www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws     www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws

Scroll images by bigoo.ws


MySpace

MySpace






lovely_nouraz
September 7th 1985  (Age 24)
Female
Johor Bahru

MySpace

MySpace


nickNORA, AZZY, JIEYA, G, E, YAN, KAY, A.K, ATOM, TOMN, ETC...freetimeBERANGAN, MENULIS, MELUKIS, TENGOK MOVIE, REKA FESYEN, MUZIK... birthday7SEPTEMBER1985... homeLARKIN JAYA, JB... i likeSKY JUICE, LEMONADE, GINGER BEER... really likeKOREAN MOVIES, CHINESE MOVIES, ACTION MOVIES, LOVE STORY,ETC... sometimesTHINK ABOUT SOMEONE... somebodyWHO SUDDENLY COMES IN MY LIFE WITHOUT EXPECTED!... somedayWANNA BE HAPPY... somethingNOT IMPOSIBBLE... hateSTRESS, CHECK-UP, SOMETHING STUPID, SOMEBODY OUT THERE!...etc

Online Degree


Blog ni sedang dalam perancangan untuk dijadikan website. Dalam sebulan dua lagi kot? Senang korang nak bace. Lagipon, ramai gak yang masuk, so berbaloilah kalau bersusah-payah siket. Teruslah bagi support pada I. Bukan rugi pon.



NNerdy
OOrganic
RRounded
AAmazing
ZZippy
IIrresistible
AAmazing
HHuge

Name / Username:

Name Acronym Generator
From Go-Quiz.com

<< March 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Thursday, December 07, 2006
episod 15

...can you see?...

   Dah tiga hari dia @ laki Zehra tinggal kat rumah ni, dan selama itulah aku berasa tak selesa. Sanggup aku balik malam(overtime la tu) semata-mata kerana tak nak terserempak dengan dia. Dengan Zehranya yang suka mengarah laki, dengan makcik yang suka menyuruh itu ini, buat aku tambah rimas. Dan... korang mesti hairan, kenapa aku nak larikan diri daripada dia @ laki Zehra tu. Sebenarnya, aku pong tak pasti, tapi aku cukup tak kenan cara dia pandang aku. Kekadang tu, sengaja dia dekat kat aku pastu berbual mesra menyebabkan aku diserang bertubi-tubi dengan kutukan laser.

   But, it's okey. Skang nih, aku dah ade strategi aku sendiri, bila kerja-balik lambat, hari cuti-pergi taman@ library, takde kerja-buat-buat sibuk. Selangkah dia pegi kat aku, sepuluh langkah aku lari daripada dia. Dia ni kekadang menakutkan. Hmm... baik aku call abang aku @ doktor.

   Lalu, aku pong ceritakan masalah aku, masalah makcik ngan Zehra. Aku tak cakap laki Zehra@ Adam tu nak ngorat aku, tapi aku cuma hint-hint aje. Paham-paham sendirilah.

-"It's okey. Nanti lepas nikah, saye terus bawa awak pindah dari situ. Buat masa ni, sabarlah dulu yea."

   Jadik, untuk sengaja menjeleskan dia, aku terus aje kata yang laki Zehra @ Adam tu nak ngorat aku. Aku bukan reka cerita, tapi memang betol. Lantas...

-"Cis! Kalau macam tu, sekarang juga saya bawa awak pindah."-- dengan nada tinggi. Jeleslah tu.

   Aku pong explain kat dia, kalo aku pindah, takut diorang syak wasangka pulak nanti. Pastu, dengan nada tak puas hati, dia kata macam dia nak nikah ngan aku malam ni jugak.

"Awak ni dah kenapa? Kemaruk sangat ke? Takpelah, setakat ni, mamat tu tak tau lagi yang saye akan kawin lagi tiga hari."

   Tapi, dia pulak marah aku. Katanya kenapa mamat tu tak tau sedangkan kiteorang duduk sebumbung? Kononnya, bile dia tau, maka dia takkan ganggu aku lagi. Untuk pengetahuan korang, majlis kawin aku ni macam ade takde aje. Kiteorang dah deal, hantaran pun takde. Duit hantaran, sukati dialah! Tapi, entah-entah takde orang datang nanti. Sudahlah nikah kat masjid, lepas tu kenduri kecik-kecik, jemput jiran-jiran ngan sedara-mara aje. Lagipong, diorang pong tak hingin nak bincang pasal majlis aku, biaselah, aku ni cuma standart orang gaji aje.

   Bincang punye bincang, akhirnya kiteorang dah ada plan sendiri. Lepas nikah terus kenduri, pastu terus pindah keluar pada hari yang sama. Biar puas hati semua orang.  Dan, buat bakal husband aku, janganlah risau sangat. Aku ni seorang yang setia, kalo dia pilihan aku, maka aku takkan tukor punya. Lagipong, dialah lelaki pertama dalam hati aku, itu pasallah dia tak payah bimbang ape-ape. Believe me!

