www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws     www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws

Scroll images by bigoo.ws


MySpace

MySpace






lovely_nouraz
September 7th 1985  (Age 24)
Female
Johor Bahru

MySpace

MySpace


nickNORA, AZZY, JIEYA, G, E, YAN, KAY, A.K, ATOM, TOMN, ETC...freetimeBERANGAN, MENULIS, MELUKIS, TENGOK MOVIE, REKA FESYEN, MUZIK... birthday7SEPTEMBER1985... homeLARKIN JAYA, JB... i likeSKY JUICE, LEMONADE, GINGER BEER... really likeKOREAN MOVIES, CHINESE MOVIES, ACTION MOVIES, LOVE STORY,ETC... sometimesTHINK ABOUT SOMEONE... somebodyWHO SUDDENLY COMES IN MY LIFE WITHOUT EXPECTED!... somedayWANNA BE HAPPY... somethingNOT IMPOSIBBLE... hateSTRESS, CHECK-UP, SOMETHING STUPID, SOMEBODY OUT THERE!...etc

Online Degree


Blog ni sedang dalam perancangan untuk dijadikan website. Dalam sebulan dua lagi kot? Senang korang nak bace. Lagipon, ramai gak yang masuk, so berbaloilah kalau bersusah-payah siket. Teruslah bagi support pada I. Bukan rugi pon.



NNerdy
OOrganic
RRounded
AAmazing
ZZippy
IIrresistible
AAmazing
HHuge

Name / Username:

Name Acronym Generator
From Go-Quiz.com

<< June 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Sunday, June 28, 2009
ADK - ep14


     Aku cuba-cuba nak masak nasi lemak. Simple aje kot? Fail jugalah. Sebab, kali pertama masak, nasi tu kurang air, jadi keras cam batu. Lepas tu aku terus bagi kucing jiran aku makan. Kali kedua aku masak, okeylah walaupun lembik sikit. Sambal pon terlebih pedas, aku tambah gula, manis sangatlah pulak. Inilah bahananya kalau tak reti masak.

     Walaupun aku penat, aku tetap cuba untuk buktikan pada dia yang aku mampu jadi isteri yang baik pada dia. Cume, aku perlukan masa untuk berterus-terang dengan dia. Why? Kenapa aku tak nak beritahu dia siapa sebenarnya aku? Sebab... dia bencikan polis! Aku tak tahu kenapa, tapi dah beribu-ribu kali dia cerita, dia bencikan polis. Dan, polis itu adalah aku! Dan sudah beberapa kali juga aku muncul depan dia, aku tolong dia, dalam keadaan aku sebagai 'Super hero'. Dia pernah jerit begitu pada aku setelah aku tolong dia, seminggu lalu. Kalaulah dia tahu...

"Awak dah balik? Jom makan."

     Aku sangat lapar, aku penat, tapi aku tunggu dia supaya kami makan sama-sama. Supaya kami boleh berbincang. Supaya dia lega hati dan terima aku macam dulu. Tapi...
-"Saya dah makan!"
...lalu dia buangkan segala masakan aku dalam tong sampah! Macam tak salah!

"Tapi, saya belum makan lagi."
-"Opps! Sorry."
... hm, semua penat lelah aku dahpun masuk dalam tong sampah!

"Sampai hati awak. Penat saya sediakan."
-"Whatever!"

     Aku terus takde mood nak makan. Memang lapar gile. Tapi, aku terus bersiap sebab malam ni aku ada tugasan lain. Aku rase, dia pun akan berada di mana akan aku berada malam ni. Sebab, selain minta pertolongan polis, Datuk tu juga upah penyiasat lain, dan dialah suami aku! Rupanya kami handle kes yang sama. Cume, dia tak perasan akan wanita yang sering bekerjasama dengannya.

*****

     Kerana fikiran aku bercelaru, maka semua yang dirancang tak menjadi. Beberapa kali aku terlepas peluang. Dan, malam ni, wanita itu ada lagi. Dia muncul lagi agar kami sama-sama menjatuhkan penjahat tu. Kenapa, aku rasa tak sedap hati malam ni. Seolah-olah sesuatu akan berlaku.

     Kami bertembung, dan kemudian aku cuba untuk mendekati dia. Aku terbau sesuatu... ini bau sabun Maria! Serta-merta fikiran aku melayang kerana teringatkan Maria. Tapi, tak mungkin dia. Tak!
     Waktu itulah, kami berdua dicekup. Aku cuba melawan, begitu juga dia. Rupanya, kami masing-masing ada pistol. Aku dapat melarikan diri sedangkan wanita itu ditangkap dan dibelasah dengan teruk. Aku hanya dapat menjenguk dari jauh. Mereka agak ramai dan semuanya bersenjata...
     Aku lihat, wanita itu semakin lemah. Semakin tak berdaya, dan akhirnya dia rebah sebelum dia diheret ke tiang dan diikatnya wanita itu di situ.

"Tak boleh jadi. Diorang mesti tangkap aku dulu, sebelum aku dapat masuk ke bilik untuk selamatkan perempuan tu."

*****

-"Bagusnya! Musuh kita dah tertangkap. Yang seorang ni kaki pengintip, dan siapa pula super hero yang berani ni?"

     Bila dibuka topengnya... ituah... Itulah Maria. Maria? Kenapa mesti Maria? Kenapa bukan orang lain?

-"Detektif Maria... Sangat licik!"
Detektif Maria?
-"Bos, inilah perempuan kat kelab kita tu. Menyamar jadi waiterlah, penyanyilah, rupanya, barua polis!"

     Aku hampir menangis melihat keadaan Maria. Setelah topengnya dibuka, terlihatlah lelehan darah yang keluar dari mulut dan hidungnya. Walaupun dia diikat, tapi dia dah tak bermaya lagi. Aku sendiri nampak bagaimana teruknya dia dibelasah tadi. Cuma, kalaulah aku tahu dia adalah Maria, tentu aku takkan biarkan mereka cuit Maria walau sikit pun.

"Awak! Bangun awak! Kuatkan semangat!"
-"Kasihan, kasihan. Perempuan ni, dah nyawa-nyawa ikan. Sikit je lagi."
"Maria! Bangun Maria. Maafkan saya!" Maria!"
-"Ah Beng, tinggalkan lelaki bodoh ni di sini. Kita pergi, dengan membawa Maria bersama!"
"Jangan. Kau boleh ambik aku. Aku sanggup tukar dengan dia."
-"Siapa nakkan kau? Lainlah perempuan ni... Polis! Aku memang suka main sorok-sorok dengan polis."

     Apa yang aku ingat, lepas tu aku ditumbuk sampai pengsan. Bila aku terjaga waktu pagi, aku dah pun terbaring di katil hospital, dan Fauzan yang menemani aku masa tu...

-"Aku memang cintakan Maria... Tapi, nampaknya Maria lebih cintakan kau!"

ps: cerita kali ni lain siket kot? I tak penah pulak buat story lain selain cinta. Payah gak kepala otak nak pikir!

Posted at 6/28/2009 8:48:11 pm by lovely_nouraz

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry