nickNORA, AZZY, JIEYA, G, E, YAN, KAY, A.K, ATOM, TOMN, ETC...freetimeBERANGAN, MENULIS, MELUKIS, TENGOK MOVIE, REKA FESYEN, MUZIK... birthday7SEPTEMBER1985... homeLARKIN JAYA, JB... i likeSKY JUICE, LEMONADE, GINGER BEER... really likeKOREAN MOVIES, CHINESE MOVIES, ACTION MOVIES, LOVE STORY,ETC... sometimesTHINK ABOUT SOMEONE... somebodyWHO SUDDENLY COMES IN MY LIFE WITHOUT EXPECTED!... somedayWANNA BE HAPPY... somethingNOT IMPOSIBBLE... hateSTRESS, CHECK-UP, SOMETHING STUPID, SOMEBODY OUT THERE!...etc
Online Degree
Blog ni sedang dalam perancangan untuk dijadikan website. Dalam sebulan dua lagi kot? Senang korang nak bace. Lagipon, ramai gak yang masuk, so berbaloilah kalau bersusah-payah siket. Teruslah bagi support pada I. Bukan rugi pon.
"Maria, awak harus terima kenyataan bahawa saya seorang lelaki yang sangat... cemburu. Jadi, bersedialah." -"Dulu, awak kata, kite hidup dengan dunia masing-masing. Tapi, bile dah kawin, lain pulak jadinya, kan? Tapi, saye tak kisah. Bongkarlah sedalam mungkin. Saye beri sokongan." "Iya? Baguslah kalau dah faham. Nah! Saye belikan awak something." -"Mengampu eh?"
Semalam, masa balik kerja, aku nampak Maria sedang tersenyum sambil meneliti katalog rantai emas putih dengan loket delima merah bentuk hati (sebesar duit 50 sen). Bile dia nampak aku, dia terus sembunyikan katalog tu. Tapi, aku tahu apa yang dia mahu. Lalu, pagi-pagi lagi rantai tu dahpun berada dalam tangan aku. Agak mahal, RM 27 ribu. Tapi untuk Maria, aku sanggup.
-"Ah!!! Rantai! Cantiknya!"
Aku tak pernah nampak dia segembira itu. Kalau nak lain kali mintak. Kalau dok tengok gambar je, bile nak merasa pakai. Tapi, aku tahu, dia bukan jenis yang suke meminta-minta.
-"Cantik sangat. Untuk saye ke? Atau... awak belikan girlfriend awak?" "Cubit nanti baru tau. Kan saye kate, saya tak pernah ade girlfriend." -"Ye ke? Thanks. Mahallah benda ni. nanti saye bayar siket-siket eh?" "Tak payah. Saya bagi ikhlas."
Lepas tu, dia terus peluk aku. Fuh! Menggigil badan aku. Itu first time aku dan dia berada dalam jarak yang sangat sangat rapat! Aku terus kaku sedangkan dia terus memeluk erat aku. "Err... peluk je?" -"Awak ni gatal!" "Ape salahnya? Awak kan bini saye." -"Awak tak nak pakaikan untuk saye?"
Punyelah berat tangan aku nak mengalungkan rantai tu kat leher dia, siap menggigil-gigil lagi. Tapi, dia sembuhkan penyakit gigil aku tu dengan senyuman dia yang sangat... menawan. Pada mata aku, dia sangat cantik. Benar-benar sempurna.
-"Terima kasih. Sayang awak." "Sayang awak juga."
Dan, Maria tersenyum sepanjang hari, seperti mana bila dia tersenyum apabila melihat katalog tu semalam!
Fauzan dah tunggu depan McD sambil pegang fail. Macam biase, dia berpakaian seperti budak sekolah menengah. Nak muntah aku. Muka tua, ade hati pakai uniform. Laki aku pulak, mengerutkan muke sambil berpesan berkali-kali supaya aku tak terlalu rapat dengan Fauzan. Suka hatilah bang!