   Dan diakhir perbualan, aku pong sempat juga wish sesuatu menyebabkan dia terdiam, lantas aku terus letak telefon. Nak tau ape dia?

...iyer ke?...

Posted at 12/7/2006 7:02:59 pm by lovely_nouraz
Make a comment  

Wednesday, December 06, 2006
episod 14

... malu betol!...

   Malam tu, aku terus masuk bilik. Takut terserempak dengan laki si Zehra tu, habis aku. Sudahla aku yang masukkan sos cili dalam air dia petang tadi. Sampai tersedak-sedak. Tapi, agak-agak diorang dah masuk bilik, aku kuarlah balik. Baik dok kat buai time tengah single ni. Kalo dah kawin nanti, berkemungkinan besar Dr. Katak tu asyik nak suro aku buat kerja aje, takde rehat langsung.

   Malam ni, aku terfikir lagi. Sebenarnya, aku happy dengan kehadiran doktor dalam hidup aku secara tak sengaja. Tapi, aku sedih bila mengenangkan makcik ngan Zehra yang kutuk aku sampai camtu sekali. Dulu, makcik sayang kat aku, tapi sekarang macam nak ngalau aku keluar dari rumah. Agaknya, sebab itulah dia suro aku kawin cepat-cepat. Dah menyampah tengok muka aku agaknya.

   Tengah aku syok-syok berangan, tetiba aje muncul kelibat seseorang dalam gelap, terkejot berok aku. Ingatkan...(tuutttt). Alamak! Laki Zehra rupanya. Kenapa dia lepak sini pulak? Nak carik gaduh apa?

-"Awak memang suka berangan."

   Senang hati aje terus duduk kat buai, sebelah aku pulak tu. Dia tak tau perasaan aku waktu tu, rasa cam nak lari terus masuk bilik, kunci pintu. Pastu esok terus pindah, tak mau tengok muka dia lagi.

"Rasanya, tak elok awak datang sini. Nanti, apa kata makcik? Zehra mesti tambah benci kat saye."

   Aku terus bangun dan meminta diri. Tapi, sebelum tu, dia sempat beri aku senyuman yang buat macam aku dah nak pitam. Hensem betol. Tapi, doktor aku tetap number one!

-"Sebelum tu, saya Adam. Adam Mohd. Asyraf."

   Adam Mohd. Asyraf? Apasal sama macam name doktor aku? Adam Asyraf. Nak kata adik beradik, takkan pulak. Nak kate kembar, langsung tak masuk akal.

"Adam? Itu macam nama..."... belompun sempat aku habis cakap, si Zehra tengah tercegat depan pintu sambil cekak pinggang. Siap terpekik-pekik panggil laki dia balik. Sambil tu, dia sempat tuduh aku nak rembat laki dia. Pirah! Tak lama lagi pong aku nak kawinlah. Tak heran dengan laki kau.

   Zehra yang muka cam singa nak makan orang tu terus aje masuk. Laki dia buat muka toya aje. Tapi, sebelum aku masuk, aku sempatlah mintak maaf kat dia...

"Tadi, saya yang menyebabkan awak tersedak masa makan kat meja pengantin tu."... aku terdiam sekejap, lalu..."Pedas sangat ke air tu?"

Laki Zehra@ Adam pun tergaru-garu kepala,

-"Air apa yang pedas? Kenapa awak nak mintak maaf? Takkan tercekik tulang ayam pun salah awak?"

   Hah! Tercekik tulang ayam? Aku ingat dia terminum air sos cili aku. Alamak! Camne nak cover nih?

"Tak! Sebenarnya, tadi ada makcik tu suro saye buat air. Tapi, tak perasan pulak air yang saye buat tu air sirap atau air cili boh.", aku ketawa dengan muka bengang lantas terus masuk ke rumah. tak nak jadi bahan gosip lagi. Serik betol.

   Macam biaselah, sebelum tidur, aku mesti teringatkan dia. Dan, bila difikir-fikir balik, tak baik langsung aku panggil doktor tu dengan panggilan Dr. Katak. Serupa macam pompuan tak sopan. takpelah, lain kali aku ubah sikit namenya, kalo panggil Dr. Volkswagen (keta katak) pong akey juga. Ho! ho! ho!

Tapi, apasal laki Zehra @ Adam ni suka ngikut aku? Tak malu ker?

...sayang awak!...

Posted at 12/6/2006 7:51:08 pm by lovely_nouraz
Make a comment  

episod 13

...cantiknya dia...

