www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws     www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws

Scroll images by bigoo.ws


MySpace

MySpace






lovely_nouraz
September 7th 1985  (Age 24)
Female
Johor Bahru

MySpace

MySpace


nickNORA, AZZY, JIEYA, G, E, YAN, KAY, A.K, ATOM, TOMN, ETC...freetimeBERANGAN, MENULIS, MELUKIS, TENGOK MOVIE, REKA FESYEN, MUZIK... birthday7SEPTEMBER1985... homeLARKIN JAYA, JB... i likeSKY JUICE, LEMONADE, GINGER BEER... really likeKOREAN MOVIES, CHINESE MOVIES, ACTION MOVIES, LOVE STORY,ETC... sometimesTHINK ABOUT SOMEONE... somebodyWHO SUDDENLY COMES IN MY LIFE WITHOUT EXPECTED!... somedayWANNA BE HAPPY... somethingNOT IMPOSIBBLE... hateSTRESS, CHECK-UP, SOMETHING STUPID, SOMEBODY OUT THERE!...etc

Online Degree


Blog ni sedang dalam perancangan untuk dijadikan website. Dalam sebulan dua lagi kot? Senang korang nak bace. Lagipon, ramai gak yang masuk, so berbaloilah kalau bersusah-payah siket. Teruslah bagi support pada I. Bukan rugi pon.



NNerdy
OOrganic
RRounded
AAmazing
ZZippy
IIrresistible
AAmazing
HHuge

Name / Username:

Name Acronym Generator
From Go-Quiz.com

<< July 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Thursday, July 16, 2009
ADK - ep19


     Aku meletakkan Maria atas katil. Kerana terlalu lasak ketika adegan melarikan diri tadi, banyak juga darah yang mengalir melalui balutan di badannya. Lagilah, tak sampai hati aku tengok...

"Awak, sorrylah. Saye cume sempat belikan awak kuih pau aje."
-"Tak kisahlah."
"And... sorry pasal nasi lemak awak tu."
-"Takpelah. takde rezeki."
"And... sorry pasal abaikan awak selama ni. Lepas tu, tak percayakan awak. Lepas tu, menyusahkan hidup awak, lepas tu tak pernah anggap awak sebagai isteri, lepas tu..."

     Tup-tup dia dah tertidur dengan kuih pau masih lagi kat tangannya. Letih sangat. Dia sempatlah makan segigit-dua, lepas tu terus terlelap. Sebenarnya, aku hampir menangis melihat keadaan dia. Sanggup aku biarkan orang yang aku cintai luka parah macam tu? Sanggup aku biarkan dia bahayakan diri untuk aku? No! Lepas ni, takkan ada lagi!

*****

      Seminggu lepas tu, akak aku ajak balik kampung, ade kenduri katenya. Yelah, mak aku pon dah rindu kat menantu, agaknye... Oh ya, sebenarnye, sehari lepas aku larikan Maria, beberapa pegawai polis datang rumah nak dakwa aku, mesti si Fauzan yang suruh. Nasib baik Maria settlekan!

     Kendurinya malam, tapi siang-siang lagi bini aku dah kena tolong siang sayurlah, potong kuihlah, aku pon ape lagi, menyibuklah kat sebelah bini aku. Aku rase, macam ade sesuatu tak kena pade akak aku. Mungkin dia nak cakap sesuatu pada Maria. lalu, aku pon buat plan...

     Kononnya aku nak tolong orang rewang kat luar, tapi sebaliknya aku sembunyi belakang langsir.... Tengoklah ape akak aku nak kate...
-"Maria, sebenarnya ada orang beritahu akak... Yang hidup Maria dengan Alam, bukanlah sebagai suami isteri."
"Mm... siapa yang beritahu akak? Mengarut aje."
-"Akak tau Maria. Akak kenal Alam tu macam mane. Dia bukannye suke perempuan."
"Abis, dia suke lelaki ke?"
-"Ish kamu ni. Tak... Kekadang, akak kesian tengok Maria. Yelah, dia tak jalankan tanggungjawab dia. Maria pon tau itu satu dosa."
"Mm... takdelah kak. Kiteorang masih belum kenal sangat. Sebab tulah."
-"Akak cume... akak nak kenalkan Maria dengan seseorang. Dia baik, dan akak jamin, dia boleh jaga Maria."
"Akak nak carikan saye jodoh ke? Saye kan dah ada suami."
-"Suami? Ye ke? Takpelah, nanti akak cakap dengan Alam."

     Lepas tu, aku terus sms Maria, kononnya suruh dia tipu untuk lari daripada akak sekejap. Aku nak jumpe dia. Aku mesti beritahu dia betapa sayangnya aku pada dia dan jangan sesekali terpedaya dengan akak aku. Boleh percaya ke akak aku cakap macam tu? Saje nak menjahanamkan hidup bahagia aku!

"Jadi awak sukelah akak nak carikan awak jodoh?"
-"Oh! Jadi awak curi-curi dengar?"
"Maria, please... Kalau boleh, saye nak belah dada, tunjuk jantung saye kat awak betapa saye sayang gile kat awak. Saye sanggup redah lautan api."
-"Err... zaman sekarang dah tak guna frasa tu lagi."
"Yelah, habis macam mane? Awak nak suruh saye cakap ape?"
-"Explainlah kat akak yang kite ni memang loving couple."
"Hm... satu je cara."
-"Apa?"
"Jom, cari hotel!"
-"Keji! Dahlah malam ni nak kenduri. Nak tidur hotel, pergilah sorang-sorang."
"Janganlah marah. Saye cume... takde idea je."
-"Tak payah berlakon sayang. Biar semuanya berjalan sendiri. Kalau diorang tengok  keadaan kite, manakan sanggup diorang nak pisahkan kita."
"Okey. Kalau saye dengar lagi benda bukan-bukan daripada mulut akak, jaga awak malam ni."
-"Hey!"

Posted at 7/16/2009 8:06:42 pm by lovely_nouraz

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry