www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws     www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws

Scroll images by bigoo.ws


MySpace

MySpace






lovely_nouraz
September 7th 1985  (Age 26)
Female
Johor Bahru

MySpace

MySpace


nickNORA, AZZY, JIEYA, G, E, YAN, KAY, A.K, ATOM, TOMN, ETC...freetimeBERANGAN, MENULIS, MELUKIS, TENGOK MOVIE, REKA FESYEN, MUZIK... birthday7SEPTEMBER1985... homeLARKIN JAYA, JB... i likeSKY JUICE, LEMONADE, GINGER BEER... really likeKOREAN MOVIES, CHINESE MOVIES, ACTION MOVIES, LOVE STORY,ETC... sometimesTHINK ABOUT SOMEONE... somebodyWHO SUDDENLY COMES IN MY LIFE WITHOUT EXPECTED!... somedayWANNA BE HAPPY... somethingNOT IMPOSIBBLE... hateSTRESS, CHECK-UP, SOMETHING STUPID, SOMEBODY OUT THERE!...etc

Online Degree


Blog ni sedang dalam perancangan untuk dijadikan website. Dalam sebulan dua lagi kot? Senang korang nak bace. Lagipon, ramai gak yang masuk, so berbaloilah kalau bersusah-payah siket. Teruslah bagi support pada I. Bukan rugi pon.



NNerdy
OOrganic
RRounded
AAmazing
ZZippy
IIrresistible
AAmazing
HHuge

Name / Username:

Name Acronym Generator
From Go-Quiz.com

<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Wednesday, November 11, 2009
Blog Baru

http://azatan.com/nouraz

Masuk kat cni, sorry ah lame x jenguk blog i...

Posted at 11/11/2009 9:43:37 am by lovely_nouraz
Make a comment  

Monday, July 27, 2009
Adk - ep20


     Kenduri malam tu, MasyaAllah, bini aku cantik giler. Cinderella, Snow White, Sleeping Beauty atau Pink Panther, SpongeBob semuanya kalah habis! Boleh pulak bini aku pakai baju nikah kiteorang dulu. Baju putih siap dengan selendang satu set. Cis, tergugat aku! Rase cam baru lepas nikah aje.

"Apesal pakai cantik-cantik ni? Nak mengorat saye ke? Tak jalanlah!" Aku saje berlawak.
-"Siape nak ngorat awak? Akak yang suruh pakai, dia suruh ngorat kawan dia yang hensem kejap lagi nak datang."
"Eleh, tak payah tipulah. Saye tau, awak pakai memang pasal nak memikat saye."

     Aku rase bini aku tipu kot? Takkanlah dia sanggup ikut cakap akak? Akak pon tak patut jual muka bini aku yang cantik tu.

-"Aya, dah pakai baju yang akak bagi tadi? Amboi, cantiknya adik akak!"
Warkh! Rupenya memang akak aku punye kerja! Siap kau!

     Maka, aku pon pakai baju melayu satin yang sedondon dengan baju bini aku. Itu pon baju mase nikah dulu, tersimpan lagi dalam almari aku. Biar orang nampak yang kiteorang ni pasangan suami isteri paling ideal dalam alam semesta ni!
-"Hai, hensem nampak? Macam nak pergi menikah."
"Hensem eh? Itulah, dulu-dulu tak perasan."
-"Cik abang, awak tu kena angkat periuk, kalo kotor hitam legam dengan arang, habis baju feveret laki saye ni."
"Malam ni, saye takkan angkat periuk. Masih ade banyak benda yang belum di settlekan."
-"Ape maksud awak???"

     **********

     Aku tahu, laki aku cemburu! Ingat aku nak ikut sangat cakap akak? No way! Aku sayang laki aku, takkanlah aku nak buat dia camtu. Tapi, apa yang baiknya, aku mula nampak yang dia ni caring kat aku. Cemburu buta pon dah cukup bagi aku jawapan yang dia ni memang ikhlas cintakan aku. Malangnye, akak tak percaya. Akak ingat kami berpura-pura. Dan, rancangan bodoh Alam aku tolak bulat-bulat. Ade ke dia kate, "Agaknye kalau kite kiss depan diorang, baru diorang percaya." Gile apa? Sebelum dia buat camtu, memalukan aku, lebih baik aku lari balik rumah!

     Rimas betol bile dia asyik berkepit dengan aku. Bila aku potong kuih, dia buat-buat nak rasa, bile aku cedok lauk, dia kate nak test takut-takut basi ke apa (padahal lauk tu baru masak!), bile aku buat air kopi, dia kate nak rase sebab air kopi yang aku buat sebelum ni tawar bukan main. Alah, saje je tu. Akak pulak asyik menjeling daripada tadi. Hai... apelah laki aku yang sorang ni...

     Nak dijadikan cerita, memang datanglah kawan akak yang hensem. Mak oi! Laki aku pon kalah. Macam pelakon Australia! Bile aku cakap camtu kat laki aku, dia kate muka cam model berus jamban. Huh! Jeleslah tu.
  
