadi wife aku, aku akan pastikan dia CUKUP MAKAN."

-"Hoi! Kau kalau nak menyindir, pegi balik chalet kau. Kau tunjuk lagi muka kau kat sini, aku jual kau kat Siam."

"Hey, apa ayam-ayam ni? (pekak betol!). Dah, kau pergi balik. Man, tu anak kau dah merengek-rengek tu. Kau orangla bising. Semua balik. Aku dah sakit kepala nih!"

+ "Hah! Tak sangka Snow White aku ada taste orang tua macam kau. Yang kau pulak, duda anak satu. Dah kawin esok, sure tak boleh enjoy, siang-malam kena jaga anak. Hmm... nampaknya, aku still bujang." - Danial cam lupa pulak yang dia dah bertunang!

    Tapi, akhirnya dia dikurung dalam toilet sebab banyak mulut. Sedangkan aku dengan Man masing-masing tak nak beralah. Lalu, kerana nak memuaskan hati semua pihak, kiteorang pun duduk bertiga, pasang loud speaker and terus call dia.

Dengan beraninya, aku cakap straight to the point!

"Awak, awak nak kawin dengan siapa?" - semua diam...

-"Mmm...."

   




Posted at 4/1/2007 7:57:11 pm by lovely_nouraz
Make a comment  

mym - epi 35


"Skang, akak sukelah tengok adik akak kena camni? Senang hati, kan?"
-"Mane akak tau benda ni nak jadi. Itulah, suke sangat kumpul boyfriend ramai-ramai. Sekarang, tanggunglah sendiri."
"Bile mase pulak mangkuk-mangkuk ayun tu jadi boyfriend Eeya? Sorry, not my taste."

    Tetibe aje akak aku terus tekup mulut. Apa? Salah ke aku cakap? Akak dah berubah muke, aku pulak dah suspect something. Mesti diorang ade sindiket untuk mengenakan aku.

-"Tak! Jangan cakap bukan-bukan. Nanti kalau diorang dengar, camne?"

    Muke aku terus berkerut. Camne gaya pulak diorang nak dengar cakap aku. Dah tentu kiteorang kat dalam kereta sekarang. And, kebetulanlah pulak, aku ternampak henset akak aku berlampu. Akak aku pun tengah cuak aje sambil pegang henset dia. Sah! Mesti diorang ade online, akak aku pulak pasang loud speaker supaye mamat-mamat tu boleh dengar aku membebel. Fine, akak aku boleh buat plan, aku pon boleh!

"Kak, kenape yea, semua orang tak suke Eeya. Ape Eeya ni teruk sangat ke?"
.... aku sengaja umpan supaye mamat-mamat tu rase bersalah!...
-"Taklah. Adik akakkan budak baik." - akak cube coverlah tu konon...
"Alah kak, Eeya tak cantik, tak pandai macam akak. Sebab tulah orang gile pun tak sudi nak kawan"
-"Adik akak ade kawan dengan orang tak siuman ke?" - akak mule cuak...
"Heh! heh! Bagus kak member ngan diorang. Tak kisah pun hal peribadi orang. Lagipun, diorang ni jenis tak pentingkan diri. Dan, sekurang-kurangnye, diorang ade hati nak belanja Eeya makan." - ceria betol cara cakap aku.

    Aku sengaja mention pasal makan. Sebab sebelum ni pon, mamat-mamat tu yang singkirkan aku time makan. Sampai aku kecik hati, merajuk tak nak makan langsung, esok pagi sakit perut masuk angin, padan muke aku!

-"Mmm..." -akak aku terasa sebab dia pon kedekut nak belanja aku makan!
"Kak, Eeya ingat.... Eeya nak kahwin."

- - "Hah! Nak kawin?"

    Hah! Kantoi. Terdengar suara-suara sumbang yang keluar dari henset akak aku. Kan, akak aku dah naik bengang. See... serta-merta akak aku offkan henset. Ho! Ho! terkena hang...

"Hmm... nampaknye, tambah lagi orang yang tak boleh dipercayai... Huh! i'm a genius."

    Dan, malam tu, kerane terlebih bengang ngan aku, maka akak pun belanja makan seafood yang sotongnye rase liat cam kasut tu. Menyampah aku. Kan aku dah kate, dasar kedekut, belanja kat tempat murah aje. Piirahh!


ps: lamenya tak nulis, rase kekok lak!

Posted at 4/1/2007 7:21:10 pm by lovely_nouraz
Make a comment  

Sunday, February 25, 2007
mym - epi 34

    Petang tu, aku call akak. Akak dah tau semuanya dan akak janji nak ambik aku, malam ni. Ini semua akak punye pasal. So, dia kenalah bertanggungjawab. Sekarang, padan muke semua orang. Percaya sangat kat budak kecik tu. Tapikan, puas juga hati aku, sekurang-kurangnye, diaorang tau yang aku ni bukan orang jahat. Eleh, anak kau tu yang suke fitnah orang, tanggunglah sendiri!

    Percaya tak, walaupun kiteorang duduk kat tempat yang sama, tapi diorang tak dapat cari aku punya. Punyelah penat aku carik port untuk menyorok. Tengah aku dok posing kat atas batu berdepan dengan pantai, tetibe aje telefon aku berbunyi. Huh! Malas aku nak layan. Nampaknya dah 50 miss call aku terima. Nampaknye, ini turn aku nak balas balik ape diorang dah buat kat aku.

-"Hai."

Bile aku menoleh aje, rupenya...

"Hai." - alamak! Mamat PC. Macam mane aku nak control ni.

    Sebenarnya, aku malas betul nak menipu lagi. Lagi pulak hati aku tengah sakit ni. Panas aje rasanye, so, baik aku berterus-terang aja...

"Sorry. Saya tak sanggup nak main-mainkan awak lagi. Thanks sebab kata saya cantik, awak seolah-olah beri saya semangat. But, saya bukanlah Snow White yang awak puja-puja tu. Awak Danial kan? Dan saya Eeya, gadis yang suka mengacau awak ikut telefon tu. Harap awak tak tertipu lagi lepas ni. Saya memang jahat. Saya suke main-mainkan orang. Sorrylah."

    Aku terus pergi dari situ. Dia nampak terpinga-pinga. Kesian gak aku tengok. Tapi, daripada aku terus tipu dia, tambah dosa aje tetiap hari. Dengan muke selamba dek, aku terus jalan melintasi dia, tak alih-alih dia tangkap tangan aku. Aku terperanjat juga. Yang lagi teruknya, ternampak pulak dek mamat-mamat yang suke memperbodohkan aku, with anak kesayangan yang manje giler tu. Geram pulak aku tengok. Actually, aku malulah. Si Danial ni pegang tangan aku depan diorang. Jadi, untuk control cun, aku pong terus rentap balik tangan aku and terus berlari ke arah lain. Walau diorang panggil macam nak giler sekalipun, aku peduli apa.

...dan sekarang, aku dah jadi macam pelarian. Bilelah agaknye akak aku nak sampai ni?.....


ps:yg ni boring sket, tak dak idea. lgpun, skang ni agak sibuk. Lps ni nk sambg blaja lg. mgkn sesekali aje dpt masuk blog. Sorry no...

Posted at 2/25/2007 11:14:01 am by lovely_nouraz
Make a comment  

Previous Page Next Page