"Kenalkan... cousin aku, Muhammad Ali." -"Huh! Pemain tinju ke?"
Perkh! Laki aku dah panas. Dahlah dia tak berkenan dengan mamat ni. Aku bukan apa, dia ni pun pengintip juga, aku tak nak identiti dia terdedah.
-"Yang kau pakai uniform budak sekolah ni kenape? Lagipun, ini time sekolah, kalau nak menyamar sekalipon, tengok keadaanlah. Tangkap dek polis, habis kau!" Alamak! Laki aku tahu ke pasal si Fauzan ni? -"Marah brader. Sorry ah!... Maria, boleh tak kite cakap, private!" "Sorry ye. Ade hal siket."
Kiteorang cume jauh dua-tiga langkah je dari laki aku. Susahlah aku macam ni, tersepit antara dua lelaki. Tapi, ini untuk kerja okey, bukan saje-saje nak kenakan dia.
-"Apasal kau bawak cousin kau tu? Dia tu kerje apa? Macam tahu je rahsia kita?" "Dia... dia suke serkap jarang. Mane benda tu?" -"Ni. Thumbdrive aku, jangan hilangkan pulak." "Ye. Tapi, semua kod rahsia, kan?" -"Kenape, kau takut cousin kau bace?" "Taklah. Takkan dia nak ceroboh barang-barang aku." -"Iya? Muka macam orang tak boleh dipercayai!" "Tapikan, betul jugak kate cousin aku tu. Kau kalau nak menyamar, senonohlah sikit. Inikan time sekolah. Baju kau tu pon takde lencana. Kalau mude, bolehla jadi budak. Dah tua-tua ni, baik kau jadi bapak budak aje." -"Hei, akukan hensem. Kau tak perasan ke?" "Geli je!"
Bila aku toleh belakang, aku nampak laki aku tengah makan Sundae coklat McD. terliur aku. Dahlah favourite aku tu. Waktu yang sama, si Fauzan tegur pasal lebam kat bibir aku. Lepas tu dia sentuh pulak bibir aku. Apa lagi, laki aku terus tarik aku balik. Aku tau, Fauzan sengaja cari pasal.
-"Nah, makan ni dan duduk diam-diam sampai kite tiba rumah nanti." "Alah, coklat dia semua awak dah makan. Tinggalkan saya yang sisa-sisa je. kedekutlah awak ni. Ini favourite saye tau." -"Tau. Saye baca facebook awak. Sebab tu saye beli, just nak pujuk awak balik." "Kalau nak pujuk pon, belikanlah yang baru!"
Dia jeling aku, lepas tu kempunan aku nak dapat sundae baru. Makan jelah ape yang ade. Aku tahu dia tengah hot gile, tapi dia tak nak mengaku. Egolah katakan... Tapi, aku tak pernah cakap kat dia yang aku ade facebook. Nampaknye, dia ni dah parah! Tak lama lagi, habis semua rahsia aku dibongkarnya!
Malam tu aku balik pukul 3 pagi, bini aku dah pun tidur. Bila aku baring sebelah dia, aku dapat nampak kerutan kat muka dia, macam sedang menahan sakit. Aku rase dahi dia, tak panas pon. Tapi, dia betul-betul nampak tak selesa. Kesian pulak.
Pagi tu, dia siapkan sarapan macam biasa. Dia nampak letih. Asyik mengurut bahu jer kerjanya. Aku rase, dia terlalu kuat kerja sampai penat macam tu. Mood pun kurang baik, tapi dia tetap senyum macam biasa.
-"Awal bangun? Awak balik lambatkan malam tadi?" "Mana awak tahu?" -"Sebab, sayakan bini awak. Saya tahulah." "Hm... kenapa nampak tak sihat je ni? Nak pegi klinik? Tempat urut? Cakap je, saya bawak. Hari ni saye takde kerja." -"Ala, hari ni saye kerja. Kejap lagi nak keluar jumpe customer." "Awak ni salesgirl eh?" -"Maybe!"