    Akak aku pon kenalkan aku ngan mamat tu, nama dia Ahmad. Ek'eleh, simple je namenya. Ingatnya Sheikh something... atau... Tengku something... Lalu, pada waktu itulah, aku mainkan peranan aku. Aku tarik laki aku (yang sedang memeluk tubuh kat tepi tingkap dengan muke kecewa), lalu aku perkenalkan kepada mamat tu sebagai suami aku. Terkejut beruk akak aku, termasuklah mamat tu. Aku tahu akak bengang dan malu, tapi aku perlu bertindak. Akak tak patut buat kami macam tu.

-"Terima kasih sayang."
"Terima kasih je?"
-"Tunggulah... takkan sekarang."
"Teruknya! Daripada tadi awak fikir ape hah?"
-"Saye fikir yang saye sayang giler kat awak. Cinta gile... Rindu giler..."
"Pirah!"

SmileLagu favourite Maria (Aku dan dirimu - Ari Lasso & Bunga Citra Lestari)
    Tiba saatnya kita, saling bicara... Tentang perasaan yang kian menyiksa.... Tentang rindu yang menggebu, tentang cinta yang tak terungkap....
     Sudah terlalu lama, kita berdiam... tenggelam dalam gelisah yang tak teredam... Memenuhi mimpi-mimpi malam kita....
     Duhai cintaku, sayangku, lepaskanlah.... Perasaanmu, rindumu, seluruh cintamu... Dan kini hanya ada aku dan dirimu, sesaat di keabadian....
Wink
   
Ps: Lagu ni dinyanyi secara duet oleh Alam dan Maria setiap hari... siang malam, pagi petang... dan selamanya... Sampai naik boring!

=END=


Posted at 7/27/2009 7:34:54 am by lovely_nouraz
Make a comment  

Thursday, July 16, 2009
ADK - ep19


     Aku meletakkan Maria atas katil. Kerana terlalu lasak ketika adegan melarikan diri tadi, banyak juga darah yang mengalir melalui balutan di badannya. Lagilah, tak sampai hati aku tengok...

"Awak, sorrylah. Saye cume sempat belikan awak kuih pau aje."
-"Tak kisahlah."
"And... sorry pasal nasi lemak awak tu."
-"Takpelah. takde rezeki."
"And... sorry pasal abaikan awak selama ni. Lepas tu, tak percayakan awak. Lepas tu, menyusahkan hidup awak, lepas tu tak pernah anggap awak sebagai isteri, lepas tu..."

     Tup-tup dia dah tertidur dengan kuih pau masih lagi kat tangannya. Letih sangat. Dia sempatlah makan segigit-dua, lepas tu terus terlelap. Sebenarnya, aku hampir menangis melihat keadaan dia. Sanggup aku biarkan orang yang aku cintai luka parah macam tu? Sanggup aku biarkan dia bahayakan diri untuk aku? No! Lepas ni, takkan ada lagi!

*****

      Seminggu lepas tu, akak aku ajak balik kampung, ade kenduri katenya. Yelah, mak aku pon dah rindu kat menantu, agaknye... Oh ya, sebenarnye, sehari lepas aku larikan Maria, beberapa pegawai polis datang rumah nak dakwa aku, mesti si Fauzan yang suruh. Nasib baik Maria settlekan!

     Kendurinya malam, tapi siang-siang lagi bini aku dah kena tolong siang sayurlah, potong kuihlah, aku pon ape lagi, menyibuklah kat sebelah bini aku. Aku rase, macam ade sesuatu tak kena pade akak aku. Mungkin dia nak cakap sesuatu pada Maria. lalu, aku pon buat plan...

     Kononnya aku nak tolong orang rewang kat luar, tapi sebaliknya aku sembunyi belakang langsir.... Tengoklah ape akak aku nak kate...
-"Maria, sebenarnya ada orang beritahu akak... Yang hidup Maria dengan Alam, bukanlah sebagai suami isteri."
"Mm... siapa yang beritahu akak? Mengarut aje."
-"Akak tau Maria. Akak kenal Alam tu macam mane. Dia bukannye suke perempuan."
"Abis, dia suke lelaki ke?"
-"Ish kamu ni. Tak... Kekadang, akak kesian tengok Maria. Yelah, dia tak jalankan tanggungjawab dia. Maria pon tau itu satu dosa."
"Mm... takdelah kak. Kiteorang masih belum kenal sangat. Sebab tulah."
-"Akak cume... akak nak kenalkan Maria dengan seseorang. Dia baik, dan akak jamin, dia boleh jaga Maria."
"Akak nak carikan saye jodoh ke? Saye kan dah ada suami."
-"Suami? Ye ke? Takpelah, nanti akak cakap dengan Alam."

     Lepas tu, aku terus sms Maria, kononnya suruh dia tipu untuk lari daripada akak sekejap. Aku nak jumpe dia. Aku mesti beritahu dia betapa sayangnya aku pada dia dan jangan sesekali terpedaya dengan akak aku. Boleh percaya ke akak aku cakap macam tu? Saje nak menjahanamkan hidup bahagia aku!

