www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws     www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws

Scroll images by bigoo.ws


MySpace

MySpace






lovely_nouraz
September 7th 1985  (Age 24)
Female
Johor Bahru

MySpace

MySpace


nickNORA, AZZY, JIEYA, G, E, YAN, KAY, A.K, ATOM, TOMN, ETC...freetimeBERANGAN, MENULIS, MELUKIS, TENGOK MOVIE, REKA FESYEN, MUZIK... birthday7SEPTEMBER1985... homeLARKIN JAYA, JB... i likeSKY JUICE, LEMONADE, GINGER BEER... really likeKOREAN MOVIES, CHINESE MOVIES, ACTION MOVIES, LOVE STORY,ETC... sometimesTHINK ABOUT SOMEONE... somebodyWHO SUDDENLY COMES IN MY LIFE WITHOUT EXPECTED!... somedayWANNA BE HAPPY... somethingNOT IMPOSIBBLE... hateSTRESS, CHECK-UP, SOMETHING STUPID, SOMEBODY OUT THERE!...etc

Online Degree


Blog ni sedang dalam perancangan untuk dijadikan website. Dalam sebulan dua lagi kot? Senang korang nak bace. Lagipon, ramai gak yang masuk, so berbaloilah kalau bersusah-payah siket. Teruslah bagi support pada I. Bukan rugi pon.



NNerdy
OOrganic
RRounded
AAmazing
ZZippy
IIrresistible
AAmazing
HHuge

Name / Username:

Name Acronym Generator
From Go-Quiz.com

<< March 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Sunday, January 06, 2008
sct - ep 14


    Hmm... terkejut berok kau. Itulah, dulu aku kate, sabor! Sabor! Sekarang, dapat tak ganjarannye?

    Nampaknye dari tadi asyik senyum aje mamat ni. Pastu tengok-tengok aku pulak. Malulah kalau orang lain perasan. Tapi, kiteorang memang nampak sedondon. Aku sengaja tempah baju kurung Johor kaler hijau. Perkh, kalo nak ganti tempat pengantin pon takde hal punye. He! He!

    Lepas aje majlis bersanding, sepatutnye dia ikut sama dengan pengantin dok kat meja masa makan beradap, sebaliknye dia ikut aku secara senyap-senyap.

-"Cik, boleh tumpang tanye?" - ade orang tanye dari belakang, suare memang dikenali.
"Yea?" - aku pon menoleh...
-"Berape agaknye hantaran untuk meminang? Katekan RM 15 ribu. Tapi, tolak kenakalan - RM 2000, tolak penipuan - RM 5000, biaya sakit hati - RM 5000, kerungsingan - RM 2500, maknenya tinggal RM 500 ajelah."
"Cik abang, berapa nilai 'Kebahagiaan'? Priceless!"
-"Oh! Jadi, kalau gitu. Cik abang bayar  semua harta yang ada, dan Cik abang mahukan Cik adik, selama-lamanya. Setuju?"
"Cik adik tak mahukan harta."
-"Kalau gitu, nanti Cik abang kirimkan 'Rindu' 100 kotak, 'Sayang' 150 bakul, 'Cinta' 30 lori, 'Kasih' 1000 keping."
"Kirim salamlah!"

    Aku terus berjalan dan jalan lagi tanpa menghiraukan dia. Wah! Ha! Ha! Macam orang gile talak seh! Saje aje aku jual mahal. Dia tak tahu agaknye, hari ni aje dah 5-6 orang dok ngorat aku sejak pagi tadi. Dah naik meluat aku tengok. Dia ni pon masuk dalam senarai ke?

"Cik abang, baik you pegi makan dulu, pengsan nanti I tak tau. Tak kuaser I nak angkat."

    Lalu aku terus tolak dia sampai ke meja pengantin. Actually, akak aku dengan Ezad dok senyum-senyum kat kiteorang sejak tadi. Dan aku tau, berape ramai lagi tetamu yang dok tengok gelagat kiteorang. Lepas tu aku bubuhkan dia nasi, setinggi gunung. Tu tak campor udang besor lagi, ikan masam manis, telur burung, ayam, semua aku letak dalam pinggan dia. Kononnye aku serve dia makanlah. Kemudian, aku ditarik oleh akak...

-"Kalau iye pun beri hati, janganla dera dia tu. Kesian dia."
"Ho! Ho! Biar dia rase."

