lovely_nourazSeptember 7th 1985 (Age 24) Female Johor Bahru
 MySpace
nickNORA, AZZY, JIEYA, G, E, YAN, KAY, A.K, ATOM, TOMN, ETC...freetimeBERANGAN, MENULIS, MELUKIS, TENGOK MOVIE, REKA FESYEN, MUZIK... birthday7SEPTEMBER1985... homeLARKIN JAYA, JB... i likeSKY JUICE, LEMONADE, GINGER BEER... really likeKOREAN MOVIES, CHINESE MOVIES, ACTION MOVIES, LOVE STORY,ETC... sometimesTHINK ABOUT SOMEONE... somebodyWHO SUDDENLY COMES IN MY LIFE WITHOUT EXPECTED!... somedayWANNA BE HAPPY... somethingNOT IMPOSIBBLE... hateSTRESS, CHECK-UP, SOMETHING STUPID, SOMEBODY OUT THERE!...etc
Online Degree
Blog ni sedang dalam perancangan untuk dijadikan website. Dalam sebulan dua lagi kot? Senang korang nak bace. Lagipon, ramai gak yang masuk, so berbaloilah kalau bersusah-payah siket. Teruslah bagi support pada I. Bukan rugi pon.
| N | Nerdy | | O | Organic | | R | Rounded | | A | Amazing | | Z | Zippy | | I | Irresistible | | A | Amazing | | H | Huge | Name Acronym GeneratorFrom Go-Quiz.com
|
 |
Sunday, June 28, 2009
"Apa? Penyanyi nightclub? No way." -"Maria, sebelum ni awak tak pernah menolak." "Ya, Tuan. Tapi... saya ada masalah sikit." -"Jangan campurkan masalah peribadi dengan kerja! Dah berapa kali saya kata. Sekali awak terlibat dengan kes ni, awak tak boleh tarik balik. Kita dah semakin hampir untuk menangkap penjahat tu." "Tapi Tuan." Aku tak mahu menipu lagi. Laki aku dah mula syak sesuatu. Kalaulah dia fikir yang aku betul-betul penyanyi kelab, malulah aku. Di tinggalkannya aku, frust menonggeng beb! Tapi, dari sudut lain, takkanlah laki aku kaki kelab malam? Okey, aku mesti lebih berhati-hati! Mesej dah dihantar kononnya aku terpaksa balik lambat sebab kerja overtime. Yang aku tak sanggup tu, diaorang bagi kostume yang seksi-seksi. Aduh, aku ni isteri orang, tak manis kalau aku berpakaian begitu. "Habis, awak rela Fauzan jadi penyanyi kelab?" Itu aje alasan mereka! Macamlah aku dengan Fauzan je yang boleh buat kerja ni. Sudahlah Fauzan, lepas ni aku nekad, aku berhenti kerja, untuk jadi isteri yang setia! Malam tu, dengan dress seksi paras lutut, benar-benar buat aku malu dengan diri sendiri. Kenapa entah, sebelum kawin, takde pulak feel macam tu. Lagipun, aku sedar, aku sedang menipu. Nyanyi pun miming, gerak mulut sikit, jadilah. Tapi, aku tak sedap hatilah malam ni... ***** Malam tu, baru aku tahu bahawa bini aku, rupanya penyanyi kelab malam. Aku ikut jejak dia sejak petang tadi, dan di sini rupanya aku jumpa kelibat dia. Dengan baju seksi menjolok mata, Nauzubillah! Dalam gelap tu, aku sengaja berdiri betul-betul depan pentas sambil memeluk tubuh. Mulanya dia tak perasan, tapi lepas dia nampak aku, terus wajahnya bertukar. Apa lagi? Aku terus balik tanpa menghiraukan dia... -"Awak... sorilah!" "Apa? Sorry? Rasenya saya dah cukup bagi perhatian saye pada awak. Saya sayang awak. Ini balasan awak pada saya?" -"Maafkan saya." Maria terus mengejar aku dari tadi. "Dengar, sekali saja saya cakap. Saya cintakan awak. Saya sayangkan awak, hingga saya sanggup gadaikan nyawa jika perlu. Saya cuba penuhkan impian awak. Dapatkan apa yang awak mahu, walaupun ia sangat susah." -"Awak..." Dah start nangis pulak. "Awak cinta pertama saya. Saya memang bodohkan, sebab jatuh cinta pada awak? Perempuan semua tak boleh percaya." -"Awak, please. Percayakan saya. Sekali aje...." "No! Never!" -"Kalau awak tersilap kali ni, awak akan silap selamanya..." "Awak ingat saya buta? Atau dayus?" Akhirnya, aku tinggalkan dia sendiri kat carpark, dan waktu tu pukul 2 pagi. Seronok betul aku bila terkenangkan malam tu. Aku bersama isteri aku, yang merupakan penyanyi kelab malam, dan kiteorang bergaduh pada pukul dua pagi, dalam keadaan yang amat menyedihkan! Seronok sangat! Akan aku ingat malam ni sampai bila-bila!
Posted at 6/28/2009 7:29:53 pm by lovely_nouraz
|