"Jadi awak sukelah akak nak carikan awak jodoh?"
-"Oh! Jadi awak curi-curi dengar?"
"Maria, please... Kalau boleh, saye nak belah dada, tunjuk jantung saye kat awak betapa saye sayang gile kat awak. Saye sanggup redah lautan api."
-"Err... zaman sekarang dah tak guna frasa tu lagi."
"Yelah, habis macam mane? Awak nak suruh saye cakap ape?"
-"Explainlah kat akak yang kite ni memang loving couple."
"Hm... satu je cara."
-"Apa?"
"Jom, cari hotel!"
-"Keji! Dahlah malam ni nak kenduri. Nak tidur hotel, pergilah sorang-sorang."
"Janganlah marah. Saye cume... takde idea je."
-"Tak payah berlakon sayang. Biar semuanya berjalan sendiri. Kalau diorang tengok  keadaan kite, manakan sanggup diorang nak pisahkan kita."
"Okey. Kalau saye dengar lagi benda bukan-bukan daripada mulut akak, jaga awak malam ni."
-"Hey!"


Posted at 7/16/2009 8:06:42 pm by lovely_nouraz
Make a comment  

ADK - ep18


     Maria dah ade depan mata. Tak senonoh arah keadaannya. Darah memang dah penuh satu badan. Rambut tak terurus, sedih pula aku tengok. Tapi, aku tak diberi kebenaran mendekati dia selagi vest bom tu tak dibuka. Hm... si Fauzan yang bukakkan. Cara dia tenung Maria, macamlah Maria tu bini dia. Geram betul aku. Nak aje aku pelangkung kepala dia, lepas tu tarik Maria bawak balik. Tapi, ish... emosi sangat!

-"Akhirnya Maria, sekali lagi awak selamatkan diri sendiri." Pegawai polis tu memuji.
"Ya! Dan inilah yang terakhir..."

******

     Kenapa dari tadi aku asyik dihalau daripada mendekati bini aku. Suka hati akulah nak peluk dia ke apa? Jeles ke diorang ni? Aku kesian tengok Maria, kalau boleh biar aku yang merawat dia. Tapi... Hm...
"Apa susah, aku ni dah biasa sangat menyamar. Jadi, malam ni aku jadi... nurse!"

     Depan bilik Maria ada pegawai jaga, alah kacanglah bagi aku! Err... ini first time aku pakai skirt. Menjengkelkan!

     Hm, sekali petik jari aje, aku dah pon berada dalam bilik rawatan Maria. Aku terdengar dia mengerang kesakitan. Hampir satu badan berbalut-balut, mungkin pasal kaca tadi. Jadi, aku mendekati dia, lalu... aku terus peluk dia.

-"Ape ni?" terperanjat dibuatnya!
-"Awak? Kenapa pakai skirt? Buat malu je, jangan dekat ngan saye!"
"Hey, kalau tak pakai skirt, saye tak dapat jumpe awak tau."
-"Tengok? Bulu kaki panjang, kalo ye pon cukurlah dulu."
"Ee... banyak mulut plak dia ni? Senyap boleh tak?"
-"Meluat pulak saye tengok. Sebelum saye belasah awak, baik awak tukar baju cepat!"
"Hai cik adik, dah terbaring camni pon ade hati nak belasah orang?"

     Mule-mule dia senyum, lepas tu dia terus ketawa sambil tutup mulut. Yelah, aku tau aku kelihatan buruk dengan pakaian tu. Aku mencekak pinggang, tapi dia terus ketawa terbahak-bahak. Aku tahu dia sedang menahan sakit, tapi dia tak nak kongsi kesakitan tu dengan aku!
-"Awak... saye lapar."
"Shh... kita lari ye?"
-"Saya tak laratlah... Esok-esok ajelah ye kite marathon. Saye nak makan je."

     Lima minit lepas tu, aku terus berlari keluar sambil mendukung Maria yang sedang dalam kesakitan. Nasib baik pegawai tadi takde. Kot pegi minum kopi tak? Curi tulang betul. Kan, 'orang tahanan' kau dah diculik orang.

   

Posted at 7/16/2009 7:42:59 pm by lovely_nouraz
Make a comment  

ADK - ep17


     Bagus 'murid-murid', kau minumlah arak tu banyak-banyak, bile kau dah mabuk nanti, tahulah aku apa nak buat!

     Malam tu memang aku penat giler. Sakit badan pun iya. Sakit hati pun iya. Tapi, aku agak terperanjat bile laki aku mengaku, yang dia memang ada hati pada aku. Yelah, aku ingatkan aku ni bertepuk sebelah tangan. Itulah lelaki. Ego tak nak ngaku. Dah jadi benda-benda camni, baru nak menyesal. Sekarang aku terperangkap kat tempat busuk ni, penuh dengan dadah, botol arak. Tapi, ini Maria lah! Maria tak pernah KALAH!