  Semalam, aku call Honey(bakal isteri akulah tu, depan-depan tak berani panggil nama camtu, malu!), dengan lasernya dia mengatakan aku takde keja lain selain mengacau anak dara orang malam-malam buta. Tapi, dia layan aku juga. Aku bukan apa, saja nak tau dia pakai baju apa, kot-kot boleh tiru, nampak cam sepasang gitu. Honey aku yang lurus bendul ni terus aje bagitau. Oh! Hijau muda rupanya favourite colour dia. baru aku tau.

   Aku pakai  kemeja hijau muda yang baru aje aku beli tengahari tadi, rasa geli betul. Seumur hidup aku, tak pernah aku sarungkan baju warna fancy-fancy macam ni kat badan aku. Tak lain tak bukan, balik-balik warna hitam-putih.

   Sesampai aje kat sana, mata aku terus meliar tengok sana-sini untuk carik honey aku. Entah ke mana perginya. Nasib baik jumpa makcik, terus makcik panggil Gina dengan suaranya yang terpekik-pekik tu.

   Gina ke tu? Honey aku? Cantiknyaaa! Dia pakai baju kebaya pendek warna hijau muda, berkain batik hijau-hitam serta bertudung. Sangat cantik. Sebelum ni, dia tak pernah bergaya macam tu sekali. Tapi, aku pun tak galakkan dia bergaya sangat, nanti orang lain berkenan, melepas aku. Tapi, apahal mukanya berkerut satu macam? Ah! Mungkin penat kot? Iyelah, semua nak harap dia. Angkat pinggan pun dia, layan tetamu pun dia, layan aku pun... dia!

   Hari ni, first time aku duduk berdepan dengan dia. Dia pun renung aku sambil tersenyum. Lagilah tak selera nak makan. Sebelum tu, dia sempat dengki aku pulak tu. Ada ke dia ambikkan nasi minyak punyalah tinggi macam gunung. Itu belom campur kuah lagi. Kalau nak makan tiga orang pun cukup. Katanya, aku kena makan lebih, sebab aku ni kurus benar, dia pulak montel. Kalau jalan sama-sama nanti, orang kata macam nombor sepuluh (10).

"Saya ingatkan awak pengantin tadi."... aku saje-saje aje kacau dia. Tapi, dia pun balas balik,

-"Apakan daya, pengantin lelakinya takde. Nak kawin ngan siapa?"... sambil mengupas telur pindang lalu dimasukkan ke dalam pinggan aku. Alahai! Hari ni aje, confirm naik 5 kg.

   Tapi, honey aku punya pasal, aku tak kisah! Dan, seperti biasa, malam tu, aku tak dapat tidur lagi, semuanya gara-gara bayangan dia yang muncul setiap kali. Dan, oleh kerana dia tau aku memang selalu rindukan dia, maka tadi dia sengaja suruh sedara dia ambik gambar aku dengan dia guna handset aku. Fuyoo! Shot pertama paling cantik pernah diambik dalam handset aku. Dan, gambar itulah yang aku gunakan sebagai wallpaper dalam handset.

   Belum kawin pun dah rindu macam nak rak, mintak-mintaklah lepas kawin, makin tambah sayang aku pada dia. He! he!

...tak kuase I...

Posted at 12/6/2006 7:16:08 pm by lovely_nouraz
Make a comment  

Tuesday, December 05, 2006
episod 12

...sesuatu yang tak dijangka...

   Tak sangka Mak mencarikan jodoh aku sebegitu rupa. Mungkin cantik dari luar, tapi dari kelakuannya, aku tau dia seperti seorang gadis liar. Menyesal aku setuju dengan cadangan mak agar aku berkahwin.

   Hari yang bahagia(kononnya) telah menjadi hari yang paling buruk dalam hidup aku. Sudahlah beristerikan gadis entah apa-apa entah, masa nak naik pelamin, kaki pulak tersadung kat tangga, masa makan, tercekik tulang ayam. Macam-macam hal. Maklumlah, aku langsung tak biasa dengan diorang, malah aku tak bercakap walau sepatah katapun dengan isteri aku. Namanya Zehra? Tak habis sekolah? Takde SPM? Ish! Selisih. Kata mak aku dia cantik dan pandai budaknya. Pandai apa? Sedari tadi aku tengok, asyik tergedik-gedik depan cermin, menyampah pulak aku tengok.

   Katanya, dia tinggal bertiga, dengan mak juga sepupunya. Sape ntah namanya. Orangnya pun tak nampak lagi. Biarlah. Tapi, aku macam ternampak seseorang tadi. Orangnya cantik, tembam, dan manis. Siapa dia? Penanggah ke? Atau jiran sebelah rumah? Hmm... kenapalah aku tidak dijodohkan dengannya...

