www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws     www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws

Scroll images by bigoo.ws


MySpace

MySpace






lovely_nouraz
September 7th 1985  (Age 24)
Female
Johor Bahru

MySpace

MySpace


nickNORA, AZZY, JIEYA, G, E, YAN, KAY, A.K, ATOM, TOMN, ETC...freetimeBERANGAN, MENULIS, MELUKIS, TENGOK MOVIE, REKA FESYEN, MUZIK... birthday7SEPTEMBER1985... homeLARKIN JAYA, JB... i likeSKY JUICE, LEMONADE, GINGER BEER... really likeKOREAN MOVIES, CHINESE MOVIES, ACTION MOVIES, LOVE STORY,ETC... sometimesTHINK ABOUT SOMEONE... somebodyWHO SUDDENLY COMES IN MY LIFE WITHOUT EXPECTED!... somedayWANNA BE HAPPY... somethingNOT IMPOSIBBLE... hateSTRESS, CHECK-UP, SOMETHING STUPID, SOMEBODY OUT THERE!...etc

Online Degree


Blog ni sedang dalam perancangan untuk dijadikan website. Dalam sebulan dua lagi kot? Senang korang nak bace. Lagipon, ramai gak yang masuk, so berbaloilah kalau bersusah-payah siket. Teruslah bagi support pada I. Bukan rugi pon.



NNerdy
OOrganic
RRounded
AAmazing
ZZippy
IIrresistible
AAmazing
HHuge

Name / Username:

Name Acronym Generator
From Go-Quiz.com

<< March 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Thursday, November 30, 2006
episod 5

... permulaan yang menggembirakan.....

   Sedari pagi tadi, punyalah berat hati aku nak pergi ke rumah pompuan tu. Maklumlah, aku bukannya kenal, nak berbual apa pun tak tau. Aku pergi pun hanya kerana dicabar akak nurse. Kalau tak, kerat jarilah!

   Ini rupanya? Gadis manis dan ayu yang bernama Zehra itu rupanya patient Dr. Nick beberapa minggu lepas. Macam ni nak jadi isteri aku? Dengan perangainya yang... hai! Tak leh nak cerita. Sekarang, aku mesti pergi dari rumah ni, dan tuntut akak nurse belanja makan sebab pilihan dia sememangnya teruk. Kini, aku menang sekali lagi. Dah aku katakan, perempuan semuanya sama. Teruk dan berperangai buruk. Hinggalah aku terserempak dengan...

   Siapa dia? Mereka tu adik-beradik ke? Boleh tahan! Ish! Tak ingin aku. Dah akak dia perangai macam tu, adik dia pun sama agaknya. Tapi dia bertudung... Ah! Peduli apa aku. Tengok ajelah berita zaman sekarang ni, yang buat hal kebanyakannya perempuan bertudung. Lagipun, aku berani bet, dia mahupun akak dia tak mampu nak jaga makan pakai aku. Aku berani bet, dua-dua mesti tak reti masak, malas buat kerja rumah. Kalau gitu, buang masa aku aje.

   Tapi... kenapa? Jantung aku laju bila ternampak dia. Takkan sakit jantung kot. Lagipun, kesian dia... Entah-entah handset dia jatuh gara-gara aku tak? Hmm... semoga aku diberi petunjuk...

   Esoknya, pepagi lagi aku dah sampai. Entah macam mana kalut, tetiba aje name tag aku terjatuh dalam longkang. Oleh kerana takde orang, maka aku pun sanggup seluk dalam longkang pasal itulah satu-satunya name tag yang aku ada. Alahai... bau dia... Eh! Siapa tu? sedang aku tercangkung-cangkung tepi longkang, ternampak pulak kelibat seorang gadis berbaju kurung sedang memerhati dari jauh sambil menutup mulut, ketawakan akulah tu. Lantas, dengan muka selamba, aku terus pergi dari situ.

Lepas aku cerita pasal malam tadi pada akak nurse, muka dia terus biru. Itulah, lain kali jangan paksa-paksa aku. nak cabar aku konon. Dulu dia sindir aku, sekarang giliran aku pulak sindir dia. Setelah puas hati aku mengenakan akak nurse, aku terus ke bilik rawatan. Hari ni nampaknya tak ramai orang. Dan, bila tibanya patient pertama masuk, hati aku makin berdebar-debar lagi. tak tahu kenapa. Dan, bila aku tengok ke muka pintu, rupanya....