     Nampaknye, bebudak setan tu pon dah mabuk and tidur mati. Entah tidur ke mati, tak tahu pulak aku. Aku cube-cube juga gerak-gerakkan tali supaya longgar, senang aku nak cabut lari. Ketat pulak si mamat sekor ni ikat. Camne ek?

     Setelah mencube beberapa kali, akhirnya tali tu tertanggal sendiri. Mak oi! Habis tangan aku melecet. Sungguh aku kate, aku takde tenaga lagi nak berlawan ngan diorang tu. Jadi, ini ajelah masenya untuk aku cabut lari.

     Pastu, aku tak pandang belakang lagi, aku terus ambik henset mamat cina yang hensem tu, pastu terus pecut lari keluar terjun ikut tingkap. Itulah kebolehan aku, terjun dari tempat tinggi! Tapi, Masya Allah, salah landing, terjatuh atas timbunan botol arak. Teruk gile, badan aku calar-balar, siap ada kaca terbenam dalam kulit, tapi aku cume ingat laki aku, keluarga aku, pasal tu aku nak balik...

Sementara tengah lari separuh jalan tu, aku pon call laki aku...
"Awak.. awak... tolong saye..."
-"Maria! awak kat mane?"
"tuttt..."

     Ceh! Kedekut tahi hidung masin. Habis kredit rupenya. Jual dadah juta-juta, kredit rm5 pun tak mampu beli...




Posted at 7/16/2009 7:23:20 pm by lovely_nouraz
Make a comment  

Thursday, July 02, 2009
ADK - ep16


-"Lim, nanti aku ambik kau, kite pergi office. Ade berita baru!"

     Sebenarnya, mereka tak beri aku masuk campur, ialah masalah peribadi, takut aku emosi nanti. Tapi, aku yang berdegil. Aku nak tahu ape perkembangan mereka.

-"Okey, sekarang ni, mereka minta kami lepaskan ketua mereka, Adrian Kay, sebelum mereka lepaskan Maria."
"Diaorang ni, boleh percaya ke? Maria macam mana?"
-"Sabar. Kite buat ikut rancangan. Kita takkan serahkan Ketua mereka dulu. Awak, kami mahu awak jadi orang tengah. Antara polis, dan penjenayah."
"Kalaulah saye diberi pilihan, saye nak berada pada pihak mereka."
-"Sebab?"
"Sebab isteri saye ada pada mereka!"

****

     Kami dikehendaki memberi nota kepada Adrian Kay dan keputusan selepas itu, terpulang pada mereka. Malam itu, aku, hanya seorang saja yang dibenarkan berjumpa dengan pihak mereka untuk mendapatkan nota tersebut. Pihak polis lain
 tidak dibenarkan masuk campur, jika tidak Maria akan dibunuh!

     Dalam gelap, di tengah-tengah padang, aku sedang menunggu mereka, sedangkan pihak polis bersembunyi di sebalik semak yang agak jauh. Kami tidak boleh bertindak sebarangan. Tiba-tiba, ade kelibat seseorang yang jalan terhincut-hincut mendekati aku. Mulanya, aku langsung tak kenal siapa dia, tapi bile dia mendekati... itulah Maria...
     Mulutnya lebam dan berdarah, rambutnya dipotong hingga tak terurus jadinya, kaki kanannya tempang, dan matanya bersinar dengan genangan air mata. Yang lebih menakutkan, dia dipakaikan dengan vest yang penuh dengan bom jarak jauh. Maria kini berada beberapa langkah saja daripada aku.

-"Kenapa? Tak berani?"
Seorang lelaki cina berada betul-betul belakang Maria. Dia sedang mengacukan pistol ke arah kepalanya.

"Hey, berapa you mahu, I sanggup bayar. Personal, tak libatkan polis!"
-"Ape kena-mengena you dengan wanita ini? You kekasih dia?"
"Berapa? Cakap aje."
-"Nah! You berikan nota ni pada Adrian. Lain kali I contact you lagi."
"Please! I beg you."
-"Gadis cantik ni... paling murah I kena charge, hm.. 3 million."
"Okay, deal. I mahu dia malam ni juga."
-"You busy sangat kenapa? Apa relation you dengan dia."
"Dia... wife I. Please. I love her."
-"Malam ni, no way. But, I bagi you 2 minutes."

     Aku mendekati Maria. Dia benar-benar tertekan. Dia takut nak mendekati aku kerana bom di badannya cukup untuk buat kami berdua hancur berkecai. Tapi, aku berdegil. Aku terus memeluk dia. Waktu itulah, dia menangis teresak-esak. Kami cuma berdiam, tapi aku rasakan yang dia dalam ketakutan. Badannya menggigil.
"Maria, I love you, wait for me, I will do anything to save you."

-"I tak sangka pulak polis boleh berkahwin dengan investigator. Dunia ni memang pelik."
"Hey, I sediakan 3 million you, malam ni juga. You stand by."
-"Sudah. Gadis ni, I yang punye. Selagi you tak bayar, selagi itu gadis ni berada dalam genggaman I."