   Petang menjelang tiba, ramai saudara-mara dah pulang. Lalu aku terus tukar baju, bert-shirt dengan seluar lalu pergi ke luar rumah, konon nak tolong cuci periuk ke, angkat barang-barang ke. Tapi, bila aku keluar aje, aku ternampak kelibat isteri aku tengah syok berbual dengan jantan lain dekat luar pagar rumah. Siap bertepuk tampar lagi, bukan main mesra. Aku bukannya jeles sangat, tapi apa pulak orang kata nanti.

   Pandang sana pandang sini, aku ternampak pulak gadis tadi, gadis manis itu kini sedang sibuk mengangkat pinggan. Kesian pula aku tengok.

"Wak, takpe, biar saya angkat."

   Dia merenung aku dengan muka hairan. Bila lihat dari dekat, memang cantik dari apa yang aku nampak sejak tadi. Dengan baju kurungnya, dengan senyumannya, memang ngam.

-"Oh! Pengantin lelaki. Gaya macam orang nak gi memancing."

   Rupanya dia tak berapa kenal aku sedangkan akulah lelaki yang bersanding tapi tersadung kaki kat pelamin tu. Buat malu aje. Tapi, dia nampak serba-salah, mungkin sebab tak nak orang pandang serong.

-"Pengantin lelaki, boleh tak awak jauh-jauh sikit. Nanti orang tuduh saye nak ngorat awak pulak."

   Pengantin lelaki dia panggil aku. Aku ada nama tau. Nama aku Adam Mohd. Asyraf.

"Hmm... awak pecaya ke yang saya ni Ustaz?"

-"Mase pakai baju pengantin tadi, nampak okey jer. Tapi, bila dah pakai macam ni, nampak cam cikgu sekolah tadikalah pulak."

   Sambil buat kerja, sambil berbual dan ketawa-ketawa. Best juga berborak dengan gadis ni. Tapi sayangnya, sejak tadi dia tak pernah mention namanya, siapa agaknya yea?

"Awak.... siapa nama?"

   Dia tersenyum sendiri lalu berkata perlahan, "Jawapannya, selepas ini.", lalu terus masuk ke rumah. Dia juga ajak aku sama memandangkan waktu maghrib dah nak masuk. Tapi nampaknya si Zehra tu terus melekat kat depan pagar. Suka hatilah. Bukan silap aku pun.

Tiba-tiba, "Gina! Gina... ade orang kirem salam."

   Gina? Sedap nama tu. Macam nama orang putih. Tapi, siapa yang kirim salam tu? Aku pun curi-curi dengar. nak tau juga apa cerita... "Member baik aku, pensyarah kat U, berkenan kat kau. Dia kata kau cantik macam orang Arab. Dia tanya kau dah kawin ke belom, lepas tu dia mintak nombor phone kau.".

   Aku nampak muka Gina terus pucat melesi. Lalu, "Habis kau bagi nombor phone aku?". Dan, perempuan tu terus menganggukkan kepala. Seketika, Gina terus ketawa, lalu... "Baguslah, handset aku dah berkecai, nombor pun tak valid lagi. Ho! ho! ho!". Dan, bila aku curik-curik dengar lagi, baru aku tau yang rupanya Gina ni susah nak berkawan dengan lelaki. Mungkin malu atau tak suka, Allahualam!

   Dan, setiap kali juga aku berkata dalam hati dengan rasa yang sangat menyesal,"Alangkah baiknya kalau isteri aku adalah Gina!"

...tunggu yek!...

 

Posted at 12/5/2006 8:09:16 pm by lovely_nouraz
Make a comment  

episod 11

...Zehra pong kawin...

   Hari esok, Zehra akan dinikahkan. Walaupong seminggu aje buat persiapan, masya Allah, grand betol majlis dia. Pelamin macam anak raja, makanan semuanya catering, ngalahkan majlis ct nohalizo. Aku pong faham juga, dah tentu itu satu-satunya anak kesayangan makcik, sebab tu sanggup berhabis-habisan. Dan, aku suspect, diorang buat camtu sebab nak kenakan aku. Mana taknya, minggu depan aku akan nikah, tapi hantaran takde, persiapan takde, malah aku hanya ada sepasang baju yang akan dipakai pada hari nikah nanti. that's all!

   Sebenarnya, dengan duit yang aku kumpul, cukup untuk aku buat majlis. Aku pong ada hati gak nak buat grand-grand, sekurang-kurangnya ada pelamin,  sikit hantaran, cukuplah. Tapi, makcik dah sekat semua kebebasan aku untuk bersuara. Sampaikan nak tanya pasal kenduri pong, dituduhnya aku demand. Ade ke patot? Tapi, aku tak pernah cerita apa-apa pong pada doktor. Even bila dia call, aku sengaja main-main lalu memutuskan talian. Boring ajek suara dia, he he, kena hang! Itulah, pasal hang aku dok gadoh ngan Zehra.