Posted at 1/6/2008 7:47:25 pm by lovely_nouraz
Make a comment  

sct - ep 13


    Bunyi kompang pon bertalu-talu. Ramai gak sedare aku yang bermulot kepoh turut datang sekali. Menyibuk aje. Dan, sebagai pengapit, dari tadi asyik kena hulur duit tol. Maklumlah, kate orang kat Johor ni memang banyak tol. Depan pagar, depan pintu, masuk ruangtamu, even nak jejak lantai rumah pon bertol.

    Akhirnya, setelah berkeping-keping angpau ditarah mereka, last sekali sampaila kat bahagian pelamin. Yang duduk kat kerusi pengantin lelaki tu, tentunye pengapit perempuan. Tak nampak pulak mukanye sebab dah ditutup dengan Mak Andam yang sibuk mintak duit tol lagi. Muke pengantin pulak ditutup oleh pengapit perempuan tu. Entah ape kerjenya buat cam tu. Buang mase aje.

    Dan, setelah ang pau berisi RM 50 diberi pada Mak Andam yang cekik darah tu, barulah aku tahu yang sebenarnye... sebenarnye.... pengapit tu.... NISHA! Habis, pengantin ni siape? Mukenya sama...

-"Ini akak dia, yang itu kau punye!" - Ezad bisik kat aku.

    Fuh! Nasib baik aku tak rampas dulu. Kalo tak, salah orang beb! Nyesal aku tak datang mase nikah malam tadi. Cis!

"Comelnye dia..." - aku berbisik menyebabkan aku dijeling Ezad.

-"Nampaknye, kempunan kau nak guna kereta Kenari aku, juga nak rampas bini aku." - tengah bersanding pon sempat menyindir aku!






Posted at 1/6/2008 7:33:41 pm by lovely_nouraz
Make a comment  

sct - ep 12

    Hari yang dinanti telahpon menjelang tiba. Aku, lengkap berbaju melayu hijau, bersongkok dok termenung, bermuram durja sementara si Ezad tu bukan main happy lagi. Rasenya, cam nak sabit aje kepalanye, pastu biar aku ganti jadi pengantin, kan senang?

-"Apehal kau? Dulu bukan main lagi nak jadi pengapit aku."
"Takde, aku sakit perut. Semalam termakan telur lalat." - padahal tengah makan hati!
-"Itulah, aku suroh kawen, kau tak mau. Kalau tak, boleh bini kau gorengkan telur."

    Kepala hangguk lu! Padahal aku tengah bengang dengan dia ni. Kalaulah aku berada kat tempat dia sekarang ni... Ish! Yang herannya, lepas kejadian tu, 3 bulan minah tu tak angkat call aku, sampai la ni. ape? Dia merajuk ke?

-"Oi! Kau janganla susah hati. Nanti aku kenalkan kau dengan seseorang. Cun..."
"Hmm... tengokla..." - oh! kau dah rampas awek aku!!!
-"Rasenye kau tengah frust. Betol tak?"
"Mungkin." - Yelah tu bodo!
-"Tapi, aku berani bet. Sampai sana nanti, bile kau terjumpe seseorang, kau gerenti tanak balik punye."

    Banyakla cekadak kau. Dah dia jadi bini kau, takkan aku nak dok menempel pulak. Kang aku dituduhnye nak mengorat bini orang. Serius beb! Aku memang frust gile. Sakit hati, bengang, semuanye rase.

-"Betol. Aku gerenti, inilah hari yang paling happy untuk kau. Tapi, jangan tak nak balik sudah."
"Gerenti konon. Kalau aku tak happy, ape kau nak bagi?"
-"Okey, kalau kau tak happy jugak hari ni, aku bagi kereta Kenari aku pada kau. Amacam?"
"Perkh! Besor taruhan? Okey, kalo aku tak happy langsung, aku rampas bini kau sekali."
-"Okey, bet!"

    Oh! Beraninye dia pertaruhkan bini dia tu. Pada aku, dia ni jarang-jarang tipu aku pon. Macam serius aje.

"Okey. Wait and see. Nampaknye aku balik dengan kereta Kenari, siap dengan bini baru lagi malam ni."

Aku sengaja cakap macam tu supaye dia takot, tapi sebaliknye...

-"He! He! Rasenya kau yang tak nak balik ni..."

Asyik menyindir aku aje. Apelah yang difikirkan tu agaknye...

Posted at 1/6/2008 7:15:39 pm by lovely_nouraz
Make a comment  

Saturday, January 05, 2008
sct - ep 11

    Pelikla dia tu. Apesal asyik ajak aku kawen? Then, asyik sebut name Ezad... Ezad? Wah! Ha! Ha! Rasenya ade orang yang akan dikenakan beberape bulan lagi... He he...