"Assalamualaikum."

   Aku menjawab dengan teragak-agak. Rupanya gadis semalam. Gadis yang kupanggil dengan gelaran 'Minah hp' datang check-up. Dan, yang lebih mengharukan, dialah gadis yang ternampak aku cangkung kat tepi longkang tadi. masya Allah, malu giler.

 

....tungguuu....

Posted at 11/30/2006 7:57:12 pm by lovely_nouraz
Make a comment  

episod 4

...what happen?...

   Setelah seminggu mengorek rahsia, akhirnya makcik jiran sebelah pun mencadangkan agar lelaki tersebut datang sendiri ke rumah Zehra untuk melihat sendiri. Setahu aku, sejak pagi tadi makcik bertungkus-lumus memasak kat dapur. Zehra pulak sedari tadi asyik dok depan cermin sambil nyindir aku. Katanya, dia ni cantik, tak pandai sekalipun, ada lelaki terhegeh-hegeh. Sedangkan aku, dengan baju kurung setiap hari, pandang sekelip mata pong tak hingin. Lagi pulak dengan badan aku yang montel ni. Katanya, lelaki yang memilih aku sebagai wife dia adalah lelaki yang paling bodoh dalam dunia. Suka-suka hati dia aje cakap macam tu. Sudahlah aku bagi dia duit belanja RM 150 setiap bulan. Bukan nak ngungkit, tapi bagi aku, dia tu tak sedar diri!

   Hari ni aku kerja separuh hari. So, tengahari nanti baru aku balik. Apalah citer diorang kat rumah tu. ntah jadik ke tidak? Minah tu bukan boleh caya. Setau aku, dia dah ada special boyfriend, tup-tup hilang story pasal diorang. huh! Lantaklah. Bukan masalah aku.

   Ketika aku sampai rumah, rupanya lelaki tu baru datang. Ehem... agak kuno orangnya. Juga dah berumur. Aku belum masuk rumah lagi time tu, cuma ngendap-ngendap kat luar aje. Tetiba, aku terdengar satu sindiran panas yang terkena tepat ke batang hidung Zehra.

   "Ini ke perempuan muda yang datang ke hospital hari tu sebab nak gugurkan kandungan?"... Terkejut beruk aku dengar. Tapi, makcik nampak cool aje. Zehra pulak dah menggelabah. Korek punya korek, rupanya makcik dah lama tau perangai Zehra. Malah, ketika Zehra mula pening-pening lagi makcik dah suspect. Habis? Nak buat camne, anak manja. Lelaki tu pong, dengan muka tak puas hati terus bersalam dengan makcik dan segera keluar.

   Ketika lelaki tu keluar ikut muka pintu, handset aku terus aje berbunyi. Alamak! Buat hal betul. Tetiba aje dia menoleh ke arah bunyi tersebut. (Bunyi handset akulah tu). Dia pandang aku, aku tengok muka selamba dia. Tengah sama-sama termenung, terjatuh pulak handset aku. Sudahlah handset murahan, itu pong nak jatuh. kureng betul!

   Warkhhh! Habis berkecai handset aku. Lelaki tu pun terperanjat. Tup-tup tengok minah Zebra tu dah ada kat depan pintu sambil ketawakan aku. Ketawa mengilai-ngilai macam orang baru memang loteri. Lepas tu, konon nak coverlah tu, dia terus pegang tangan lelaki tu, pastu memperkenalkan kat aku sebagai bakal husband dia. Yang lelaki tu pulak tercengang-cengang. Aku dengan muka setebal 8 inci terus aja mengutip sisa-sisa handset yang dah berkecai tu. Alahai... malangnya nasib.

Tapi, tau tak korang... minggu ni aku rasa sangat happy. Tak tau kenapa. Korang nak tau ceritanya?

.... wait and see...

Posted at 11/30/2006 7:32:57 pm by lovely_nouraz
Make a comment  

episod 3

... bagi pihak lelaki...