   Tibanya majlis perkahwinan, Zehra(cantikla tu konon), pakai baju kebaya pendek warne merah menyala(old fashion!), dengan rambut yang kembang menggerbang tu, tak kenan aku tengok. Tapi, husband dia... Fuyoo! Hensem seh! Nampak macam orang baik-baik, muka dia lebih hensem daripada doktor, juga lebih muda. Tapi, terus terangla aku kata, Zehra tu lebih cantik daripada aku, lebih slim, so memang padanlah. Yang aku geram tu, sebelum bersanding, siap dia sempat bisik kat aku lagi, "Nampaknya laki aku lagi hensem daripada bakal laki aku yang kau kebas dulu.". Kureng asem betol! Nak kena agaknya minah ni.

   Lalu, dengan rasa dendam yang tengah menyala-nyala nih, aku pong ambik sos cili kat dapur secara senyap-senyap lalu masukkan dalam gelas pengantin. Kononnya biar si minah desperate tu minum, tapi memandangkan tetibe aje Dr. Katak datang, maka aku terpaksa tinggalkan kerja jahat aku lalu mengalihkan perhatian pada doktor...

   Oh! Lupe nak beritahu. Dah sepuloh episod, baru aku teringat akan nama doktor ni yang belom aku kenalkan kat korang. Namanya Adam Asyraf, orang panggil Asyraf, tapi aku lebih suka panggil Adam. Tengok muka dah agak berumur, entah berapa ntah umurnye, aku pong tak pasti. Yang aku tau, bila aku tanye ajek, dia kate, "Lepas sah awak jadi isteri saya nanti saye beritau.". Pegi jalanlah! Alah, macam aku tak tau. Mase pegi kursus kawin hari tu, aku dah tengok borang dia. Mungkin 30 lebih kot? Heh! heh! Dah tua rupanya!

   Sedang aku duduk berdepan dengan Dr. Adam yang sedang asyik makan sambil tengok aku, terdengar pulak batuk bertubi-tubi daripada pengantin lelaki. Alamak! Rupanya, badigol mana entah yang ambil gelas tadi dan terus hidang kat meja, kena pengantin lelaki pulak tu. habis aku. Tapi, memandangkan takde siapa yang syak aku, maka aku senyap-senyap ajelah dan terus melayan kerenah Dr. Adam yang betol-betol aku tak berapa kenal, yang bakal menjadi teman hidup aku!

....habislah aku!...

Posted at 12/5/2006 7:43:47 pm by lovely_nouraz
Make a comment  

Monday, December 04, 2006
episod 10

... Kenapa yea?...

"Kalau berani, hantarlah meminang."

   Bagi aku, itu cuma satu gurauan. Tak sangka, bila sampai rumah, rupa-rupanya diorang betul dah datang meminang. Aku ingatkan dia meminang Zehra, rupanya diorang meminang aku! Huh! Punyelah penat aku dok nunggu kat taman tadi, dengan cuaca panasnya, dengan hati panas, telinga panas(alasan ajer tu). Berkira-kira balik, untung juga aku cuti hari ni. Tapi, dia dok kat taman tadi buat hape? Tak keje ke? Ke saje nak ngintip aku?

   Yang tak sedapnya, makcik dah mula pandang serong pada aku. Zehra lagilah, langsung tak tegur aku. Dan, sangkaan aku betol. Aku terdengar diorang bincang-bincang, katanye aku ada hubungan sulit dengan Dr. tu dah lama. Dan, aku sengaja nak memadan mukakan si Zehra yang gilakan lelaki tu. Biar Zehra perasan, lepas tu dia dimalukan sebegitu rupa. Padahal, aku tak berniat langsung. Yang doktor ni pong tak reti agaknya. Dulu datang merisik orang lain, kali ni datang minang orang lain. Kalo aku, mau meletop kepala dia aku bom.

   Hmm... mungkin ada hikmah. Aku macam tak nak terima sebab aku tak kenal dia. Aku tak tau sama ada dia sukakan aku sebab aku baik sikit daripada Zehra atau sengaja nak kenakan Zehra, atau mungkin dia nak mengenakan aku sebab aku panggil dia Dr. Katak! ho! ho! ho! Tapi, dengarnya makcik dah terima untuk aku. Dan, tadi makcik dah kata awal-awal dengan aku. Aku boleh kawin tapi tak payah majlis besar-besar. Setakat nikah kat masjid, buat kenduri kecik-kecik, itu aje. tak payah sanding-sanding. Dan, katanya, dia dahpun dapatkan seorang lelaki untuk Zehra. Khabarnya dia cikgu agama sekolah menengah. Cikgu agama? Korang boleh pecaya ke? aku sendiri tak caya...