Satu yang aku benci, rahsia! Dia ni kuat betul berahsia, padahal aku lebih banyak berahsia daripada dia. Dia tak tahu kerja aku, dan tak pernah nak ambil tahu. Dia pon tak cakap dia kerja apa, dengan harapan aku tak tanya. Tapi aku nak jugak tahu apa yang di lakukan kat luar sana. Yelah, aku ade macam-macam feel pasal bini aku ni. Perasaan bimbang, risau yang amat, cemburu lagi... hai, aku tak pernah cemburu pada mane-mane orang sebelum ni tau. Dialah orang pertama.
-"Awak makanlah ye. Mulut saya sakitlah." "Mulut sakit? Kenape? Sakit tekak ke? Ambik cuti je lah." -"Dalam mulut saya pecah. Tak boleh cutilah urgent. Lagipun, sebelum ni saye tak pernah ambik cuti." "Mulut pecah?"
Baru aku perasan, bibir tepinya lebam dengan sedikit darah beku. Apa yang berlaku? Ade orang pukul bini aku ke? Siapa yang berani nak cuit bini aku? Aku akan carik orang tu sampai ke lubang cacing sekalipun!
"Saya tak sukalah, awak keluar kerja, balik dalam keadaan macam ni. Nanti orang kata, saya dera awak pulak. Awak berhenti kerje ajelah. Ya? Saya boleh tanggung awak. Awak nak apa? Kereta? duit? Rumah baru? Game boy? PS3? Semua saye mampu belikan." -"Peliklah awak ni. Saya kawin dengan awak, bukan sebab duit tau. Lagipon, saya suke dengan kerja saya. Seronok!" "Seronok sangat ke sampai kena tumbuk dengan orang?" -"Itu yang seronoknya!"
*****
Sebenarnya, cara percakapan dia, aku tahu dia syak sesuatu. Ya! Malam tadi, perempuan bertopeng yang tolong dia tu, AKU! Dah tujuh tahun aku bekerja dengan polis, buat undercover. Kekadang mengintip lagi. Tapi, semenjak aku dah 'terkahwin' dengan P.I ni, terpaksalah aku menyamar jadi Super Hero. Kalau tak, habis dia piat telinga aku suruh balik rumah, masak untuk dia. Takkan aku tak tahu!
Oh! Patutlah tak nak cakap dia kerja apa? Sorry ah! Aku menang, sebab aku dulu yang tahu ape pekerjaannya, walaupun dia dulu yang mengintip aku. Tapi, bahayalah kerja macam kami. Nak ikutkan, patutnya aku berterus-terang, kiteorang berhenti kerja sama-sama, lepas tu bukak bisnes. Restoran ke, kedai dobi ke, stesen minyak ke, lagi selamat. Patutlah mamat ni banyak no duit, kerja ngan orang kaya!
-"Nak saya hantar tak?" "Tak payahlah. Oh! Atau awak hantar kat terminal bas, nanti boyfriend saya ambik." -"Apa? Apa awak cakap? Boyfriend? Sudah, jangan pergi kerja hari ni!" "Hui, garangnya. Bukanlah, rakan sekerja... merangkap boyfriend." -"Jangan nak mengada-ngada!"
Ya! Dia memang jeles! Hari ni taklah penting sangat. Tapi, si Fauzan kata nak jumpe aku sebab nak beri homework pada aku untuk kes akan datang. Macam mane ni laki aku tak bagi keluar?
-"Okey, Boleh. Tapi, saye nak ikut." "Ikut? Hello, mane ade kes orang date bertiga?" -"Dating... Kejap lagi saye ikat awak, baru awak tahu." "Yelah, yelah. Penting tu. Nak ambik barang daripada dia. Yelah, awak ikutlah." -"Orait! Biar dia tahu awak tu siapa yang punye." "Hei, saye tak nak orang tahu yang kita ni..." -"...ya! Husband and wife!"