    Aku bukan ape, tapi kalo akak dah pindah, aku terpakse balik Johor semula. Mane larat beb nak bayor sewa. Lagipun, kalau diikutkan wasiat arwah mak aku dulu, seboleh-bolehnye dia suruh aku kawen saing ngan akak. Katenya takut aku feel lonely (cewah!). Tapi, aku tak secantik akak. Akak pon lebih matang and lembut berbanding aku yang perangainye... hai...

    Kat office baru, macam-macam bende nak jadi. yang bestnye, punyelah ramai balak nak ngorat aku. Aku layankan aje. Tapi setakat ni, tak penah sekali pon aku ikut kalo diorang ajak minum ke,makan ke... Takut gak, lelaki zaman skang ni bukan buleh caye.(pompuan pon same, ingat tu!)

Tetiba aku dapat call daripada mamat yang terdesak tu...
-"Hari tu awak janji nak kawen dengan saye, apesal hari ni awak dating dengan Ezad pulak?"

Keluar dating? Aku sendiri pon tak keluar makan, nak jimat duit punye pasal.

"Yang awak nak memarah ni apehal? Bukan ke 'mereka' telah ditakdirkan bersama."
-"Abis saye macamane?"

Gila betul Pinggan ni, nak aje aku kate, 'Saya kan ada!'.

"Listen to me. Awak jangan kacau 'mereka'. Okey? Dan, jangan dengki pada Ezad, dan pasangannye. Kalau awak jujur dan berhati mulia, nescaya Allah akan tolong awak."
-"Apesal awak asyik cakap, mereka-mereka-mereka? ape maksud awak?"
"Nanti awak akan tau jugak. Okey? Buat mase ni, cemburu awak tu simpan dalam kotak, ikat baik-baik."
-"Mane boleh tak cemburu, awek saye couple dengan orang lain, tau tak?"
"Ke awak yang couple dengan awek orang lain?"

Dia terdiam... actually, betollah tu... Apesal nak jealous pulak? Bile mase aku couple dengan dia? Sorry siket!

    Dan sebenarnye... dia cume dikaburi dengan rupe... dan dia tak tahu langsung yang dia tersilap orang. Maknenya, dia DAH JATUH CINTA PADA AKAK AKU! Bukannye aku yang selama ni ada depan mata dia... Sebab tulah aku agak ragu-ragu nak terima dia. Sebab, aku dengan akak aku memang berbeza...

Dan, aku cume mintak dia satu perkara...

"Saya harap awak jadi pengapit Ezad."
-"Ho! Ho! Gile apa? Awek saya naik pelamin dengan orang, lepas tu saye jadi Pak Tunggul dok diri kat tepi pelamin macam Bujang Buaya Darat Terlajak."
"Pecaye kat saya. Okey, saya janji. Kalau awak jadi pengapit Ezad, awak akan hidup bahagia sama macam ape yang awak nakkan."
-"Ya! Mungkin juga. Tapi, maybe saye akan pengsan lebih sepuluh kali sebelum majlis tu habis sepenuhnya."
"Ingat tau. Jadi pengapit bukan hanya satu hari. Lagipun, awak still boleh tengok saye apa. Not bad lah tu."
-"Ya Allah! Sabor ajelah...."

Posted at 1/5/2008 8:16:21 am by lovely_nouraz
Make a comment  

sct - ep 10

   
"Jom kawen."
-"Ni melamar ke atau nak menyindir orang?"
"Apa? Salah ke saye cakap?"
-"Eh! Kalo awak tu jutawan, tapi melamar dengan gaya macam  ni, seme pompuan pun lari."

    Akhirnya, tamatlah sebuah kisah yang tak seberapa.... Ces! Belom tamat lagi. Aku akan tunggu jawapan 'I do' daripada dia. Kalau tak, aku sanggup tunggu depan rumah dia, dari pagi bawak ke pagi. Tengoklah.

    Tapi... Alamak! Aku hampir lupa pasal Ezad! Macamana aku nak explain kat Ezad? 'Aku dah rampas awek kau, kau carilah pompuan lain'. Okey tak ayat aku? Atau... 'Sorrylah, dah aku lebih hensem daripada kau, sebab tu dia pilih aku'. Ish! Nanti dituduhnya minah ni memandang rupa pulak... Camne ni?