   Tetiba jerk, telefon rumah aku bunyi, nasib baik ada dalam bilik. Yelah, handset dah hancur berkecai. kesian betol.

"Hello."... suara malas gitu.

-"Hai."...suara excited.

   Huh! Tak lain tak bukan, bakal laki akulah yang call. Suara bukan main excited lagi. Tapi, aku malas nak cakap banyak sebab aku takut kot-kot si Zehra dengor dari luar ke, naya aku.

"Memandangkan lagi beberapa bulan kite akan kawin, so tak yah cakap banyak. Sebab, lepas kawin tetiap hari jumpe, nak bebual apa pong boleh. Kalau asyik call aje, lame-lame nanti saye boring dengor suara awak."

-"Apa beberapa bulan? Saye dah confirmkan dengan makcik awak yang kite akan dinikahkan dua minggu lagi."

"Hah! Dua minggu lagi? Dah kemaruk agaknya. Mana sempat nak buat persiapan? Ni ha, lemak saye yang berkilo-kilo ni tak sempat hilang pong."

-"Itulah, sebelum ni taknak fikir, makan banyak-banyak lagi."

"Mane saye tau. Saye rase tak yah jaga badan sebab saye bukan nak kawin dalam mase terdekat. Tup-tup awak boleh pulak datang minang. Dah jadi satu hal."

   Dia tak menjawab, aku rase dia tengah tersenyum agaknya. Miang betol. Tapi, aku tak salahkan dia, aku rase makcik yang buat syarat macam tu. Dan, kirenya dia nak, dia kena setuju dengan syarat makcik. Hmm... habislah aku!

....apa title yang sesuai untuk cerpen ni yea?...

 

   

Posted at 12/4/2006 7:53:16 pm by lovely_nouraz
Make a comment  

episod 9

... sukaaa.... sangatttt....

"Kat sini pun nak makan lagi?"

   Terkejut berok muka dia bila ternampak kelibat aku. Pucat lesi rasanya. Yang aku tau, dia berbisik sesuatu dan muka tetiba macam nak marah.

-"Apa pasal awak?" dia termenung sebentar lalu... "Hello, Dr. Katak!"

   Dia tersenyum sipu, lalu menunding jari ke arah seekor katak yang kebetulan ada kat tepi tu. Sanggup dia panggil aku katak? Nak kena agaknya. Rasa cam nak tolak aje dia dalam tasik... pakkal dia bakal bini aku.(iyer ke?).

   Fine. Keadaan dah tenang. Aku dengan muka tak tau malu terus aje duduk sebelah dia. Aku tau dia tak suka, tapi nak tak nak terpaksa juga. Lalu dia menghulurkan coklat kit kat pada aku. Aku yang tak penah-penah makan coklat ni terus aje terima. Siap makan keropok udang lagi. Rasenya, dalam 37 tahun ni, inilah first time aku dating secara tak sengaja! Tak sangka mulut aku boleh gatal, tertanya pulak pasal kawin...

"Awak dah kawin?"... Aku tanye tapi tengok tempat lain. Malu gile.

-"Entahlah. Rasenya macam belom. Eh! Entah-entah semalam tak?"

   Dia main-main pulak. Aku terdesak nak tau ni. Aku sudahlah jenis lelaki yang suka mendesak. Nak kena minah ni.

"Kalau saya nak kawin dengan awak, awak nak?"... langsung tak romantik! Cakap pun dengan gaya macam nak marah. Yelah, dia ni memang suka main-main.

-"Kalau berani, hantarlah meminang!"

   Bagi aku, itu satu cabaran. Minah ni memang nak kena. Tak tau agaknya sekarang wakil aku tengah meminang dia kat rumah tu. Tapi, kenapa dia ada kat sini? And... tak sempat aku tanya, dia terus aje pergi dengan mengayuh basikalnya dan meninggalkan sebungkus roti kacang dan diselitkan bersama kad nama.

   Walaupun kiteorang tak dapat cakap banyak, tapi terus-terang aku kata, aku memang suka dia, dan aku akan lakukan apa aje untuk mendapatkan dia.

"Adakah aku melampau?"

 

Posted at 12/4/2006 7:30:25 pm by lovely_nouraz
Make a comment  

episod 8

...and the reason is...

   Sejak malam tadi, mata ni tak boleh nak katup. Pusing sana, pusing sini, golek sana, golek sini, panas pulak tu. Rasa cam dalam oven, jadi ayam golek! Kenapa yea, seolah-olah kepala otak dah jadi komputer, gambar dia diambik dan di save dalam file 'my picture'. Kata-kata dia di'save' dalam MP3, kutukan dia tertera di 'Microsoft window'. Kalau diikutkan, aku suka dia. Tapi... dia tak suka aku kot? Cara dia marah aku tadi, cam nak telan orang.