Kenapelah aku ni jeles sangat? Hai... Sebenarnye, dalam rumah aku tu, penuh
dengan CCTV. Sesiapa pun memang tak perasan kewujudan kamera tertutup tu. Aku
saje pasang, dan aku boleh lihat segalanya melalui henset aku! Even, bilik tidur
aku pon ade satu. Tapi, takkan aku nak ceroboh privasi dia pulak. Ho! Ho!
(ingat aku ni baik sangat?)
-"Awak, malam ni saye ade kerja. So, petang nanti saye keluar."
"Okey. Tempat kerje kat mane?"
-"Em... tak tentu. Kadang-kadang kena pegi pejabat kat Seremban tu."
"Seremban? Ye ke awak kerje kat sane?"
-"Yelah, saye tahu awak ni kuat mengintip. Ape saye buat, mesti awak tahu,
kan?"
"Patutnya!"
Ade kerje pulak minah ni, risau aku!
Sebenarnye, kes anak Datuk yang bersubahat dengan
penjual dadah tu tak settle lagi. Hari ni, aku kena pergi mengintip kat banggunan
buruk tempat operasi diorang. Susahlah kalau dah kaya sangat!
*****
Pukul 9.19 p.m, aku dengan Danesh terhendap-hendap kat
kawasan semak. Tanpa lampu suluh, kiteorang terpaksa memerhati dengan lebih
tajam lagi. Kami dihendaki mencuri CD yang dalamnya ada senarai pembeli dadah.
Tapi, fikiran aku mase tu, lebih kepada Maria. Aku tak nak dia risau, juga aku
risaukan dia. Ya! Fikiran aku jauh menerawang, hingga akhirnya kami tertangkap
ketika cuba
menyeludup masuk ke banggunan tersebut.
-"Sangat-sangat gentlemen. Malangnya, you'all akan mati hari ni."
"Hello, we all nak beli pun kena hukum ke?" Biaselah, menyamar!
-"Are you sure? I macam pernah kenal you sebelum ni. Ya, kes... gangster sebelum ni. I think you terlibat."
"Maybe you salah orang."
-"Hei, kurung dia!"
Dan, ketika kami dibawa ke tingkat atas, ketika itulah
munculnya kelibat seseorang, mungkin wanita dengan topeng muka. Agak pelik
sebab sebelum ni tiada siapa pun yang ade cooperation dengan kami, especially
aku!
Wanita itu mengacukan pistol ke arah mamat cina yang
memegang aku. Sebelum tu, teruk juga aku dibelasah sampai lebam birat muka aku
dibuatnya. Wanita tu, terus berlawan dengan dua-tiga orang lelaki sasa
sedangkan aku dengan Danesh sibuk-sibuk melepaskan diri. Dan, kiteorang terus
lari meninggalkan wanita tu.
"Nanti. Kau balik dulu, aku nak tolong perempuan tu."
-"Orait, kalau perlu kita call polis."
"Tunggu isyarat aku."
Bila aku kembali, everything dah settle. Beberapa
lelaki tu dah tumbang. Cume, wanita tu... mulutnya sedikit berdarah dan dia
hampir tak larat nak bangun. Aku yang papah dia keluar dan kami terus lari
sebelum Ketua gangster diorang datang. Lantaklah, yang penting, apa yang aku
nak, dah ade dalam tangan.
Belum pun sempat aku tanye nama, dia terus lari. Tak
menoleh sedikit pun. Aku rase, dia ni barua polis. Tapi, tak perlulah pakai
topeng. Nak jadi Super Heroin ke apa?
"Perkh! Nasib baik tak tertangkap. Kesian bini aku nanti."
Rumah dua tingkat ni, taklah terlalu bersepah. Pandai gak mamat ni jaga rumah. Cume, toiletnya berlumut macam dah berape tahun tak sental. Terpakse aku keluar cari barang siket-siket. Banyak nak kena beli. Baldi, besen, gayung dan yang paling penting, klorok!
Duit hantaran yang sebanyak RM 50 ribu tu, aku tak guna sangat. Jadi, aku beli mesin basuh, peti ais, juga almari baru untuk aku. Almari dia penuh sendat, dan dia langsung tak bagi aku sentuh. Takpe, aku tak kisah.
-"Awak pergi mane ni?" "Saye? Mane awak tahu saye keluar? saye takde cakap, kan?" -"Awak pergi mana?" "Hm, saye carik barang siket. Rumah bujang dengan rumah orang dah kawin lain bang." -"Oh! Lepas tu jangan merayap, terus balik."
Persoalannya, mane dia tahu aku ade kat luar? Aku rase, aku takde beritahu dia. Takkan dia mengintip lagi? Ish, aku dah rase terkongkong pulak. Susahnye kalau laki kuat cemburu. Tapi, henset canggih ni dia yang bagi. Entah-entah dia trace aku melalui henset ni tak?
-"Hello." "Yo! Fauzan. Kau kerje ke hari ni?" -"Ape lagi. Kau kat mane?" Ini lagi sorang nak kongkong aku! "Aku kat rumahlah. Apesal?" -"Takde. Saje tanye. Em... malam nanti jumpe nak?" "Err... tak bolehlah. Aku... Aku... mak aku ade kat sini. Mane mak aku bagi kuar malam-malam." -"Ye ker? Atau... boyfriend kau tak bagi?" "Hah? Lawaknyer!"
Habislah aku! Fauzan dah mule syak sesuatu. Yelah, dah dua-tiga hari ni dia asyik call. And, bile dia ajak keluar, aku tolak. Alasan macam-macam. Aku takut je dia dok mengintip depan rumah. Nanti, kalau bos aku tahu... Kalau dia tahu... Habislah! he! he! Pandailah aku. Dia still tak tahu mane rumah laki aku, and... aku akan pastikan yang dia takkan tahu!
Malam tu, aku langsung tak boleh tidur. Yelah, selama 37 tahun aku tidur sendiri, tiba-tiba ade seorang gadis, diulangi, 'seorang gadis' tidur dengan nyenyaknya kat sebelah aku. Tergugat aku! Tapi, dia tidur pon sebab dah terlalu mengantuk. Kiteorang berbual hingga pukul 4 pagi. Berbual pula perkara yang lucu, menyakitkan hati, dan dari 'mata' aku, dia ni mesti diminati oleh ramai orang. Cume, mungkin aku bertuah!
Esoknya, berdekah-dekah dia ketawa sebab keliling mata aku lebam. Yelah, tak dapat tidur. Dia punye pasal juga. But, one more thing, dia bawah tanggungjawab aku, jadi aku nak dia berada di sebelah aku, walau macam mana sekalipun. Eh? Dah lari tajuk pulak? Bukan ke dulu aku tak mahu libatkan dia dalam kehidupan aku? Apasal ek?
-"Alah, kesiannye dia..." Katenya sambil tersengih-sengih. "Awak punye pasallah. Tidur bukan main kuat lagi berdengkur." -"Saya rase, saya tak berdengkur." "Eh, awak tidur, awak mane perasan." -"Iya ke? Tapi, ade orang kate... saya tidur tak berdengkur." "Orang? Siapa? Awak tidur dengan siapa sebelum ni?" -"Janganlah marah pepagi buta ni." "Siapa orang tu? Cakap, kalau tak..." -"He... he.... mak sayalah." "Fuh! Lega."
Kitaorang breakfast benda yang simple-simple je. Dia goreng telur, masak kacang panggang, then makan dengan roti. Simple, tapi itulah makanan terbaik yang pernah aku jamah. Sebab, sebelum ni aku sangat sibuk, takde mase nak fikir pasal makan.