"Jom kawen."
-"Awak ni dah kemaruk ke? Apasal nak cepat-cepat kawen? Saye tak kenal awak sangat, dan awak pun tak kenal saye sangat. Entah-entah saye ni perempuan jahat ke, awak bukan tau."
"Ha'ah. Awak memang perempuan jahat. Dah saya terfikir nak kawen ngan pompuan jahat, awaklah tu orangnya."
-"Masya-Allah! Nak sewel agaknye orang tua ni."

    Aku bukannye terdesak sangat nak kawen, tapi sebenarnye aku nak halang dia daripada kawen dengan Ezad. Itu aje. Lainlah kalau dia takde ape-ape hubungan dengan Ezad, lagi 10 tahun pon aku sanggup tunggu.

-"Kalaulah saye berjumpa dengan lelaki yang kacak.."
"Saya hensem." - dia potong cakap aku.
-"...orangnya penyayang, caring...."
"Nanti saya sayangla awak." - potong lagi...
-"... kehidupan kami memang romantis..."
"Wek! Nak muntah aku."
-"Oit! Dahla asyik menyampuk cakap orang, lepas tu..."
"Hei, kalau hidup romantis pon, belom tentu bahgia tau tak?"
-"Yelah, tapi kalau asyik gadoh dari pagi sampai ke pagi, boleh happy ke macam tu?"
"Tapi... waktu malam gerenti tak gadoh punye." - tetiba buat muke jiwang.

    Dan aku dtumbuk bertalu-talu oleh minah tu. Lepas tu kiteorang ketawa-ketawa. Buat lawak... nyanyi lagu 'Air Pasang Pagi'.... sampailah terlupa yang hari dahpun petang... Dan aku akan rindukan dia lagi...


Posted at 1/5/2008 7:40:20 am by lovely_nouraz
Make a comment  

Friday, January 04, 2008
sct - ep 9

   
     Aku dah kerje kat office belakang Public Bank (bukan kerje Bank tau). Bolehla dengan gaji RM 700 tu. Sebenarnya, lagi 3 bulan, aku.... Warkh! Dah tak boleh SECRET lagi. Aku dah kene keluar dari rumah tu, sebab... akak aku nak kawen. Mana mampu aku nak bayor apartment dengan sewa RM 1000 sebulan. Tak mampu woo...

    Aku secretkan sebelum ni pasal ramai gak member-member aku dok mengata. Apesal aku tak kawen saing ngan akak aku? Diorang ingat kawen ni macam makan nasik ke? Makan nasik pon kena bayor tau, takpun kena masak, bukannye free.

    Kali ni, bos pompuan. Bolehla. Walaupon kuat membebel, takdelah perangai buruk. Paling-paling pon dia suke buat muke sardin aje. Ah! Aku bukan suke makan sardin pun. Jadi, takde efek pada aku pong...

'Kringgg....' (eh! silap, itu bunyi telefon biase)
'Beautiful girl....' - ringtone aku yang baru.

"Sape ni?"
-"Atuk awak."
"Atuk saye? Bila masa pulak .... Ceh! Pinggan rupenya! Apehal call? tak malu."
-"Pinggan? Kurang asam! Tengok, macam ni punye perangai pun si Ezad tu suke."
"Ezad?"
-"Oh! Buat-buat tak kenal? Dia ni memang naughty tau."
"Actually, ape bos ndak sebenarnye?"
-"Nak jumpe!"

    Esoknye, tepi padang bola sepak, pukul 15 (3 petangla tu).... 2-2 ponteng keje!

    Bagusnya, sorang pandang kiri, sorang pandang kanan. Dua-dua macam tak sebulu. Orang tengok pon naik takut.

"Kenapa? Ape yang bos nak sebenarnya ni? Hah?"
-"Saya suka awak. Saya dah jatuh cinta pada awak."
"Amboi mak, meluahkan perasaan bukan main garang lagi."
-"Sukati sayalah. Awak bukannya ambik port."
"Apesal suke saya? Bukan ke ramai lagi pompuan cantik dalam dunia ni."
-"Memang!... Tapi, awak sorang saja yang comel dan nakal." - sambil tersenyum.

Keadaan dah mula reda...
"Bukan ke kite selalu bergaduh? Bila mase pulak bos mula falling in love ni?"
-"Sejak kita mula bergaduhla."
"Bos juga yang kate, saya ni buruk perangailah, jahatlah, nakal, tak senonoh... Nampaknye taste bos memang teruk."
-"Awak ape peduli? Lagipun... sejak dah tak gaduh ngan awak lagi, saye rasa sunyi."