   Okey, aku tarik balik cakap aku dulu. Bagi aku, perempuan is something. Aku tak kenal dia, aku tak tau perangai dia macam mana, aku tak tau apa yang dia sedang fikir, yang aku tau... 'Aku suka dia!'... Suka sangat! Bila dah baring tak leh tido, aku bejalan pulak tepi katil, mundar-mandir sana-sini. Macam-macam bende terfikir kat kepala otak. Dia ni dah berpunye belom? Entah-entah dah bertunang tak? Hah! Entah-entah dah beranak dua? Ceh! Mana boleh, stail dia macam anak dara. Apa? Bini orang? Mustahil! Dengan percakapan yang kuat menyindir tu, aku gerenti, sorang lelaki pun tak kenan kat dia, melainkan aku!

   Ish! Tak leh jadi, aku mesti call akak nurse sekarang jugak. Tapi, memandangkan hari dah jauh malam... maka...

-"Kau ni dah takde keje lain nak ngacau hidup orang malam-malam buta nih?"

   Habis aku dimaki sebab call dia. Dengar suara cam tengah sedap tidor. Kot-kot tengah mimpi Leonardo DiCaprio tak? Sebab, dia kata kat aku, anak dia muka cam Leonardo, tapi bila aku tengok, cam muka jawa aje. Maklumlah, husband dia orang jawa, takkan tetiba aje jadi muka cam orang putih pulak.

   Korek punya korek, barulah aku tau yang minah tu rupanya sepupu kepada perempuan tu. Oh! Rupanya minah tu anak yatim, hmm... samalah kite yea. Katanya, minah tu memang baik, cantik tapi sayangnya, yang minat pada dia semuanya lelaki yang berumur... termasuk aku! Bincang punya bincang, akhirnya akak nurse setuju nak minangkan dia untuk aku, tapi dengan satu syarat, 'Aku kena mengaku yang anak dia tu klon Leonardo DiCaprio. Aku iyakan ajelah. Sambil-sambil tu, dia sempat nyindir aku lagi, dulu kononnya tak nak berbini, sekarang dah jumpe pompuan, macam tak sabo benor nak kawin. Kalo boleh, esok juga g nikah. teruk betul.

   Dan esoknya, waktu rehat, akak nurse pegi rumah dia. Berkali-kali aku pesan supaya jangan salah pilih. Kot-kot pilih bunga tahi ayam, siapa nak? Orang nak bunga rose. Memula, aku tak pecaya ngan akak nurse ni, lalu aku nak ikut sama, tapi dia sindir aku lagi. Dia kata aku terdesak nak berbini. Kuat membebel betol makcik ni!

   Dan, aku dinasihatkan supaya tunggu kat taman berdekatan dan tunggu jawapan daripada pihak perempuan... Sambil-sambil tu, aku berdoa juga supaya minah tu terima pinangan aku. Terkumat-kamit mulut aku, sampai orang pandang serong.  Dan, tak sangka pulak... rupa-rupanya...

....heh! heh!...

Posted at 12/4/2006 7:03:02 pm by lovely_nouraz
Make a comment  

episod 7

...later...

   Hari ni penat betol. Makcik paksa aku buat keje-keje rumah. Katanya doktor hari tu nak datang meminang. Sukahatilah! Baguslah tu, sorang buruk perangai, sorang lagi gemor tangkap katak, memang ngam! Tapi, geram tol aku tengok doktor tu, rasa cam nak cekik aje. Jadik, sebelum dia ataupong ejen dia datang, baik aku blah dulu. Nyesal plak hari nih mintak cuti. Jadi, aku pong bersiap-siap macam orang nak g joging lantas mengayuh basikal ke taman. Alah, selalunya orang minang dalam sejam kot? Lepas sejam aku baliklah...

   Memandangkan hari ni orang seme keje, maka aku bermaharajalela lah kat taman tu. Buat macam taman tu aku yang memunye. Geram gak aku tengok orang-orangan yang berdating bawah pokok ni. Sudahlah berpeluk-peluk depan orang ramai, pastu siap makan bersuap-suap lagi. Meluat aku tengok.(@jeles lah tu). Aku memang tak minat dengan cara cintan-cintan orang zaman moden ni. Aku suka stail orang dulu-dulu, orang tua yang carikan. Tup-tup, mamat yang tak dikenali tu rupanya husband kite. Entah rupa cam penyangak, perasan macho, ataupun hensem bebenor, tepulang pada taste mak bapak kite. Itu yang best tu. Kiranya cam surpriselah!