     Selepas itu, Maria direntap dengan kuat lalu ditarik ke tempat gelap. Mereka terus pergi. Sebelum tu, Maria menoleh ke arah aku, dan melihat dengan wajah sayu sampailah mereka hilang dari pandangan.

     Sekarang, aku tak hirau lagi nota yang dia kirimkan kepada Adrian. Aku tak peduli lagi urusan polis. Aku hanya mahu isteri aku!

"Saye akan sediakan 3 million yang mereka tamakkan sangat tu."
-"Adakah awak percaya yang dia akan pulangkan Maria setelah 3 juta berada dalam tangan mereka. Belum tentu! Lagipun, awak ada 3 juta?"
"Lebih sepuluh tahun saya kerja dengan pendapatan mewah. Saya ada lebih daripada tu. Saya cuma mahukan Maria semula. Itu saja."
-"Okey. Kita akan fikirkan pelan kedua. Ni, awak tak mahu tau ke nota apa yang diberi kepada Adrian?"
"Entah. tak peduli lagi."
-"Dia mahu Adrian bebas, dan Maria sebagai galang ganti. Jika kita mengapa-apakan Adrian, mereka juga akan lakukan benda yang sama terhadap Maria."
"Ya Allah, kenapalah..."

     Malam ini, aku tumpang tidur office mereka untuk merangka strategi. Mereka juga benar-benar nak tolong Maria, sebab Maria adalah detektif terbaik dan tidak pernah menghampakan. Setiap kes dapat diselesaikan dengan baik. Cume, kali ini Maria tertangkap, dan pegawai polis itu menuduh aku dan Maria masing-masing ada masalah peribadi. Kerana itulah Maria hilang tumpuan.

Aku just berbual dengan Fauzan...
-"Rupenya jadi P.I lebih banyak buat duit."
"Tapi, bahayanya lebih. Takde team, takde back-up."
-"Kau dengan dia ada problem ke?"
"Ya. Aku dengan dia ada problem sikit."
-"Mesti pasal dekat night club tu, kan? Aku nampak semuanya. Cume masa tu, aku tak tahu pulak yang korang ni... suami isteri."
-"Entahlah, aku... terlebih emosional malam tu..."
"Eh, diorang ada tanye, kesihatan Maria okey ke? Yelah, manalah tahu kalau-kalau Maria... pregnant ke? Bahaya nanti."
-"Tak mungkin."
"Kalau... mungkin."
-"Taklah. Aku belum pernah..." Alamak! pecah rahsia!
"Belum pernah? Korang ni kawin kontrak ke? Atau kena paksa kawin?"
-"Mm... tak. Yelah, kawin sebab family yang set-up. Tapi, aku mengaku yang aku memang cintakan dia."
"Dia cintakan kau tak? Huh, bodohnya soalan aku. Cara dia pandang kau, aku tahu yang dia sayangkan kau. Sebab... dia tak pernah pandang aku macam tu."
-"Akulah cinta pertama dia. Tapi, aku bahayakan hidup dia."
"Mesti sebab dia tak terus-terang kat kau, siapa dia sebenarnya, kan?"

     Malam tu, aku dengan Fauzan bercerita semuanya mengenai Maria. Bagaimana dia kenal Maria, bagaimana Maria pura-pura tak terima cinta dia, dan banyak lagi cerita. Barulah aku tahu, Maria ni orang yang macam mana. Sebab itulah, aku tak hairan kalau lebih ramai lagi orang ada hati pada Maria. Tapi, dengar cerita Fauzan, Maria ni bijak dengan strategi. Dan, dia antara detektif paling hebat dalam team ni. Itu yang buat aku takut. Janganlah Maria bertindak sesuka hati...






Posted at 7/2/2009 8:46:32 pm by lovely_nouraz
Make a comment  

ADK - ep15


     Walaupon aku benci muka si poyo ni, aku terpaksa tumpang kereta dia. Aku memang dah tak larat sangat. tapi, aku tak nak duduk hospital sambil mengenangkan nasib Maria. Aku mesti cari jalan!

-"Walau macam manapon, kami dah tahu status Maria. Sekarang ni, kau tak boleh buat apa-apa tindakan, kecuali dengan bantuan pihak polis."
"Dah berapa lama kau simpan perasaan pada dia?"
-"Lebih tujuh tahun. Sayangnya, dia cuma anggap aku macam... kawan."
"Kau pernah cakap kat dia yang kau cintakan dia?"
-"Tak. Tapi, aku pernah bagi klu. Maria... dia ni lurus sikit. Kalau orang tu suka kat dia, dia tak perasan. Dah terlambat, baru dia tau. Sebab tulah, kalau ade benda yang nak diberitahu, cakap ajalah. Kalau kau bagi sign, dia takkan tahu. Dia jenis tak faham bahasa."
"Thanks, Fauzan!"

      Bila aku tiba rumah, aku agak tertekan. Aku patutnya tinggal kat hospital lebih lama! Lama juga aku duduk kat dapur, sebab itulah tempat terakhir dia berada sebelum dia diculik orang. Salah aku! Memang salah aku! Rindu pulak aku pada dia... Hm, ape kate aku tengok... CCTV!