    Aku cume tersenyum dan menunduk aje. Ape yang aku kate, ade saja jawapannya... Malas nak melayan... Tapi, aku juga tak nak ambik kesempatan...

"Tengoklah, kalau ada jodoh, tak ke mana."




Posted at 1/4/2008 8:00:51 pm by lovely_nouraz
Make a comment  

sct - ep 8


    Makin difikir, makin sakit hati dibuatnya. Menyesal pun ada, cemburu, dari malam sampai ke pagi, asyik dok pikir. Terus lebam bawah mata, dah tak hensem lagi Tapi, kesianlah kalau aku rampas daripada Ezad.

    Yang lebih mengharukan, bukannya lagi 4 bulan nak tunang, rupanya lagi 4 bulan nak kahwin. Ish! Takpe, aku kan anggap dia macam adik aku sendiri. It's okay. Warkh! Bukan, dia patut jadi teman hidup aku. Yes! Tak salah lagi. Jadi... dengan niat jahatnya, aku pun telefon Ezad.

"Zad, kau nak tau satu rahsia?"
- "Apa dia?"
"Awek kau tu, bukannya baik sangat."
- "Mungkin. Semua manusia pun ada buat silap." - Cis! Nak berceramah pulak.
"Maksud aku, awek kau tu dulu budak nakal. Sudahla kuat melawan cakap aku, di tenyehnya muka aku dengan mop. Tak baik langsung."
- "Setahu aku, awek aku tak pernah pegang mop, (pemalas). Lagipun, macamana kau boleh kenal dia?"
"Ah! Dia kerje ngan aku dulu. Akulah yang pecat dia."
- "Wah! ha! ha! Pandai gak kau buat lawak. Sejak bila pulak kau kerja dengan syarikat insurans. ni?"
"Insurans? Cis! Makin melampau. Dia dah tipu kau, tau tak?"
- "Tak ah! Mana ada. Dah lama aku kenal dia."
"Dan dah lama jugak kau kenal aku, kan?"

    Ezad seolah-olah terdiam dan berfikir...

    Malam tu juga aku call pekerja aku yang kepoh tu untuk mintak nombor telefon minah tu...

    Dengan suara serak-serak basah macam tengah tidor aje gayanya tu... dia pun bagi...

- "012 (bla bla bla bla)..."


Posted at 1/4/2008 7:44:07 pm by lovely_nouraz
Make a comment  

sct - ep 7


    Dah seminggu berlalu kejadian 'mop terbang ke muka'. Malu juga sebab pekerja aku yang mulut kepoh tu dah jaja cerita dekat semua orang. Dah... orang panggil aku 'Bos Mop'. Tapi, kalau difikirkan, naik tergelak juga. Lawak tu.

    Dan... dah seminggu juga aku tak nampak kelibat minah tu. Mana dia pergi hah? Hari tu aku ingat dia main-main aja. Entahla, rasa rindu semacam pun ada. Jangan salah sangka pulak, aku just anggap dia macam adik aja. Dia tu comel. Perangai pulak kebudak-budakan. Itu yang aku kuat menyakat tu. Tapi... hai...

    Hari ni aku kena pegi kenduri kat rumah makcik aku. Dapatlah aku jumpa cousin aku, Ezad. Ezad cuma kerani bank biasa, tapi dia baik hati orangnya. Dan, katanya dia nak memperkenalkan aku dengan bakal tunangannya. Setahu aku, Ezad ni memang susah nak suka pada perempuan.

    Sebelum kenduri, aku duduk dekat buai depan rumah Ezad. Sambil-sambil tu, aku teringat kembali kenangan 'manis' aku dengan minah tu. 'Manis' sangatlah tu. Tapi kelakar, hinggakan aku terketawa senseorang hingga makcik jiran ingatkan aku ni sewel. Kebetulan, dari jauh, aku terlihat kelibat seseorang. Seseorang yang baru aku fikirkan sebentar tadi. Seseorang yang begitu comel dan menjadi penyeri setiap hari aku sebelum ni... dan dia adalah...

* "Kenalkan, bakal tunang aku, Anna Antasha."

    Minah tu... Nisha... Betul ke apa yang aku nampak ni? Kebetulan pulak makcik aku panggil Ezad, tinggallah kami berdua...

~ "Nasha." - katanya selamba. Seolah-olah tak pernah mengenali aku.