"Sedap ah! Nak lagi." -"Banyaknye makan. Gemuk baru tahu." "Kenalah makan banyak-banyak ye tak? Kalau tak bini kecik hati." -"Hei..."
Hari ni, aku dah start kerja. Dia masih cuti, jadi aku pakse dia kemas stor yang macam sarang tikus tu. Harapnya dia tak bongkar barang-barang peribadi aku. Dalam almari rahsia tu, macam-macam jenis pakaian, misai, janggut, aksesori, benda-benda merepek, semua ada dalam tu. Terperanjatlah pulak kalau dia ternampak pisau-pistol(mainan), nanti dituduhnya aku pembunuh bersiri pulak.
-"Hari ni, awak balik pukul berape?" "Entahlah. Saya... saya akan cube balik awal." -"Okey. Jangan lambat sangat. Nanti saye risau." "Okey... saye pergi dulu."
Hari ini, aku sangat gembira. Tak sangka pula kehidupan berumahtangga ni banyak manisnya. Sebelum pergi, dia mencium tangan aku. Aku pergi kerja, dia hantar dengan senyuman. Perasaannya benar-benar berbeza. Aku tak pernah rasa macam ni...
Kerja tadi bukanlah ape sangat. Bos aku panggil sebab dia ingat aku dekat kawasan KL jugak. Komputer broken, habis maklumat hilang. Nasib baik dalam pendrive aku ade simpan data. Diorang ni kekadang careless jugak.
Mulenya, laki aku hantar kat terminal bas, kononnya aku nak jumpe member kat sana. Of course aku jumpe orang, tapi... itulah Inspektor Fauzan yang asalnya hensem bukan main, tapi malam ni berpakaian seperti seorang pengutip tin. Keji betul. Sanggup dia malukan aku! Kiteorang memang rakan sekerja yang baik. Bab kawin ni, memang aku takkan beritahu dia. Confirm!
Lepas sejam, aku jumpa balik dengan laki aku dekat restoran. Punyelah penat aku menoleh kanan kiri, rupenya laki aku dah tukar baju. Yang paling best tu, dia pakai baju india dengan serban kat kepala. Apesallah aku dikelilingi orang-orang yang pelik? Yelah, kerja aku sendiri perlukan aku menyamar sebegitu. Tapi, ape hal pulak laki aku pun nak menyamar sama?
-"Tadi jumpe boyfriend eh?" "Mana tau?" -"Alah, bercinta dengan pengutip tin. Memang cinta sejati." "Awak intip saye eh?" -"Ape salahnye? Sayakan laki awak."
Ek'eleh dia ni. Mase kawin tadi kate tak nak masuk campur hal peribadi. Tapi, awal-awal dah tunjuk belang. Nasib baik dia ingat aku betul-betul jumpe pengutip tin. Huh! Camnelah aku boleh tak perasan ade orang ikut ni. Kalau ikut ujian pengintipan, dah lame gagal!
"Yang awak berpakaian pelik ni kenape?" -"Saje. Saye cume terkenangkan mase tadi..." "Nikah atau kawin?" -"Same je. Tapi, kita baru nikah dalam... 15 jam." "Ya! Pelik juga berada dengan lelaki lain pade pukul 1 pagi kat restoran." -"Tak pelik. Kalau pukul satu pagi ade ngan lelaki lain kat hotel, itu baru pelik." "Iya? Lelaki lain tu, awak ke bukan awak?" -"Kalau bukan saye pun, saya peduli apa? Tapi, tunggulah tok imam depan pintu hotel nanti." "Marah nampak?"
Dan, seperti 'pasangan bahagia' yang lain (chewah!), kiteorang masih balik ke rumah yang sama (rumah dia). Tidur di bilik yang sama.... Tapi, tetap diklasifikasikan sebagai 'kawan'...
'Tapikan, dia tahu aku jumpe dengan lelaki lain. Dia cemburu ke? Kalau tak, kenape dia intip aku tadi?'...