   Sejak kehilangan ibu beberapa bulan yang lepas, kehidupan aku makin tak keruan. Dulu manja sangat, semua benda ibu yang buatkan. Maklumlah, satu-satunya anak tunggal dalam family. Dulu, makan minum terjaga. Sebagai pegawai perubatan, semua benda mesti cepat, dan simple. Kini, bila waktu rehat aje, just makan kuih dengan air suam. Badan pun dah makin susut. Kekadang lupa nak makan pun ada. Perempuan? Huh! Dah berkilo-kilo aku kena sindir dengan kawan-kawan, katanya aku ni takut perempuan. Jawabnya sampai ke tua tak berbini. Diorang tak fikir apa, aku kerja balik malam, takde masa langsung nak fikir pasal kawin.

   Lagipun, baru-baru ni ada sorang kawan aku baru lepas cerai. Mana taknya, isterinya pemalas, asyik mintak duit pulak tu. Aku dahlah tak berkenan dengan insan bernama perempuan, bila timbul cerita macam-macam pasal perempuan, lagilah takut aku nak dekat. Jangan nak marah kalau aku kata perempuan ni kadang-kadang menyusahkan. Sejak dulu lagi, aku tak pernah ada couple. Cinta pun aku tak kenal. Satu-satunya perempuan yang aku kenal dalam hidup aku adalah ibu. Yang lain, boleh jalanlah!

   Tapi... kerana keadaan terlalu mendesak, maka seorang akak nurse yang agak rapat ngan aku telah mencadangkan agar aku kawin. Aku pun buat-buatlah lawak bodoh, nak kawin ngan siapa? "Nampak anak dara orang, pastu tarik dia, lepas tu ajak pegi nikah, gitu? Sebaliknya aku dipukul bertalu-talu dengan batang penyapu. Jadi, segalanya aku serahkan kepada akak nurse.

   Walaupun begitu, takkan sekali-kali aku sayang pada insan bernama isteri. Pada aku, perkahwinan ni cuma nak memudahkan kehidupan sehari-harian aku, juga untuk menutup mulut mereka yang kuat benar menyindir. Tak lebih dari itu!

....so?....

Posted at 11/30/2006 7:06:57 pm by lovely_nouraz
Make a comment  

Tuesday, November 28, 2006
episod 2

...korang dah baca episod 1?...

   Rasanya tinggal lagi dua minggu nak SPM, bebudak lain seme tengah sibuk baca buku, aku pulak sibuk baca buku... KOMIK. Biasalah, komik Shin Chan tak penah lepas. Aku dituduh berperangai kebudak-budakan hanya kerana aku minat komik Shin Chan. Siap buat collection lagi. Tak kisahlah.

   Satu hari, ada berita gempak yang aku dengor. Ingatkan khabar angin jer, rupanya betol. Si Zebra tu hantar surat cinta pada cikgu Mael. Kononnya lepas SPM tak jumpa lagi. Ntah macam mana, surat tu sampai ke tangan Pengetua. Muka cikgu Mael dah naik biru, muka cikgu Lisa dan tambah kerut, muka Zebra pulak merah padam menahan geram. Kini, benda dah jadi makin teruk, tapi yang aku respek, cikgu Mael dengan cikgu Lisa still cool. Memang couple yang serasi. Yang kesiannya makcik akulah, sudahlah dipanggil ke sekolah. Dan, di perhimpunan hari isnin, makcik sendiri diminta membaca isi kandungan surat cinta yang direka khas oleh Zebra yang kandungannya buat semua pelajar macam nak muntah! Jiwang rupanya minah ni. Makcik disuruh baca di mikrofon, manakala Zebra disuruh meletakkan kedua-dua tangan di atas kepala. Macam kena tangkap dek polis. Malu gile makcik masa tu. Kesian aku tengok. Yang pentingnya, sanggup Zebra buat mak dia sampai macam tu sekali. Peliknya, Zebra ni buat muka toya aje. Aku perasan macam perempuan hidung belang. Dan, oleh kerana terlalu malu, maka esoknya Zebra diberhentikan sekolah dan dia langsung tak ambik SPM untuk tahun tu.