"Haa... pandainya berlakon? Siap tukar nama lagi." - sebenarnya aku jeles!
~ "Berlakon? Tukar nama? Apa maksud awak?" - riak wajahnya sedikit heran.
"Sudahla sental muka orang dengan mop, lepas tu buat-buat lupa." - kataku mencebik.

    Dia mula mengerutkan dahi... Pelik juga. Dia ni dah nyanyuk ke apa?
~ "Sorryla, saya tak faham apa yang awak cakap." - lalu pergi ke arah Ezad.

    Dan sebenarnya, terus terang aku katakan, aku SEMEMANGNYA JEALOUS! Tak tahu dari mana datangnya perasaan tu. Tapi, bila aku tengok betapa rapatnya hubungan diorang, makin sakit hati dibuatnya. Bagi aku, dia tak layak untuk Ezad. Ezad budak baik. Baik dia berpasangan dengan aku yang nakal ni! he! he!

    Adakah aku patut merampas dia daripada Ezad???

Posted at 1/4/2008 7:10:59 pm by lovely_nouraz
Make a comment  

sct - ep 6

   
    Jangan tak tau, hari ni aku tunjuk perasaan lantas aku pegi office dengan berpakaian jersi serta seluar panjang. Siap pakai topi lagi. Peduli ape orang tua tu nak cakap. Dia nak pecat aku pong, aku tak heran.

-"Ape? Tak penah tengok orang ke?" - Itulah ayat popular yang keluar dari mulut aku pada pagi tersebut.

    Masa tu, aku naik lif sambil makan kacang. Kata orang, memang burukla perangai aku. Sengaja aku buat-buat muke toya. Then, masa kat tingkat 5, adelah sorang mamat ni dok ngendap aku dari belakang.  Naik berbulu aku. Marah tol. Tanpa nak ambik tau siape dia, aku terus aje mencampakkan sebungkus kacang bersalut sambal tu tepat kat mukenya. Ambik kau! Dan... bila aku menoleh, rupa-rupanya... dia... 'Bos Pinggan'! Alamak! Siap terlekat lagi sebijik dua kat hidng dia yang mancung tuh. Abis aku!

-"Agak-agak muka saya ni macam tong sampah ke?" - tanya Pinggan selamba.

"Rasenya lebih kepada tong tahi yang dah bertahun tak dselenggara." - akibatnya aku diarah menyental singki bilik air sepanjang hari. Ceh!

    Bebudak office semenya ingat betollah aku dok nyental singki, padahal aku dok picit jerawat depan cermin. Bila orang masuk aje, aku buat-buatla lap cermin. Bagusnye, hari ni langsung tak payah buat kerja. Tapi pecah rekod, sepanjang hari dok dalam toilet. Tak penah dibuat orang seh!

-"Bos, tak baik buat dia cam tu. Takkan dia nak bau tandas sepanjang hari?" - kate akak andartu, kononnya nak backing aku.

* "Tapi rasanya dia suka hidup macam tu." - jawab bos selamba. Kemudian, tak lama lepas tu, bos pon ikut akak andartu masuk toilet, kononnye kesian kat aku. Nasib baik aku tengah mop lantai, kalo tak, nahas aku!

"Pehal?" - aku tanye bos dengan muke marah sambil mencekak pinggang.
* "Fine. Awak nak ape sebenarnya?" - dia pun sama mencekak pinggang.
"Nak sental mop ni kat muke bos." - sambil menjeling...
* "Ahh... Dah pandai melawan? Hah! Ape lagi? Sentallah."

    Jeng! Jeng! Jeng! Aku memang pantang dicabar!

"Nah! Ambik kau."

    Mop dipegang rapi, disental ke muka bos (ala kadar aje, jangan sala paham lak). Pastu aku terus baling mop atas lantai, dan blah dari situ.

"Mulai hari ni, saye pecat diri sendiri. Understand?"

Posted at 1/4/2008 6:39:14 pm by lovely_nouraz
Make a comment  

Tuesday, September 04, 2007
notes!

    Assalamualaikum! Sorry aa... dah lame tak masuk. Umah I ada repair siket. Itu yang kelam-kabut tu. Lagipun, I punye pendrive yang ada story tu pon dah terbang ntah ke mana. Tengoklah, sok-sok nanti I carik. But, it's okey. Kalo ilang I buat baru punye. Lagi best, gerenti gempak!!!!



Sorry sesangat!!!

Posted at 9/4/2007 1:20:42 pm by lovely_nouraz
Make a comment  

Previous Page Next Page