-"Mengikut perjanjian, perkahwinan ni tak boleh didedahkan." Maria punye cadangan "Setuju!" -"Abis, macam mane dengan... dengan..." "Kehidupan peribadi, itu hak masing-masing. Tak boleh masuk campur." -"Orait."
Pertama kalinya aku jumpe dengan bakal bini aku, Maria. Orait jugak, dia memang memahami. Entah kenape, ape yang aku rancang dalam kepala otak ni, semuanya berlaku dan dia bersetuju. bagus sangat!
Perkahwinan ala-ala koboi (kawin secara tiba-tiba), memang memeranjatkan semua orang termasuk sedara-mara aku. Hai, mak aku tak sibuk, diorang pula tuduh macam-macam. Ade ke dia kate aku ngan Maria kena tangkap basah, pasal tulah kawin segera. Ape bendelah pemikiran orang melayu kita ni?
Bestnya, majlis kiteorang memang sempoi gila. Pagi nikah, tengahari kenduri, malam rileks. Fuh! Untuk menyakitkan hati sedara-mara kiteorang yang bermulut celupar, aku pun memberi Maria wang hantaran sebanyak RM 50 ribu. Paling mahal dalam Malaysia, kan? Hantaran dulang-dulang memang tak main. Manalah sempat nak buat. Nasib baik kursus kawin dah ambil mase muda-muda dulu.
"Awak kerja tak?" -"Kerja. Kenape?" "Bagus, buat kerja awak diam-diam, jangan takde kerja nak campur hal saye pulak." -"Fine. Kita tengok siapa yang masuk campur hal siapa!"
Actually, malam tu jugak kiteorang balik KL. Tiba-tiba Maria ada hal penting. Aku okey jer. Tapi, mak aku dengan mak dia yang meleleh-leleh air mata nak lepaskan kiteorang. Hai mak, macam dah sepuluh tahun tak jumpe!
-"Saye betul-betul urgent ni. Bos saye panggil." "Hai, kerja mengalahkan Presiden Amerika Syarikat." -"Hello Encik Alim, awak tahu tak bini awak ni orang penting negara. He He!" "Eleh, laki awak ni pun orang penting tau.Silap-silap nanti, kita nak lunch same-same pun kena buat appointment!" -"I hope so!"
Apa yang aku nampak, aku dengan dia boleh jadi kawan. Dia memang sekepala dengan aku, selamba, sempoi, everything. Setakat ni, aku tak pernah pulak jumpe minah dengan sifat macam ni. Yelah, perempuan sekarang ni semuanya control cun. Rimaslah!
Aku pula, Maria, 30 tahun, agak tua, kan? Aku bekerja sebagai... nantilah aku citer. Tapi, mak aku dok bebel tetiap hari pasal kononnya aku ni sedang menjalani zaman anak dara tua. Aku punye pasallah. Aku sibuk kerja, mak mana tau. mak kate nak tengok aku beranak-pinak. Amboi, itu jauh sekali. Kalau dah berkeluarga, macam mane pulak dengan kerjaya aku? Susah tu....
Tak seperti orang lain, kebanyakan anak-anak balik time raya, tapi aku balik time raya cinalah, deepavalilah, yelah, takde cuti khas. Mak aku dok bebel-bebel sampai aku naik bosan. Kekadang, tak balik langsung pon ada sampai mak aku merajuk setahun tak call aku. Hm, dia call pun kekadang aku tak sempat angkat. Salah aku!
Untungnya, mase ni takde kerja sangat, jadi untuk memujuk mak aku, aku call dia baik-baik, aku cakap yang aku ade cuti. 'Yahoo!' - itulah jeritan mak aku yang aku dengar kat telefon. Aku kate cuti dua minggu. Bayangkan, selama lima-enam tahun tak cuti panjang, itulah sekali. Itu yang mak aku beraya sakan tu. Dan, yang paling terseksa sekali, rupanya dia dah plan nak jodohkan aku! Warkh! Kejamlah mak ni...