*****

     Apa yang aku lihat, Maria sedang mengemas rumah, duduk kat dapur makan biskut, tengok TV cerita Korea, juga... memasak untuk aku. Sedihnya bila lihat dia bertungkus-lumus menyediakan nasi lemak untuk aku. Dan, betapa dia berusaha merenung resipi sebelum nasinya menjadi. Yang lebih menghampakan, dia tak sempat pun menjamah masakannya tu, sebelum aku buang begitu saja dalam tong sampah! Aku langsung tak hargai apa yang dia lakukan untuk 'memujuk' aku. Entah-entah, dia tak makan sejak pagi lagi. Sebab itulah dia nampak lemah dan tak berdaya nak melawan. Memang salah aku!

     Bila aku menukar ke siaran CCTV bilik tidur kami, aku melihat dia sedang merenung tepat ke arah kamera sambil mencekak pinggang.
-"Oh! Ade hati nak mengintai saye. Sorry siket. Saye takkan salin baju dalam bilik ni, faham!"
     Sambil-sambil tu, dia juga mengemas katil, juga mengutip baju-baju kotor yang aku sengaja lambakkan atas lantai. Sekali lagi dia membebel ke arah kamera.
-"Saya nak beritahu awak sesuatu... Tapi... susahlah. Sebenarnya... Okeylah. Saya dah tahu yang awak tu penyiasat. Lepas aje kita nikah, terperanjat beruk saye bila saye tengok, rupanya laki saya adalah mamat yang dalam perhatian polis. Sebenarnya, polis nak cari awak and pastikan awak selamat. Awak sedang diburu penjenayah, tau tak? Saye risau tau..."
     Kemudian, Maria duduk atas katil sambil menghadap kamera.
-"Awak asyik cerita aje yang awak bencikan polis, jadi... saye pun tak tau nak cakap macam mana. Mungkin awak akan benci saye bile saya kata, saya ni salah seorang daripada mereka. Sorry ya."

     Dan, pada hari kejadian, pada waktu pagi, sebelum dia keluar dari bilik untuk menyiapkan nasi lemak untuk aku, dia sempat duduk di katil dan menghadap kamera sekali lagi...
-"Awak, saye tak berniat nak tipu awak. Saye tak berniat nak sakitkan hati awak. Tapi, ini kerja saya. Saye bukannye perempuan kotor. Kerja saye perlukan saye berkorban macam ni. Tapi saya janji, lepas kes ni selesai, saye akan resign, hanya untuk awak... Saya nak tanye, betul ke awak cintakan saye? Bukan ape, saye just nak pastikan, sebab... saya juga cintakan awak. Awak lelaki pertama dalam hidup saye. Dan, saya sanggup berkorban apa saja untuk awak..."

"Maria!"...
     Kalaulah aku lihat video ni lebih dulu, tentu perkara buruk macam ni takkan terjadi...



Posted at 7/2/2009 8:10:48 pm by lovely_nouraz
Make a comment  

Sunday, June 28, 2009
ADK - ep14


     Aku cuba-cuba nak masak nasi lemak. Simple aje kot? Fail jugalah. Sebab, kali pertama masak, nasi tu kurang air, jadi keras cam batu. Lepas tu aku terus bagi kucing jiran aku makan. Kali kedua aku masak, okeylah walaupun lembik sikit. Sambal pon terlebih pedas, aku tambah gula, manis sangatlah pulak. Inilah bahananya kalau tak reti masak.

     Walaupun aku penat, aku tetap cuba untuk buktikan pada dia yang aku mampu jadi isteri yang baik pada dia. Cume, aku perlukan masa untuk berterus-terang dengan dia. Why? Kenapa aku tak nak beritahu dia siapa sebenarnya aku? Sebab... dia bencikan polis! Aku tak tahu kenapa, tapi dah beribu-ribu kali dia cerita, dia bencikan polis. Dan, polis itu adalah aku! Dan sudah beberapa kali juga aku muncul depan dia, aku tolong dia, dalam keadaan aku sebagai 'Super hero'. Dia pernah jerit begitu pada aku setelah aku tolong dia, seminggu lalu. Kalaulah dia tahu...

"Awak dah balik? Jom makan."

     Aku sangat lapar, aku penat, tapi aku tunggu dia supaya kami makan sama-sama. Supaya kami boleh berbincang. Supaya dia lega hati dan terima aku macam dulu. Tapi...
-"Saya dah makan!"
...lalu dia buangkan segala masakan aku dalam tong sampah! Macam tak salah!

"Tapi, saya belum makan lagi."
-"Opps! Sorry."
... hm, semua penat lelah aku dahpun masuk dalam tong sampah!

"Sampai hati awak. Penat saya sediakan."
-"Whatever!"

     Aku terus takde mood nak makan. Memang lapar gile. Tapi, aku terus bersiap sebab malam ni aku ada tugasan lain. Aku rase, dia pun akan berada di mana akan aku berada malam ni. Sebab, selain minta pertolongan polis, Datuk tu juga upah penyiasat lain, dan dialah suami aku! Rupanya kami handle kes yang sama. Cume, dia tak perasan akan wanita yang sering bekerjasama dengannya.

*****

     Kerana fikiran aku bercelaru, maka semua yang dirancang tak menjadi. Beberapa kali aku terlepas peluang. Dan, malam ni, wanita itu ada lagi. Dia muncul lagi agar kami sama-sama menjatuhkan penjahat tu. Kenapa, aku rasa tak sedap hati malam ni. Seolah-olah sesuatu akan berlaku.

     Kami bertembung, dan kemudian aku cuba untuk mendekati dia. Aku terbau sesuatu... ini bau sabun Maria! Serta-merta fikiran aku melayang kerana teringatkan Maria. Tapi, tak mungkin dia. Tak!
     Waktu itulah, kami berdua dicekup. Aku cuba melawan, begitu juga dia. Rupanya, kami masing-masing ada pistol. Aku dapat melarikan diri sedangkan wanita itu ditangkap dan dibelasah dengan teruk. Aku hanya dapat menjenguk dari jauh. Mereka agak ramai dan semuanya bersenjata...
     Aku lihat, wanita itu semakin lemah. Semakin tak berdaya, dan akhirnya dia rebah sebelum dia diheret ke tiang dan diikatnya wanita itu di situ.

"Tak boleh jadi. Diorang mesti tangkap aku dulu, sebelum aku dapat masuk ke bilik untuk selamatkan perempuan tu."

*****

-"Bagusnya! Musuh kita dah tertangkap. Yang seorang ni kaki pengintip, dan siapa pula super hero yang berani ni?"

     Bila dibuka topengnya... ituah... Itulah Maria. Maria? Kenapa mesti Maria? Kenapa bukan orang lain?

-"Detektif Maria... Sangat licik!"
Detektif Maria?
-"Bos, inilah perempuan kat kelab kita tu. Menyamar jadi waiterlah, penyanyilah, rupanya, barua polis!"

     Aku hampir menangis melihat keadaan Maria. Setelah topengnya dibuka, terlihatlah lelehan darah yang keluar dari mulut dan hidungnya. Walaupun dia diikat, tapi dia dah tak bermaya lagi. Aku sendiri nampak bagaimana teruknya dia dibelasah tadi. Cuma, kalaulah aku tahu dia adalah Maria, tentu aku takkan biarkan mereka cuit Maria walau sikit pun.

"Awak! Bangun awak! Kuatkan semangat!"
-"Kasihan, kasihan. Perempuan ni, dah nyawa-nyawa ikan. Sikit je lagi."
"Maria! Bangun Maria. Maafkan saya!" Maria!"
-"Ah Beng, tinggalkan lelaki bodoh ni di sini. Kita pergi, dengan membawa Maria bersama!"
"Jangan. Kau boleh ambik aku. Aku sanggup tukar dengan dia."
-"Siapa nakkan kau? Lainlah perempuan ni... Polis! Aku memang suka main sorok-sorok dengan polis."

     Apa yang aku ingat, lepas tu aku ditumbuk sampai pengsan. Bila aku terjaga waktu pagi, aku dah pun terbaring di katil hospital, dan Fauzan yang menemani aku masa tu...

-"Aku memang cintakan Maria... Tapi, nampaknya Maria lebih cintakan kau!"

ps: cerita kali ni lain siket kot? I tak penah pulak buat story lain selain cinta. Payah gak kepala otak nak pikir!

Posted at 6/28/2009 8:48:11 pm by lovely_nouraz
Make a comment  

ADK - ep13


-"Maria, mereka dah lari!"

     Fauzan menjerit dari belakang. Dia tahu aku sedang menangis. Mungkin juga dia fikir yang Alim tu boyfriend aku! Tapi, aku ade tugas yang perlu diselesaikan. Aku harus lupakan Alim untuk seketika...

     Dengan pakaian itu jugalah, kami mengejar penjahat tersebut. Sebenarnya, fikiran aku bercelaru. Aku masih teringatkan peristiwa tadi. Jadi, segalanya hancur. Orang yang disyaki berjaya melarikan diri, dan aku dipersalahkan. Kesian aku kan? Kena marah dengan laki, kena marah pulak dengan bos!

Bila aku balik rumah, laki aku dah pun tidur kat sofa ruangtamu...