   Biaselah, sebelom aku datang sini, mesti singgah 7eleven beli biskut and keropok. Siap beli coklat kit kat lagi.(macam manalah badan tak....). Tiba kat satu port baik punya, aku landinglah atas kerusi kayu depan tasik. Cuaca memang cantik punya, patutlah ramai yang suka dating time-time camni. Sambil duduk, aku makan and berangan. yang peliknya, time tulah aku teringat akan lelaki itu yang kugelar 'Dr. Katak'. Sayangnya, lelaki sebaik dia bakal disatukan dengan perempuan yang... Hmm.. bukanlah kata aku ni paling sesuai, tapi Tuhan itu Maha Adil. Bukan ke lelaki yang baik, akan mendapat isteri yang baik juga?

   Biasalah, dunia realiti ni semuanya pelik. Aku bukannya Cinderella yang sengaja meninggalkan kasut kaca supaya Putera dapat menjejakinya, ataupun... Snow White yang ingin dibunuh oleh ibu tiri lalu lari ke dalam hutan dan berjumpa dengan orang kerdil. Eleh, itu gimik aje tu. Mungkin lebih elok jadi Sleeping Beauty, selepas dicium Putera, baru dia sedar dari mimpi. Lawoknyer!

-"Kat sini pun nak makan lagi?"

   Aku menoleh, dan....

"Kureng asem!"

....tunggu...

Posted at 12/4/2006 6:33:47 pm by lovely_nouraz
Make a comment  

Thursday, November 30, 2006
episod 6

...benda yang kelakar giler...

   Pagi ni, awal-awal lagi aku datang nak check-up. Kalaulah aku dapat nombor satu, maknanya dah tujuh kali berturut-turut. Pecah record seh! Hai! Nak buat camne, dengan badan yang sebegini montel, banyaklah penyakit yang hinggap. Darah tinggilah, kolestrol tinggilah. Nyampah tol. Tapi, nak buat camne, dulu suka sangat minum air gas, sekarang, padan muka aku.

"Eh! Apasal? he.... he... he..."

Tak terkata aku bila ternampak satu adegan lawak. Kalau buat filem gerenti laku. Ni, aku nak hantar skrip, pada siapa, eh? he.. he...

   Yes! Nombor satu lagi. Tapi, katanya Dr. Nick takde, terpaksa check-up kat doktor lain. Sukatilah. Aku bukan memilih pong. Dan, sekali lagi jantung aku berdebar-debar. Alamak! Apahal ni? Takkan sakit jantung pulak? Dan, bila aku masuk aje dalam bilik doktor... rupanya, dialah lelaki semalam, dan merupakan lelaki yang mencangkung kat tepi longkang tadi. Wah! Ha! Ha! Tapi, aku bukanlah orang yang suka mengetawakan orang lain. Senyap-senyap sudahlah.

-"Hmm... muda-muda lagi dah kena darah tinggi." Doktor tu cakap dengan muka kemerah-merahan setelah melihat fail aku. Kemudian, dia cuba nak dengar dengupan jantung aku dengan dia punya stetoskop(apekebenda ntah namanya-lebih kurang gitulah), aku terus saja menahan dan bertanya dengan muka selamba dek...

"Doktor dah cuci tangan dulu?"

Dia pong jawab, "Dah, dengan sabun dettol lagi. Macam mana dengan handphone awak? Agak-agak nak saya cantumkan dengan gam tak?"

   Cis! Dia kenakan aku balik rupanya. Actually, dia nampak serius, tapi bila dia senyum... Alahai.... Dia ni taklah hensem sangat, tapi sejuk mata memandang.

   Tapi, dek kerana dia asyik menyindir aku pada waktu tu, aku terus naik meluat. Marah juga aku bila dia kata aku kuat berangan. Lagipun, dia tuduh aku pemalas, konon tak nak buat kerja rumah, sebab tulah gemuk.(Tapi betullah tu). Dan, sebelum balik, aku sempat lagi membalas sindiran dia...

"Sekurang-kurangnya, saya taklah tercangkung-cangkung tepi longkang macam orang nak tangkap katak." lalu aku melemparkan senyuman lantas terus blah dari situ. Pegi jalanlah!

Walaupun aku menyampah giler tengok muka dia, tapi korang tak tau betapa berbunga-bunganya hati aku pada waktu tu. Tak tahu sama ada sebab aku berjaya mengenakan dia, atau sebab dialah lelaki pertama yang kena sindir ngan aku! Rahsia dia dengan action tangkap katak ada dalam genggaman aku. Sekali dia sindir aku, seribu kali aku sindir dia tangkap katak. Malah, aku boleh sebarkan cerita ni kat semua staffnurse, kalau aku mau!

....episod ni kureng sikitlah, dah pukul 12 mlm nih, penat seh!...

Posted at 11/30/2006 8:32:34 pm by lovely_nouraz
Make a comment  

Previous Page Next Page