   Kejadian tu, kira-kira 4 tahun lepas. Sekarang, aku cuma keje kat butik sebagai jurujual. Aku memang minat reka fesyen. Jadi, sambil kerja aku belajar jahit. Dengan gaji RM 800 tu, dapatlah aku kumpul sikit-sikit, pastu bagi makcik sikit. And... tanggung si Zebra tu. Menyampah aku! Disebabkan dia tak ambik SPM, maka dia takde kerja sampai sekarang. Result aku bukanlah baik sangat, tapi okeylah juga. Setakat 2A aje yang aku dapat, jangan harap nak sampai ke menara gading. Tapi aku ikhtiar juga. Aku carik keje sendiri, tak harapkan duit makcik lagi. Sebenarnya, makcik pong dah tak larat nak jaga Zebra lagi. Asyik-asyik mintak duit. Lantas, makcik mencarikan seorang lelaki untuk Zebra. Katanya, biar dia ubah sikit perangai tu. Sebenarnya, makcik sendiri tak kenal lelaki tu, lelaki tu pong tak penah kenal kami. Cuma, ia berlaku atas pertolongan jiran sebelah rumah. katanya, dia kenal lelaki ni, lelaki ni baru kehilangan ibunya beberapa bulan lepas. Dan, lelaki ni perlukan seseorang yang boleh menjaga makan minum dia. Lelaki ni nak ambik orang gaji, tapi makcik jiran sebelah ni yang kononnya nak introducekan Zebra. Kononnya lagi bagus cari isteri berbanding orang gaji. Suka hatilah...

....sambung lagi yerk!...

Posted at 11/28/2006 8:53:37 pm by lovely_nouraz
Make a comment  

episod 1


   Boleh dikatakan, makcik ni memang terlalu manjakan Zehra. Apa Zehra nak, semua dapat, siap merengek-rengek macam budak kecik. Meluat aku. Yelah, aku pong menumpang, ikutkan ajelah. Memula tu Zehra asyik suro aku buat itu, buat ini, lepas tu dah naik tocang. Kerja rumah pong dia suro aku buat. Ade ke patot, aku ambik subjek lain, tak pasal-pasal dia suro aku buat latihan geografi. Manalah aku tau. Tapi, aku buat juga sambil ketawa dalam hati. Padan muke kau. Esok mesti ko kena. Aku buat pong bukan sebab aku ngikut kata dia, tapi sebab aku nak kenakan dia. Kononnya bior dia kena marah ngan cikgu. Tapi lain plak jadinya, tak sangka latihan cincai boncai yang aku buat tu rupanya semua betul. Cis! Dia jugak yang dapat nama.

   Lagi tiga minggu nak exam SPM, aku bukanlah rajin benor nak ngulang-kaji. Baru baca buku sejarah, dah... sejarah tercipta dalam mimpi aku. Aku berkira-kira nak hafal formula matematik, dah... wayar dalam otak dah tak terkira, berselirat. Ah! malaslah. Aku memang jenis pemalas, tapi taklah berperangai buruk. makcik bagi aku green light, konon aku tak yah tolong dia buat keje supaya aku buleh study, tapi lain plak jadinya. Dulu, aku buat keje, ada juga kuar peluh. Ini, study konon, study ala kadar aje, selebihnya baring-baring sambil makan biskut. Tup-tup naik lagi 6 kilo badan aku. Hmm... tak kisahlah. aku pong bukannya nak kawin cepat, tak yah jaga badan. Suka hati akulah nak makan apa. Yang Zebra pulak tak penah ada kat umah. Asyik-asyik study kat library. Tapi, pecaya tak, sebelum g library, seinci tebal bedak kat muka dia. Gincu yang merah menyala tu tak tengok lagi. Kalo boleh, muka dia habis disapu dengan setong cat ICI, pakkal tak cukup duit nak beli. Mak dia tak syak apa-apa pulak. Setau aku, dia ni ada ramai pakwe luar sekolah. Tapi, dia cuma nak main-mainkan aje. Dah dikokot duit orang tu, menyusahkan orang ni, diajak berhibur, tinggallah mamat-mamat tu terkontang-kanting. Aku bukan tak tau, hati dia cuma pada cikgu Mael aje.


Posted at 11/28/2006 8:30:35 pm by lovely_nouraz
Make a comment  

prolog...

   Namaku Gina, aku berumur 21 tahun, bertudung, cantik... comel... Ceh! Lebih-lebih lak. Aku dianggap kuno oleh member-member sekolah sebab aku ni tak reti bergaya, apatah lagi nak ambik tau pasal fesyen. Badanku yang comel menjadikan aku kurang minat untuk bergaya, bagi aku, fesyen untuk orang kurus-kurus ajerk!