"Awak... Jomlah, tidur kat bilik."
Dia terus pusing ke arah lain.
"Awak belum tidur lagi, kan? Awak masih tunggu saya, kan?"
Dia masih tak hiraukan aku.
"Awak tau, mase kita baru nikah, saya ingat awaklah lelaki pertama yang akan pegang cinta saya, sampai bila-bila. Saya tahu awak sayangkan saya, sebab itulah awak cemburu. Awak ikut mana saya pergi, awak mengintip saya. Saya rasa bahagia. Sekurang-kurangnya, ada seorang lelaki yang sudi menjaga saya, beri perhatian pada saya."
-"Tapi awak curang. Awak tipu saya."
"Apa yang berlaku tu ada sebabnya. Tolonglah, percayakan saya. Sekali ni aja. Lepas semuanya settle, saya janji, saya berhenti kerja."
-"Saya tak percayakan awak lagi."
"Sikit pun?"
-"Dan, kenapa saya tak nak tidur kat bilik tu lagi... Sebab ada AWAK!"
"Jadi, awak nak saya keluar dari rumah ni? Never! Saya isteri orang. Saya isteri awak. Awak tak boleh biarkan saya, tersesat."

     Dia terus membisu. Akhirnya, aku masuk bilik, salin baju dan tidur kat bilik lain. Dia tak suka aku tidur kat bilik dia, aku faham tu.

     Esoknya, aku siapkan sarapan, roti bakar dengan telur separuh masak. Tapi, sikit pun dia tak jamah masakan aku (dah jemu agaknya!).

"Awak ada kerja? Nak keluar ke? Makanlah dulu."
-"No need."
"Awak, kalau boleh saya nak lunch dengan awak, hari ni. Saya masak tau."
-"I don't want!"
"Please. Please awak. Kali ni je."
-"Whatever!"



Posted at 6/28/2009 7:56:39 pm by lovely_nouraz
Make a comment  

ADK - ep12


"Apa? Penyanyi nightclub? No way."
-"Maria, sebelum ni awak tak pernah menolak."
"Ya, Tuan. Tapi... saya ada masalah sikit."
-"Jangan campurkan masalah peribadi dengan kerja! Dah berapa kali saya kata. Sekali awak terlibat dengan kes ni, awak tak boleh tarik balik. Kita dah semakin hampir untuk menangkap penjahat tu."
"Tapi Tuan."

     Aku tak mahu menipu lagi. Laki aku dah mula syak sesuatu. Kalaulah dia fikir yang aku betul-betul penyanyi kelab, malulah aku. Di tinggalkannya aku, frust menonggeng beb! Tapi, dari sudut lain, takkanlah laki aku kaki kelab malam? Okey, aku mesti lebih berhati-hati!

     Mesej dah dihantar kononnya aku terpaksa balik lambat sebab kerja overtime. Yang aku tak sanggup tu, diaorang bagi kostume yang seksi-seksi. Aduh, aku ni isteri orang, tak manis kalau aku berpakaian begitu. "Habis, awak rela Fauzan jadi penyanyi kelab?" Itu aje alasan mereka! Macamlah aku dengan Fauzan je yang boleh buat kerja ni. Sudahlah Fauzan, lepas ni aku nekad, aku berhenti kerja, untuk jadi isteri yang setia!

     Malam tu, dengan dress seksi paras lutut, benar-benar buat aku malu dengan diri sendiri. Kenapa entah, sebelum kawin, takde pulak feel macam tu. Lagipun, aku sedar, aku sedang menipu. Nyanyi pun miming, gerak mulut sikit, jadilah. Tapi, aku tak sedap hatilah malam ni...

*****

     Malam tu, baru aku tahu bahawa bini aku, rupanya penyanyi kelab malam. Aku ikut jejak dia sejak petang tadi, dan di sini rupanya aku jumpa kelibat dia. Dengan baju seksi menjolok mata, Nauzubillah! Dalam gelap tu, aku sengaja berdiri betul-betul depan pentas sambil memeluk tubuh. Mulanya dia tak perasan, tapi lepas dia nampak aku, terus wajahnya bertukar. Apa lagi? Aku terus balik tanpa menghiraukan dia...

-"Awak... sorilah!"
"Apa? Sorry? Rasenya saya dah cukup bagi perhatian saye pada awak. Saya sayang awak. Ini balasan awak pada saya?"
-"Maafkan saya." Maria terus mengejar aku dari tadi.
"Dengar, sekali saja saya cakap. Saya cintakan awak. Saya sayangkan awak, hingga saya sanggup gadaikan nyawa jika perlu. Saya cuba penuhkan impian awak. Dapatkan apa yang awak mahu, walaupun ia sangat susah."
-"Awak..." Dah start nangis pulak.
"Awak cinta pertama saya. Saya memang bodohkan, sebab jatuh cinta pada awak? Perempuan semua tak boleh percaya."
-"Awak, please. Percayakan saya. Sekali aje...."
"No! Never!"
-"Kalau awak tersilap kali ni, awak akan silap selamanya..."
"Awak ingat saya buta? Atau dayus?"

     Akhirnya, aku tinggalkan dia sendiri kat carpark, dan waktu tu pukul 2 pagi. Seronok betul aku bila terkenangkan malam tu. Aku bersama isteri aku, yang merupakan penyanyi kelab malam, dan kiteorang bergaduh pada pukul dua pagi, dalam keadaan yang amat menyedihkan! Seronok sangat! Akan aku ingat malam ni sampai bila-bila!

    

Posted at 6/28/2009 7:29:53 pm by lovely_nouraz
Make a comment  

Next Page