"Mak, Aya tak balik untuk dikawinkan." -"Tapi, Aya akan balik untuk dijodohkan." "Mak! Aya banyak kerjelah. Aya mane sempat nak layan laki." -"Takpe, laki Aya sempat layan Aya nanti." "Mak!"
Ayah aku dah takde. Itu pasallah mak aku suruh kawin cepat-cepat supaya dia cepat dapat cucu. Aku cadangkan mak kawin lagi, tapi aku pulak dimarahnya!
Hai, yelah. Untuk menggembirakan hati mak, aku terima sajelah. Tapi harapnya laki aku tak komplen kalau aku asyik takde kat rumah jer!
"Eh! Kalau bos aku tahu yang aku ni dah kawin, habislah aku kena pecat nanti!"
Aku Alim, 37 tahun, bekerja sebagai P.I (penyiasat persendirian) dan hampir beberapa tahun tak ambik hirau pasal keluarga. Kerja aku memang bahaya, tapi pulangannya, Fuh! Lumayan habis. Memula tu, setahun dua aku tak balik kampung, mak aku bebel. Sekali aku hantar duit RM 20 ribu, terus senyap. Tup-tup pesan mak, 'kerjalah kau sampai tak ingat dunia'.
Tapi, hari tu mak aku beriya-iya suruh balik. Tak tau pula ape sebabnya. Aku dahlah sibuk dengan kes penyamaran ni. Mase tu, aku menyamar nak mengintip anak Datuk tu. Lepas tu terus on the way balik. Dengan misai palsu lebat kat mulut, dengan rambut afro, mak aku terperanjat habis lepas tu dia pukul aku dengan kayu. Sampai hati betol! Bapak aku pun, nyaris-nyaris nak libas aku ngan parang. Ape hal lah diorang ni? Anak sendiri pon tak kenal ke?
-"Yelah, rupa kau macam benggali." Mak aku membebel lagi. "Alah mak, anak sendiri pun tak kenal. Ni, hati kecik tau. Bapak pon satu." -"Kalau kerja mengintip orang pun, tak perlulah pasal misai-misai macam ni nak balik kampung. Ingat kau kacak sangat ke?" Bapak aku berceloteh. "Eh, anak bapak ni, bukan sepatutnya hensem ke? Macam bapak dia!"
Selalunya, bila aku dipanggil balik kampung secara tiba-tiba, tentu ada sebab musabab yang tak sepatutnya! Ting! Confirm, bapak aku paksa kawin. Bapak ni, dah tau aku banyak kerja, family pun aku tak ambik hirau, apa lagi bila berbini.
"Bapak, leceh ah berbini ni. Bapak pun tau kerja Alim macam mane." -"Kalau kau tak nak, bapak ambik."
Lepas tu, bapak aku pun dipiat telinga oleh mak aku yang garang!
Rupanya, memang tak boleh elak lagi. Mak dengan bapak aku dah pun minangkan seorang gadis ni. Rupanya... aku TAK PEDULI! Aku banyak kerja ni. Tahu dek Datuk tu yang aku senyap-senyap balik kampung, hangus upah aku lima puluh ribu!
"Yelah, bapak. Kawin jelah. Tapi, lepas tu Alim nak balik KL." -"Okey, dengan bini kau sekali!" "Apa?"
Leceh betul! Aku ingatkan lepas kawin, tinggal aje bini aku kat kampung, sedangkan aku terus balik KL. Hai... camne gaya pulak. Aku sudahlah jarang balik rumah, nanti bini aku tuduh aku berpoya-poya. Lagipun, aku tak mahu bini aku tahu yang aku ni kerja sebagai penyiasat. Nanti, lain pulak jadinya...
-"Kau jangan bimbang, mak pasti, bini kau pasti akan tolong kalau kau susah."