   Sejak ibuku meninggal, aku tinggal bersama makcik. Abahku telah tiada sejak aku masih kecil. Makcik memang baik hati, tapi aku cukup tak kenan betul dengan perangai anaknya yang bernama Zehra tu. Umur kami sama dan dulu kami juga belajar di sekolah yang sama. Yang aku tahu, Zehra tak suka aku, aku pong tak suka dia. Kat sekolah, masyaAllah, perangainya buruk betul. Ada ke nak ngorat cikgu lelaki yang dah bertunang. Tunang cikgu tu pong ngajar kat tempat yang sama.Zehra yang digelar 'Zebra' dikalangan musuh-musuh ketat kat sekolah memang PERASAN cantik. Padahal, dengan dahi jendulnya tu, dengan bibir tebal, meluat aku tengok. Pasal aku menumpang kat umah dia, so aku tahankan ajelah. Ada ke dia pukul canang kat bebudak sekolah kata aku ni orang gaji dia, teruk betul. Dah, ada bebudak yang tak suka kawan ngan aku, panggil aku bibik. Pirah! Ingat diorang tu best sangat!

   Cikgu lelaki yang dia suka ni namanya Cikgu Mael.Itu nick name aje tau. Nama betul dia, Miqael. Nama tunang dia pulak cikgu Lisa. Tengok gaya macam tak padan sebab cikgu Mael ni hensem bebenor. Cikgu Lisa ni biasa-biasa aje. Tapi, sebab dia ni memang baik, so tak kisahlah. Cikgu Lisa tau yang Zebra ni memang nak ngorat tunang dia. Ada sekali tu, kecoh kat sekolah bila sorang budak hantar surat warning kat cikgu Lisa. Kononnya cikgu Lisa tak padan dengan cikgu Mael. Ah! Aku tau, budak tu barua si Zebra, macam orang tak tau. Yang kelakarnya, lepas 2 hari surat tu sampai kat tangan cikgu Lisa, sorang demi sorang disoal siasat, dan akhirnya Zebra dengan minah desperate (member baik dia) ditangkap lalu mereka berdua dihukum cuci toilet setiap hari selama seminggu lepas waktu sekolah. Padan muka dia!

   Sebenornya, aku pong bukannya baik sangat. Aku pernah ditangkap sebab bawak CD Eminem. Tak sangka lak waktu tu ada spotcheck. Sudahlah CD kena rampas, pastu cikgu ceramah plak kat telinga aku, kononnya lagu-lagu Eminem banyak mencarut, lirik pong merepek. So, melekek-lekek si Zebra tu ketawakan aku. pastu siap bagitau makcik lagi. Konon dia baik sangatlah tu. Dia tak tau agaknya, semua rahsia dia ada dalam tangan aku. Satu masa dulu, pernah dia belagak gile ngan aku sebab makcik belikan dia kasut jenama apakebenda ntah, mahallah tu. Tapi, rupanya kasut tu cikgu tak bagi pakai. Biasalah, sekolah aku memang leceh sikit. Itu tak boleh, ini tak boleh. Tapi, dek kerana minah ni degil benor, dia pakai jugak. Tak silap aku, pagi tu juga kasut dia kena rampas oleh  CIKGU MAEL dan dia hanya memberi dia dua keping plastik bising. Alah, macam plastik kat pasar tu. Teruk dia kena kutuk ngan bebudak, mana taknya, kaki dibungkus dengan plastik pasar. Yang Sara(minah desperate) pulak, disuruh pakai terompah. Kasutnya kena rampas sebab kotor sangat, kasut putih dah jadi cam kelabu asap. Padan muke minah dua ekor tu. Puas hati aku. Tapi, si Zebra tu taklah marah benor, sebab cikgu Mael yang rampas kasut dia. Kalaulah cikgu Lisa yang rampas, habis kena bomoh ngan budak Zebra ni. Bukan buleh caya!

...sat lagi i sambung lagi...

Posted at 11/28/2006 7:58:14 pm by lovely_nouraz
Make a comment  

firstly...

Story yang i akan buat ni takde kena-mengena ngan sesiapa, just untuk hiburan u'all. Title citer ni tak confirm lagi, citer i akan bersambung dari sehari ke sehari. So, enjoy!

 

Posted at 11/28/2006 7:52:20 pm by lovely_nouraz
Make a comment  

Previous Page